30 June 2011

jangan sakiti aku lagi. #heart


.Assalamualaikum.

kalau sekarang aku rasa nak taip entri sepanjang yang aku mampu boleh? dah lama aku pendam perasaan ni. eceh. *bajetkanaku?* kalau ikut majoriti dalam rumah aku yang bercinta, aku sorang jelah yang memang SAH single. keh keh keh. kadang-kadang single ni best, kadang-kadang tak best. yedak? tapi aku tadek lah gian nak matik nak berkapel tu. heh. 


bila aku cakap aku tadek boipren orang tak caya. grr. ingat senang ke aku nak single lama-lama cenggini. hehe. nampak sangat sebuelum ni single kejap je kan? lecturer aku ada cakap :


kematangan seseorang tu seiring dengan meningkatnya usia


ekceli ayat lecturer aku tadek la macam tu. skema bagai. tu aku je buat sebab nampak macam lebih paham. tapi kalau tak paham jugak, rendam kepala dalam air sejukkk.. heh.  dulu pemikiran aku kalau bab bercinta ni memang tahap kanak-kanak riang gittuww. sekarang aku lebih pikir ke arah yang lebih ke depan. err. dalam erti kata lain :


a serious relationship


tak lama lagi aku officially doplohsatu tahun. bila masuk tang doploh depan tu, sah-sah hormon cinta tu lebih sikit. haha. aku suka tengok orang bercinta. tapi bukanlah sampai yang bergesel-gesel tu. tu aku ghase nak bagi penampor free-free aje. boleh? aku suka kapel yang biasa-biasa je. nampak sweet je. hehe. 



 *selingan*


kadang-kadang bila ada dua pilihan, itu yang sukar. serius. aku pun tak tau apa perasaan aku. yang sana ok, yang sini pon ok. err. sape? aku pun tak tau. haha. andaikata jelah kan. eceh. padahal dalam dilema. ngaaa. *kantoi*



aku tau bukan semua orang boleh terima diri kita seadanya. dan sebab itulah hingga ke saat ni. err. skema betul ayat aku. aku belum jumpa yang terbaik untuk aku. mungkin orang semua cakap aku memilih. ya, aku mengaku. memang aku memilih. tapi, aku memilih untuk kebaikan aku. orang selalu salah gunakan kebaikan, kejujuran yang aku bagi. sebab tu bila aku kenal dengan seseorang, aku mesti cepat benci kalau orang tu buat aku rasa tak senang dengan dia.



anyone?



dan, terima kasih untuk kamu yang berusaha mencari jodoh untuk diri ini. haha. lawak lah korang ni. aku try nak suka seseorang. tapi aku takut. bila aku dah suka, dia pulak tak suka aku. susah kan?


bila kita suka orang tu, orang tu tak suka kita.
bila kita tak suka orang tu, orang tu pulak suka kita..


aku takut, hati aku sakit lagi macam sebelum ni. aku takut, air mata aku mengalir untuk sesuatu yang tak diperlukan. aku takut nak hadapi semua ni lagi. dan, suatu hari nanti aku harap ada orang sanggup hapuskan rasa takut aku ni. aku tau, aku buka perfect. aku bukan cantik macam supermodel. tapi, sekurang-kurangnya aku cuba untuk jadi yang terbaik =))


dan untuk awak,

walaupun awak memang takkan baca dan tak akan pernah tahu *mungkin*, tentang perasaan ni. terima kasih untuk perkenalan ini. walaupun saya tak kenal siapa awak yang sebenarnya. kalau awak betul-betul serius, saya boleh serius. tapi kalau awak rasa hanya untuk main-main, maaf. tempatnya bukan di sini =)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

10 June 2011

mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


.Assalamualaikum.

3, 4 ,5 ,6, 7, 8 ,9 dan hari ni dah 10 june. heh. lame jugak aku tak hupdate. tapi normal la kan. aku bukan blogger tegar nak hupdate doplohpat jam. yedak? aku pun malas nak kejar-kejar trafik. penat je. heh. kalau ikut entri lepas aku bagitau tu last entri sebelum nak pasang stimix kat rumah sewa kan? tapi rasanya macam tak jadi kot. sebab penjimatan sangat diutamakan saat ini. hehe. so, aku TIPU korang lagi. =))



*aku kat rumah ni*



berbalik kepada tajuk entri la. kadang-kadang aku perasan yang kita ni sedap benor duk mengata kat orang lain. tapi kita tak sedor pon apa yang kita mengata kat orang tu sebenarnya sama je macam yang kita buat. dulu aku macam tu ah. suka sangat. haha. tapi, sekarang kalau boleh aku kurangkan lah. dosa beb. kalau macam ni, belajar pun tak berkat. err. yeke?



bila ada sesetengah orang yang cerita keburukan orang lain, aku sinis je dalam hati sebab aku tau dieorang pun sama je sebenarnya. pelik betul aku. nak mengata orang lain buat buruk-buruk, tapi diri sendiri buat jugak. aku dah banyak sabar dalam hati ni. sabar sebab tak aci lah duk mengata kat orang tu sedangkan kau pun buat benda sama. cuma orang tu lebih sikit je buat keji tu. ^^_ tapi, dosa still sama kan? aku ni join jelah tukang dengar sambil mengiyakan. demn. sekali dengan aku dapat dosa free. *sigh*



*iklan*
=))



mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.. aku tak tau lah sampai bila tahap kemenyampahan aku ni boleh tahan. kemenyampahan tadek dalam tatabahasa Malaysia. jangan gatal nak guna pulak. tak pepasal aku kena saman dengan kementerian kan. hehe.



*cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain*


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 June 2011

semester baru =))


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah~
dah start pon sem baru kat uitm dungun tercinta ni. cinta lah sangat. hak tuih. heh. sem baru ni semua pon baru. duit je tak baru lagik sebab ptptn tak masuk lagi. demn. hari rabu ni insyaAllah masuk lah. so, bila dah masuk mula-mula kena asingkan duit untuk rumah, kereta, bil-bil, buku. *sedih tak hengat*


sem baru banyak yang tak best. serius aku cakap. *sobs* dengan selsema, batuk. subjek pon bosan je sem ni. banyak kena hafal. law, tax, costing. ahhhhh... lecturer pulak skema bagai. *sadistauu* hari-hari kena pakai baju kurung. heh. nampak sangat aku jarang pakai baju kurung =P


sekarang aku kat rumah. just quick update sebab balik pon bersebab. kawan aku nak kawen!!! wahhh.. syok kot. temanya purple pink~ wahhh.. dulu aku pernah buat entri yang dia bertunang. boleh leww rajin klik sini =))
semalam pon pergi tolong apa yang patut. padahal mata mengantuk gila. tapi tolong menolongkan amalan mulia. eceh.


weh. jangan ade yang komen tanya bila turn aku. keh keh keh.


blogwalking pon tak dapat jalan macam biasa. tunggulah bila hal rumah dah settle semua, insyaAllah kiteorang pasang stimix kat rumah. dan time tu aku memang aku qada' semua. oke? janji =)) ni pon maybe last entri sementara tunggu nak pasang stimix tuh ^^_


 
aku kawen, aku nak belon banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk =))



*maaf* 
masa aku limit sangat sekarang T__T 


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan