29 August 2011

Happy Eid Mubarak Everyone =)


.Assalamualaikum.

tak payah nak english sangat lah. melayu je. =P english pun fail muehehehe. eh. dah nak raya dah. so, kat sini aku nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir batin. aku ni banyak salah dan aku rasa ada orang terasa dengan entri aku. muahaha. gasak lah. dah aku cerita benda betul. jadi tak payah susah-susah nak defend diri sendiri ke, defend orang tu ke. sebab aku nasihat untuk kebaikan kau jugak. kau perempuan. kau pakai tudung. jadi, tolong jaga maruah kau. aku bukan orang baik sangat, aku bukan alim tapi aku mintak kau jaga maruah kau. tu je. =))



kan dah melalut. GRRR... eh. sambung balik. khas untuk family tercinta, peminat (huaaaa. ingat kau retis?), kawan-kawan, stalker,etc; maaf dipinta dari hujung kaki ke hujung rambut jika ada sebarang silap sepanjang perkenalan kita kat sini. cewahhh.. jiwang bagai~ kalau aku sombong, kalau aku tak sempat nak balas jejak korang, maaf sangat oke? eh. nak duit raya boleh? lalalala~~




photobucket


selamat berhari raya semua. siapa yang layak lagi dapat duit raya macam aku ni. hikhikhik. selamat kumpul duit raya oke ^_^. jemput datang rumah =))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 August 2011

Tumpang Tanya Jalan Boleh?


.Assalamualaikum.

A bertanya kepada B

A : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?
B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai!
 #PakarCinta
 



kan bagus kalau semua orang boleh jaga batas pergaulan. tadek lah bertepuk tampar, bergesel-gesel dengan bukan muhrim sebelum jadi yang sah. yedak? tapi, bila dah nafsu melebihi segalanya tegur pun tak guna jugak. yang penting, tanamkan dalam hati untuk elakkan. bukan tanamkan dalam hati untuk terai test. kan? =)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

26 August 2011

Siapa pernah kena rotan, angkat tangan!


.Assalamualaikum.

tadi tiba-tiba teringat time kecik-kecik dulu. teringat pasal rotan. dari kecik sampai sekolah menengah dah tak terbilang berapa kali kena rotan. haha. doiii. aku time kecik memang jahat gila kot. menjawab, menipu, me... dan segala me.. memang boleh bagi aku. =P tapi, sekarang tak weh. aku dah baik. hak tuih! 



dulu kecik-kecik kena rotan dengan parents aku sebab nakal gila. then, aku suka menjawab., ringan je kot mulut aku nak menjawab. aku pernah kena rotan dengan rotan buluh, hanger dan jugak paip getah. muahaha. lawak gila kalau ingat balik. tapi nasib lah kan. dah aku memang tak dengar kata. tapi paling kerap kena rotan dengan buluh yang panjang tuh. tu sebab menjawab, tak dengar cakap, tipu solat.. banyak lagi lah. see. nakal gila aku time kecik. bukan takat tu. penampar penah jugak kot. hahaha. =P then, mulut pernah kena saletip sebab menangis kuat sangat. pheww~ parents aku memang garang kalau anak-anak buat hal ^_^



masa sekolah rendah pun kena rotan sebab tak siap homework. 33 kali kot kena rotan. hebakkk! masa sekolah menengah pun sama. time Form 1. kena rotan ramai-ramai kat luar kelas. tapi kelas tu ada koridor lah. tapi boleh lagi gelak-gelak dengan cikgu sebelum kena rotan sebab tak siap homework sejarah! =P



masa sekolah menengah Form 5 kena rotan sebab ponteng kelas tambahan yang GPMS tu. aku ponteng time ada fizik. sebab aku memang bengong gila kepala bila belajar fizik. sekali hari tu, ada cikgu masuk dalam kelas panggil nama yang tak pergi kelas tambahan tu. hambek kauuu.. adalah 2,3 das kena. mau biru + bengkak tapak tangan aku. 





now, aku rasa jarang dah ada parents yang rotan-rotan ni. kan? tapi aku tak pernah menyesal dengan rotan tu. sebab aku selalu fikir. rotan tu buat aku jadi manusia sekarang. kalau tak, mesti aku nakal gila lagi. =)
lain mak ayah, lain cara didikan. tapi, aku tak kisah parents aku rotan aku. tapi time kecik-kecik dulu memang aku sakit hati lah. haha. cuma bila dah makin besar, aku faham =)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 August 2011

malas update tapi update jugak kan?


.Assalamualaikum.

eh. nak update ke tak? update ke tak? err.. bukan dah update ke ni? doiiii!! ingatkan dah malas gila-gila nak update. tapi tangan ni tiba-tiba je gatal nak update =P eh. kejap eh. entri lepas, jangan ada yang salah faham pulak. dia tu kawan aku je. just a friend. eh. mungkin dah jadi bekas kawan. boleh ke macam tu? muehehehe. dah dah. melalut je kalau cakap pasal tu.


sekarang dah balik rumah sebab teringin gila nak balik. rasa macam homesick dah. phewww~ hiperbola gila akhir-akhir ni. cakap sikit je pun nak hiperbola. ^_^ minggu lepas, minggu ni dan boleh katakan sepanjang bulan yang mulia ni banyak jugak lah dugaan. kerja bertimbun, tests, kuiz, esemen, presentation~ huh. *long sigh*



*kejujuran aku*
LOL 


tahun ni first time berpuasa kat rumah sewa. setakat ni not bad lah. ada pergi bazar, ada masak sendiri. dan dalam diam aku pun sedang cuba sedaya upaya, sekuat tenaga untuk belajar makan sayur =P FINE. aku memang anti gila dengan sayur. HAHA. tapi sekarang aku tengah belajar makan sayur. agak seksa bagi orang yang dah lama gila tak makan sayur macam aku =.='



okelah. kalau ikutkan banyak gila aku nak cerita dengan korang dengan bajet korang nak tau. shame on me. bukan korang kesah pun life aku. kesian jadi aku ni. =P 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan