09 November 2011

Seorang Anak Perempuan dan Ayahnya


.Assalamualaikum.

aku rasa ramai yang cerita pasal ibu daripada abah. atau mungkin aku sendiri yang tak perasan berapa banyak ada orang tulis pasal abah. Alhamdulillah, aku masih ada abah ada ibu. ibu dan abah yang saling melengkapi hidup sehari-hari. semoga mereka dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan segala nikmat yang Allah berikan. ini kisah benar. kisah seorang anak dan ayah.


anak perempuan ni boleh dikatakan sebagai daddy's girl sebab dia satu-satunya anak perempuan. walaupun begitu, ketegasan tetap ada. biasalah kan, anak perempuan satu. haruslah dijaga sebaik mungkin. sama juga seperti anak yang lain. anak perempuan si ayah ni tadi dah pun jadi seorang remaja yang belajar di salah satu institusi pengajian tinggi awam. satu-satunya anak perempuan yang diharap supaya menjadi contoh untuk adik-adik yang sedang meningkat remaja.


darah muda sememangnya panas bukan? ditegur sikit marah, masam muka, menjawab. tapi itu dulu sekarang anak perempuan itu sudah lebih belajar untuk sabar. tapi dia ingat sabarnya itu boleh ditahan. tetapi rupanya tidak. ceritanya apabila mereka bersama-sama bercuti di Kuala Lumpur.




sebelum berangkat pulang ke negeri asal, si ayah ada memberitahu anak perempuannya yang mereka akan check out pukul 11 pagi dan selepas itu singgah di Times Square. tapi, lebih kurang 10:30 am si ayah hantar pesanan ringkas kepada si anak supaya cepat-cepat bersiap. anak perempuan itu terkejut sebab dia belum sempat mengemas apa-apa barang pun. sudahlah dia berhajat nak pakai selendang yang berbelit-belit. nak pakai tudung bawal biasa tak boleh sebab dia dah masukkan semua tudung ke dalam beg yang berisi baju kotor, ayahnya tadi tiba-tiba naik dan bersiap dalam lebih kurang 5 minit. lelaki memang senang nak bersiap cepat. tapi perempuan perlu masa. lebih-lebih si anak yang remaja dan baru pandai bergaya dengan fesyen-fesyen tudung terbaru. selepas ayahnya tadi keluarkan semua barang-barang, anak perempuan itu masih lagi di dalam bilik. bersiap segala yang patut tetapi dengan mood yang sangat marah, dengan mulut yang terkumat kamit membebel, dengan hati yang sakit, dengan tahan air mata daripada keluar. tapi akhirnya si anak siap berkemas dan mereka berangkat ke Times Square dengan keadaan si anak tadi masih lagi sakit hati.


dan sepanjang perjalanan ke Times Square, si anak hanya mendiamkan diri, membuat muka dan menahan air mata. tiba di Times Square untuk kali pertama seumur hidup, dia hanya mengikut si ayah yang ke hulu ke hilir mencari lif untuk naik ke tingkat 14. selepas agak lama, akhirnya sampai di tingkat 14. si ayah sebenarnya ada mesyuarat dan si anak perempuan tadi dilepaskan bersama dengan si adik untuk berjalan disekitar Times Square. berbekalkan RM200 yang dibagi oleh si ayah, akhirnya anak perempuannya dan jugak adik berjalan disekitar Times Square.


lebih kurang hampir ke pukul 4 si ayah tadi selesai mesyuarat dan menyuruh anak perempuan dan si adik naik ke tingkat 14 tadi. si anak perempuan turutkan saja. tetapi bila naik lif ke tingkat 14, mereka tak boleh keluar daripada lif kerana seperti sudah ditutup dengan penghadang. mereka cuba lagi menaiki lif lain dan keadaan masih lagi sama. si ayah terus-terusan menelefon bertanyakan mereka ada di mana. si anak perempuan menceritakan hal tadi tapi si ayah seolah tidak dapat memahami dan telefonnya jugak hampir kehabisan bateri. dalam keadaan tegang begitu si ayah cuba memarahi anak perempuannya dan tanpa anak perempuan itu sedar, dia telah menengking ayahnya sendiri. akhirnya mereka bertembung dalam satu lif yang sama.





di dalam lif tersebut, si ayah tersenyum sambil mengatakan bahawa si anak telah menengkingnya di dalam telefon sebentar tadi. terkejut dengan penyataan si ayah, si anak hanya diam dan hampir menangis. sungguh tidak terlintas sedetik dihatinya untuk melakukan hal yang sedemikian. keadaan agak tegang dan dia tidak dapat mengawal emosinya. apa yang dia lagi sedih, bila si ayah masih lagi mampu tersenyum mesra walaupun mungkin terguris dengan sikap anaknya. di dalam kereta, anak perempuan tadi menahan dan terus menahan air mata daripada keluar. mengelap sedikit air mata yang penuh bertakung di mata. penyesalan yang besar.


saat itu kalau dia punyai kekuatan, ingin sekali dia memeluk erat ayahnya dan memohon ampun kerana silapnya sebentar tadi. sungguh dia tidak mampu melihat senyuman ayahnya setelah apa yang dilakukanya itu. terasa bersalah terus menggangu jiwanya sepanjang dalam perjalan pulang ke rumah. dalam pada itu, dia cuba untuk bercakap baik-baik dengan ayahnya kerana kekesalan sangat tinggi tahapnya. anak perempuan ini tadi mahu meminta maaf tetapi entah kenapa mulutnya tidak mampu mengeluarkan kata-kata tersebut.


sehingga sekarang, anak perempuan tadi masih lagi teringat akan hal itu. sedih. mengenangkan kesalahannya yang begitu. dalam hatinya sering berkata,

 " abah, kakak sayang abah untuk selamanya. maafkan kakak untuk kesalahan yang kakak lakukan. sungguh kakak tidak sengaja. maaf andai perangai kakak selalu buat abah kecewa. "


anak perempuan itu ingin memberitahu kepada dunia, bahawa ayahnya adalah ayah yang terbaik di dalam dunia. tidak mungkin dia dapat mempunyai seorang ayah yang begitu baik jika andai ditakdirkan Allah menjemputnya ayahnya kembali. bukan itu yang dipinta. tapi, dia cuba menyatakan bahawa ayahnya adalah insan yang terbaik pernah dijumpai.


dan sekarang, anak perempuan itu cuba berusaha menjadi yang terbaik supaya dia dapat membalas segala jasa ayahnya. dak juga tidak lupa ibunya yang sangat disayangi. kerana dia tahu ayahnya tidak pernah tidak menyediakan kelengkapan hidupnya. hidupnya tidak semewah kawan-kawan yang lain, cukuplah sekadar mempunyai segalanya dalam kadar sederhana.



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 November 2011

Perempuan Cerewet, Memilih, Mengada, Gedik. What Else?


.Assalamualaikum.

kalau nak bercakap pasal perempuan memang takkan habis. perempuan ni banyak pesen. pesen gedik, pesen baik-baik, pesen nerd, dan berpesen-pesen lagi lah. korang sendiri pun dah penah jumpa dengan perempuan yang banyak sangat ragam kan? in fact, perempuan memang boleh jadi macam-macam pesen. hee. yedak? bukan je ramai lelaki yang merungut pasal perempuan, perempuan pun ada merungut kawan perempuan korang sendiri kan? yela, sebab kadang-kadang kita tak tahan dengan perempuan yang pesen banyak songeh. kadang-kadang aku rasa nak luku je kepala perempuan pesen macam ni.


hari ni macam rajin nak cakap banyak pasal perempuan. dan entri ni mungkin agak panjang. keh keh keh. apa aku kisah. aku cuma nak cerita ni pun sebab adik aku. adik aku lelaki tapi dia selalu komplen pasal aku. sebab aku memilih, cerewet, kuat membebel dan bla bla bla bla bla bla.....



Cerewet

well, aku yakin ramai gila perempuan kat luar sana yang cerewet. dan aku adalah salah seorang. tapi cerewet aku tak lah over sangat. tapi kadang-kadang boleh jadi over. perempuan cerewet ni bersebab dan mungkin jugak sebab mengada! tapi kalau bersebab mungkin sebab dia nak apa yang dia buat tu bagi kepuasan untuk diri dia. kalau aku cerewet bab rumah. eh? err. aku kalau pergi rumah orang ke, rumah sendiri ke aku tak suka kalau pesen orang tak sapu rumah ke, lantai berminyak ke. aku mesti akan jadi orang paling tak selesa dalam dunia time tu. bab lain aku tak cerewet sangat. tengok pada keadaan.



Memilih

yes. ini perempuan. suka sangat memilih. aku memilih tapi ikut tempat la. kalau kat mall yang besar gedabak, aku akan round semua tempat. kalau sepuluh kedai aku singgah, belum tentu aku suka salah satu. kadang-kadang satu mall tu aku tak berkenan. kalau bab makanan aku akan pilih tanpa sayur. aku dah cuba makan sayur tapi tak berhasil. ada orang memilih bab jodoh. same goes to me. orang marah aku memilih tapi memilih bersebab. bukan mudah nak cari orang yang boleh terima kita seadanya. tapi kalau memilih sangat pun tak guna jugak! at last kau jugak yang merana. 



Mengada

adik aku selalu cakap aku mengada sebab aku selalu mintak macam-macam dengan abah aku. mintak laki je belum. perempuan memang akan ada sifat mengada so lelaki jangan nak annoying sangat lah. tapi kan, kadang-kadang aku sendiri pun menyampah dengan perempuan yang mengada. ahaha. sebab mengada tu boleh jadi over kadang-kadang. ada jenis mengada dengan boyfriend depan kawan-kawan <--- ini aku rasa nak bunuh je! , ada yang mengada dengan kawan-kawan perempuan. aku pun mengada jugak dengan housemate aku even aku yang paling tua dalam rumah tu. eh. tua setahun je kot. =D




Gedik

aku rasa semua perempuan ada sifat gedik cuma ada yang menonjol dan ada yang tak. si isteri mestilah gedik dengan si suami. tu lantak la kan sebab halal. kau mesti ada kawan yang gedik kan? based on my experienced aku ramai kawan yang gedik. ada tu yang gedik suka tarik perhatian lelaki. bila lalu depan lelaki je mula la nak cakap kuat, buat suara manja, gelak kuat-kuat. lepas tu kalau lelaki tegur, dia jawab dengan style orang gedik. kadang aku sakit hati jugak. bukan sebab nak kata aku ni tak gedik langsung. aku gedik la weh. ce tanya housemate aku kalau tak caya. cuma depan lelaki behave la kan? tak payah nak buat gedik kau yang kadang macam beruk. tanak hipokrit?gedik semulajadi? well, macam bodoh je kalau kau cakap macam tu. sebab perempuan sendiri pun menyampah gila kalau kau TERLAMPAU gedik! 



kalau nak bagi semua point pasal perempuan aku tak larat nak menaip lagi. cukuplah masing-masing tahu perangai sendiri. semua orang kat dunia ni tak perfect tapi semua orang boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. perempuan dengan perangainya, begitu jugak dengan lelaki. jangan cuba nak salahkan orang lain kalau dia tak perfect sebab kita sendiri pun tak sempurna. kalau kau ada kawan baik perempuan, jaga kawan baik kau tu. kalau kau ada kawan perempuan yang pesen pentingkan diri sendiri, tegur dia. kalau dia tak layan, kau better cari kawan baru! aha. <--- pehal aku tetiba cakap pasal kawan ni (-_-)



p/s: PreLoved Items yang aku nak jual tu hold la dulu. =)) 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan