31 July 2010

aku sudah shopping rayer!!


.Assalamualaikum.

khamis

arghhhhhhhh!!!!
penatnya duduk berjam-jam dalam kete tu hah
walaupun aku bukan driver tapi
penat mengalahkan driver
tapi sempat lagi aku nak online nih sebab
pagi-pagi esok dah kena balik DUNGUN lagi!!!!
ah..memang aku tak nak la
dah la ada kuiz esok
AKAUN lak tu
memang naya la aku hahaha
meh sini aku nak story pasal aku g shopping nih

hari khamis tu aku bertolak dari rumah ke kL pukul 3 petang kot
sampai kL pukul 8 lebih macam tu lah
mau tak cramp bontot aku ni hah duduk dalam kete lama-lama
tidur + makan = tu je aku tau
sampai kat kL,macam biasa la kan
check in kat Kuala Lumpur International Hotel
lepas dah setel semua,kiteorg pun naik la kat bilik
lepas siap-siap kemas kiteorang plan nak g makan
aku ni pun berlari-lari la ambik handbag kat katil hujung
tengah lari-lari tu....
"aduhhh"
pedih gile kaki aku
tengok-tengok je dah berdarah
aku nampak macam kaca halus so,aku cepat-cepat la buang kaca tu
sekali darah tak henti-henti
sengal betol
aku heran la dengan housekeeping kat situ
takkan la time bersih-bersih bilik,dieorg tak vakum bawah-bawah,tepi-tepi,celah-celah katil tu hah??
ayah aku cek kat tepi-tepi katil tu
rupa-rupanya banyak lagi kaca-kaca halus
nasib baik aku kena sikit je
lepas tu,turun la g makan
first night sampai tu,memang tadek aktiviti ape-ape pun


jumaat

pagi-pagi esoknya mak aku bising-bising dah suruh bangun
adalah lebih kurang pukul 8:30 pagi kot
awal lagi tuuhhhhh
lepas aku mandi-mandi,baru la mak aku bagitau nak pegi breakfast kat cafe hotel
aku pulak lupa yang ada kupon kot
yang boleh makan free je kat hotel tu
lepas makan-makan plan abah aku adalah nak pegi shopping kat Mid Valley
dan ini adalah julung-julung-julung kalinya aku ke Mid
hahahahaha
lantak la orang nak cakap aku ni apa pun
tapi,itulah hakikat.hehehe
sebelum pegi sana,singgah kat Low Yat kejap sebab adik aku ni hah...
nak sangat beli DSLR!!
bagi aku, makan lagi best
hahahaha
so,lepas pegi Low Yat tu,aku jumpe kawan baik aku
NUR ALIFAH
dia study kat KPTM Bangi dan disebabkan agak kelamaan aku tak jumpa dia,aku pun call la dia ajak jumpa
dan dia pun tersangat la baik hati kerana memonteng kelas kerana nak jumpa aku dan family aku
hahaha
lepas jumpa,tanya la dia macam mana nak pegi Mid tuh
dia pun gtau naik train la murah sikit
aku dalam hati ni dah tersangat excited sebab aku taj pernah pun naik train ke monorail ke dan apa-apa jelah yang seangkatan dengan nya
aku pun sangat bangga ye sebab aku dapat naik monorail dan KTM
hehehe..memang aku agak kekunoan bab-bab ni



*****************************************
trimas incik google


lepas tu,sampai la aku kat Mid
time on the way nak pegi MId tu sempat jugak aku beli cardigan kat tepi-tepi
sebab kalau beli kat terengganu ni
memang cekik darah la semua
mahal nak mampos kat sini

dah sampai dalam Mid,aku pun apa lagi
start la shopping
tak kesah la dah terpisah dari family aku pun
janji aku shopping
nak-nak pulak ada sale
aku kaut semua baju-baju cantik
hehehe
sempat jugak la aku rembat 4 helai baju
kalau tengok harga asal memang aku tak beli la
tapi sebab SALE,aku beli la
aku ni mane bleh tengok blouse cantik-cantik
berjam-jam jugak la aku kat Mid tu
naik cramp kaki aku ni rasanya masuk pukul 12,keluar pukul 4 lebih kot.
memang menjadi shopping aku taun ni
lepas dah penat kami pun pulang
kawan aku tuh,balik ngan train
aku ngan family aku naik teksi je
sampai kat hotel semua siap-siap nak solat jamak asar dan zuhur pulak
lepas tu ayah aku cakap
"jom g SOGO"
aku ngan mak aku apa lagi
memang semangat gile nak pegi
pegi SOGO lebih kurang pukul 6 petang kot
keluar-keluar pun dekat pukul 10 dah..hehehe
okeh-okeh..aku dah mals nak cite lagi..yang pasti memang aku shopping sakan taun ni
pemberi bajet aka ayah aku pulak bagi bajet lebih taun ni
tu yang syok sangat rembet-merembat baju tuh
hehehe

sabtu

shopping lagi ye pagi-pagi sebelum balik
tapi,sekejap jelah sebab dah nak balik
kiteorg singgah kat Semua House sebab nak cari baju melayu untuk adik-adik aku yang hensem lagi style sejak makin membesar ni..huhu
aku ngan mak aku pun sempat jugak la melabur duit kat situ
aku beli tudung dan jugak selendang tu pun lepas ayah aku tambah lagi bajet
hehehe
lepas dah siap semua,kami pun pulang la ke
TERENGGANU DARUL IMAN
sebab ahad kat sini dah start keje,sekolah pun dah buka dan yang paling penting
aku pun kene balik DUNGUN lagi!!
dan itu jugak bermakna blog aku ini jugak akan dipenuhi habuk
hehehehe
selamat tinggal
dan yang paling penting

SALAM RAMADHAN AL_MUBARAK
banyak-banyakkan amal dalam bulan mulia ini
:)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

29 July 2010

ramadhan menjelma lagi


.Assalamualaikum.

salam..

haaacummm!
haaacummm!
haaaaaaccccuuummm!!
adeh
saket hidung aku ni hah
kenapa banyak sangat habuk kat sini ni hah?
hari-hari macam ni boleh kena kanser hidung aku ni

ehem
ehem
ehem

lupe pulak ye
dah lama aku tak bergedik kat sini
walhal,jari jemari aku yang gemok+comel ni nak sangat menari-nari dekat
papan kekunci komputer riba ni
tapi,apakan daya
internet kat kolej memang dah sah-sah lagi berganda sahnya
TAK BOLEH BELAH!!!!
cakap je ade wireless
tapi??
dah la aku dah malas nak bayar bil berokbeng tuh
sebab tu lah aku biarkan blog aku ni penoh dengan habuk-habuk tak gune
haha

banyak jugak la aktiviti aku selama dua minggu aku tak update blog ni
kalau aku cerita pun mesti mengarot je
sebab aku bukan pencerita yang bagus tapi,
yang aku ade update kejap-kejap tu sebab time ade kelas BEL
duduk dalam computer lab memang la
cepat je semua orang nak online kan? kan?
hah
macam tu lah jugak aku.haha

minggu lepas aku dengan 12 orang dayang-dayang aku yang comel-comel semuanye
hehehehe

jannah
ain
nisah
angah
dila
ruby
far
as
anis
ayu
bella
emy

telah melencong ke Air Terjun Cemerong yang terletak dan juga berlokasi di
Hulu Dungun
hari kamis kan memang kelas kiteorg tadek kelas so,
gunakan la masa yang ada untuk berendam kat tempat-tempat yang segar-bugar macam ni kan?
dan yang pasti aku memang takut dan jugak fobia dengan kedalaman air yang melebihi paras pinggang
dan yang pastinya adik-adik ku ini jugak la yang tolong aku masuk dalam air
hahahaha
tapi memang best la
aku pun tak puas berendam walaupun aku memang asyik menjerit je sebab takut lemas
hahaha

minggu ni pulak tak busy sangat pun
yelakan
semangat nak balik rumah
memang la kalau busy pun tak terasa
sedar-sedar je dah tercangak dalam rumah ni hah
sambil update blog,facebooking
rindu sangat-sangat nak jalan-jalan kat blog korang


tapi kepulangan aku kali ni bukan semata-mata nak lepak-lepak kat rumah
cuma balik sebab nak pergi KL
bukan

kandang lembu
kampung laut

dan sebagainya

aku nak pegi Kuala Lumpur yang banyak lumpur suatu ketika dahulu
nak tau,sile bukak buku sejarah
aku dengan family aku nak pegi shopping untuk raya
hahahaha
awal kan?
biase la
persiapan awal
family aku memang macam ni
sediakan semuanya awal-awal
nanti tak payah susah-susah kelam kabut last-last minit
kan?kan?
lagipun tak best la jalan-jalan bulan puasa

oh ye
macam mana puasa korang tahun lepas?
dah ganti ke belum ni ha?
cepat-cepat ganti ye
ni pun dah nisfu Syaaban kan
so banyak-banyakkanlah amal ibadat kita semua ye
sebagai persedian untuk menyambu bulan Ramadhan yang bakal menjelma dalam masa dua minggu lagi kalau tak salah aku
aku pun tak sabar nak rasa nikmat bulan Ramadhan
nak-nak bukak puasa kat kolej
memang agak sedih la kan sebab tak dapat makan masakan ibu tersayang
tapi takpe,
itu semua pengorbanan yang kita lakukan untuk masa depan jugak kan?
yang penting

JANGAN PONTENG PUASA tau!

aku jugak nak pegi kL tengahari esok
nanti sebelum aku pergi,aku akan update dulu la kot blog
just a quick post la kot
hehehe

sampai ketemu lagi :)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

28 July 2010

3 6 5


.Assalamualaikum.

salam...

aku baru nak update blog yang banyak habuk ni

aku nak keluar makan dulu oke

sebab aku sangat lapar

oh ye..

selamat hari lahir yang ke 365 hari untuk belog aku!

:)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

19 July 2010

welcome 20!!!


.Assalamualaikum.

oh tidak!!!!!!!!
hari ni bersamaan 19 julai 2010 genaplah umur aku 20 tahun
tiada lagi belasan tahun
T______T
mak ai..
sedihnya kena tinggal usia belasan tahun ni
kena matang sikit la agaknya kan?
hahaha
tapi rasa macam tak ready lagi je nank jadi matang ni
suka jadi kanak-kanak riang lagi nih

thanks to kawan-kawan yang wish
yang call dari jauh
yang bagi kiss semalam
haha
dan jugak yang tersayang
thanks sebab nyanyi-nyanyi lagu birthday semalam
huhuhu
(",)

aku nak hadiah weh!
nak teddy bear bulu tebal-tebal
besar punyerr!!
hehe

last but not least


WELCOME 20


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

14 July 2010

dini's 4th giveaway


.Assalamualaikum.




a very-very short update ya! :))
lama gila aku tak online ni.tak tau ape-ape pon dah ni
time kelas BEL, aku curi la masa nak jenguk-jenguk blog aku yang dah berhabuk ni
really special thanks to kak wahed
sebab dah tag aku dalam giveaway ardinihumaira
seroisly aku tak reti macam mana nak buat entri ni.haha
aku blur-blur,senget-senget otak aku pikir ni hah

ni adalah syarat-syarat nak join contest ni


1. buat satu entry mengenai giveaway ini..

2. tag 3 orang rakan korang untuk join giveaway ini dan pastikan diorang tahu bahawasanya diorang kena tag...

3. tinggalkan link entry penyertaan korang pada kotak komen entry 4th Giveaway ni.. tulis cam ni :



Penyertaan : http://____

Referral : http://_____ (link referral korang)



4. letakkan banner giveaway ni pada sidebar blog korang dan linkkan pada entry 4th Giveaway ini.. kalau gambo ni besau sangat, kecikkan ye. hehehe..

5. kalau korang ada banyak blog, nak join guna semua blog tu pun tak kisah, dibenarkan..

6. follow? ohhh dni tak mengamalkan dasar paksaan. nak follow, follow. tak mo follow, no poblem..

7. dni tak janji dapat jejak entry korang secepat mungkin maka jangan merajuk ye.. (haha, jadi syarat gak menda ni ;p)


___________________________

dua kategori hadiah menanti korang...


kategori pertama:

CABUTAN BERTUAH



kategori kedua:


REFERRAL TERBANYAK
___________________________

Tarikh tutup penyertaan adalah pada:

8 Ogos 2010 jam 1 tengahari

sape-sape yang berminat nak join jemputlh ke blog ardinihumaira ye :)

yang kene tag ni ialah :

*anti nana

*beautician girl

*mieyra




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

10 July 2010

S_ _ _ _ _T T_ _ _ _ _ L


.Assalamualaikum.


tuan punyer blog akan balik ke

UiTM DUNGUN

selamat tinggal blogger-blogger yang

cantik
cun
comel
hensem
kacak
stylo
pandai
bijak
cerdik
genius
dan
segala-galanya lah

terima kasih sebab sudi singgah kat blog ni
yang semakin hari
semakin ketandusan idea
untuk merepek-repek
yang semakin montel
yang semakin sihat
yang semakin sibuk dengan kuliah

blog ini akan dipenuhi dengan
caci,maki,mengumpat
cerita-cerita lain pada masa bila-bila masa sahaja
merepek dah aku ni hah
:))

entah bila aku balik rumah lagi
mungkin
sehari
seminggu
dua minggu
tiga minggu
empat minggu
aku tidak pulang ke rumah

wireless di kolej tersangat lah "hebat"
berukbeng pulak aku malas nak bayar
boleh tolong bayarkan tak?
hahaha

semoga kita berjumpa lagi di lain masa
T__________T


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

09 July 2010

kenapa hilang??


.Assalamualaikum.

kenapa semua komen hilang??

apa dah jadi dengan blogspot sekarang

aku tengok ramai jugak yang buat entri pasal blogspot 'mereng'



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

award since 8 july


.Assalamualaikum.




1) Buatkan 1 entry mengenai award ini..
bukak-bukak blog pagi tadi,mcam biase la.tengok-tengok blog orang lain dulu.bukak blog
munie dia dah tagged award ni kat aku.so,cepat-cepat la aku ambik.huhu



2) Ucapkan terima kasih anda terhadap pemberi award ini dan rasa teruja anda menerima award ini..
haha..thanks munie sebab bagi award ni.tak terpikir pulak akan ada award prince/princess ni.huhuhu



3) Link kan pemberi award ini dan pencipta award ini iaitu Since 8 july @
pencipta award :
since 8 july

pemberi award: munie


4) Ciptakan 1 rangkap pantun (4 baris) mengenai award ini yang bertajuk I am Prince / Princess.
adoi.pantun-pantun ni tak reti la.huk3..


5) Tag kan 5 orang bloggers kenalan anda.
mieyraSASSY

kak zana

mimi

kak zai

cik tralala

6) UPDATE 8 JULY:
wah..arini dah 9 july..huhu



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

08 July 2010

ape ye?


.Assalamualaikum.

salam readers. . .

tak tau

tak ade idea

tak reti

tak pandai

tak rajin

untuk update belog ni hah

jari jemari yang gemok lagi sihat ni semakin malas nak merepek kat blog ni

petang tadi aku pergi bandar Kuala Terengganu

sorang-sorang je tau

T___T

ape lagi

drive laju-laju la

hahahaha

sesak betol la bandar sekarang ni

tak macam dulu-dulu

yelakan

dulu terengganu tak de lah maju sangat macam sekarang ni ha

walaupun sekarang still tak de mall-mall besar yang best-best kecuali

mydin dan giant sahaja tapi

maju la jugak daripada zaman kuno aku dulu

sampai kat bandar aku terus cari-cari parking kat depan

KIDDY HOUSE

aku nak cari baju untuk bakal anak buah aku yang baru lahir ni

hehehe.gedik ke?agak la kan?

yang pasti mesti la kaler pink kan?

dah la baby tu perempuan

memang menepati cita rasa i lah

so,lepas dah dapat parking

mula lah misi aku nak cari-cari baju baby newborn ni

masuk je dalam KIDDY HOUSE tu terasa diri aku pink je sebab kedai tu kaler pink

staf-staf pun pakai baju pink

rambang mata aku nak cari baju si baby tu

semua cantik-cantik

nak je aku beli semua tapi,

apalah daya aku, aku bukan jutawan

hahahaha

puas aku round-round kat dalam kedai tu

finally jumpe la jugak baju yang cantik

aku beli dua pasang

satu untuk new born

satu lagi bila si baby tu dah besar sikit nanti





hehehe

ade ciri-ciri auntie mithali tak?

hahahaha

tapi kan,baru aku tau

mahal jugak rupanya baju-baju baby ni kan?

takpelah demi 'anak buah' yang baru lahir,lagi comel

maaf ye..mak su tak dapat nak pergi tengok la

gedik sangat kan?

macam la si baby tu boleh baca

hahahaha

lepas dah bayar-bayar tu aku pun pergi la amek abah aku kat pejabat dia

so,balik la kami dengan hati yang senang

ye-ye je

ni je aku nak cerita sebenarnya walaupun banyak lagi

tapi tulah kan?

jari aku malas nak menaip-naip

lepas ni 2 minggu akan datang baru aku online facebook,

update blog,

blogwalking..

sebab lepas ni aku tak balik dah

banyak lagi aktiviti kat kampus tu

biasalah awal-awal sem ni

ade je keje kena buat

lepas tu pulak ni pergi jalan-jalan lagi dengan kawan-kawan

konpem dah tak balik rumah hujung minggu

huhuhu...

terima kasih la kepada sape-sape pengunjung-pengunjung blog aku ni

yang comel

yang cun

yang gojes

yang kacak

yang bergaya

yang jambu

apa-apa jelah.nanti tinggalkan jejak korang oke?

bila dah online aku akan menyusul kat blog korang pulak.

selamat membaca kawan-kawan

:)




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

magic with microsoft word


.Assalamualaikum.

salam readers. . .


Microsoft Crazy Facts

Cubalah hal yang menarik ini, sungguh aneh! Cubalah!

1)Buka program Microsoft Word dan ketik: =rand (200, 99)
2) kemudian anda ENTER

Apa yang terhasil?

The quick brown fox jumps over the lazy dog

Ayat di atas ialah penuh dengan huruf A - Z yang disusun dengan menarik dan biasa digunakan sejak zaman teleks lagi untuk mencuba penghantaran mesej.


sumber : isu hangat


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

perkhidmatan 18sx


.Assalamualaikum.

salam readers. . .

hari ni(08 july 2010) aku puasa bersama-sama dengan ibu dan abah aku
poyo je statement ni kan?
huhuhuhuhu.....
pagi-pagi tadi bangun dalam pukul 5 kot untuk sahur la katakan
makan nasik goreng je tadi
sape masak pun aku tak tau
bangun-bangun makanan dah siap
hehehe

sebelum betul-betul bangun dari katil tu macam biasalah kan
pejam celik,pejam celik dulu
check-check phone
wahh!!

30 messages

30 missed calls

sape pulak yang banyak sangat call + message ni
aku memang heran gila
aku pun pejam mata balik
mana tau kot-kot mimpi aku je
pastu bila bukak mata balik
sah!
memang betol la
aku pun bukan satu-satu mesej
sume mintak yang 18sx!!
seriously aku tak paham apa sume ni
cuma,ada satu mesej macam ni

RM0.0 : Hye.cpe2 nk knl
titew kol la ye..titew umr 20
asl tganu..titew open je
kol tau..
nk noty2 pn xpe..
titew open.jnji epy
XXX-XXXXXXX

aku agak la mesej-mesej camni yang kalu kita chat-chat tu
korang tau tak?
tolong la
dah la gune pekataan macam budak-budak
geli betol
tak leh blah!
pastu nak sebar-sebar number aku pulak!
takpe-takpe
aku malas nak layan kerja kau ni ANONYMOUS
kalau tak puas hati dengan aku cakap jelah ngan aku
toksah la gatal-gatal nak sebar number aku

friends
i'm gonna change my number

xD




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan