19 February 2011

Hatta Dolmat Is My Future Wedding Dress Designer & Dia Doakan Untuk Saya Jugak :))


.Assalamualaikum.

haaaa...hari ni tiba-tiba rasa nak buat entri pasal kawen-kawen. eceh. ini kawen betul tauu. bukan macam main kawen-kawen time kecik tuh. dengan letak daun-daun yang diubah suai jadi macam crown then letak atas kepala. itu dulu lah kan. sekarang dah besar gedabak kena pikir matang sket. hehehe
ekceli aku tadek calon pun lagi nak kawen. yelakan, sape lah nak aku. sobs.
tapi aku tak kisah sebab aku yakin, one fine day insyaAllah, jodoh tu akan sampai jugak. semoga aku dapat jodoh yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai-Nya. amin...


tapi bila cakap pasal kawen je, mesti terus otak pikir tang baju kawen! fuhhh.. kawen sekali je tauuu.. kalau yang lebih tuh, untung lah. haha. tapi kalau yang kawen sekali je, mestilah nak sesuatu yang istimewa kan. kalau aku, for sure tema PINK + PUTIH. aku nak seluruh dewan tuh dipenuhi dengan bunga ros pink dan putih. mesti sangat comel kan? dan penting aku akan pastikan aku selim time tuh. muahaha



*google*



semuanya akan jadi tema pink dan putih. dari A sampai lah Z. tapi nak semua ni bukan sekali petik jari je. aku bukan keluarga yang kaya dengan duit, mewah dengan segala-galanya. aku hanya orang biasa tapi sangat bahagia dengan keadaan sekarang. so, dengan itu aku kena lah berusaha dengan tekun dan jaya supaya segala impian aku ni tercapai. kannn?


from blog Hatta Dolmat


yang paling aku nak sangat, adalah tempah baju dengan HattaDolmat walaupun itu cuma mungkin angan-angan. tapi tanpa angan-angan takkan jadi realiti kan? siyesly aku memang adore gila dengan design HattaDolmat. designnya sangat boleh buat mata aku terpukau. auww. heh. angan-angan aku takkan jadi realiti? mungkin. sebab Hatta Dolmat kan designer terkenal. kalau nak tempah baju dengan dia pun for sure lah harga tinggi gila kan? tapi bukan ke itu boleh dirunding? eceh. bajet Hatta Dolmat nak ke berunding dengan kau? oh please abang hatta. takmau lah sampai puluh ribu baju tuh. muehehehe... 


cantikkan wedding dress nih? aku nak yang macam nilah. tapi disebabkan aku nih pakai tudung, so agak-agak boleh tak tukarkan jadi dalam bentuk muslimah? muehehehe.. fine. selamat berangan :))


sejak dah gila dengan twitter, aku pernah lah sekali berangan pasal nak tempah baju dengan Hatta Dolmat bila dah nak kawen satu hari nanti. aku tak expect pun dia reply tweet aku tuh kan. sebab status tuh pun cuma main-main berangan je. haha. kawen dengan Hatta Dolmat jelah. boleh tak? huaaaaa huaaaa :D

kalau nak jeles, boleh lah. :P



fuh.. bila lah agaknya segala impian ni tercapai dan aku sendiri pun tak tau bila aku akan jumpa dengan orang yang betul-betul sesuai dengan aku. hati aku dah kering dah sekarang. siyes aku tak berminat nak cintan cintun ni. tipulah kalau aku cakap aku tak minat orang lain kan. fine, aku suka abang kiosk. haha. kiosk mana? kat kampus aku. tettttt... habes sudah cerita.


dan aku pun tak tau kenapa gatal sangat nak cakap pasal kawen ni. maybe sebab umur dah nak doploh satu maka hormon miang tuh semakin menjadi. haha. dah lama jugak rasanya aku tak taip entri panjang macam nih. *sigh
mungkin aku takut orang takkan baca entri panjang aku sebab aku bukan irine nadia marcello yang semua orang sanggup baca entri dia panjang berjela-jela sekali pun. termasuk lah aku. :D

lepas ni aku kena belajar rajin-rajin kumpul duit banyak-banyak, cari jodoh, lepas tuh tempah baju dengan Hatta Dolmat. berehhhh.. hehe. sapelah agaknya nak kutuk aku supaya stop day dreaming eyk? :P

okehhh!! dah dah dah. berhenti berangan.
last-last aku sewa baju pengatin kat butik pengatin je. hehe.

p/s: ingatkan tanak buat post entri dah. tapi buat jugak. tapi satu jelah. hee.
banyak tapi.. :P

p/s : 5 March nak pergi wedding Yaya & Farid. pemenang tempat kedua kontest Gerbang Cinta Utusan Malaysia. for sure she'll be gojes..thanks a lot kepada yang sudi vote untuk dieorg hari tuh ;))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 February 2011

kemalasan itu semakin menjadi-jadi bila otak dah semak.


.Assalamualaikum.

sejak semalam aku asyik baca entri orang lain je. komen? err. adalah jugak. tu pun kalau aku rajin. heh. bajet blogger femes kau nak buat macam nih? oh. tidak sama sekali. sebabnya otak aku ni dah semak sameon dah. kaitan? memang tadek kaitan langsung!!


ada pulak gambar "serabut" yee.
lepas ni kalau ada keyword "serabut" tu aku lah yang gugel =D


berbalik kepada otak semak. ye, otak sangat serabut tadi bila powerpoint presentation untuk BEL 312 corrupted!! damn so very da bomb. aku bengang gila sebab slide show tuh aku dah buat siap semalam lagi. siap kecoh kat facebook lagi sebab bagga dah siap. sekarang hambek kau! moralnya tolong jangan bangga. setan tuh sume. dush!


yeayyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tiba-tiba jerkkkk.. aku balik dungun AHAD pagi. hoyeah. i loikeee.. boleh duduk rumah lama sikit sebab minggu depan tak balik lagik... wuwwuuuu.... T___T

terima kasih jugak kat pak guard uitm dungun sebab bagi stiker kereta. even kereta aku buruk tapi tuan dia tak buruk okeyyyy. tadek lah penat naik van kunyit uitm kalau nak keluar bandar. and SPECIAL THANKS to abah and ibu sebab bagi bawak kereta hitam tu atau nama glemernya "kuda hitam"






gugel

kenapa kuda hitam? ibu suka bagi nama kat kereta hak milik beliau. ngeh ngeh. kereta yang baru sekarang namanya "MELLY" sebab warna merahhhh... uikksss.. mahu berhari-hari sebelum dapat kereta tuh ibu duk pikir nak letak nama apa. 

dan ini jugak last entri. aku tak tau bila aku ada masa lagi nak blogging, nak singgah blog korang, nak komen-komen entri korang. tapi, insyaAllah satu hari nanti aku akan singgah kat korang pulak. cuma biarlah masa yang tentukan bila. semoga blog ni takkan ada yang lupakan even one day ditakdirkan aku tadek lagi. eceh. ni masuk bab sentap. 


sebelum aku nak caucincau. silatolongamalkantipsnibilatengahbergedikdengankawankawan


STEP 1 : keluarkan kata-kata yang indah

STEP 2 : pandang ke atas sehingga nampak mata putih

STEP 3 : tangan ke dada

selamat mencuba!!! 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

17 February 2011

kalau nak UNFOLLOW blog ni, silakan lah :))


.Assalamualaikum.

VERSI LIVE UPDATE. eceh. nak jugak cakap live kan. yelah sebab dari minggu lepas asek autopost aje. skang dah live sebab dah ada kat rumah! yehhaaa.. walaupun tadi bawak kereta macam pelesit ( nasib baik tak eksiden je )





first of all just nak tulis terima kasih sangat kepada yang sudi singgah blog ni sementara aku tadek dari minggu lepas. ayat aku macam hape je. haih. walaupun komen untuk entri makin sikit, tapi tu semua dah tak bermakna lagi untuk aku. terima kasih jugak yang sudi follow lagi blog nih. huh. sekarang masa aku terlalu limit. betul ke ayat nih? err. paham-paham jelah eyh. yang pasti blog ni takkan macam dulu lagi. takkan ada update yang baru setiap hari, or maybe seminggu or maybe berbulan-bulan, or maybe jugak bertahun-tahun. 




since dah tadek berukbeng lagi kat kolej, hidup aku tenang sikit tanpa internet sebabnya aku tak perlu risau lagi pasal blog, facebook, twitter and etc. siyesly aku nak mintak maaf kalau aku memang tak sempat dah nak balas jejak korang kat blog. kalau aku dapat online pun time dalam computer lab je. tapi itu pun tenet haremmm aje. 



ada beberapa blog je aku dapat singgah, baca-baca entri or maybe ada jugak tinggal komen. tapi mostly baca entri jelah sebabnya dalam lab bukan online je. ada kerja kena buat.so, memang dapat baca jelah entri-entri korang.lagi pun sejak hidup tanpa internet ni masa aku terisi dengan layan tv show Super Junior. haha. ngeks ah. orang lain dah berzaman minat aku baru nak minat. satu lagi petang pergi joging, malam pergi gym or main badminton. semalam main squash. pergh.. tiba-tiba rasa nak ganti Nicol Ann David. muahaha.



disebabkan itu jugak, aku bagi peluang lah kat sape-sape yang nak unfollow blog nih, sila lah. aku tak marah pun. lagipun memang aku tak dapat nak singgah blog korang macam dulu lagi dah. T__T




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

16 February 2011

Kenapa Minat Sangat Dengan Artis Korea? Entah Pape Jer


.Assalamualaikum.

orang duk present aku duk blogging kat belakang *( time aku taip entri nilah kan. nampak sangat schedule post. ha ha ). memang ler sebab aku dah present dua hari lepas so, sekarang aku ingat nak blogwalking je. tapi tenet macam harem je. cis. banyak gila cite yang aku terlepas. haih. entah macam mana lah aku nak qada' balik lepas nih. mampus aku agaknya ngadap komputer bila balik minggu depan. *long sigh


eh. berbalik kepada tajuk entri lah kan. aku tak paham lah kenapa ramai sangat minat gila babeng kat artis-artis korea nih. dah lah lagu entah apa-apa. faham ke weh? bahasa inggeris pon terkontang kanting ni kan pulak nak paham bahasa korea yang lagi lah jauh susah nak paham. hari-hari aku duk dengar orang cakap artis korea nih lah, itu lah. comel lah.  comel tang mana weh? comel lagi orang melayu kannn? :P


hari-hari aku kutuk orang yang minat korea. bagi aku artis-artis korea ini entah apa-apa je. dah lah satu grup tuh ramai. pastu nyanyi lagu yang tak paham maksud dia. kalau nak paham kena cari kat you tube yang ada english translation. tak ke menyusahkan tuh? lepas tuh sorang sorang duk cerita kat aku pasal artis korea. rimas kot. hampeh je aku rasa =.



TAPI itu dulu lah kan, tapi kan... sejak aku tegok video no others, Super Junior ni aku rasa dah jatuh cinta kat artis korea. dan sekarang aku paham kenapa ramai sangat gilakan Super Junior.








jadi sekarang aku tak heran bila dah tadek internet lagi dalam kehidupan aku. janji masa free aku layan video dari super junior, tv show superjunior. haih. aku ni lambat betul sedar benda nih. ngeh ngeh ngeh. paling penting aku JATUH CINTA KAT LEETEUK!!!!!!!!!!!





yang penting kita punya lesung pipit yang sama kannn LEETEUK? hehe.
haih.aku nak kena cari laki macam dia lah nih. 




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

12 February 2011

Oh Mai!!!! JAtuh cinta. siyes jatuh cinta.


.Assalamualaikum.



nothing to display.
tak tau kenapa suka sangat lagu nih.
fine.
aku memang lambat jatuh cinta kat lagu-lagu korea nih. haha

layannnn..

p/s:auto post

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

10 February 2011

Petua Kecantikan Untuk Perempuan


.Assalamualaikum.

Wahhh... hari ni, today dalam keadaan yang good-good aje, aku nak bagi tips sikit. Tips untuk perempuan.  Kenapa perempuan? Sebab perempuan kan nak sentiasa nampak cantik cun malacun malatops. Auch.. terlebih pulah agaknya gua nih. Grr.






1.PETUA CEPAT DIPINANG - banyakkan minum air pinang...lg sedap kalau buat jus,,,fuh,,,

2.MENEGANGKAN KULIT MUKA - korang tarik kulit muka tu bagi tegang pastu stappler la...

3.MENGHILANGKAN BAU BADAN - berendam dalam besen air yang telah diisi dengan minyak wangi dan serai wangi...confirm wangi pasnie

4.MELEMBUTKAN RAMBUT - rendam kepala korang dalam air yang menggelegak,,,klu bleh biar suhu 2 mencecah 200 celcius ke atas,,,

5.MENGEKALKAN KECANTIKAN - jangan basuh makeup korang,,,biar je,,,tapi tu pon kalau make up korang lawa la,,,

6.MENGELAKKAN RAMBUT GUGUR - lumur rambut korang dengan gam gajah,,,confirm tak gugur dah pasni,,melainkan tercabut terus dari kepala je,,,ntah2 dengan kulit kepala pon boleh tanggal skali..

7.MENGHALUSKAN KULIT MUKA - gosok muka korang dengan kertas pasir,,,



Selamat mengamalkan tips-tips kecantikan ni tawww. Euwww.. anwarhadi cakap, jangan cakap euww euww sebab tak comel. Ye. Memang tak comel. Pergi tengok depan cermin then buat muka euwwww.. menyampah pulak tengok muka sendiri buat euwww. Buweekks!





p/s: ekceli ni aku cop paste dari mana ntah. Dulu-dulu dah lama gila babeng nih aku simpan dalam pendrive.
p/s/s: kepada yang rasa aku cilok petua nih dari entri dia, please mention kat aku kat komen. So boleh bagi credit. Heh. Bukan topup ye. Duit ptptn aku makin kurang. Sobs T__T
p/s/s/s: auto post yaww :D


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

07 February 2011

IniAnwarHadi yang superb euuuwwwwwwwwwwwww!


.Assalamualaikum.

IniAnwarHadi. yeah. dia sangat comel dan superb comel okeh. nak nombor phone boleh? nanti anwar hadi jawab, boleh belah. haha. first tengok video dia kat blog cik epal. dia ni ala-ala sis MAGHIA ELENA versi lelaki.







vidoe nih rasanya boleh buat orang paham kenapa ana raffali menang AJL arituh.
well yeah. betul apa yang dia kata. aku pun tak paham kenapa yang duk pertikai tuh sebok jugak nak jadi juri. *sigh*




anwarhadi versi euuwww. euuuwww.
well yeah again! ramai kot cakap macam ni. paling tak leh belah siap ada 'w' lagik kat belakang.
contohnye : adew, kitew, yekew, lamew dan yang seangkatan dengannya. dan yang tua bangka pun sebok duk guna 'w' jadah nih. heloooo. sayangilah bahasa malaysia. 
"iteww tak sukeww auww orang main-mainkan bahase itewww"
fine. tak rasa gedik nak mampus ke? 
terasa? apa ku heran. kah kah kah.



oh. sungguh comel anwar hadi ni kan? bagus jugak dia buat macam nih. best best sebab ramai ke lelaki yang berani gedik-gedik macam nih? haa. ini gedik yang bermakna wokeh. nak tengok lagi video anwarhadi yang superb comel ni boleh tengok you tube dia. enjoy it bebeh. or LIKE his fanpage and follow him on twitter and also his blog too ;))

p/s : autopost

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 February 2011

Blog Ini Sudah Sampai ke Penghujungnya...


.Assalamualaikum.

blog ni tak best. blog ni buruk. blog ni tak hebat macam blog lain. blog ni memang tak best macam makan buah mengkudu eh cengkudu eh ke apa? ha. mengkudu la. bukan berudu. berudu tuh anak katak yang time kocik cinonet dulu aku suka main. takpun biji selasih tuh. eh. tu macam telur katak kan? haha. fine. aku memang panggil telur katak. 

sekarang dah sampai masa nak pergi bawak diri bersama kenangan-kenangan yang terbaik, terhebat lagi terindah spanjang berblog ini. banyak sangat pengalaman. tapi pengalaman kena kacau dengan anon tak pernah lagi. nak jugak rasa walaupun aku tak aku memang tak kuat nak hadapi semua nih. 

berat hati nak tinggalkan blog kesayangan nih. huk huk huk, oit oit oit. sudah-sudah ler. ni semua propaganda gua je. haha. 




A liar should have a good memory. 




sempena keberangkatan tuan puteri yang semakin sihat montel gemoks dan gebu ini, aku nak cakap eh tulis THANKS kepada sesiapa yang sudi singgah sini. kepada sesiapa yang buat blog aku ni sebagai blog feveret diorang. fine. ini dah auta. 

ekceli aku dah stop guna broadband dan since kat blok kolej aku memang tadek internet, aku takkan online, update blog or seangkatan dengannya sepanjang berada kat kolej. aku dah nekad tekad usaha tekun jaya ( eh. lagu sekolah lama ) nak fokus kepada study walaupun classmate aku memang tak percaya cakap aku. heh =.=

beberapa pesanan dan jugak utusan dari tuan puteri ini sebelum melabuhkan tirai hari ini :

shoutbox dah tak letak lagi tapi bagi yang follow, sila tinggal link korang kat komen sebab selama ni aku tak pernah pun check siapa follow. sebabnya aku tak paksa orang follow aku dan blog ni hanya untuk bercerita tentang diri aku dan pandangan aku walaupun entah apa-apa je blog nih. kan?


lepas ni kalau ada update pun hanyalah auto publish. sekian terima kasih + salam sayang dari aku yang jauh ini. cewass. bajet blog hebat la nih. haha. 


p/s : hujung minggu ni tak balik rumah lagi sebab kena naik bukit bauk belakang kolej aku. sobs. aku harap tak pitam lagi macam part 1 dulu
p/s: doakan semoga pok guard uitm bagi aku nak stiker kereta. penatt woo balik ngan bus T__T
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

02 February 2011

Hans Si Tukang Tilik | Anonymous Yang Baik Hati


.Assalamualaikum.

sobelas januari due ghibu sobelas. macam sepuloh tahun lalu dah ni haa. gila lama aku nak amek masa buat entri nih. pheww.. nampak tak peluh-peluh menitik ibarat kerja di bawah sinaran matahari yang terik lagi panas.. ini hiperbola ye adik-adik.

sesaje nak peram cerita yang dah basi berkulat berulat. euwwww. selalu je kot tengok roti yang berkulat. hari tuh aku peram kek lapis sarawak sampai berkulat. kah kah kah. tolong jangan buat saya jadi menantu ye pacik-pacik sekalian.

hari-hari aku tengok kulat tuh membiak kat dalam tupperware. saja nak beramas mesra dengan kulat.kenyit-kenyit mata, syium-syium kulat... keh keh keh.. fine. berbalik kepada tajuk. satu hari yang sama blog aku ditilik oleh dua jejaka yang macho. macho kah?




ini dari Hans. sebelum tu, hans ada buat entri suruh bagi nama samaran dan link blog untuk ala-ala review gituh. bukan review blog. tapi review personaliti. taraaaa.. sila baca di atas.

aku bukan tanak cerita benda negatif pasal lelaki. tadek la aku sayang lebih kat lelaki cuma belum sampai masa nak cerita benda negatif. lagipun lelaki lebih memahami lelaki dan sebaliknya untuk perempuan. jieeeee!
tu pasal lah aku suka cakap benda negatif. bukan nak suruh korang pandang serong sebab aku perempuan jugak tau jieee.. tapi sebagai pengajaran. kan? kan?



ini dari blog anon yang baik hati. rasanya anon ni baru lagi dalam blog tapi dia memang banyak tahu pasal nak design-design blog. fine. gua hentam je. tapi blog dia santek woo. teringat pulak kat aiz dulu. haih =.=
tapi anon bukan aiz. anon adalah seorang anon yang baik hati. ingat bodek ke? ikhlas tau... hee

nak ngurat anon? oh tidak! main-main je ah sebab arituh dapat tahu anon ni lelaki. haha. tapi gaya penulisan dah tau lelaki. 

tthanks anon. thanks hans :)) jangan lupa berdoa dan terus berdoa agar-agar kawan-kawan kita di Mesir selamat..

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan