31 October 2010

persoalan terburai...


.Assalamualaikum.


fuhh...
tinggal empat je lagi paper
tadi dah tamat untuk CTU

blur jugak aku nak jawab
aku tanak R owh
kalau aku R, konpem akulah manusia paling malu dalam dunia ni!

blogging stop sekejap sebab...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku ada dua lagi killer paper minggu ni weh!!

| FAR - 4/10 |
| LAW - 6/10 |

jadi untuk budak yang tak berapa nak genius nih
kena la study sampai pecah otak siket kan?
senang nanti nak jawab exam
sebab otak dah terburai, amek je apa-ape kat otak yang dah study
hahaha
kan?

haih
terupdate pulak
korang la nih
hehehe

tu je nak bagitau
wish me luck

xoxo



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

30 October 2010

tanak la blogging blogging nih!


.Assalamualaikum.

siyes aku dah giler ngan blogging

tapi untuk sementara
kene STOP

teringin nak jadi blogger tegar!

pergh..berangan

hahahaha


yeah!
stop!

will be back soon....

blogwalking jln mcm biasa
insyaAllah

lari lari lari..kecut perut (lagu erobik uitm aku.haha)

xoxo





terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

sadis betol!


.Assalamualaikum.


sekarang dah tak ramai visitors
errr.dulu ramai ke?
boleh la..hahaha

sekarang entri aku kosong tanpa komen
cesh..sadis betol

ramai dah jadi silent readers ke?

*wondering

off blogging until.....








terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

29 October 2010

GEMPAK | tips hilangkan mengantuk


.Assalamualaikum.

petang tadi ain buat serang hendap lagik
aiseyh..memang terganggu la tidur aku
siyes aku ngantuk giler weh
tak tahan giler dah
aku amek buku, ingat nak study
last-last buku baca aku
macam biasa la kan?
hehehe

so malam ni dengan banggenya aku nak share tips sket
tips la sangat kan?
hahaha

mata
kalau korang dah ngantuk sangat
korang bulatkan mata korang tuh seluas-luasnya
hah! macam atuk kat bawah ni
haih.comel je kan?
hahaha
hish..sebenarnya dulu ustazah time aku sekolah menengah ada bagitau
kalau mengantuk sangat, sapu kelopak mate dengan jari sambil sebut Subhanallah 3x




minum
ni aku sure ramai giler guna kaedah ni
sama la jugak macam aku
petang tadi aku pekena nescafe classic yang aku beli awal-awal sem
aku guna due paket!
power kan?
hahaha
tapi tu tak la power sangat...
apa kata korang guna nescafe rich ni (macam gambar kat bawah)
sure korang  tak tidur
aku dulu minum nescafe rich ni due paket jugak
segar bugar mat aku
hahaha


tips ni aku buat je
hehehe
selamat mencuba
xoxo

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

CANTIKNYA lelaki, GAGAHNYA perempuan


.Assalamualaikum.



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



copy from : here



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

bila aku belajar....


.Assalamualaikum.

*susunan gambar adalah sangat tidak cantik*

aku nak pergi CTU
ape itu CTU?
ala..macam korang belajar Agama Islam time sekolah menengah jugak
paham?
miss lappy tak sleep lagi time nih
hohoho


on the way nak study bilik ain,sempat lagi snap
bahaya study bilik sendiri
lappy dok panggil-panggil suh facebooking pelus blogging
hahaha
kejam kan lappy aku?


ustazah aku pesan banyak kali awal sem dulu
CTU 231!! bukan 123 faham?
faham ustazah....


taraa..dah sampai kat bilik ain
aku study CTU 
ain study ACC
ain ni pun merangkap tutor akaun aku
dia memang suke buat serang hendap kat bilik aku
sebab die tau aku kuat tidur! kuat online!
lepas tu kene bebel ngan dia
hahahaha
padan muke untuk diri sendiri
=p


perghhh..aku buat nota weh!
bangge jugak seposen due
ekekekeke
abaikan tulisan yang macam cakar ayam 


bila dah habis buat nota, mengantuk la jawabnya!
inilah hasil mengantuk
comel kan?
hahahaha


sambung belajar lagi

xoxo

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

28 October 2010

biarlah gambar berbicara


.Assalamualaikum.













aku biarkan kepingan-kepingan gambar ini sebagai satu luahan perasaan
aku tak mampu lagi nak ungkap kesedihan dengan kata-kata
aku masih lagi mencari kebahagiaan dalam perpisahan

eceh.terkeluar lagu syahir pulak. hilang mood sedih. sambung balik

dia sedang bergembira di sana sedangkan aku terkapai-kapai mencari ketenangan
mencari kekuatan untuk kembali berdiri tegak seperti biasa
kuatkan hatiku Ya Allah
tabahkanlah hati hamba-Mu ini
pertemukanlah aku dengan kebahagiaan dari-Mu

...

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

ini bukan BE. tapi,takpelah. :)


.Assalamualaikum.


keh keh keh
baru je tadi merungut earning tak naik naik
tadi check, dah naik!

ala..jadik ler 5 kupang
hahaha

lantak la aku nak bangga pun
hahaha

biase la baru dapat, gedik la sikit
even orang lain siap dah cashout
hehehe

thanks nuffnang
up la banyak lagi
hohoho

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI


.Assalamualaikum.


pergh!! hari nilah hari yang terbaik aku tidur
pukul 3 petang aku bangun
eceh. bangga la ni konon
padahal anak dare yang tak senonoh
kah kah kah

tadi aku nampak abg ben nak pomot2 blogger baru lagi
dan yes! aku join lagik
ahaks
sebab blog aku ni still setahun jagung. huh.lapor...

aku still lagi blogger yang mencari idea-idea yang bernas
ape yang aku tulis kat sini pun merapu tah pape je
hahaha

earning dari nuffang pun tak naik-naik
dush! tapi takpe. tunggu jelah
nuffnang ni baik sebenarnya
ekekekeke

blogger-blogger baru yang nak join meh la sini ye
jangan segan silu nak pomot blog sendirik
hehehe

xoxo


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Fakta atau Auta??


.Assalamualaikum.

*semua gambar adalah hiasan semata-mata*

1.
Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.



2.
Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.



3.
Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.



4.
Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5.
Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.



Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..


Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694


psssttt: no 4 tuh cikgu bio aku penah pesan jugak :)


*ini entri copy paste*
keh keh keh

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 October 2010

4 golongan LELAKI yang akan ke neraka


.Assalamualaikum.




Pertama:- 'Ayahnya' - 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - 
 Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
 Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya..
 jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,
 maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

sumber : sini

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Organ Donation Should Be Encourage Among Malaysians


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah
baru je lepas jawab first paper BEL tadi
really2 thanks kat sume yang wish goodluck and doakan aku ye
aku appreciate sangat
tadi exam setat pukul 2:15 - 5:15 ptg
dalam dewan yang sejuk giler plus hujan lagi
memang demn!!
otak aku beku weh
dan paling penting
pagi tadi aku bangun pukul 5:33 pagi!!


aku cuak sebenarnya, tidur pun tak lene
aku terjaga pun time azan Subuh
bangun-bangun je terus ghase takut nak jawab exam
tak pernah aku takut nak jawab paper English
eceh. konon pandai sangatlah English nih
hahaha

dan akhirnya.....




warghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku memang ghase nak nangeh terguling-guling
aku tak pernah lagi jawab soalan essay sesusah nih!
siyes aku cakap

dah la tengah sejuk giler tadi, tangan beku, otak pun beku
aku ghase nak je baling sume barang-barang atas meja
nak menunjukkan bahawa keadaan dalam dewan terlalu sejuk
ye! sejuk gile sampai aku tadek idea nak buat essay

tadi kene buat essay
Organ donation should be encourage among Malaysians
berdasarkan DUA artikel yang dah diberi:
1) The Ethics and Law On Organ Transplantation in Malaysia
2) Saving lives, one pledge at a time

naik pening plus jam otak aku duk pikir nak buat essay nih
die tak bagi specific nak ape, cume common
pandai-pandai la kene godek nak buat isi ape
nasib baik aku tak buat isi ketam ke, isi udang ke
haih! tengah lapar time tuh..hehe

ape lagi aku nak cakap eyk?
entah la..aku tengah pening lagi nih
hohoho
aku cuma harap result aku lulus je
tawakal

aku nak terjah-terjah blog orang pulak nih
tungguu...hehehe

xoxo


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

26 October 2010

esok dah datang!!!


.Assalamualaikum.


I WANT YOU TO SPEAK ENGLISH
OR GET OUT!!!

pergh..garang gile seyh
kalau aku dapat lecturer macam ni mau aku senyap je dalam kelas
bukan takat aku je,tapi semua budak kelas kot

memang khusyuk la kan time kelas?
konpem sume dapat carry mark tinggi-tinggi
pastu lak konpem sume dapat A!!
cayalah weh

ekceli aku cuma nak bagitau yang esok aku ade first paper untuk final
paper BEL 311
harap-harap dapat jawab. insyaAllah...
dengar kate,susah jugak nih
tapi aku tak tau nak study ape kalau english neh
heh. nak kate dah pandai tak jugak
cume entahlah..

psstt: carrymark LAW aku bagus! hehe.semangat lagi untuk study LAW 

xoxo


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

aku tau la weh.aku sedor.


.Assalamualaikum.


aku tau aku sedang dipermain-mainkan
jangan bimbang
aku sentiasa berjaga-jaga!

psstt: aku dah khatam CTU bab 1,2,3
tunggu masa nak review balik je
wink wink

xoxo

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

25 October 2010

siyes ini lawak weh! tersentap hati aku.


.Assalamualaikum.

Symptom symptom student bila final exam minggu depan.
  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load 
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


p/s; aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload. 

terasa aku weh.haha
thanks to : here

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan