24 March 2011

perasaan syok sendiri itu lebih teruja. kan?


.Assalamualaikum.

balik kelas tengahari tadi, tiba-tiba si awek kutu rayau bagitau something

"kak iqa, sebenarnyakan perasaan syok sendiri tu lebih best daripada kita kapel kan?"

aku terdiam kejap sebab aku pending. haha. bila pikir-pikir, betul jugak kan? baru aku sedar benda tu selama ni.
agak-agak korang pikir sama tak macam yang aku pikir?hmmmm..
sebabnya, cuba korang pikir la kan. eh tak payah. biar aku bagitau korang apa yang aku pikir.


kalau kita suka kat orang tuh, bila dia buat apa je mesti jadi perhatian.
bila dia tengok kita, dia senyum kat kita, dia bercakap dengan kita or even hantar satu mesej pun kita teruja sangat-sangat. sampaikan kita sanggup bagitau kawan kita yang si dia buat macam tu.


tapi, cuba kalau orang yang kita minat tu pakwe or makwe kita.
bila dia mesej kita, senyum kat kita, tengok kita, kita ada ke teruja sangat-sangat sampaikan nak bagitau kawan-kawan?
hmmm.. tak kot.. kan?sebab nanti mesti kawan-kawan kita naik menyampah dengan kita.


hehe. sebab tulah bila awek kutu rayau tuh cakap macam tu, aku rasa bertuah sebab single lagi. :D
sebab aku pun tengah rasa semua nih. haha. dan aku rasa lebih baik perasaan ni terus macam ni daripada ada satu ikatan yang boleh buat aku hilang rasa macam ni. err boleh?






 awak dan saya terlalu jauh perbezaan 
if we are meant together
 ♥ i'm yours ♥






p/s: tahniah untuk DIANA yang dapat 9A's dan salah sorang daripada 17 orang yang dapat 9A di Terengganu :))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

17 March 2011

kejadian yang sering kali dielak, akhirnya terjadi jugak.


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat rumah terchenta setelah hampir dua minggu tak balik
errr. dua minggu je. fine. eksaited terlebih kot bila tiba hari khamis sebabnya satu je, NAK BALIK.
walaupun tadi dan semalam ada jugak yang risau  (ade ke?), boleh ke aku drive nak balik hari ni?
eceh. terasa macam dihargai. terharu rase. rumet pun tanya benda sama.
tapi aku rasa boleh je drive even kaki hencot-hencot je nih.


lutut aku sakit even tak sesakit semalam. huih. hari-hari aku mengelak daripada jatuh tersungkur depan orang ramai, tapi sayang, akhirnya benda tu terjadi jugak. siyes kalau boleh putar waktu semalam, aku nak lalu ikut jalan lain dan aku tanak main hujan. kaitannya?
ceritanya macam ni.....


petang semalam aku habis kelas pukul dua petang and time tuh memang hujan dan payung aku tertinggal dalam kereta kawan aku. sementara nak tunggu habis kelas, aku dah duk pikir yang memang sah-sah kena mandi hujan.
tapi nasib baik lah jugak sebab ada sorang lagi geng aku yang join mandi hujan. siyes lama gila tak mandi hujan.
dan, aku ngan kawan aku jugak harap lepas mandi hujan, kiteorang demam. tapi TAK. haha. kesiannn...


bila dah kena hujan memang sejuk gila, badan pun dah ketar-ketar, kebetulan pulak aku memang lapar gila-gila. bila aku lapar gila, badan aku jadi lemah and ketar-ketar. entah macam mana, bila sampai kat food court, aku boleh tersungkur dengan ganasnya kat dalam food court tuh. dah la pakai baju kurung. dush. tambah lagi dengan sound effect kawan aku. memang lah kannn.. semua pandang aku. aku gelak je sebab nak cover malu. ciss. tapi dalam hati Tuhan je tahu betapa sakitnya aku time tuh. aku nak nangis, tapi tak boleh sebab kelakar pulak rasanya. kan?


bila nak jalan balik, aku dah susah gila kot nak jalan. nak naik tangga kat kolej pun terpaksa naik satu-satu. sampai kat bilik, aku memang tak naik atas katil sampai la lepas dah sembahyang maghrib. sebabnya kaki aku tak boleh nak bengkokkan sangat. sembahyang pun sambil duduk atas kerusi. lutut memang tak boleh nak tekan langsung. ades. nak tidur lagi lah. kena statik je. kalau gerak guling-guling, memang menangis la aku. so, korang, lain kali jalan hati-hati ye. 


lepas ni aku nak blowalking puas-puas. nak balas balik korang datang sini :P
gedik pulak statement aku. 
:D


update : sorry sangat tak dapat blogwalking. busy sangat sebab kena prepare untuk test II macroeconomics.
biyanae... haha


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

06 March 2011

LELAKI yang WAJIB dijauhi.


.Assalamualaikum.

buhsan lah pulak rasanya bila asyik cakap pasal perempuan je
bukanlah perempuan ni teruk cuma sesetengah orang yang buat perangai tak senonoh tu yang buat perempuan lain dipandang serong. ye tak?

LELAKI pun tak kurang hebat 'kenakalan' mereka-meraka
errr. macam comel je 'kenakalan' tu kan? haha. nak tukar apa ek?
takpelah. buat buat comel je untuk dieorang


♥ saranghae teukie teuki oppa ♥


first and foremost lelaki yang aku akan menyampah bila TINGGAL SOLAT JUMAAT. tanpa alasan yang kukuh dan sebab-sebab yang munasabah. sila baca dengan mata yang luas supaya tidak ada kesalahfahaman disini. paham? hehehe
kalau solat jumaat yang seminggu sekali pun tinggal macam mana pulak dengan solat wajib 5 kali sehari?
pelik lah aku sebab kan, kalau aku pergi jalan-jalan hari jumaat mesti aku tengok ramai musafir yang tak sepatutnya jadi musafir. keluar dating dengan awek boleh pulak. dating dengan Allah sejam lebih pun tak boleh ke? dengan awek sampai tidur sekali boleh pulak kan?
Nauzubillah, mintak jauh ciri-ciri lelaki macam nih.


secondly, LELAKI YANG SUKA MINTAK DUIT. demn ah lelaki macam nih. baru je kapel tapi dah pandai mintak duit. kalau sepuluh hengget taklah berkira sangat. tapi kalau selalu, mau pokai mak nyahhh..
perempuan pun satu, mentang mentang lah saya cinta mati kat boipren sanggup bagi pakwe pinjam duit. haaa. memang parents kau bagi duit tuh sebab nak suruh tanggung pakwe kau kan?
tak kawen lagi dah pandai mintak duit kat makwe, kalau dah kawen nanti macam mana?
lu pikir la sendiri derr..


dua jelah dulu. nanti macam aku anti lelaki sangat pulak kang. tapi, dua nilah yang paling utama.banyak lagi sebenarnya. lelaki kaki pukul, lelaki yang suka ringan-ringan. haih. dunia semata-mata. mata aku ni pun dah kuyu je. oke. tipu. cuma aku ingat nak tidur awal lah. pagi esok ingat nak gerak awal sikit balik dungun. hopefully dalam perjalan semuanya selamat. insyaAllah.


♥ xoxo ♥


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

04 March 2011

aku tak berniat pun. TAPI memang dah malas. hehe


.Assalamualaikum.

baca dalam hati je :)



mood sekarang memang semakin hari semakin ke laut
even sekarang ada kat rumah and means aku boleh sesuka hati sesedap rasa nak masuk dan komen entri sebanyak-banyaknya tapi...
sayang...
sebab aku tak mampu nak lakukan semua tuh
ah. bila pikir-pikir balik rasa nak lingkupkan aje blog ni
tapi bila pikir penat lelah naikkan blog ni *eceh proses melingkupkan blog ni terbatal



sekarang more to be silent reader and no wonder lah komen kat setiap entri makin kurang. hahaha
tak kesah lah kan sebab fair lah dengan aku yang jadi silent reader je
ye ye ye. aku paham. orang tak suka kalau kita jadi silent reader
aku dulu pun macam tu jugak tapi sekarang aku pulak yang jadi. hehe





Some people read because they are too lazy to think.- Georg Christoph Lichtenberg



aku kadang-kadang tak tau nak komen apa sebab aku pening dengan entri yang panjang
wait a minute. aku rasa macam entri aku panjang jugak. ehek
fine.


sekarang aku cuma nak taip je entri
orang nak komen atau tak terpulang tapi insyaAllah aku akan balas balik sebab korang singgah komen kat sini
cuma aku tak janji lah bilanya sebab sejak hidup tanpa internet ni, aku rasa macam duduk dunia lain je.
kesiannn..

nak g makan ah. lapar gila

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 March 2011

Perfect Two?


.Assalamualaikum.




.sayangku.

Oh cinta
Kini dirimu ada dimana
Ku sangat merindukanmu
Ku sangat membutuhkan dirimu.....


bila dah masuk umur doploh satu nih. oh. kenapa cepat sangat masa berlalu. rasa baru semalam jadi budak-budak lagi. heh. *cepat-cepat sedar diri
mustahil lah kalau aku tak rasa nak bercinta macam orang lain
nak ada yang menyayangi, yang melindungi
bukanlah aku tak cukup kasih sayang dari family malah lebih dari cukup
cuma kadang-kadang nak jugak ada gulahati kan?
ehek ;)


tapi itu semua mustahil lah. kenapa? entah lah. biarlah aku sendiri yang tau kenapa
tapi, bila orang tanya aku suka lelaki yang macam mana, aku akan jawab :

yang tak tinggal solat
yang boleh terima aku seadanya
yang hormat aku, family aku
yang hensem?haha. mustahil lah kan kalau tadek orang nak
tapi aku paling suka lelaki yang ada lesung pipit.
lelaki yang berlesung pipit lebih menjadi perhatian kan? :P



who's gonna be my perfect two?
*sigh*



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Amalan ni mudah sangat-sangat kalau nak amalkan :)


.Assalamualaikum.

dua minggu lepas, ibu balik dari tempat kursus
itupun dah hari sabtu and aku ingat nak balik sabtu tu jugak tapi tukar plan balik hari ahad sebab nak jumpa ibu dulu, so lepas ibu sampai je rumah terus borak-borak dengan ibu
dan dikesempatan itu jugak ibu ada share satu doa penerang hati yang pendek dan ringkas
memang banyak doa penerang hati tapi aku rasa suka dengan ayat ni sebab senang sangat nak hafal



p/s: tadi silap bagitau.

ayat tuh kalau baca banyak kali pun takpe. aku selalu baca selepas solat. kadang-kadang kalau tengah study pun aku baca. dan Alhamdulillah, sejak aku amalkan ayat ni, senang sikit aku nak belajar. takdelah serabut otak bila tak paham :))
so, kalau nak amalkan silalah ye :D



google

oh ye lagi satu, dulu aku pernah baca kat satu artikel pasal kelebihan ayat Kursi. memang lah semua tahukan, sebab memang ayat Kursi banyak sangat kelebihannya. tapi ada satu je yang paling aku ingat. tulisnya di artikel tuh :

baca ayat Kursi setiap kali sesudah sembahyang, insyaAllah diri akan dijaga sehingga ke solat yang seterusnya. 

dan Alhamdulillah jugak aku masih lagi amalkan setelah bertahun-tahun :)


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

02 March 2011

no more comments. PLEASE


.Assalamualaikum.

hari ni dah masuk hari kedua dalam bulan march
last entri bulan lepas. huih.. lama gila tak buat entri baru
eceh. padahal baru dua minggu lepas
tapi rasa macam dah lama sampaikan termimpi-mimpi pasal blog

i am not lazy :))
walaupun pada hakikatnya aku memang sangat sangat pemalas :P

minggu lepas terlalu busy dengan tests. test costing lah. test akaun lah. test theory ais lah, lab test lah. haih. bijaknya tak jugak. hehe
tapi, even susah tapi jawab jelah kan. at least ada markah jugak. harapnya tak FAIL lah kan? :D

oh. since dah lama sangat tak blogwalking, blog ni memang sunyi even followers dah 700++. terima kasih kepada yang sudi follow even aku dah tak boleh nak balas jejak korang.
susah jugak kalau tadek berukbeng ni.
tiba-tiba menyesal pulak sebab dah suruh abah potong line berukbeng tuh
even line lembab at least boleh jugak aku tau hal semasa. tapi sekarang rasa macam katak bawah tempurung dah. langsung tak tau apa-apa pasal perkembangan semasa.
dan dengan itu jugak aku nak tutup dulu ruang komen untuk sementara waktu sehingga aku ada masa dan yakin boleh balas jejak korang
boleh kan?
:))


esok balik!! hoyeah.siyes esok taknak rempit macam last two weeks
pandu cermat jiwa selamat kan? :D
abah call, then cakap ibu dah rindu. auch. nasib baik aku tak nangis time tuh tapi dalam hati memang sebak pulak. T__T

oke. baiiiii ;))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan