30 January 2011

benda yang wajib berlaku kat aku setiap minggu!


.Assalamualaikum.

.google.


hari hari pergi kelas aku pakai wedges. ala, tak tinggi mana pun. ala-ala dua inci je kot. dan setiap hari itu jugaklah aku WAJIB terpelecok. aku tak tau lah apa masalah aku. dan lagi satu, kaki aku ni memang dah set port-port yang wajib terpelecok. heh. sabau jelah...


bukan time pakai wedges je. kalau pakai flip flop ke, or sandal yang tadek tumit tuh pun memang akan terpelecok. cuma tak sekerap time pakai wedges. apa ke masalah lah kaki aku nih. haih =.=


kawan-kawan selalu pesan " jalan molek kak iqa. kang gelecoh lagi". dan aku, hanya mampu ketawa! fine.

hari tuh, tengah jalan-jalan tiba-tiba, pap!!! aku terpelecok lagi. dush! malu ya amat. budak perempuan yang duk belakang aku siap risau lagi.

budak perempuan : awak, awak oke ke? ( muka siyes )
aku : hahaha.takpe-takpe. saya dah biasa kena macam nih.

aku boleh pulak sambung gelak dengan kawan aku yang kat seberang sana. huk huk huk. nak buat macam mana kan, dah terbiasa kena.





kesian pulak kat model atas nih. haih. =.=

lepas tuh pulak dalam minggu yang sama jugak, aku terpelecok lagi depan HEA. budak-budak uitm dungun, mesti tau HEA kat mana. elok-elok je aku jalan, boleh pulak kaki terpelecok. dan paling penting, depan budak laki!!! grr. malu weh. nasib baik dia sorang. tapi bro, gua nampak muka lu senyum-senyum sambil tahan gelak. huh.

nasib baik bukan depan lelaki yang banyak. penggunaan bahasa yang teraborrr. ades. aku pun tak reti dah macam mana lagi nak kawal kaki aku nih dari terpelecok sana sini.

oitt!! pesal aku ghajin benau update hari nih. fine. lepas ni nak buat kerja pulak. heh. esok nak pergi secret recipe ngan kawan-kawan gua yang comel macam gua. hak. walaupun memang tak suka dengan kek dari secret recipe tapi nak pergi makan cheese cake jugak. sebab tengah gila dengan cheese cake nih.. byeeee

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

PANAS : Jangan Pasang Iklan Heartbeat


.Assalamualaikum.

dari semalam aku tak habes-habes nak promote join Heartbeat. tapi siang tadi ada beberapa masalah sikit. ni disebabkan sejak akhir-akhir ni, iklan Hearbeat selalu tunjukkan untuk Valentine's Day. dan since orang Islam diharamkan menyambut Valentine's Day ni, maka iklan seperti itu adalah tidak wajar.

sebelum ni, Heartbeat memang ada siarkan iklan lain yang bukan berkenaan dengan Valentine's Day ni tapi yelah kan, dah nak masuk bulan dua di mana bulan dua nih memang terkenal satu dunia sebagai bulan kekasih. sian gua tadek kekasih lagi. hak hak hak. fine. sewel dah gua.

so, sementara ni, wajarlah kalau kita buangkan dulu sementara iklan Heartbeat nih. semua info ni mulanya aku dapat tau dari Ustaz Love. haaa. ambek kau. Ustaz Love okeh. ni semua kenal dari Mama Zharfan. aku memang suka jadi silent reader.. keh keh keh. Blog Ustaz Love ni best sebab sempoi je. korang ada masalah papepon boleh tanya dan insyaAllah Ustaz Love akan jawab sebaik mungkin. ye ye je aku kan? hee . lagipun cara penyampai Ustaz Love ni, memang senang orang nak terima. so, kalau nak kenal ngan Ustaz Love, boleh lah pergi tanya macam-macam soalan kat beliau. keh keh keh. USTAZ LOVE

ni artikel berkenaan Hearbeat dari Ustaz Love : Gajah Di Seberang Nampak, Kuman Depan Mata Tak Nampak

ni pulak dari Mama Zharfan : Panas & Regret | Open Letter to Heartbeat.my

Alhamdulillah, Ustaz Love dan mama Zharfan sudah hantar e-mail kepada pihak Heartbeat dan diharapkan mendapat respon secepat yang mungkin. :))

tapi nak letak jugak boleh? keh keh keh. letak link yang ayat jelah. macam kat bawah nih. agak-agak boleh tak Ustaz?



Make Your Own Gifts Here

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

updated :menurut komen ustaz, kalau pasang yang macam kat link kata tas ni takpe. yang ada masalh cuma pada bannernya sahaja. jadi, kalau nak join, boleh lah klik lagi. keh keh keh.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Kelebihan Heartbeat


.Assalamualaikum.

aku rasa sekarang nak update entri pasal hearbeat aje. haha. fine. aku memang mata duitan. tak bersyukur dengan apa yang ada. keh keh keh. by the way, terima kasih lah kepada sesiapa yang click hearbeat haku semalam. oh ye. hari ni terasa nak bagitahu sikit pasal kelebihan heartbeat nih.

1) no fraud click.
haaa. tang ni korang boleh sesuka hati nak main klik sesama sendiri. sebab tuh aku sekarang asyik nak suruh orang klik je. sebab memang heartbeat akan bayar ikut klik kita tuh. so, moh le, reramai klik aku punya heartbeat. lepas tuh suruh aku klik pulak ye. keh keh.



2) RM2
kenapa RM 2? sebabnya bila orang daftar bawah kita, kita akan dapat RM 2 bonus!! so, apa tunggu lagi? meh ler daftar bawah aku ye sayang :)). click je banner hearbeat okeh :D




3) reports
kita boleh tau sehari berapa orang click. lepas tuh boleh jugak tau berapa orang dah daftar bawah kita. aku? satu je. siapa pun aku tak tau. muehehe.. meh ler daftar lagi. nanti hari-hari aku klik heartbeat korang. haha. fine. muka tak malu =.=



mudah je, korang just log in macam biasa akaun hearbeat korang, then klik dekat REPORTS. oke?
p/s: bajet nak buat esemen tapi tak buat buat lagi nih. blogwalking malam karang la ye. tak pun petang karangsebab tangan dah gatal nak mengomen nih.. hoho :D

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

bajet sangat.


.Assalamualaikum.


aku sesaja nak penuhkan entri untuk bulan nih, sebab lepas dah balik kolej ni aku dah tanak bawak berukbeng lagi. aku nak kurangkan online. kalau boleh aku nak dapat pointer tinggi lagi untuk sem ni. sem lepas jatuh merudum. nasib baik tak repeat je. wuuu T__T

esok aku nak kena siapkan semua kerja sekolah eh kerja unibersiti sebab aku tak mau dah tangguh kerja lagi. maaf lah, aku tak dapat nak blogwalking sangat. blog korang lah! banyak sangat widget. lama nak loading. fine. tengah marah nih. err. bajet kau femes lah tuh. fine. kata untuk diri sendiri. 

nanti join heartbeat tau. kita buat duit banyak-banyak :D

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

29 January 2011

Percayalah, Heartbeat Tak Akan Jejaskan Nuffnang


.Assalamualaikum.

kalau tadi, aku dah ajak korang join buat duit dengan heartbeat. dah join ke belum? haih. kenapa? tak yakin eyk? percayalah, memang tak akan jejaskan glitterati status korang. buktinya?


perlu ke aku besarkan lagi gambar kat atas tuh? aku dah daftar heartbeat tahun lepas lagi. dan sampai sekarang, status glitterati masih lagi setia dan semalam aku tengok star rating untuk large rectangle dah naik kepada 5 bintang! hoyeah. hoyeah. kan aku dah cakap. nuffnang still lagi sayang aku tau.

dan lepas promote tadi, naik lah lagi duit untuk heartbeat aku. thanks korang :) dan thanks jugak kepada yang dah mula daftar heartbeat nih :D. nak join? click banner kat bawah ni ye :D


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Apa Itu Heartbeat? Boleh Buat Duit Ke? Jejaskan Glitterati Tak?


.Assalamualaikum.

oke oke. sekarang since semua dah suka sangat cari duit guna blog, aku pun turut sama. kalau boleh aku nak pasang semua iklan. fine. aku memang tamak haloba. tapi disebabkan kesetiaan aku kat nuffnang, jadi aku terus stay dengan nuffnang je.

tapi last year, aku ada tengok blog mama zharfan buat review pasal satu iklan yang tak akan mengganggu status Glitterati nuffnang anda semua. buktinya? boleh tanya terus kat mama zharfan or boleh jugak tanya dekat miza. aku pun dah pasang iklan heartbeat dari last year dan status glitterati nuffnang memang tak langsung berubah sama sekali. 

tapi, income aku memang tak boleh nak lawan mama zharfan dan jugak miza sebab aku main letak aje iklan hearbeat. tadek pulak nak suruh sapa-sapa klik klik kan. hoho.




ini adalah earning aku untuk setakat nih. siyes ciput gila. haha. nak banyak? boleh, suruh kawan-kawan klik. hee. yang dalam kotak tuh adalah untuk setiap yang klik dekat iklan tuh. haih. apa nih? aku pun tak paham. haha. tapi jangan risau. korang daftar je lepas tuh tampal dekat blog. lepas tuh ajak orang klik ramai-ramai.

so, lepas ni jangan segan silu klik heartbeat aku kat sidebar sebelah ni ye. klik hari-hari pun takpe. nanti dah kayo, aku belanja korang. keh keh keh. 

kalau nak daftar boleh tengok kat blog miza. kat situ ada cara-cara nak daftar [ HERE ]

risau pasal status glitterati nuffnang? jangan risau. mama zharfan dah jawab semua nih dekat blog beliau. 
[ HERE ]

oh. yang penting pasal hearbeat ni korang boleh main "aku click kau, kau click aku". takkan ada isu fraud click. so. jangan tunggu lama-lama ye. join heartbeat!! tapi nuffnang tetap di hati. hoho..

click SINI untuk daftar :)) jangan lupa click banner ai kat sebelah tu tauuu.. auww


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

28 January 2011

Contest Cintai Alam Sekitar


.Assalamualaikum.

Fuhhh... sudah kelamaan gila kot aku tak join contest. Orang tag pun aku buat dekkkk jekkk.. sian korang. Hahaha. Eyh. Ada ke tagged aku? Err.. kot la kan. Tapi aku malas nak join sebab kontest asyik suruh tayang muka jekk. Dah la muka aku ni terlebih comel. Oke. Fine. Gemok oke. So, tak perlu aku nak tayang sangat muka ni haa.



Tapi, kontest ni menarik gila kot. Lain dari yang lain. Hadiah paling gila. Duit babe. Siapa tanak duit? Orang gila pun nak tau. Ni kan pulak aku yang waras nih. Thanks to Ammar sebab jemput join kontest nih. Kontest ni tentang cara penjagaan alam sekitar. Kalau nak join jugak, boleh klik sini rugi tak join tau...





Baiklah, aku ni dah melampau sangat kot kalau bab membebel. Fine. Mulakan dari sekarang. Langkah-langkah untuk menangani pencemaran alam sekitar.






1) Simpan sampah kalau tak ada tong sampah. Haih. Bukan aku suruh simpan, peram buat apam ke, buat frame ke. Tapi simpan dulu sampah dalam poket ke, dalam beg ke. Tu kalau tadek tong sampah. Nanti dah jumpa tong sampah, sila lah buang sampah tadi dalam tong sampah. Jangan sesuka hati, sesedap rasa je kau nak buang sampah merata-rata kalau tadek tong sampah.  Baru lah persekitaran kita bersih. ;))






2) Bergotong royong sesama jiran tetangga. Haiyaa.. ini selalu dibuat, yang biasa dilihat kan? Dengan gotong royong nilah, kita boleh sama-sama bersihkan kawasan persekitaran. Bukan tu jugak tau. Kita boleh merapatkan hubungan sesama sendiri. Kann?








3) Kurangkan bukak peti ais, kurangkan penggunaan aircond. Kenapa? Sebab benda jadah ni mengandungi CFCs. Apa itu CFCs? Sila google. Hak hak hak. Dulu dah pernah belajar time biologi kat sekolah okeh. Ini akan menyebakan penipisan ozon dan membahayakan alam sekitar kita! Oh no. Please kurangkan. Nak-nak aircond. Rumah aku guna kipas je..










4) Tanam pokok sebanyak banyaknya. Haih. Tapi janganlah sampai rumah korang jadi hutan pulak. Kang tak pepasal ada yang buat kegiatan haram potong pokok buat kayu balak. Oke. Tapi, kalau kita banyakkan penanaman pokok kat kawasan kita, lebih mudah untuk udara membekalkan oksigen kan? Ini bagus untuk alam sekitar dan jugak untuk diri kita sendiri. ;))






Baik baik. Banyak betul aku membebel. Bajet bajet nak menang contest nih sebab tak pernah lagi menang kontest. Muahaha. Tak jugak. Tapi at least ni boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang nak jaga alam sekitar, yang cintakan alam sekitar.


Tarikh tutup contest nih ialah 14 Februari 2011 

Wish me LUCK!!


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 January 2011

Ni Entri Terpendek Untuk Kali Ini. Kalau Spesies Malas Baca Entri Panjang, Boleh Baca Entri Ni.. ha ha ha


.Assalamualaikum.

!HOME SWEET HOME!

.google.



sekarang nak mulakan misi blogwalking sampai muntah darah. kalau boleh nak komen semua yang aku dah follow . haha. oke. kalau sempat lah kan.... itu sahaja. byeeeeee

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

25 January 2011

Malu Lah Orang Follow Blog nih. Eh Tapi kan, biar saya cerita kenapa saya dah suka duduk kat kolej.


.Assalamualaikum.

eceh. tajuk guna saya. bila dalam entri, cakap aku. hehe. suka hati la der.. ekceli aku dah tak blogwalking dua tiga hari ni. blog bukak je tapi tadek mood. berukbeng ni dah lebih limit. tapi still laju lagi. auww. sayang meksis ketat-ketat. hek.



tapi malu jugak lah sebab aku tak blogwalking pun ada yang still follow blog nih. ades. rasa bersalah menebal nih. tapi cuti minggu ni, aku blogwalking hari-hari okeh. promise. eceh. gedik yawww...



walaupun sekarang still lagi balik tiap-tiap minggu, tapi dah tak homesick macam hari tuh lagi. hoyeah. biasalah, duduk dalam dunia baru. hehe. dulu kan....






lepas tu kan....


memang lah. sebab kawan-kawan semua duduk kolej lain-lain...





tapi itu dulu lah. sekarang dah pandai nak bercakap-cakap dengan rumet, nak bergalok-galok. hehehe...






okeh okeh. ni entri last sebelum balik cuti raya cina + cuti awal sem. nanti aku balik, baru boleh blogwalking eyh. terima kasih sebab sudi singgah sini. sudi follow blog nih. sudi komen-komen. ;))


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

21 January 2011

kecoh ah budak nih. orang lain dah beribu kot..


.Assalamualaikum.

ekceli aku tak mau kot balik rumah minggu nih. tapi tak tau kenapa tiba-tiba je aku ada kat rumah hari nih. heh. tak homesick dah tau. hik hik. nanti aku update cerita lain lah. tapi semalam kan, balik dengan bus. wokeh. dah pandai berdikari tau kalau nak balik. tapi semua tak caya aku. wuwuu T__T




tapi driver bus tuh drive macam pelesit. apa kau ingat aku nih dah kawen ke hah? tak lagi oke. pakwe pun tadek lagi nih. kang tak pepasal aku mati eksiden berlanggar dek kerana kau bawak bus macam nak suruh aku mati cepat je. grr..








weh. nuffnang aku dah boleh cashout lah. hua hua hua. bangga seposen.. kembang bontot nih ha. ha ha ha ha. kecoh kan? ala.. suka hati aku lah. grr. ni first time oke merasa duit nuffnang. sebelum nih aku tengok je orang dapat sambil marah-marah kat nuffnang kenapa tak bagi kat aku. sekarang gua dah dapat beb. 




tapi cahsout takmo tekan lagik sebab nak kumpul kasi banyak-banyak. nanti boleh simpan untuk berjoli sakan cuti sem nanti. dah lah cuti sem ni 3 minggu je. grr.. tapi paling best, sem depan boleh pilih nak duduk kolej mana dan kolej perempuan sekarang akan bercampur dengan lelaki. auww.. semoga cepat dapat jodoh. amin.. hahahahahaha




p/s: memang aku agak sombong sekarang. blogwalking pun dah tak jalan sangat. busy gila kot. berukbeng meksis pulak dah nak habis limit. demn ah. sebab tuh tiap-tiap minggu aku balik sebab nak blogwalking. cop. redang dua tadek wireless. ni gua hangen sangat nih. haih. eyh. minggu depan cuti raya cina, aku pulus habes-habes blogwalking. insyaAllah. thanks kepada yang sudi singgah, drop komen.. i lebiu ah...


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

19 January 2011

Ya! Cerpen saya masuk dalam Penulisan2u


.Assalamualaikum.

tadi time kelas bel, aku terai lah google nama sendiri sebab tadek kerja. haa. sekali...






cepat-cepat aku klik. dannnn.....




klik gambar

dah lama kot ada. 24/10/2010. tahun lepas tapi aku langsung tak perasan. haha. teruja jugak lah aku sebab cerpen aku diterima dalam penulisan2u. thanks a lot. tapi tapi tapi... aku cuma nak cakap, komen-komen yang aku dapat memang buat aku lagi semangat nak tingkatkan penulisan aku.

yap. ini kali pertama aku menulis cerpen dan siyes aku cakap memang aku tak pandai nak bercerita kat orang. dan cerita tuh jugak macam bosan je. eh, bukan macam. memang bosan. haha. oke. aku mengaku. T__T. tapi 

terima kasih kepada 3240 orang yang baca cerpen tuh. dan 44 orang yang share cerpen tuh kat facebook. dan jugak yang bagi kritikan. 

 sekarang aku hantar yang kedua. tapi entah lah. aku tak pandai lah menulis. haha.. INILAH CINTA
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

15 January 2011

Shahir Af 8 kembar Budak Lelaki Sebelah Pintu?


.Assalamualaikum.

google

ramai betul yang tak puas hati sebab Ana Rafalli menang kan? haha. ades. apalah korang nih. oke apa persembahan dia. apa kata, kalau korang sendiri yang jadi juri. nak?  eh. termasuk benda lain pulak. ekceli nak cerita pasal shahir nih. cumel kan dia malam AJL? gugur jantung mak ni tauuu...

tapi tapi.. apa kaitan dengan zami? shahir macam zami atau zami macam shahir? cop cop. siapa yang lahir dulu? zami? shahir? ke sama? kalau sama, tengok bulan. heh. ni dah mulalah sesi merapu. cerita nya macam nih. time tuh duk syok lepaking kat Redang 1. pheww.. gila ramai tengok AJL malam tuh. bila time shahir, kawan aku..

kawan aku : eh. muka dia ada sama macam budak...... (blur)
aku : budak mana?

kawan aku : ala... ada.. budak...
aku : ( heh. sape pulak la eyk?. lama jugak aku tenung skrin tuh.)

*bila part shahir menyanyi angkat muka sket, aku pun jerit.

kawan aku : haaaa. yelah.. muka dia sama

aku : hahahaha... a'ah la kan. ish. tak perasan pulak...


zami, cilok gambar. hehe :P

aku dengan kawan aku memang gelak habis lah malam tuh. ish ish. ada iras-iras lah muka shahir rupanya zami nih. 

p/s: busy TERLAMPAU

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

14 January 2011

PEREMPUAN, jangan terlalu taksub dengan cinta.


.Assalamualaikum.

ADA APA DENGAN CINTA? phewww...salah satu cerita dari Indonesia yang meletup dolu-dolu. tapi time tuh aku tengah jakun sangat bab-bab cerita dari seberang so, memang aku tak amik port lah kan. tapi, tajuk cerita memang aku suka, loike, like, sampai lah ke sekarang ni.



soal cinta ni memang semua merasai, memberi, diberi. tapi untuk hakikat sebuah cinta itu adalah sukar bagi mereka yang idak memahaminya dengan betul. cinta bukan kepada manusia sahaja. tapi, cinta itu menyeluruh. cinta yang utama wajiblah kepada ALLAH SWT. kepada RASULULLAH SAW. kepada IBU BAPA. kepada semua makhluk ciptaan ALLAH SWT di muka bumi ini.



siapa yang tak pernah bercinta? kalau aku memang lah pernah. dari Form 2.haha. gila gatal aku. entah lah. budak-budak.. orang nak ada pakwe, aku nak jugak. last-last entah ke mana. yelah. aku bukan matang lagi time tuh nak bercintan-cintun nih. sudahnya, sekarang malas dah nak cinta-cinta lagi. Muehehe..






tapi kan, aku memang bengang lah sebab ada sesetengah perempuan yang terlalu taksub dengan cinta. kenapa lah eyk? sedangkan si lelaki permain-mainkan si perempuan. bukan semua lelaki macam ni tetapi apa yang berlaku sekeliling aku ada jugak macam nih. perempuan bukan main lagi cinta mati, sanggup buat apa sahaja. perempuan, tetap sabar dan sabar walaupun dah terang lagi bersuluh kalahkan spotlight yang lelaki tu curang. Haih.
               

                                                                                                 
memang sakit dan sakit sangat bila orang yang kita percaya permain-mainkan kita kan? tapi kenapa terus diamkan diri, tak buat apa-apa?



pengalaman ni, apa yang aku tengah lihat sekarang. dah terang-terang lelaki tuh curang kat kau, buat apa kau nak terus defend dia lagi? tolong lah bukak mata tuh sikit. tengoklah apa yang dia dah buat kat kau. Kau menangis, meraung, sakit hati setiap hari sebab dia, tapi kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?



aku tak paham kenapa sanggup lagi tunggu sedangkan semua benda dah terang. kalau aku dah lama tinggal sebab ada orang yang lebih baik menanti kau. tak paham aku. bila aku tanya macam mana, jawab tak layan lah, tak amik tau lah. tapi bila tengok mesej, kemain lagi kau eyh.



tak serik-serik lah kau nih. aku sendiri tengok pun rimas. orang buat kau macam tadek perasaan, tapi kau boleh je pertahankan dia lagi. Uhhhh.. perlu ke terlalu taksub dengan orang macam tuh? tolong lah fikirkan diri sendiri sebelum fikirkan dia.



mungkin akan ada yang kata lain dari aku tulis lepas nih. tapi siyes aku cakap kalau korang kat tempat aku korang akan sama geram dengan perempuan yang terlalu taksub dengan cinta dari seorang lelaki yang terang-terang tadek perasaan langsung. lepas tuh bila ada masalah, MENANGIS. Ahhhh..







Ya, CINTA ITU BUTA. tapi jangan sampai membutakan diri sendiri.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

13 January 2011

maaf. baru keluar dari wad..


.Assalamualaikum.

phewww... penat tak hilang lagi nih. baru je sampai rumah dari dungun. macam biasalah kan. bila tiba hari khamis je, muka aku yang balik. haha. by the way. dah berapa hari dah tak hupdate entri. kalau tak update, jangan harap lah ada orang nak datang tengok aku kat sini. huk huk huk..

from google

ekceli baru je keluar dari wad nih. ada lah dalam tiga hari duduk dalam wad. ades. siyes bosan ya amat. eh. aku ke masuk wad? BUKAN AKU LAH. lappy aku. hik hik hik. aku suruh budak kampus aku format balik sebab masuk virus apa jadah entah. haip. jangan cakap format sendiri senang sebab aku memang tak reti. ha ha ha. tapi takpe, lepas ni ada orang nak tolong ajarkan. ish. maaluuu.. hehe

sekarang dah ada bau-bau kesibukan. azam aku pulak sem nih nak banyakkan study. so, maybe aku akan kurang online, kurang update entri. tapi memang rindu gila kot nak blogwalking. maaf sangat-sangat kalau aku tak sempat singgah mana-mana pun. haih.. tak tau dah nak buat macam mana. kadang-kadang je aku sempat curi masa nak baca-baca entri korang. ;))

thank ada yang sudi singgah. banyak benda sangat aku nak cerita dua, tiga hari nih. tapi aku nak rehat dulu. ;))

p/s: nanti blogwalking besar-besaran. hak3..

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

06 January 2011

gila shopping. shopping gila.


.Assalamualaikum.





SHOPAHOLIC. Oh aku memang suka gila shopping. Window shopping ke, door shopping ke..janji shopping. Perempuan manalah yang tak suka shopping kan? kalau ada tuh, errrr... anda normalkah?
Shopping dan perempuan macam isi dengan kuku dah. Shopping ni best. Seakan-akan terapi jiwa gituh. Haaa. Kannn?






Shopping barang branded tuh memang menjadi idaman semua la kan? yelah, nampak setailo sikit kan? eceh. Tapi kalau pandai pilih, yang tak branded pun nampak macam branded tau. aku ada kawan yang memang suka sangat beli-beli kat bundle. Perempuan tau. tapi bila dia pakai, nampak mahal lah! Auchh.. aku? Aku tak kisah branded ke tak. Ye ye aku nih. Aku beli branded yang biasa. Tadek lah mahal-mahal macam POLO, ED HARDY, ROXY, MANGO, dan yang seangkatan dengannya. Tapi aku tau korang-korang ada kan beli brand nih? Ish. Bukan tak berkenan cuma duit yang tak berkenan. Kalau tak, aku sebat je. Haha. Aku biasa beli TOM’S GIRL, CHEETAH, PADINI, DIESEL, VOIR. Haih.lupa lah apa lagi. Tapi biasa aku beli time sale. Kah kah kah. Baju paling mahal aku beli P&CO yang harga RM128 lepas sale! Gila ah. Siyes aku tak tau tuh harga sebenar. Aku dah salah tengok harga. Padan muka! Hua hua hua. Sian abah aku kena bayar. Keh keh keh.



Shopping sorang-sorang atau ngan kawan-kawan atau ngan family? Aku prefer ngan family kalau nak shopping banyak-banyak sebab nanti bapak aku lah bayar. Hehe. Naya abah aku dapat anak perempuan macam aku. Nasib baik sorang je. Kalau ramai, botak kepalo abah! Tapi kalau rasa ada duit sendiri aku lebih suka pergi sorang-sorang. Ngan kawan-kawan bukan tak best cuma nanti ada yang nak ke sana, ada yang nak ke situ. Rimas lah aku. So, baik aku pergi sendiri. Lagi pun aku jenis kalau nak, aku sebat je. Kalau orang lain susah, nak yang nilah, yang tulah. Penat aku tunggu. Dulu kawan aku penah cakap yang aku ni jenis senang shopping sebab bila nak yang tuh terus amek. Ish. Memang lah. Dah yang tuh berkenan. Kalau jumpa yang lain lagi cantik, letak balik baju tadi then amik yang lagi cantik tuh. Muehehe.



Dan aku jugak bukan jenis yang shopping 4, 5 jam sebab aku tak suka belek-belek baju banyak kali. Kan ada sesetengah orang yang sanggup duduk dalam shopping complex tuh berjam-jam semata-mata nak belek semua yang ada dalam mall tuh.  Bagi aku paling lama aku tahan 3 jam. Err.kejap je kan? biasa time nak raya, aku satu family pergi shopping kat KL. So, time tuh lama la sikit shopping. Masuk petang, keluar malam. Ibu aku paling susah nak shopping ngan dia. Sebab dia akan pilih betul-betul. Penat aku tunggu. . tapi itulah perempuan kan?

p/s: dah sebulan lebih aku perap entri ni kat draft. hua hua hua.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Tentang Perasaanku | Morning Show


.Assalamualaikum.


SELAMAT PAGI :))





aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu

reff:
ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu
ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap
akan tetap menunggumu

repeat reff

ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

repeat reff



p/s : mood eksaited nak balik kejap lagi

p/s/s : semua kelas batal hari ni. hoho.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 January 2011

dua hari blog aku di review.


.Assalamualaikum.

hari tu aku ada join blog review oleh cik tom. takut jugak aku kot kot tak sempat nak tengok apa yang cik tom nak ulas pasal blog ni. yelah, aku kan banyak mengarut je kat sini. lagipun blog aku bukan khas untuk cari informasi. kadang-kadang jelahkan aku buat tips-tips. heh. bajet tips la sangat. hehu.. 

overall memang tadek apa-apa pun. cuma cik tom mintak aku pratikkan SEO. aku tau SEO tu apa. kes rajin gugel lah nih. hoho. tapi itulah, kalau dah pemalas, pemalas lah jugak. hehe. sekarang dengan jinak-jinak dengan SEO jugak lah nih. bajet. :P. so, 2 Januari lepas, cik tom dah review blog aku. thanks cik tom. ;))





tak lama lepas tuh dapat komen dari bro sop. dulu aku ada jugak join blog review dari bro sop nih. tapi bro sop cakap, ramai sangat yang join so, dia tak sempat buat yang aku. hehe. takpelah. aku tak kesah pun. kalau cik tom review blog aku 2 JANUARI, bro sop pulak 3 JANUARI. uiks. dua hari sekaligus tuh. dan alhamdulillah time tuh trafik pun tinggi je. huhu. followers pun bertambah. thanks korang ;))


THANKS CIK TOM, THANKS BRO SOP ;))

p/s: shoutmix ditutup sementara. boleh tinggalkan komen ye

p/s/s: sori tak sempat nak blogwalking. jangan risau. komen tak approve semua lagi. nanti kalau sempat malam ni blogwalking kalau kerja dah siap ;))

p/s/s/s: esok balik rumah!! yeay yeay. homesick sangat nih. eceh. padahal sejam je kot dari rumah. hehe

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

04 January 2011

auch. orang cakap saya macam yuna ;)


.Assalamualaikum.




kah kah kah. tergelak aku sorang-sorang tengok gambar nih. ekceli aku bajet nak lukis gambar yuna. tapi itulah hasilnya. kesian yuna yang cantik jadi macam tuh sebab aku. muahaha. semua ni jadi sebab kes nak tahan nangis semalam lah nih.

nah, korang hambek yuna betul-betul lah..



motif aku sebenarnya nak cerita hal lepas. ibu aku balik dari tempat mak sedara aku kerja kat kedai makan. dan kebetulan sehari sebelum tuh aku ada pergi kedai tuh dengan ibu. 

ibu : along, budak-budak tempat kerja kak intan tanya along sapa semalam?
aku : kenapa pulak?

ibu : semua cakap along macam yuna, nak mintak nombor telefon lah..
aku : hahaha. gila. sebelum ni kan along rajin je pergi kedai tu, makan-makan. takkan dieorang tak perasan?

ibu : hahh.. tulah pasal...

hahahaha.. lawak pun ada. nak bandingkan aku dengan yuna macam langit dengan bumi. yuna lawa gila kot. aku ni siapalah nak sama ngan yuna. ke maybe sebab aku pakai shawl kot. tai biasa je rasanya.. aku pakai shawl anting-anting, lepas tu satu lapis lagi shawl aku pakai letak je atas shawl tuh. ala, macam cik epal pakai tuh :P

p/s: shoutmix akan ditutup buat sementara sebab tak dapat nak check satu-satu. tinggalkan komen ye. eceh :P

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

besar gedabak pun nak menangis lagi.


.Assalamualaikum.








ini bukan auto post. ini live punya post. huhu. sekarang kat lab komputer. gila awal aku datang kelas. padahal kelas pukul sepuloh suku. baik kan aku? eee... siyes rindu nak blogwalking. semalam dah balas jejak kawan-kawan yang tinggal komen sebab line berukbeng meksis macam good good je.

sementara tunggu rayuan kolej, dapat bilik sementara dulu. ok la jugak. sama je macam bilik biasa. next week dah ada intebiu untuk dapat kolej. heh. nak kena intebiu bagai pulak. dalam bilik sekarang ada budak part 6 dan part 3. sama umur jelah kot ngan part 6 even lain-lain sem.

tapi dalam bilik memang aku jadi pendiam gila kot. tak tau nak cakap apa since semua dah berpecah. kawan-kawan aku semua duduk kolej lain. sengal gila. dan nilah jugak first time aku nangis sepanjang berada kat dungun. gila cengeng. hahaha

kalau balik kat bilik jek, konpem aku jadi suram je. aku senyap dan senyap dan terus senyap. air mata nih laju aje nak keluar. tapi tadek ah laju. cumanya setitik dua la kot. ahhhh. konpem ramai cakap aku manja lepas nih. tulah. dah besar gedabak umur doploh satu pun nak nangis lagi. oit. baru doploh oke. tak sampai lagi doploh satu..

bye ;))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 January 2011

Lemak Terlampau? Ada Tips Tak?


.Assalamualaikum.







Lemakkkk!! Siapa yang tak takut dengan lemak ni kan? aku? Dah biasa. Haha. Tapi siyes aku rasa nak operate buang lemak yang hampeh nih. Muehehe. Diet? Mestilah diet. Tapi kadang-kadang penat diet, aku sebat je apa pun. So, habis lah diet aku. Hehe. So, berdasarkan majalah REMAJA tahun lepas punye, ada  makanan yang akan bantu untuk pecahkan lemak-lemak yang tak guna nih.




TEH HIJAU





Kajian yang orang Jepun buat menunjukkan bahawa sesiapa yang minum sebotol ekstrak teh hijau selama tiga bulan berturut-turut boleh hilangkan lemak jauh lebih banyak daripada orang yang minum teh biasa. Wow. Ni aku rasa nak terai nih. Tapi penah minum jugak dulu Cuma rasanya, ya ampun..tawar! teh hijau ni tolong bakar lemak sebab ada zat katekin yang tugasnya untuk memanipulasikan tubuh untuk bakar kalori dan turunkan lemak kat badan nih. Hah. So,jum terai minum teh hijau nak?





BAWANG PUTIH







Eeuuww. Aku memang tak suka langsung bawang nih. Tapi bawang putih nilah jugak baik untuk turunkan lemak tau. ni sebab bawang putih ni ada Flavonoid yang mengandungi antioksida di mana Flavanoid ni jugak untuk kecantikan dan awet muda. Auuww. Lepas ni kalau tiba-tiba aku cantik je, tu sebab aku makan bawang putih lah tuh. Muehehe.ye ye je aku. TAPI, orang yang ada sakit jantung kena mintak nasihat doktor dulu tau. sebabnya..errr..

eh. ini ada vidoe gathering bloggers terengganu hari tuh. thanks ixbarr






p/s :  ini adalah entri auto post. Mintak maaf banyak-banyak, reribu riban lemon dan jugak strawberry sebab tak dapat nak blogwalking. Sem baru dah setat. Biasalah awal-awal ni busy banyak benda. Rerajin la tinggal komen supaya senang ai nak balas jejak u ol semua oke? Ala..boleh lah eyk. Hehe.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

02 January 2011

saya nak buat blog nih. tapi, macam mana eyk? | Happy 2011


.Assalamualaikum.


eceh. hari ni buang tebiat sikit nak buat ala-ala tutorial. bukan tutorial pun sebenarnya. cume sekadar nak share tips bagi yang baru nak berblogging. yang dah lama toksah la. haha. korang dah pandai semua kot. tapi aku tetap noob. hahaha. ish. tak baik macam tuh. walaupun aku baru lagi berblogging ( tipu, padahal dah setahun lebih ), tapi aku nak share beberapa tips lah untuk yang baru nak berblogging. sebab ramai jugak kot yang baru-baru, fresh segar dari ladang buat blog kot. ;))



sekarang maybe aku tengah bersiap nak balik dungun. means, aku mungkin online atau mungkin  tak online lah nih. tapi, nak jugak buat auto post supaya korang tak lupa kat blog nih. agagaga.. eyh eyh. rasanya tak terlambat lagi kan nak wish new year?

selamat tahun baru untuk semua pembaca blog nih. terimalah lukisan yang buruk lagi kali in. muahahahaha...




berbalik kepada tujuan asal. harap-harap tips ni boleh la membantu sedikit sebanyak kan? :P

1 ) kemaskan blog
benda ni memang WAJIB kot. bagi aku lah. sebab kekemasan tu kan buat nampak cantik. kalau orang masuk blog kita, nampak kemas je, mesti orang akan suka dengan blog kita. percayalah cakap aku. aku memang sangat suka dengan blog yang kemas. dah blog tulah aku follow kebiasaannya. cuba korang susun gadget-gadget tuh biar nampak kemas. baru lah sedap mata memandang. kalau rasa banyak sangat gadget, buang gadget yang tak perlu



2) widget
bab nih memang ramai yang tak suka. rasanya lebih baik korang tak payah letak widget yang blink-blink kat sidebar, lepas tuh widget jam lah. heh. semua ada jam kot. tak perlu lah nak letak lagi. widget tulah yang buat blog korang jadi lembab. satu lagi pop-up window. yang nih memang aku akan jarang masuk blog dia. dulu aku suka jugak buat, tapi siyesly benda tuh memang menyusahkan.



3) lagu
ini terpulang kepada bloggers lah kan. dulu aku memang feveret gila kot letak lagu kat blog. tapi sekrang dah insaf oke. sebab korang bayangkan eyh. nak blogwalking kadang-kadang bukak sampai 10 blog dalam satu masa. lepas tuh ada beberapa blog yang letak lagu. konpem bunyi lagu banyak-banyak serabut kan? adik aku pun pernah marah kot sebab bising dengar lagu. lagu tuh tak penting pun dalam blog ok. so, tak payah letak.



4) penulisan
setiap orang ada setail penulisan sendiri. tapi paling penting jangan guna short form. apa kau ingat ini short messaging system ke hah? malu ke nak tulis bahasa baku melayu kat sini? jangan bimbang lah. kalau korang mengarang macam esei nak hantar kat cikgu pun takkan ada orang gelak kat kau lah. ini blog bukan SMS :))



5) disable right click
memang lah majoriti buat disable ringht click sebagai langkah tanak bagi orang copy paste kita punya entri kan? tapi kalau yang join contest, giveaway, yang buat contest, yang buat giveaway, yang bagi award, lepas tuh bila orang lain nak copy, memang tak boleh. grr. buat lah satu cara lepas disable right click. cara apa? bila tekan je, terus keluar new window. kat blog nih, aku buat macam tuh sebab senang kalau tiba-tiba aku rasa nak disable right click ke. hehe. aku tak reti sangat guna HTML, aku guna JAVASCRIPT punya. aku ada code javascript. tapi aku lupa lah mana aku dapat. haha. tengah rajin gugel dulu.. aku tak reti buat tutorial. kalau nak, sila lah gugel. haha




6) entri menarik
haaa.. kalau tak menarik, orang tak baca tau. ( bajet entri aku sodap je ). macam mana nak buat entri menarik? ala, selitkan lah dengan gambar ke, lepas tuh buat lawak sikit ke, buat gedik gedik sikit ke. haha. kannn?



7) pemilihan template
seeloknya korang cari template yang mesra SEO. apa itu SEO? sila lah gugel. agagaga. takpun korang cari template yang ringan-ringan je. senang nak load. ada jugak template yang buat aku hangen. grr. terpaksa refresh banyak kali baru boleh load. tu pun still lagi lembab gila. lepas dah pilih template korang edit la sikit kan? kasi cun malatop gituh. yang penting pastikan tulisan jangan sama kaler ataupun kalaer yang lebih kurang dengan template. berpinar mata mak nih nak baca tau. kalau nak buat kaler-kaler tulisan pun beragak lah sikit ye. tak perlu sampai warna warni sangat. pening kot nak baca.




8) word verification




ades.mostly blogger ramai guna nih kot. yang femes tuh tak heran lah sebabnya kalau dieorang letak pun komen ratus-ratus masuk. tapi bagi yang baru nih, tadek orang nak layan kau. sudahnya orang terus close blog kau. tak payah lah letak.




okelah. itu sahaja untuk kali ini. harap dapat lah bantu sikit banyak kan. keh keh keh. tetiba datang orang komen,

kau bajet kau pandai sangat ke blogging sampai nak bagi tip bagai nih?


eyh. ade jugak yang jeles. muahaha. suka hati aku lah. apa salahnya buat kerja sharing is caring kan? :P

kejap. ada entri spesel kat sini. muahaha.. pastikan korang baca tau even aku maybe tak online sekrang nih.


p/s : ini adalah entri auto post. Mintak maaf banyak-banyak, reribu riban lemon dan jugak strawberry sebab tak dapat nak blogwalking. Sem baru dah setat. Biasalah awal-awal ni busy banyak benda. Rerajin la tinggal komen supaya senang ai nak balas jejak u ol semua oke? Ala..boleh lah eyk. Hehe.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan