29 May 2011

okay. BYE.


.Assalamualaikum.

sobs sobs sobs. sambil ngelap hingus dan air mata. sedih tau. sedih gila. kalau lah korang dapat rasa apa yang aku rasa. huk huk huk. *lari jap*



xD


*datang balik* huk. kena balik weh. balik dungun petang ni. lepas asar. nasib baik drive sendiri. so, suka hati wa lerr nak pergi bila pon. kalau ikut hati malas pergi dah. tapi demi segenggam diploma, aku berkorban. caitt. gedik je rase. dah lah duit ptptn tak masuk lagi. ah. bila letrik, bil air, barang-barang dapur, barang-barang kelengkapan rumah, minyak kereta, nak bayar guna air liur ke? grrr. cepat lah masuk T__T



kan best kalau dapat jadi kanak-kanak balik. tak payah susah-susah pergi jauh. duk rumah jadi blogger kanak-kanak. keh keh keh.




memang tadek orang akan rindu aku pon lepas nk. nasib la kan. hek hek hek. kesian stalker-stalker aku. tak boleh dah nak menyetalk entri aku. *bajetretislettew* . menyetalk? bahasa aku buat sendiri. haha. ni kalu cekgu Bm aku tau, mesti dia cakap aku tak kenang budi dia. sobs. *tolongsedihuntukcekgu* nak buat macam mana, dah kat unibersiti tak belajor BM. keh keh keh. 



lepas ni memang aktiviti blogging, blogwalking cuma ada time-time kat rumah je. disebabkan berukbeng meksis sangat malatops line kat rumah sewa, jadi, blogwalking memang tak boleh. kalau boleh pon sikit je. *ampun* tapi kalau fesbuk tu buleh lagi lah nak meloya buruk kat status sambil menggedik cakap homesick. homesick leww sangat. padahal sejam je kot jarak rumah ngan kampus. haha.



utamanya adalah *skemabagai*


.sori tak dapat blogwalking sangat dah lepas ni
.kepada yang follow, thanks yawww. terharu tau. ahaks~
.yang kat chatbox, maaf ler tak sempat nak blogwalking
.serius aku tak dapat blogwalking sampai muntah berdarah. belakang aku dah sakit gila sebab hari-hari duk hadap natang pc ni. haha. 


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

28 May 2011

menyentapkan si PAKWE. menyedarkan si MAKWE.


.Assalamualaikum.

ni bukan entri marah. tapi entri bajet nak marah. kalau terlebih marah, ampun ye. hek. esok esok esok. esok nak gerak dah weh. so, update sampai muntah. dah lah duit ptptn masuk lambat. demn. memang marah gila sebab nak buat bayar rumah sewa, duit buku, duit bla bla bla. shopping? err. tak masuk list lagi even dalam hati ni bengkek je nengok beg-beg, baju-baju. haih~ sila sabor ye hati ^^_


*sentap*



hm. manusia ni kan, kalau dah tau salah pehal buat jugak? ahh.. aku tak boleh ah jadi benda depan mata macam ni. aku dah bagi nasihat ikut belog bajet comel aku ni. sebab aku kan pemalu nak bagitau depan-depan. heh. pemalu leww sangat. sepatutnya benda macam ni tak boleh malu-malu. kalau orang buat salah, terus je sekeh dia laju-laju. muahaha. aku memang kejam.



jangan percaya sangat dengan pakwe. *pakwe-pakwe sila sentap*

jangan bagi body kat pakwe. *err.pakwe-pakwe sila alert*

jangan ikut sangat cakap pakwe. laki kau ke? *pakwe-pakwe sentap lagi okeh*

jangan gedik sangat depan pakwe kau depan aku. *ayat cemburu ni. HAHA*

jangan leww bajet pakwe kau tu hebat je sokmo-sokmo *nak muntah okeh*

jangan...... tambah ler sendiri. ehek.



baiklah. kalau sentap aku tak tau eyh. haha. aku geram la dengan perangai macam ni. bukan nak cakap aku anti lelaki ke anti orang kapel ke. bukan. cuma bila dah berlebih melampaui batas hak asasi sebagai seorang yang masih lagi hak milik keluarganya. phewww.. hiperbola melampau. hak hak hak. aku jadi geram. cakap family tak nak ikut. tipu mak bapak. tapi dengan pakwe kemain lagi jujur nak mati. makan, kencing, berak pon semua mengaku kalau tak buat lagi. bila pakwe suruh buat, berdecum laju pergi buat. ni kalau mak bapak suruh buat, harem je buat dekkk. bukan semua. ye. bukan semua macam ni. aku tujukan kat sesetengah makhluk je. haha.




current mood : saya lapar, saya okey. okey leww sangat

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

kau masa kecik-kecik dulu hitam gileeeewwwwww!


.Assalamualaikum.

heh. hitam gila? wuwuuu T__T sadis okeh bila orang cakap macam tu kat kau. serius sedih. nasib baik dah umur doploh satu. jadi cover la sikit kesadisan tu kan. ehek. semalam aku kemas-kemas bilik sambil tengok album-album lama. pheww. banyak gila gambar time kecik. maybe ibu aku eksaited sebab anak sulong dan perempuan.. dah la comel je. keh keh keh.


sebelum upload aku scan lah dulu gambar. tengah bajet comel duk scan, tiba-tiba je mak sedara aku sound kat belakang.

" eh sape tu? along eyh? "

aku sengih je lah =))

" dulu masa kecik-kecik mu hitam gila long. sungguh la. "


errr.. terkesima aku depan komputer. baru nak bajet comel. huk huk huk. makan, kesentapan telah berlaku disitu. sobs. tapi aku pernah jugak tengok gambar aku masa umur 5-7 tahun. memang ada satu gambar tu aku hitam gila. hitam legam wokeh. *gelak*


aku dulu ganas woo. main dengan budak laki. hari-hari main tengah panas. lepas tu bergeluman dengan pasir segala. haha. dulu la. sekarang kau ajak aku main pun aku buat dekk je. 



ololo.. kecik-kecik dah nak pakai tudung. hehe. ^^_



ibu cakap aku suka gila time ni sebab dapat cincin. tapi sekarang aku dah tak suka pakai cincin sebab gatal. jadi stalker-stalker tu, kalau rasa nak masuk meminang kena guna gelang. HABIB pun jadi lah~~ ngeh ngeh ngeh


p/s : aku agak busy sekarang sebab nak siapkan barang-barang untuk balik rumah sewa esok. so, maaf lah kalau tak sempat blogwalking. bajet retis nih. *lempang*



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.


Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be...~

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 May 2011

anjing tu yang salah.


.Assalamualaikum.

pheww. dah petang kan? gini la jadinya kalau bangun tidur pun tengahari. hehe. nasib la kalau jenis suka tidur macam ni. dah la panas je sekarang. tekak aku pun on the way nak sakit neh. hari ni sementara masih lagi berbaki dua hari sebelum balik rumah sewa. ah, benci pulak aku taip perkataan "rumah sewa". boleh tak kalau uitm dungun pindah depan rumah aku je? muahaha. 


hari ni aku nak bongkar satu rahsia besor. besor la sangat kan? tapi besor lah sebab nanti jenuh aku nak menjawab dengan classmate aku yang suka sangat tanya "weh! kau bila nak kurus??" demn lu. aku tengok lu tak kurus-kurus jugak. sebok jaga tepi kain aku. keh keh keh. sentap? peduli ah~


ekceli start balik cuti sem hari tu, aku dah plan siap-siap dan dengan semangat gilewww nak joging petang-petang kat taman perumahan aku ni. semangat tauu. tapi start aku balik, aku tengok banyak gila anjing kat kawasan rumah aku ni. kejadah kejadah kejadah. see, salah aku ke? jadi, aku nak salahkan anjing tu sebab suka sangat kejar-kejar aku. tau ler betis aku sedap kalau lu geget. kannn? ^^_


tapi sebenarnya aku nak salahkan jugak tuan-tuan anjing sebab dah tau anjing tu suka kejar orang, ikat lah weh. aku dari sekolah lagi. dah la bus or taxi stop kat luar taman je. nak masuk dalam kawasan rumah aku, berpeluh dah kat situ. termasuk lagi dengan kejar dengan anjing, lagi lah kan. kesimpulannya, zaman sekolah memang dah biasa bau busuk dengan diri sendiri. muahahaha. 



haha. kan?kan?kan?

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

26 May 2011

My Secret Wish Contest


.Assalamualaikum.

sila click pada gambar untuk keterengan lanjut
pehh. skema gila. HAHA
eyh. tak payah gatal nak right click. click je. nanti otomatik bukak new window ^^_


yeah. berjaya update entri untuk kali kedua. oh ye. aku baru tau ada jugak geng-geng time kursus hari tu baca entri pasal kursus tu. serius malu. haha. okeh. masuk bab contest. disebabkan dah gila lama tak join contest, so hari ni gatal sikit nak join sebab contest yang best wa cakap sama lu. serius babe. kalau nak tahu details, boleh la click kat gambar atas tu ye? =))


contest kali ni best sebab pasal perfume. pehh. kalau cakap pasal perfume toksah cakap tadek yang sukalah. nak-nak aku ni haa. sebotol sebulan je kot. ke lebih? kalau kawan aku satu sem pun tak habis lagi. aku jenis suka spray banyak tempat. bajet wangi lettew. haha. ye ye. aku tau tak boleh pakai perfume banyak sangat. =.='


kalau cakap pasal perfume feveret memang banyak lah. tapi sebab tak mampu , aku mimpi jelah. dan untung sebab echanteur keluarkan produk baru. bila eyh? tahun 2010 kalau tak salah sebab aku print screen dari iklan kat you tube. aku tak mampu lagi nak beli yang mahal gedabak sebab aku kan student. hek2. student je kot. toksah nak pakai branded sangat leww. bukan orang tau. ^^_




ni perfume yang memang top feveret sekarang. jenis ADORE. walaupun aku minat pink dan ada perfume kaler pink. tapi ni kaler purple. aku tak boleh nak pilih pink sebab aku tetap nak purple. haha. macam keling da~


purple ni sebab bau dia manis. dan aku memang suka sangat bau manis. sebab bila aku senyum kan semanis gittuuuwww. aku rasa ayat aku ni makin lama makin pelik ah.  dah dah. dear pemilik almari si pari-pari, boleh tak bagi saya menang? haha. nanti kalau saya menang saya nak perfume yang manis macam saya. gituwww. muncung baik sikit eyh =))


so, sesiapa yang nak join boleh lah klik sini. sini. dan sini. eyh. sini jelah. HAHA.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

keywords. saje gatal nak tunjuk. boleh?


.Assalamualaikum.

sebelum balik dungun, marilah update sampai muntah. ekeke. oh ye. aku tak tau la kenapa tak boleh nak sign out dari blogger ni. ada sesape buleh tulun tak? semalam pon aku ingat nak blogwalking, nak komen romen. tapi tak boleh. disable cookies jadah apa tah. tak paham aku =.=


hari ni aku saje nak tunjuk-tunjuk keywords dari nuffnang. eh. bukan hari tu guna adverlets ke? keh keh keh. memang lah. tapi tukar balik nuffnang. sebab nuffnang best. boleh tengok statistik, tengok keywords. adverlets tak boleh. =)) toksah rajin-rajin nak tanya aku adverlets tu macam mana. aku pun tak reti nak terangkan. ^^_






bakti remaja / program bakti remaja terengganu / remaja terengganu / bakti remaja 2011
aku pasti ni untuk entri yang aku cerita aku pergi kursus tu. dan aku jugak bagitau, it's more on politics kan? cait. cakap omputih konon. politik macam mana?? hm. macam ni, setiap aktiviti LDK yang dijalankan mesti ada kaitan dengan politik. agak membosankan sebab aku tak minat politik. tapi dari kursus ni banyak jugak la tau pergolakan dalam politik ni =))


puteri iqa izyan
err.tu maybe aku google nama sendiri. bukan maybe. memang ye pon. lalalala~ saje nak tengok macam mana google nama sendiri. haha. tapi kan, aku pelik kenapa kadang-kadang entri aku terselit kat website lain? kena copy paste ke apa eyh?


pakai herbal essential shampoo
muahaha. tadek koje betul google benda ni. pakai jelah. beli kat kedai. belambak. ke nak tutorial jugak? haha.


cara buat air milo / air milo sedap
keyword bab-bab milo ni kan tak pernah tak ada dalam list. memang akan wajib ada. dan aku tau ni mesti kat entri lama aku. nak tergelak pun ade jugak. adeh. kau letak je milo banyak-banyak. sedap lah air milo tu. ni takat letak satu sudu setengah buat apa? yedak?


lelaki stalker
errr. tadek pulak aku buat entri pasal ni. tapi maybe dekat entri baru-baru ni. sebab ada perkataan lelaki dan stalker. hobi aku sekarang stalker. HAHA.


lepas ni jangan pulak nak muntah kalau aku update 2 kali sehari. nak hujung-hujung cuti ni banyak pulak idea yang datang. muahaha. 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

25 May 2011

Wordless Wednesday #1


.Assalamualaikum.

p/s: i really mean it






sebelum berakhirnya hari rabu. dan sementara aku tak terlepas. HAHA



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Fine. aku memang naik hantu kalau macam ni.


.Assalamualaikum.

tengah panas-panas macam ni aku tak boleh ah kalau ada orang nak cari pasal. pastu mula lah nak update banyak-banyak entri. err. macam alasan tak? kenapa kita ni sebagai manusia yang selalu cepat salah anggap? tak boleh ke prasangka baik sikit dekat orang lain? dush! aku stress betul kalau macam ni.


err.. tipulah kan kalau aku pun tak pernah salah anggap kat orang lain. tapi aku sekarang nak berubah jadi baik sikit. muahahahaha. gituwwww. muncung mulut tu biar comel sikit. ni tiba-tiba aku benci dengan lelaki yang suka prasangka buruk dekat perempuan ni. sesetengah lelaki jelah kan. nanti tak pepasal lelaki-lelaki macho hentam aku pulak. HAHA. macam ni ah kisahnya. layan jelah~



"kalau balik biasa naik apa? bas? motor?"

"saya bawak kereta"

"awak ni nak pergi belajar ke enjoy? siap bawak kereta lagi?"

"kalau bawak kereta kira enjoy ke?"

"biasanya perempuan macam tulah.."

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. aku belahhhh...*



aku sebal gila kot. serius aku cakap. nak cakap bongok sikit boleh tak?? takkan sebab aku bawak kereta pergi kampus di kira aku suka enjoy?? dah nama aku kena duduk rumah sewa. lepas tu rumah sewa aku jauh nak matik. ke kau nak hantar aku hari-hari? ades. aku tak nak lah marah-marah. tapi aku geram sebab pemikiran lu sempit bai. oke lah. bai.



tadek kaitan langsung =.='

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

keseriusan dalam berbelog.


.Assalamualaikum.

weh. betul ke tidak tajuk entri aku? macam pelik je bunyinye. muahahaha. aku tengok sekarang ramai gila serius dalam belog. bagus lerr. dekat homepage fesbuk aku pon ramai je blogger yang sama-sama berusaha nak maju. pehh. skema je ayat aku. bagi aku, kalau yang serius dalam belog ni ada baik dan buruknya. ada yang suka. dan ada yang tak suka. lumrah la kan~


kalau aku, memang dah sah bukan blogger tegar. HAHA. aku update belog pon sebab nak orang tau aku still lagi hidop. haa. gituwww. kalau dulu aku rajin jugak lah join segmen-segmen. tapi sekarang dah malas sebab aku nak jadi low profile sikit. heh. low profile la sangat =))



kata-kata semangat untuk blogger tegar. hee ^_^


aku memang tak serius langsung dalam walaupun kat belog aku ni terpampang iklan-iklan yang boleh diklik dan dari situ aku akan dapat sedikit income. phewww. dalam satu nafas je ayat. aku minat gila dunia belog ni sebab dari sini lah aku dapat macam-macam info. dari yang baik hinggalah yang buruk.


jadi, pandai-pandailah kome pilih ye. aku lebih suka baca enri yang santai. yang tak berfakta. dah dasar jenis malas baca macam nilah. aku pun memang jarang blogwalking sekarang sebab internet macam hareeemm je.. nak je aku campak kat dalam hutan depan rumah aku modem stimix ni. grr. dan no wonder lah ada je yang unfollow belog tak berilmiah macam aku ni. HAHA. 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

24 May 2011

kalau nampak post baru ni keluar, sila klik dan jemput masuk ke rumah baru saya. HAHA


.Assalamualaikum.

tajuk yang agak kejam di situ. muahaha. takpelah kan, sesaja nak gedik sikit hari ni. lalala~ oh ye. selamat datang ke rumah baru saya. eceh. bersaya-saya pulak dah. kalau dulu template ala-ala irine sikit. muahaha. bukan aku nak tiru dia. tapi maybe aku silap bagi info dekat sri kot. aku pun jenis malas nak tukar acap-acap kali. last-last biorkan ajelah macam ghupe itu.


template kali ni dengan jayanya telah didesign oleh sis sihatimerahjambu. berpinor mata lu kalau lu masuk blog sis ni. pink segalanya. muahaha. macam la blog aku ni tak pink kan? tema kali ni still sama, pink! dan aku jugak pentingkan blog yang simple but nice. nice tak blog aku? hahaha. kepada sesiapa yang menyampah asyik tengok blog aku ni kaler pink je, maaf la ye. memang teman ni minat kaler pink. kui kui kui.


HEADER
header kali ni aku letak nama je. sebab malas nak tayang muka aku yang booolaaat semacam ni. kang ada pulak yang geli tengok muka aku. biarpun muka aku ni sesuci embun pagi gituww haaa. "saya minah nerd.haha" entah celah mana aku dapat idea nak buat ayat tu. maybe sebab aku ni memang jenis nerd kot =.='


FONT
font kali ni agak besar dan sodap untuk dibaca berbanding sebelum ni. sebelum ni aku sendiri pun berpinor mata nak baca. korang aku tak taulah macam mana ghupenya kan? haha. 


SIDEBAR
sidebar kali ni ada teddy bear kaler putih yang comel tu. pehh. macam aku je comelnya. kui kui kui. disebabkan aku tak pernah dapat hadiah teddy bear, jadi aku letak lah teddy bear kat situ. banyak pulak tuh. muahahaha.


FOOTER
" terima kasih sebab baca blog saya yang best. haha " maaf la ye. kalau bahagian footer tu memang aksi gedik terlampau sikit. muahahaha. nasiblah kan kalau siapa rasa nak muntah time baca. 


fuhh.. sekarang masa nak kemaskan bilik yang bersepah nak matik tu. lepas tu banyak lagi hal lain nak di settlekan. so, sebab dah dapat rumah baru, semangat nak blogging and blogwalking tu dah datang balik dahhhh. so, lepas siap kemas-kemas bilik,bolehlah blogwalking sepuasnya. saja nak mengendeng rumah baruwww. lalalala~ semalam mood bagitau aku, dia merendek dekat lautan hindi sat. jadah apalah dia buat kat sana pun aku tau. cari jodoh gamaknye. ^_^


oh ye. blog ni still lagi tengah renovate. so, memang belum fully siap. jadi.. eh. kejap so, kejap jadi. HAHA. tapi, saje jelah tak private dah. dan aku perasan lately ni ade je yang follow dan unfollow. terima kasih. HAHA.

TERIMA KASIH AKAK SEBAB DESIGN BLOG NI. 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

23 May 2011

darjah kekerintingan rambut.


.Assalamualaikum.

yeah. bersua lagi kita di siang hari yang panas ni. rasa macam nak berendam dalam air batu je. tak pun duduk dalam peti ais. tapi kan, perasan tak kalau masuk dalam bilik air mesti sejuk. pehal eyk? tu la buat aku rasa nak makan, tidur dalam bilik air je. =.=' tapi bagus jugak lah panas macam ni, sebab kain semua cepat je kering. haha.


oh. mula-mula aku nak mintak maaf banyak sangat sebab tak dapat nak blogwalking macam sebelum ni. mood blogging agak ke laut sekarang. lautan mana mood ni pergi pun aku tak tau lah. dah lah streamyz ni makin gila. penat dah aku cari mood. last-last tidur je santapan aku hari-hari. yelakan, cuti sem pun dah nak habis, jadi kenalah gunakan masa yang ada untuk tidur. =)


eyh. mukadimah pun ke laut dah. haha. cakap pasal rambut ni, memang rambut ni adalah mahkota wanita. yedak? sebab tu dalam Islam diwajibkan bagi kita untuk menutup aurat. =)) tapi, dah jadi lumrah manusia yang selalu rasa tak cukup sempurna. err. betul ke ayat aku ni? maksudnya macam nilah. orang yang rambut lurus nak kerinting. yang si kerinting nak lurus. 



lawa gila rambut taylor swift ni. =))



kalau aku, aku nak lurus, sebab rambut aku ikal mayang. haa. gitu.. bajet lawa lettewww. muahahaha. tapi memang aku suka gulung rambut aku. lepas mandi ke, buat apa ke, mesti aku gulung then sepitkan. haha. eh. bukan aku cakap rambut aku ikal, tukang gunting rambut bagitau aku. aku mana tau rambut ikal mayang macam apa. hahaha =P




print screen dari you tube =))
ni model iklan nikon D3100



sebenarnya aku cari video model yang kat tibi tuh. yang dia pakai snow cap sambil pegang camera nikon tu. tapi aku tak jumpa. haritu, sebelum balik cuti sem, time kat rumah sewa, nisah suruh aku terai pakai snow cap dia. then, aku pakai lah. pastu die cakap cantik. katanya macam model iklan nikon yang pakai snow cap tu.  auwww.. malu tau. ahaks. mood perasan dah datang macam ni lewww.. haha. aku tengok dalam cermin. err. cantik jugak aku rupanya. haha.


tapi tadeklah aku amik gambar. kan kalau amek, letak dalam dalam blog pulak. haha. nak show off la kiranya. eh. tak.. gila apa nak tunjuk rambut aku kat orang. haha. tapi siriyes aku nak rambut lurus. wuu. T__T


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

16 May 2011

Stalker yang makan diri sendiri dan LELAKI yang dot dot dot


.Assalamualaikum.

dulu-dulu, dulu lah kan. aku jakun gila bab bahasa-bahasa. muahaha. nasib baik BM aku time SPM A1. dulu aku noob gila tak tau pun stalker tu apa. okeh. boleh gelak kat aku sekuat hati. =))
dulu tu tak lama, baru lah jugak dalam satu dua tahun lepas. nampak tak betapa sadisnya aku? =.='


sekarang aku dah bagus. banyak bahasa yang aku tau sejak jadi blogger ni. bagus jugak eyh blog ni. muahahaha. sekarang pun aku bagus jugak. kuat betul aku jadi stalker sekarang. boleh dapat award stalker paling rajin dah ni. haha.


tapi ingat best ke jadi stalker?? tak best la wehhh.. sebab akhirnya memakan diri sendiri. eh. tapi bagus jugak sebab akhirnya aku sedar rupanya hati aku ni masih lagi kat die!! kejadah kejadah kejadah. macam mana lah aku boleh lagi sayang dia even dia jahat nak mati dengan aku dulu? tiba-tiba aku rase nak putar balik mase lepas then aku tanak kenal dengan lelaki macam tuh. grr



p/s: iklan kejap. taylor swift yang comelest. hee =))


lepas tu kan, kenapa lelaki sekarang suka sangat ambil kesempatan? means, ada lelaki yang anggap perempuan sebagai simbol seks. demn. kejadah betul jantan macam ni. nak je aku cincang jantan-jantan macam ni. susah sangat ke lelaki nak behave? kalau ye pon dah sangap sangat, apa kate kalau suruh mak kau cari jodoh untuk kau. kategori WAJIB kawen macam ni gamaknya. haha


aku perasan jugak, ade sorang tu. aku ingat dia baik rupanya kalau dia mesej aku mesti asyik nak cakap ke arah lucah je. demn!! kalau tengok gaya penulisan nampak macam good good je. tapi, selalu cakap pelik pelik dengan aku. berkias. tapi kiasan tu ke arah seks. grrrr.



think it ^_^

away for 3 days. feel free to leave comments here. i'll reply soon. terima kasih =))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

12 May 2011

Panjang. Pendek.


.Assalamualaikum.

panjang ke pendek? pendek ke panjang? pendek? panjang?
kalau korang prefer yang mane? panjang kah? atau pun pendek kah? kalau aku, tak kisah la mane-mane pun. janji sodap. yedak? tapi kalau banyak sangat idea, panjanglah kan?
kalau tadek idea sangat, pendek aje…….kejadah. kejadah. kejadah
sebelum aku kena maki hamun pasni, baik aku bagitau ape panjang, ape pendek. muehehehehe



ENTRI la weh.biasalah kita kan manusia dengan satu mulut tapi banyak cakap. kui kui kui.
aku tak kisah nak bace entri panjang or pendek. Tapi kalau panjang entrinya, aku  lebih suka yang sempoi je.tak payah nak skema-skema bagai. aku? minah nerd =.=’
So, ade jugak lah entri  aku panjang berjela. muahaha.



tapi kalau entri pendek aku lebih suka sebab senang nak blogwalking. jimat dah mase aku kat situ. nak-nak tengah malas gila babeng nak blogwalking. grr. banyak cikadak pulak aku rase aku ni.
tak kisahlah mane pun kita nak buat. entri panjang ke, entri pendek ke. bagi aku, janji boleh menarik minat untuk aku baca. tajuk entri pun penting jugak kalau kita nak orang baca entri kita. ni pendapat aku jelahkan .lain orang lain pendapat =))



credit to tumblr =))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

10 May 2011

Pakwe


.Assalamualaikum.


pakwe aku baik. kejutkan aku sembahyang subuh.
*sembahyang lain pakwe kau tak pergi ponnnnnn*


pakwe aku bijak giler weh. selalu dapat dean list.
*jadi, kau pun kene lah belajar macam die*


pakwe aku sweet gile sebab nyanyikan lagu untuk aku.
*mentang-mentang aku single. grr*


pakwe aku sayang gilerrrrrr kat aku.
*dah tu pehal selalu marah-marah?. oppss. marah tande sayang*


pakwe aku tak hensem poonnnnnn..
*nak suruh aku cakap hensem lah tuh~*



aku rimas gila kalau orang suka puji pakwe sendiri. sedangkan pakwe dia tuh perangai macam apa je. kiss sana, kiss sini. err. kiss,cium-cium,romen,love bite,peluk-peluk tu tanda sayang ke?




=))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

aku nak kembali normal nih.


.Assalamualaikum.

morning people!
phewww...semangat nih. sebab rasa macam bangun awal pagi je nih =.='
err.sebenarnya aku tidur berapa jam je tadi tu pun pun sebab tak tahan sangat dah mengantuk. 
dannnn nasib baik lagi bila abah kejut bangun tidur. kalau tak, memang tak pergi sekolah la kau dik. muahaha.
kesian gila adik aku sebab dapat kakak yang kuat tidur ni. memang dia selalu marah aku kalau aku tidur. grrr.


by the way lah kan, sekarang aku rasa putaran hidup aku memang tunggang langgang dah ni. uwaaa.. serious aku rasa nak lempang diri sendiri. sekarang aku dah jadi terikut macam study week hari tu. bila malam menjelma je, mula lah mata aku ni segar semacam je. bila dah segar, maka tak tidur la hakuuuu... T___T
lepas tuh paling sadis bila tidur lepas subuh. heh. tak pepasal dah kat situ rezeki aku lariiii jauh tinggalkan aku kan?



so, di hari yang sangat indah ni kan. sebab hujan. weeeee ^_^, aku kalau boleh nak kembali normal lah. serious aku nak kembali normal. tidur time orang tidur. bangun time orang bangun. susah lah kalau kitaran tak sempurna macam aku ni. hari ni tak tau la macam mana. ni pun aku tengah tahan mata daripada tertidur. kalau tertidur jugak, tak tau lahhhhh...~



p/s: gambar tadek kaitan langsung dengan entri. muehehe.
tapi kan, tapi kan, pehal hah henfon aku ni dah lama tak berbunyi? pehal topup jimat gila skang?
kui kui kui

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

08 May 2011

Hidup Tak Selalu Manis Seperti Gula-gula ^_^


.Assalamualaikum.

hidup kat dunia yang sementara ni terlalu banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi
kadang-kadang kita rasa kita yang betul dalam segala hal walaupun sebenarnya kita memang terang-terang dah salah. lumrah manusia yang selalu rasa diri mereka yang betul.


dalam hidup sekarang, tak mustahil lah kalau kita tak pernah jatuh. kalau tak pernah, sila pergi menjatuhkan diri anda. haha. 
yelah, kalau ikut kata pepatah, hidup ini macam roda. sekejap di atas, sekejap di bawah.
tapi bagi aku, hidup ni tak semanis gula-gula. sebabnya bukan semua apa yang kita lalui hari-hari manis. yedak? o_0


p/s: aku nak yang warna PINK itu!


update sebab tak tau nak update apa. sekurangnya blog ni masih bernafas. ^_^
nanti aku cerita pasal sesi bergambar dengan kak Nurulbadiah hokeh. still lagi tunggu kak nurul hantar gambar or kalau kak nurul busy, aku akan pergi amek dengan kak nurul =)




keep listening to this song!

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

06 May 2011

I LIGHT U


.Assalamualaikum.

*click gambar kalau nak join ^_^*

pap pap pap *tepuktangan kepada diri sendiri sebab setelah sekian lama tak join sebarang contest, giveaway, jadah-jadah tu semua lah. akhirnya pintu hati terbukak malamni nak join GIVEAWAY dari Abang EQ. pheeww~~ dah lama nih tak buat entri macam ni. nebes nih. haha. pembongak betul ^_^


nak jugak kan merasa hadiah giveaway dari IKEA nih. dah la aku jakun tak pernah pergi IKEA. oit. sila behave. jangan kutuk-kutuk aku. heh ~_~


I LIGHT U
memang sesuai dengan HARI IBU yang bakal menjengah nih. apehal skema pulak nih. grr
selamat hari ibu untuk IBU yang disayangi.walaupun ibu garang, tapi ibu tetap kati along ni taw. uhuk. terharu tak ibu? *bajet ibu baca blog aku =P


credit to google o_O


satu gambar dapat menceritakan seribu satu cerita

nasiblah siapa kena buat lepas nih. hahaha.

*drum roll*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s: sori sis TERtagged sis pulak. heee. takpe. lepas ni sis boleh tagged saye pulak. ehek ^_^

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

04 May 2011

Orang Yang Buat Jahat Dengan Kita Lah Yang Kita Still Ingat. KAN?


.Assalamualaikum.

wahhh.. rajinnya update. pap pap pap pap  *tepuk tangan untuk diri sendiri. hee
ala, kalau bukan sebab cuti semester, jangan harap aku nak update tiap-tiap hari. dah la hari makin panas je ni. bilik pun kalah tongkang pecah daripada semalam. ingatkan nak kemas-kemas sampai settle semua. tapi takk... serabut otak pulak tengok barang bersepah. anak dara apakah ini? ni kalau mak mertua tengok, konpem suruh tinggal terus anak dia. uwaaa... T__T



=))


kalau ikutkan, aku memang bukan jenis yang mudah cerita soal hati dan perasaan dengan kawan-kawan kalau face-to-face. sebabnya aku memang malu yang teramat sangat nak meluahkan apa yang aku rasa. sakit hati, cinta, sayang, rindu, benci semuanya aku simpan dalam hati je. memang susah. perit. nak-nak bila kita sangat perlukan nasihat dari orang sekeliling. betul?


tapi sekarang mungkin dah lain. memang malu nak meluahkan isi hati ni. terlalu banyak perasaan yang aku simpan dalam hati ni. cuma Allah je yang tahu macam mana hari-hari yang aku lalui. bila dah makin meningkat umur ni, perasaan nak meluahkan isi hati tuh makin senang dan taklah sesusah dulu. 


teringat pulak dulu, time aku nak pergi kelas dengan nisah, kiteorang ada cakap pasal pakwe dan ex-bf. entah macam mana dia cakap "orang yang buat jahat kat kita tulah kita still sayang kan?" lebih kurang macam tulah. aku lupa ayat betul. bila aku fikir balik memang betul apa yang dia cakap. hingga saat aku taip entri ni, aku terfikir adakah sebab ni aku masih tak boleh terima sesiapa lagi dalam hati aku? hmmmm~




tapi kalau nak cakap aku tak ada minat kat sape-sape tu mustahil la kan? tapi tulah, aku rasa aku tak layak lah dengan dia. so better aku back off. bila kawan-kawan sekeliling aku selalu cerita pasal bf masing-masing aku ye kan aje. dengar dengan perasaan yang sedih. aku sendiri dah lama tak rasa macam yang dieorang rasa. marah, bergaduh, merajuk. sweet kan? err. memang la tak. tapi bila fikir balik memang sweet. =P




i hope =)


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 May 2011

Kalau Bercakap Tu, SETAN kan?


.Assalamualaikum.

pesen aku, sehari kalau tak bercakap memang mulut aku kering gila. haha. kadang-kadang aku suka sangat bercakap sorang-sorang. tapi aku tak sewel okeh. =)
lebih-lebih lagi bila jumpa geng-geng scandal aku. lagi lah tak berhenti cakap. macam bertahun-tahun tak jumpa. tak tau lah macam mana life kiteorang lepas nih. dah la duduk satu rumah sewa. mesti lagi banyak cerita. entah lah. aku pun tak paham. tapi geng-geng scandal nih memang best kalau ajak bercakap.  =P


tapi bercakap tu setan ke? eh, bukan lah. heee. macam ni. hari tuh tengah aku bersiap-siap nak balik study week, dua orang rumet aku tengah borak pasal apa entah. yang aku ingat pasal MIMPI. siapa yang tak pernah mimpi? silalah terjun bangunan sekarang. ehek~
aku kalau nak mimpi memang susah betul. kalau mimpi pun mesti merapu meraban je. haha.


saya nak mimpi awak. boleh? =P



eh. kuat betul merapu kan? sambung pasal rumet aku tadi. ekceli aku ada dengar one of rumet aku*aku memang suka rojak bahasa ni. haha 
cerita, yang time mimpi tuh orang dalam mimpi (paham?) bercakap dengan dia. pastu aku dengar lagi yang dia cakap kat rumet aku sorang lagi yang dia pernah dengar orang cakap :
"kalau kita orang dalam mimpi bercakap dengan kita, tu maknanya SETAN"
errr...ekceli aku pernah jugak dengar pasal ni. dan aku pun tak tau banyak pasal ni. nak google apatah lagi kan? pemalas walaupun memang internet depan mata aku je. haha. so.. aku speechless. tak tau dah nak taip apa lagi =P


actually... 
NOT
NEVER



agak agak la kan, bila lah orang nak bagi kat aku lagu ni? haha




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

02 May 2011

Polkadot Doughnut's Videos Are Suck!


.Assalamualaikum.

eksaited pulak nak taip entri sekarang. mentang-mentang tengah cuti sem. kalau ikut dalam draft memang bertimbun lah entri yang nak dipublishkan. tapi gitulah nampaknya. lain yang nak publis, lain yang tulis. eyh. macam keling pulak ayat aku.



dan kalau ikut fenemona sekarang pun memang ramai yang lebih senang jadi vlogger. anwar hadi, mat luthfi. okeh. itu saja yang aku kenal. kalau nak jadi vlogger bukan senang. ke senang? tapi aku rasa susah. yelah. korang kena bercakap depan video sorang-sorang. pheww~ kalau mak dengar, mesti mak cakap " anak aku ni cakap dengan sape? aku rasa dalam bilik dia sorang je.. "



bagi yang baru nak berjinak dengan dunia vlogger, mesti akan kena kutuk. tiru orang tulah, tiru orang nilah. ala, tak perlu nak salahkan si vlogger kalau dia nak buat video dia sendiri. biarlah mereka dengan kerja mereka kan? lagipun vlogger-vlogger yang lain pun mesti buat sebab tengok orang lain buat jugak kan? so, rasanya tadek isu siapa tiru siapa. yedak?



samalah jugak macam blog. takkan lah bila orang baru buat blog, kita nak cakap dia tiru orang jugak kan? vlogger dengan blogger tadeklah jauh mana perbezaan. kalau blogger, meluahkan melalui penulisan. kalau vlogger, melalui video mereka. biarlah mereka nak luahkan bakat terpendam mereka. korang yang banyak songeh komplain ni boleh ke buat? kalau tak boleh, duduk diam-diam. jangan nak banyak mulut pulak. *kang tak pepasal aku kena maki pasni :P



dari tadi duk membebel tak berhenti. mulut manusia macam nilah. eyh. silap. ni jari yang menaipkan? err. jari banyak sangat. sepuluh ada jari. sebab tu menaip berjela-jela je :P
tadi aku nampak kawan aku share video. katanya orang TERENGGANU. weh. negeri aku. fuh. walaupun negeri aku ni tak banyak shopping complex, tapi aku sayang negeri aku ni tauuu~



bila aku tengok video tuh memang best. sebabnya dieorang buat vlog sambil cakap dalam bahasa terengganu. so kalau korang rasa nak belajar cakap terengganu boleh la terai.. heee







aku suka video ni sebab aku selalu bawak henset pergi sekolah. kantoi depan cikgu pun pernah. nasib baik cikgu tu tak marah aku je. haha. katanya, bawak takpe, jangan guna. ^_^




haaa.aku menyampah tengok orang pakai kasut yang tak sesuai pergi sekolah. bajet jer!





memang annoying. haha. tapi aku suka budak yang nyanyi first tuh :P





we are MALAYSIAN ^_^





ada bakat jadi zombi lah~




eyh. comel pulak dieorang ni kan? hehehe.. 
so, mereka nilah Polkadot Doughnut
^_^

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

01 May 2011

Cuti Semester! Cuti Semester. dan jugak TUMBLR???


.Assalamualaikum.

dear readers yang sangat baik mood hari ni. baik kah? :D


haaa... aku dah start cuti sem lahhh. happy yang happy even paper last memang sangat terlampau !@#$%
sepanjang semester empat ni memang terlalu banyak kenangan manis dan pahit. banyak sangat. thanks kepada classmate yang dihormati yang sentiasa puji, kutuk.. haha.
pengalaman paling manis bila dah hati semakin bunga-bunga cinta. auch*
walaupun hanya sesetengah pihak saja yang tau, tapi biarlah rahsia kan?
rasanya tak perlu nak berusaha membocorkan rahsia orang lain. betul tak?


rumah sewa pun dah selamat didiami*skemanyeerrrr. dengan beberapa housemate yang lain. oh. terasa lain pulak bila tulis housemate nih. hee. rumah still lagi kosong. masih lagi bersepah. phewww.. tak sabar nak masuk sem baru. tak sabar nak dapat duit loan lagi. tak sabar nak beli kelengkapan rumah supaya rumah nampak cun da vogue ;))


sempena cuti sem sebulan ni*macam lama pulak so, aku nak sentiasa la update blog macam dulu. then aku jugak boleh spent time masa untuk baca entri korang, blogwalking sebanyak yang mungkin. entri pun dah ada yang draftkan dulu. nampak sangat tak sabar. hek.


first entri sempena hari pertama cuti semester. eh. kejap. SELAMAT HARI PEKERJA! okeh. sambung. hari ni nak cerita pasal Tumblr. sejak dah pandai Tumblr ni, terasa gedik pulak asyik nak log in tumblr aje. ;))



kalau bab laman sesawang *skema* ni, aku memang suka sangat explore. explore la sangat kan? padahal aku memang suka sign up then tinggalkan macam tu je. tagged, xanga, friendster *rindu oh formspring and bla bla bla. memang banyak experience bila godek semuanya. yang still bertahan hingga sekarang cumlah facebook dan blog. dan aku harap blog ni takkan lingkup macam yang lain. heee.


credit to google ;)



kenapa dengan tumblr? entahlah. dulu aku memang jakun gila dengan tumblr. tapi tak tau macam mana aku tertengok tumblr Rina. sangat menyeronokkan. kenapa? again aku tanya. sebab tumblr ni mostly post yang di reblog adalah QUOTES! yeah. aku sangat suka baca quotes. kadang-kadang secara tak langsung dapat beri aku semangat. aku tak pernah fikir yang tumblr ni best. korang rasa?



mula-mula aku kenal tumblr nih memang agak menyakitkan hati lah jugak. sebab aku tak tau nak manage macam mana. reblog la, notes la. apa kejadah lah semua tuh pun aku tak tau. tapi sekarang dah oke. siap letak lagu lagikkk tauuu. tapi one day aku akan buang jugak lagu tuh. ala, macam mula-mula buat belog, gatal je tangan nak letak lagu. bajet orang sukalah bila letak lagu kat blog. padahal....


eyh. korang ada tumblr? sila lah bagi link. nanti i follow you. cewahss~


UPDATE: If nak cari layouts yang cantik boleh try kat YaniLavigne. By the way, aku tak pandai sangat pun nak ajar Tumblr sbb tak reti nak ajar . Hehe. SO, boleh try and error ;) 

Reblog tu macam korang share Facebook tulah
Gambar 'love' tu if korang suka post/quotes/gambar
Notes tu macam berapa ramai dah like or reblog. kot la. haha 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan