28 August 2010

Congratulation! --> SARAHNAJWAN,please read this..


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah..akhirnya jumpa jugak followers aku yang ke-100! tahniah ye kak sarahnajwan dan jugak terima kasih kerana sudi follow blog saye yang tak seberapa ni.
kepada yang tak sempat tu mintak maaf ye.ekekeke..lain kali aku buat lagi.sebab sekarang bajet tak berapa nak cukup.hahaha..tapi,untuk kak sarahnajwan, nanti saye bagitau apa hadiahnya hujung minggu ni ye.sebab esok saye dah nak balik kampus dan saya akan timbul balik hari rabu ini.insyaAllah. apa-apa pun saye harap kak sarahnajwan take note pasal ni dan sile tinggalkan nama dan alamat kak sarahnajwan kat email saye : puteri_iqa197@yahoo.com. hadiahnya tak bernilai beratus-ratus tapi saye harap akak sudi terimanya.

terima kasih jugak untuk followers yang lain :)





terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

nak 100 je!


.Assalamualaikum.

selamat petang untuk bloggies yang sedang menumpahkan idea-idea untuk merepek petang-petang camni ye. tadi baru je ibu aku bagitau yang baju raya aku dah siappp!!! yipee!! sempat jugak aku tengok baju tu sebelum balik kampus lagi esok. hehehe... tahun ni tema aku kaler pepel. same jugak macam encik darling aku.. camne la aku boleh terpikat ngan kaler pepel ni. padahal aku fanatik ngan pink. tengok template aku pun kaler merah kan? bukan lagi kaler pink. kaler merah tu supaya aku nampak lebih matang je. ekeke.. tapi di hati aku tetap kaler pink tau.



oh ye..setakat ni followers aku dah bertambah..


hah...sekarang dah 99...aku nak cari followers yang ke -100!!! insyaAllah sape-sape yang dapat number bertuah tu aku akan bagi cenderahati la sikit kan sebagai menghargai penat lelah 'die' yang telah sudi menjadi followers aku.hehehe...so..sape yang jadi followers aku yang ke-100 nanti sile tinggalkan komen anda kat sini.so,senang la aku nak contact nanti oke? okelah..selamat menjalani ibadah puasa :))


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

first time neh!!! suke3!!


.Assalamualaikum.


yipee!!!!!!!!!!!!! nak tergolek-golek suke dan riang rasanya aku pagi ni!!boleh tak aku nak happy macam pompuan kat atas tu? boleh kan?
adoyai..tadi aku rasa macam nak cek cik NUFFNANG sebab dah lama gila aku tak bukak.hehehe..macam biasa la kan,aku tengok analytic tu dulu.memang aku akui pengujung makin kurang kat blog aku.entri-entri aku jarang diupdate tatkala aku berada di kampus.lepas tu,aku try la arahkan cursor kat earnings tu.skali tengok ni hah aku dapat:




seriously aku rasa macam nak tergolek-golek happy. maaf la kerana kejakunan aku ni. orang lain dah beratus-ratus dapat earning tapi aku baru ciput ni. dahla first time.eh eh eh..mengada-ngada pulak aku pagi ni.haha. papepon aku sangat happy sebab nilah earning pertama yang aku nanti-nantikan.nak jugak aku merasa keluarkan duit dari nuffnang nih.huhu..korang rajin-rajin la klik-klik untuk menderma kat aku lain kali ye.hehehehe..terima kasih cik nuffnang! love you very very much la! :)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

1Malaysia Menjana Transformasi


.Assalamualaikum.

good morning bloggies! makan sahur apa tadi ye? harap-harap hari ni sume dapat puasa lagi la ye.setakat ni Alhamdulillah aku tak ponteng-ponteng lagi.hehehe..baiklah readers sekalian,pagi ni aku nak cakap pasal MERDEKA yang akan disambut beberapa hari lagi dari sekarang ye.idea ni pun datang time aku nak tidur semalam.tengah kepala sakit bagai nak rak pun sempat lagi pikir nak buat entri apa hari ni.hehe.ingat lagi tak dulu-dulu macam mana? eh..lupa pulak.aku pun tak lahir lagi time tu.maksud aku ketika 31 OGOS 1957..alangkah indahnya kalau kita dapat sama-sama merasa bagaimana gembiranya hati rakyat Malaysia tatkala Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan MERDEKA untuk seluruh rakyat Malaysia.



berdasarkan gambar kat atas ni, dapat lihat betapa ramainya rakyat Malaysia berkumpul bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan bagi seluruh Tanah Melayu setelah bertahun-tahun dijajah oleh bangsa asing.sekarang pun kita dapat lihat dalam iklan-iklan tv.walaupun kita generasi muda sekarang tak dapat merasai keadaan sebenar tapi,kerajaan juga mengambil inisiatif untuk menyiarkan bagaimana berlangsungnya hari tersebut.


sejak itu,Tanah Melayu telah bertukar menjadi Malaysia dan mulalah berkibarnya bendera Malaysia di serata tempat setelah bendera Malaysia telah diciptakan oleh seseorang(maaf,tak tahu siapa).sesungguhnya jasa beliau amatlah bererti kerana sampai sekarang bendera Malaysia ini digunakan. bendera Malaysia ini yang mengandungi bulan,bintang dan jugak 14 jalur merah dan putih yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia. sungguh bertuah rasanya menjadi anak Malaysia kan? tapi sayang..semalam aku tengok tv. ada rusuhan yang membantah tindakan rakyat Indonesia yang telah memijak bendera kebanggaan kita..tapi kita sebagai rakyat Malaysia mestilah sama-sama menjaga bendera Malaysia kita ni.





sekarang, Perdana Menteri Malaysia melancarkan kempen 1Malaysia dan seperti yang kita semua tahu,negara kita memang mempunyai pelbagai bangsa yang berbilang kaum. kehidupan kita di sini sangat harmoni dan aman, bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kerana lahir di bumi yang aman ini. bersama-samalah kita jayakan kempen 1Malaysia ini. dan terakhir dari aku, SALAM KEMERDEKAAN serta sama-samalah kita menjayakan tema merdeka tahun ini : 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI







terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 August 2010

duggan+cabaran minggu lepas


.Assalamualaikum.

sedih gila sebab hari tu kan aku cakap nak balik hari khamis bersamaan 19 Ogos 2010, aku dah plan nak balik then update belog tercenta lagi disayangi nih.tapi last2, aku tak dapat balik jugak.memang spoil mood aku lah minggu tu. kena perli toksah cakap la.sabar jelah aku. nak buat macam mana,mentang-mentang la muka aku ni tiap-tiap minggu balik. hehe. jeles ye? rumah aku dekat je, sebab tu kaki aku ni tergedik- gedik sangat nak balik. kalau jauh jangan harap la tiap-tiap minggu balik. memang aku cincang empat belas la kaki aku ni kalau gedik nak balik-balik.selama seminggu aku tak balik ni,banyak jugak la yang terjadi kat aku ni.antaranya DEMAM!!



adoi..kesian pulak kat budak kat atas tu.demam macam tulah.sama jugak dengan aku.tak tau kenapa tiba-tiba je aku demam.malam sebelum demam tu aku dah start batuk-batuk. sampai termuntah-muntah aku sebab batuk lama sangat. sebelum tidur pun aku rase macam sejuk nak-nak demam je.tapi, aku kuatkan lagi semangat. sempat jugak la aku bangun sahur. tapi time sahur tu sejuk tak tau la nak cakap macam mana. dalam otak aku ni pikir yang aku memang nak demam dah ni. lepas makan, aku terus masuk bilik dan merempat dalam selimut. sejuk gila-gila. time tulah aku dah start demam.badan dah mula panas. sendi-sendi aku ni sakit toksah nak cakap la.aku ni pun duk merengek-rengek sorang diri.roomate-roomate aku tengah syok tidur. last-last aku tertidur jugak walaupun tidur ayam je. memang aku rasa berat sangat kepala dan badan aku. dah la pagi tu,ada kelas pukul 10 pagi. di sebabkan aku dah tak larat sangat, terpaksa la aku tak pergi kelas hari tu. aku pergi pun kelas petang yang pukul 4 sebab time tu aku rasa macam dah boleh bangun sikit walapun sendi-sendi aku sakit lagi. sekarang demam dah baik,batuk pun dah baik cuma selsema je aku serabut. dah la time-time pose macam ni. lagi lah aku rase macam nak cabut je hidung aku ni.

********

ni pulak pasal test yang berlambak-lambak last week. aik,banyak ke? due je sebenarnya. tapi subjek yang core la.. akaun dan jugak costing. macam biasa la kan,last-last minit baru la terhegeh-hegeh nak study. memang la yang masuk due bab je untuk satu subjek tapi tulah,banyak jugak yang nak kena hafal.nilah punca kenapa aku tak balik last week. tapi,sampai sekarang kalau cakap pasal test hari tu,memang aku rase pressure sangat sebab aku tak dapat nak jawab. nak kata tak study,dah study. tapi tak tau la macam mana aku boleh tertukar method la, lupa segala macam benda la.



hah. macam yang kat ats tulah aku study. konon-kononnya la kan. tapi, nak buat macam mana,last-last lupa jugak method. memang aku sedih sangat-sangat. aku harap lepas ni sape-sape yang nak amek test atau exam tu,jangan cuai ye..ni pun pesanan untuk aku jugak..

********


dan sepanjang minggu lepas, ada jugak aku jenguk-jenguk belog korang time ada kelas bel jelah sebab time tu duduk kat computer lab. yang mana sempa je aku singgah dan ada jugak yang tinggalkan komen. yang aku tak singgah tu mintak maaf juta-juta stroberi la ye. tapi sangat best dan tersangat la jeles bila aku jenguk-jenguk blog korang sebab aku tengok banyak je contest-contest yang best untuk aku tergedik-gedik nak join. tapi tulah pasal..aku tak dapat nak balik. tak boleh la nak update-update entri pasal contest-contest semua tu.lepas ni bila aku dah cuti raya,memang aku nak blogging samapi lebam,pastu kalau ada contest yang best-best nak jugak join.hohoho..boleh tak?

********


gambar kat atas tu adalah cara untuk sembuhkan hati yang patah. haha. eyh.betol ni. aku dapat dari google nih. lawa kan gambar ni? tapi, untuk tempoh minggu lepas memang mencabar la jugak bagi aku.tiba-tiba je aku broken heart!! memang aku rase macam tadek mood langsung nak stduy. kalau duduk sorang-sorang aku memang nak nanges je rasenye. tapi, aku kuatkan semangat. aku kena lawan perasaan aku tuh. so, aku berlagak ego la sikit ngan dia. haha. walaupun hati aku ni nak je buang rase ego tu. tapi, aku tetap nak buat ego jugak. ah. apalah yang aku duk merepek ni. hm. sebenarnya kiteorg ni macam ada masalah sikit. aku sendiri pun tak tau nak cari puncanya kat mana. puas aku duk pikir ngan otak aku yang geliga ni. tapi,still tak dapat jumpa jawapannya.memang hari-hari aku duk layan perasaan sorang-sorang. sampai aku rase dah tawar hati gile ngn die. sampai aku pikir aku kena lepaskan die. tapi, siyes aku tak sanggup.hahaha.ngokngek.macam la kumbang tu sekor je kan? bukan camtulah..aku ni dah penat belajar mencintai orang lain. aku harap nilah yang last. insyaAllah.. sampai la satu malam die tibe-tibe call. aku memang teragak-teragak nak angkat mula-mula tapi aku angkat jugak. borak-borak macam biasa walaupun hati aku tak tenang langsung time tu. nak je aku letak aku memang dah rase jauh hati ngan die. tengah duk borak-borak tu, tiba-tiba die cakap bukak buku baru,tutup buku lama pastu ade jugak die cakap buang yang keruh,amek yang jernih. mula-mula memang aku tak paham tapi lepas pikir due tige saat baru aku perasan yang sebenarnya die cakap pasal kiteorg ni.mase tu aku rase tenang sikit la sebab die cakap macam tu. tapi, aku macam tak yakin je. hehe. lepas die cakap macam tu aku memang setiap masa pujuk diri aku untuk buat ,macam dulu balik. sekarang dah oke la jugak. aku harap nilah kali terakhir jadi macam ni.

********

dan hari ini aku telah selamat pulang ke rumahku dengan classmate aku. so,aku gunakan lah kesempatan yang ada ni untuk up lagi entri-entri aku. walaupun aku memang tak pandai dalam menulis entri dengan baik tapi,aku tetap nak tulis. korang nak baca atau tak itu hak mata korang oke! aku tak paksa sape-sape baca setiap entri aku. cuma bagi sesiapa yang sudi baca, TERIMA KASIH banyak-banyak aku ucapkan. dan salam maaf dari aku sebab entri aku tak menarik. hehe..sape-sape yang nak balim kampung tu hati-hati ye. pandu cermat jiwa selamat. salam...





terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

15 August 2010

kenyataan yang harus diterima


.Assalamualaikum.

oh tidak!! sudah sampai waktunya. aku fikir lambat lagi. tapi,tup tup dah tiba pun waktu ini. hari tu bersamaan 11 Ogos 2009, dikala umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa dengan tawaduk, aku bergegas-gegas ingin pulang ke rumah. kebetulan pulak hari tu ada kuiz MGT215. setakat yang aku belajar habuk pun aku tak faham. laju sangat ke lecturer aku mengajar? entah la. aku sendiri pun tak pasti. mungkin jugak aku tak bagi tumpuan yang sepenuhnya. oh ye.bercakap soal pulang ke rumah tadi. sewaktu aku sedang menjawab kuiz tu,sememangnya aku banyak menggoreng. haha. aku dan kawan aku yang paling awal siap. lecturer aku ada jugak tanya, dah siap ke? aku pun jawab, tak tau dah nak goreng apa lagi. dengan yakinnya lecturer aku balas, tambahkan lagi mee. ceh. bergurau pulak. haha. kawan aku ada di tanya oleh lecturer, tinggal kat mana? kawan aku pun jawab, kat Kuala Terengganu. lecturer kiteorang semacam agak memerli berkata, alah..dekat je.nanti saya belikan awak jet. kawan aku pun cepat-cepat balas, memang la..sir kan anak Dato'. tersengih kambing lecturer aku. hahaha..

tengok-tengok jam hah! dah pukul 3:30 petang.nak balik.nak balik. nak balik.itu je yang ada dalam otak aku yang semakin kurang kegeniusannya.aku fikir cuti hujung minggu ni lama sebab hari khamis memang aku tadek class.hehe.sile jealous ye. tapi ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari dan sememangnya dan sah lagi valid bahawa peribahasa ini tidak ada kaitan. ehehe. sebenarnya kan..hari ni kan..kan dah hari Ahad. so pagi esok dalm pukul 8 pagi abah aku akan hantar aku pergi kolej la. aku sangat dan tersangatlah terserlah kesedihannya sebab esok buat pertama kalinya berbuka puasa di kolej untuk tahun ini.uwwaaaaaaaa..... sapa nak teman aku makan esok? sapa nak masakkan untuk aku ni? aku dah la tak tau langsung masak. setakat masak air, masak meggi, goreng telor aku terer dan handal la. kan? kan? lepas ni nak makan apa-apa kena beli sendiri. dah la tengah on the way nak kering kontang macam musim kemarau ni.iqa..iqa..sabar ye.jangan risau.hujung minggu ni silalah balik lagi ye! yippee!! memang dah hajat aku pun nak balik tiap-tiap minggu dalam bulan puasa ni. hehe. so lepas ni tadek dah la entri aku melainkan aku balik hari Khamis ni ye. tak sabar dah aku nak menggedikkan jari jemari aku yang gemok dan montot ni. haha.
sekarang aku kena dan perlu tidur sebab lepas sahur esok aku kena study LAW240! petang esok ada test! aiyyaakk.. aku dah la tak minat hafal-hafal ni. WISH ME LUCK YE KAWAN-KAWAN! GRACIAS! :) sampai bertemu lagi di lain masa. selamat bersahur dan selamt menghitung hari untuk RAYA! Assalamualaikum..



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

13 August 2010

tadi......


.Assalamualaikum.

tadi,
aku bangun pukul due petang.hahaha.oppss! bukan tidur dari pagi tadi ye.aku tidur pukul 11++ macam tulah agaknye..

tadi,
lepas bangun tidur aku layan cerita DATANG BULAN kat Ria dulu.tengok-tengok jam.alamak! dah pukul tiga.

tadi,
aku cepat siap-saip sebab nak pergi hantar baju kurung untuk dijahit.tahun ni aku buat kaler purple dan purple+pink.ok tak?huhu

tadi,
vroomm...vroommm..aku merempit dengan kereta mak aku.haha.aku singgah kedai fotostat kejap sebab nak hantar manual MGT215 untuk difotostat.

tadi,
lepas hantar baju,aku pergi rumah kawan aku.nak pergi ambik kertas past year akaun.agak banyak jugak la homeworknya.

tadi,
lepas pergi rumah kawan aku,aku pergi atm.ambik duit sebab bak bayar duit fotostat tu.

tadi,
aku terfikir nak singgah Pasaraya Sakan.orang cakap baju kat situ murah-murah je.oh! di di situ tadek yang branded-branded ok.semua dari thailand kot.lantak la.janji pakai tadek cop THAILAND.ahaks

tadi,
aku terbeli baju pulak kat Sakan.harganya RM8.90..takpe-takpe,tak sampai sepuloh hengget pun.hahaha

tadi,
aku singgah bazar ramadhan kat kawasan kampung aku.aku beli onde-onde atau buah melaka dan jugak jeruk buah setia.yummmy!!

tadi,
mata aku nampak ayam golek.kecur air liur aku ni hah..aku tengok je.tapi aku kuatkan semangat tanak beli sebab nanti membazir makan banyak sangat makanan.

tadi,
aku baru saja terfikir nak tulis entri "TADI"

itu saja untuk petang ini :)




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

tolong daku..


.Assalamualaikum.

selamat pagi kepada yang tengah syok sangat menulis entri di pagi hari ni ye.
sesungguhnya aku sudah kehabisan idea untuk merepek di sini lagi..

itu saja untuk pagi yang indah dengan kicauan burung yang merdu :)


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

12 August 2010

yeehaa!!!


.Assalamualaikum.

salam ramadhan. . .

good morning semua bloggies tersayang! Alhamdulillah hari dah masuk hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa dan termasuk jugak la aku. semoga ibadah puasa tahun ini lebih mendapat berkat daripada Illahi. lepas sahur tadi aku terus online dek kerana terlalu lama aku meninggal kan dunia blog ni. eleh..yela tuh.huhu. aku rindu gila nak berblogwalking. tapi aku rasa macam dah malas nak online. kalau aku online kat kolej,for sure aku takkan study punyer. dah dua sem aku lalai hanya kerana gila online. sem ni aku nak kurangkan la sikit. online pun bila balik rumah je. okeh tak? dan memandangkan umurku yang semakin meningkat dan juga kerana aku ingin jadi lebih matang,so aku dah tukar sikit layout ni. no more pink.merah itu berani. so,aku tukar taste pulak sebab time tengok template banyak-banyak tadi,tibe-tibe jatuh hati pulak kat template ni. caner?agak-agak okeh tak? okeh kot..

it's time for blogwalking :)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan