SG, We Go! (Day 3 - Last Day)

Assalamualaikum.

Hehehe. Lama betul peram sebab malas nak update. Nilah akibatnya buat banyak part so, next time kena buat satu kali jalan je entri. Sama jugak kes entri Krabi. Mereput dalam draft. Keh keh. Jadi sebelum ada lagi last trip untuk tahun ni, ayuhlah gigihkan diri bagi penamat kat entri Singapore ni.

Last day ni konon nak food hunting je sebab malam tu kami balik naik bas tapi lewat malam. So, fikir nak try makanan yang famous lah kat sini kononnya. Kononnya sahaja lah. Sudahnya tak sempat. Cuma sempat beberapa tempat je.

Checkout dari hostel, tinggal beg dekat situ, naik MRT pergi ke Bugis. By the way, Bugis Street dengan Arab Street memang dekat je. So, sebab dah keluar agak tengahari dan perut kosong, kebulur gila hehe maka, pergi cari makan dulu. Haruslah Murtabak Zam-Zam

credit picture to this site(link)
Al-maklum lah semua gambar dalam hard disk. Hard disk pulak cable entah ke mana. Sabar jelah hakak. 

Nafsu makan bila tengah kebulur memang lain maciammmm hakak nak cakap. Kalau hakak la. Teruk sangat sampai semua makanan depan mata nak bedal. Apatah lagi murtabak ni. Dah la suka murtabak. Murtabak dekat Zam-Zam ada size tapi cemana entah aku pergi pilih size M. Aku ingat size M tu besar sikit dari murtabak kat sini so, boleh lah menampung perut lama sikit. Ternyata ramalan ku tipu belaka. Kah Kah Kah. Nak pitam aku tengok murtabak size M! Size S pun besar, size M tu lagiiiiiiilah oi. Rasa nak menangis tapi sebab dah order, aku gigih habiskan jugak. Pekena lagi Teh Ais sedapppp woih! Layan jelah T_______T




Lepas dah kenyang, plan nak cari Fluff Bakery! Fuhhhh. Jalan punya jalan jumpalah bakery tu dekat Pisang Street. Dekat area situ jugak cuma kami guna google maps sebab tak jumpa cari. Gigih nak makan cupcakes Hehe. Nak masuk kedai ni kena beratur sebab ramai orang dan kedai pun kecik dan comel je. Dalam angan je ni nak ada bakery sendiri. :P

pipi pun dah rupa cupcakesss! muahahaha

Chocolate Speculoos Cheesecake @ Fluff Bakery.
Kalau convert mau menangis beli. tapi sebab redho je jangan layan kepala yang laju je nak convert maka sis beli dengan tenang~~
muehehehe

Lepas dah kenyang kali yang kedua (hahahaha), pergi Bugis Street nak tengok souvenir apa yang boleh beli. Tapi, beli baju je. Sebab rasa lagi murah dekat Chinatown. Next, kami pergi Orchard Road! Fuhhh aku rasa kat situ macam dekat area Bukit Bintang. Sis mana mapu nak shopping kat situ jadi sekadar lepak jelah sambil makan aiskrim yang jual kat depan mall tu lepas tu ambik gambar. Kejap je kat situ lepas tu pergi Gardens by The Bay!


Gardens by The Bay ni cantikkkkkkkk sangat! Kami jalan kat area bawah je. Ada sesetengah tempat kena bayar. Entah. Aku pun tah faham mende yang kena bayar. Haha. Kat sini kawasan agak besar memang banyak jalan kaki. Dah puas ambik gambar kat sini, kami decide untuk balik ke Chinatown sebab nak singgah beli souvenir lagi dekat Chinatown.

Time dah sampai Chinatown tu, kami rehat dekat Masjid Jame' depan dengan hostel. Tak tau lah boleh mandi ke tak kat situ tapi kami semua mandi. Muahahaha. Tak daya dah melekit berjalan ke sana sini. Nak balik pun satu hal sebab bebanan dah bertambah. Hehehe biasalah~~

Hmm malas nak cerita pasal kejadian bas sebab panjang pulak nantinya. Simpan sikit kenangan untuk diri sendiri. Lol. Tapi, Alhamdulillah semua baik-baik je sepanjang trip. Banyak berjalan kaki tu yang kena tabah sikit. Jalan kaki lagi, jalan kena laju-laju lagi. Nasib badan lah. Kehkeh. Yang penting, masuk je Larkin, semua menggelupur cari nasi berlauk! Nikmat sungguh hahaha.

Akhirnya, terima kasih semua yang pergi Singapore ni ye. Walaupun ada yang baru kenal tapi you guys are the best! Nanti nak ke mana lagiiiii? :P

macam comel je semua. muahahaha sorry guys.

Entri last kali ni, takde nak letak bajet sebab dah lupa. Short term memory katanyaaaaa kahkah. Kbai~~~

Comments

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes