26 April 2012

hadiah untuk orang kahwin :)


.Assalamualaikum.

hai semua yang cantik dan kacak :) eh, lately ni kan sejak makin dewasa ni. err. dewasa la sangat. doplohdua okay. tak tau la kenapa aku suka sangat umur doplohdua. kui kui kui. dah makin ramai kawan yang kawen. fuh. tetibe aku rasa nak jugak. muahaha. few weeks ago, dapat undangan dari kawan sekolah rendah. semalam undangan dari kak nurul. eh, kak nurul dah nak kawen tau! bloggers terengganu jum la pegi! eksaited je aku nak pegi wedding kak nurul :))


tapi masalahnye, ni first year aku dapat attend kenduri kawan-kawan sendiri so, mestilah nak beli hadiah jugak kan? biasa, tengok hadiah yang biasa-biasa je. eh? biasa orang bagi barang-barang dapur, ape lagi weh? aku pun tak tau. so, semalam aku ada tanya kat facebook untuk hadiah-hadiah ni. then, ada jugak aku survey dari internet. bajet aku tak lah banyak sebab aku bukan guna duit sendiri pun. :P




hadiah kitkat nak? muehehehe. ada yang suruh bagi jam loceng and set alarm pukul 3 pagi! yang ni aku nak buat dekat kawan-kawan rapat. jage-jage la korang. hak hak hak. ada yang suggest baju tidur seksi. auwww. baju baby pun ade. kire advance sikit lagi. hiks. yang best jugak hadiah buku ilmiah untuk suami isteri. sekarang ni banyak benda dalam kepala otak ni ha. kene sediakan 3 hadiah untuk orang kawen ni. ishhh. pening nak bagi apa =.='

tadi time makan dengan ibu, cakap-cakap pasal lepas habis diploma ni. ibu tanya nak sambung ke tak. aku cakap tak nak. nak kawen. ibu mencebik je kat aku. muahahaha. ibu kata, kalau nak kawen sediakan sendiri duit at least lime belas ghibu hengget. at least tu! lepas tu ibu duk pasang angan-angan kalau aku kawen nanti nak suruh buat kat dewan sebab senang. lepas ni nak hias tu, nak hias ni. macam ibu aku je nak kawen ni haaa. ^_^ tapi, no no no. aku tak ready pun kawen kawen ni. main-main je banyak. sebab tengok macam best jadi raja sehari. sehari jelah. :P
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

14 April 2012

cerita intersesi :)


.Assalamualaikum.



hello intersession! baru je habis minggu pertama untuk intersesi. class will end on 10th April. waa. sekejap je kan? intersesi ni sebab ade satu paper lagi aku tak ambik. biasa la. banyak main-main. so, ade jelah paper yang tettttt sikit. so far belajar okay. tapi laju ya amat hoi! yelakan, sebab kelas sebulan je. tapi, kelas setiap hari. dan setiap minggu adalah wajib untuk balik rumah. bosan gile weh duduk kat kolej.

kolej perhentian uitm dungun sangat teruk! sangat kotor! banyar seratus hengget untuk apa? maybe untuk bil air dan letrik. tapi, tak boleh ke kasi bersih sikit kolej tu. serius aku geli gile duduk kat kolej tu! roommate aku semua part 4. budak accounting system. kira macam adik beradik dengan accounting la. :) adik-adik junior baik je. cuma aku yang banyak senyap. sebab rase macam loser je jadi senior sorang-sorang dalam bilik. muahaha.

aku pulak dapat katil atas. seksa woo naik turun. lepas tu pagi-pagi lagi dah kena bangun sebab panas. tingkap sebelah aku hadap laut. so, time matahari naik, memang terasa ah bahang. tapi bagus jugak bangun awal kan? disebabkan kelas satu je setiap hari, masa terluang aku study! mak oih. study tu. kalau sebelum intersesi jangan harap aku nak sentuh buku kalau ada masa terluang. tapi, sekarang sebab sikit je budak part 6 yang ambik intersesi so, aku banyak stay kat bilik jelah. lepas tu study.

dan untuk pertama kali aku banyak study sendiri. thanks la ruby sebab bagi pinjam latihan yang dia dah buat sebelum ni. at least ada jugak nak refer jawapan time buat latihan. kalau tak, habis lah aku. dah la aku pesen lampi. tapi yang lagi sadis bila kena duduk bilik tingkat 3! jenuh nak naik atas. first time datang, aku rase macam dah nak putus nyawa duk angkut barang-barang. last duduk tingkat 3 macam tu masa part 1. phew~



lepas tu kan, aku rasa macam banyak pulak aku duk menaip ni. teruja nak cerita la konon. in fact, i am bad story teller! aku rasa macam nak buat entri yang pesen cerita hal sendiri. orang tak nak baca? tak kesah pun. hiks. oh. dan ni aku kat rumah ni. hee. petang nanti dah nak balik kolej. tapi, minggu depan for sure la aku balik rumah lagi. nasib baik dekat. kalau jauh? :O tapi, aku tak sempat la nak tercongok more than three hours semata-mata nak baca dan komen entri. aku banyak baca je. tu pun baca laju-laju. nanti lepas intersesi aku lama gile melanguk kat rumah. time tu boleh nak nak tergedik-gedik meromen eh mengomen :)


insyaAllah aku nak A untuk subjek FAR300 ni. ape yang aku tengok, complicated. kawan-kawan pun cakap macam tu. biasalah, pasal company account. jual beli shares, lepas tu entah pe lagi lah. tapi, kalau usaha, Allah mesti tolong kan? :)
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 April 2012

novels story.


.Assalamualaikum.

tajuk nak omputih aje. kemain. tapi nak taip melayu jugak sebab lagi senang. kan? kan? eceh. padahal grammar tunggang langgang. puiii.

novels. rasenye dah beratus novel aku baca. novel bm jelah. kalau novel english tak penah khatam. muahaha. tak larat nak nengok kamus =.= start dari umur tiga belas tahun sampailah doploh dua ni, memang dah banyak sangat dah baca novel. opss. doploh dua! mak aihh. sometimes, macam dah biase je jalan cerita macam tu. tapi, nak jugak baca. rase macam wajib je baca novel ni. muehehe. novel yang paling tebal penah aku baca 'Ketika Cinta Bertasbih' yang dah digabungkan dua dua chapter. lebih seminggu baru siap. jenuh haihhh. then kedua tebal '7 Hari Mencintaiku' :))

hari tu kan dapat voucher RM200 tu kan. so disebabkan budak diploma dapat lambat. dan buku jugak dah beli, memang sah la aku buat benda lain dengan voucher tu. aku bazirkan untuk beli novel. muehehe. banyak jugak lah. adalah dalam 6,7 buah novel. pheww~ lepas tu duk merungut kat housemate konon takde masa nak habiskan. yela, sebab time tu busy dengan test kot. lupa. last-last aku berjaya jugak habiskan baca semua. arghh. pengaruh novel ni memang kuat gile weh. mane boleh tahan nafsu tengok je novel terperam macam tu.


ni antara yang aku simpan kat rak. dalam kotak ade lagi kot. malas nak ambik. 
:)

then, 'Cinta Perisa Dia' tu setiap chapter ada love quotes yang best. maybe Lynn Dayana ni reka sendiri kot. aku pun tak tau. meh sini nak share sikit. sikit ke? sepuloh hah aku bagi. :D

"kalau cinta itu lagu, maka nota muziknya tertulis cantik dan merdu"
"kalau cinta itu usaha, pasti markahku cemerlang dan membanggakan!"
"kalau cinta itu graf, menaik atau menurunkah pencapaian diriku?"
"kalau cinta itu filem, skripnya hanya kamu dan kamu dan kamu"
"kalau cinta itu karipap pusar, rangupnya hanya untuk kamu"
"kalau cinta itu mangga muda, sakit perut semalaman enaknya tetap dikejarjuga"
"kalau cinta itu sambal, pedasnya tak menjauhkan aku daripadamu"
"kalau cinta itu rahsia, sampai bila aku harus bersembunyi"
"kalau cinta itu Twisties, perisa tomato, keju dan BBQ yang mana satu?"

"kalau cinta itu Celcom, tahulah kamu ini sentiasa wilayahnya"

tak sabar nak habiskan intersesi yang sebulan ni. lepas tu nak kerja. lepas tu nak borong beli novel. hee. walaupun kerja tu tak se best macam time belajar. tapi teringin jugak nak pegang duit sendiri :'))
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

04 April 2012

Untukmu calon imamku :')


.Assalamualaikum.


untukmu calon imamku , (tulang rusukku)

Duhai engkau yg ada disana , jika benar itu engkau , yang telah Allah pilihkan untuk mendampingiku , Maka telah ku persiapkan hati ini menyambut cintamu . .

Ketika ku mendampingimu kelak harapan ku hanyalah agar aku mampu menjadi yang terbaik untukmu , Semoga diriku menjadi penenang bagimu , Wajahku menjadi kesenangan bagimu , Mataku menjadi keteduhan bagimu dan genggaman tanganku menjadi pelepas keresahanmu , Aku hanya ingin kau yang bertahta dihati ini sehingga penghujungnya :')

AMIN . .

thank you moon! :D


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

kenapa coklat yang comel-comel, yang ada bunga-bunga, yang ada huruf-huruf, yang warna-warni tu mahal??


.Assalamualaikum.

fuhlamak! tajuk panjang kemain. saje nak bagi orang macam bengang sikit baca. ye ah. sebab aku tak tau nama saintifik coklat yang comel-comel tu ape. coklat comel tu memang sejak aku tau kewujudan die, aku rase ahhh.. nakkkkk!! bila aku usha-usha harga, mak aihh. kemain mahal. padahal kecik je. err. ke korang rasa tak mahal? bagi aku mahal. muahahaha.

lepas tu aku teringin nak belajar sendiri. aku tanya kawan aku sebab dia ada buat time kakak dia tunang. dia cakap senang je. beli coklat compound lepas tu double boilkan. then, masukkan dalam mould or acuan yang macam-macam bentuk tu. 


taraaaaaaaaa! :D

first time aku buat, fully milk chocolate. so memang koko jelah semua. then kali kedua ni aku buat guna chocolate pink yang perisa..err. perisa apa weh? aku ambik je. sebab kaler pink. ahaha. :P jenuh jugak buat benda alah ni. dua jam lebih aku kat dapur. nak cairkan coklat pink lagi, nak cairkan milk choc lagi. lepas tu nak kena sejukkan sikit dalam peti ais. dua, tiga step jugak lah. berpeluh jugak aku kat dapur. nasib tak termasuk dalam coklat je. :P

and sekarang baru aku tahu kenapa coklat ni agak mahal walaupun size dia kecik dan bahan dia sikit je. nampak macam senang. tapi kepakaran amat diperlukan. kira macam kena hati-hati jugak lah kalau betul-betul nak kemas. tak nak bagi terlebih kat tepi-tepi. aku buat bantai je. usaha dengan tenaga yang guna kena caj jugak tau. eh. takkan free kot? :P nak-nak kalau buat pesen aku. pesen berdiri dua jam lebih kat dapur. lagi lah kan. ishhh. tapi, tak rugi pun belajar buat sendiri. jimat sikit. hiks. 

kat mana nak dapatkan chocolate compound ni? kalau kat terengganu aku syorkan dekat kedai mee soya. kedai ni memang jual bahan buat kek, coklat, dan bla bla bla. lagipun murah :) kedai ni dekat jalan ape entah. tapi kalau korang tahu kedai kain honyi okay la. sebab kedai ni depan-depan honyi tu je. sebelah butik magma. chocolate compound ni harga lebih kurang RM14-RM16 la. kalau mould/acuan RM2.50-RM6. based on size. 

kalau kat dungun, aku penah pergi beli dekat area taman permint. depan traffic light nak masuk uitm tuh. kat sini mahal sikit lah bagi aku. tapi memang mahal. =.=' dungun semua benda mahal. >.< chocolate compound ni around RM18++. ikut brand jugak kot. lepas tu mould/acuan semua RM6++. perghhh. mahal wehh. mahal la dari mee soya tu. lalalalala~


chocolate compound beryl's sedap! :))

update : lagi satu kedai jual barang-barang buat kek, buat biskut ke dekat Taman Permint, Chendering, Kuala Terengganu. lagi dekat dgn aku. sonang nak pi lepas ni. heee

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

02 April 2012

Random Post #1


.Assalamualaikum.

aku menulis bukan kerana nama. bukan kerana glamour. bukan kerana mencari kontorversi. bukan kerana mencari haters. bukan kerana mencari peminat. aku menulis sekadar suka. sekadar menggunakan kemudahaan yang ada. sekadar menghilangkan bosan dengan facebook. sekadar hilangkan bosan dengan caci maki di twitter. eh. ni introduction yang macam bagus je. entah apa mencarut. bosan =.='

rindu housemates. rindu taman rakyat


aku cek entri lepas. based on keywords yang masuk. dari nuffnang. dari stats blogger. banyak pasal yang cintan cintun. banyak weh! puiii. bila aku baca balik aku rasa geli. kau tau geli tu apa? meremang bulu roma aku baca entri sendiri. hasil otak sendiri tu. ah. setan apa lah yang duk rasuk aku menaip jiwang gegeli macam tu. tau tak nampak desperate macam nak bercinta? grrrrrr *marah* mungkin sebab ni first time aku nekad nak staw away dari couple couple bagai ni. 

kadang aku rasa macam nak tutup je blog sebab entri lama macam hareemmmm je. tapi bila fikir balik sayang pulak. kang kalau aku tutup orang cakap aku bajet retis. alahai. setakat blogger yang tak femes macam ni sape nak heran weh? takde orang peduli pun. tapi sebab aku fikir lagi aku takde anon yang suka mengacau, takde haters, takde fakers yang buat hal kat blog ni so, just keep writing :)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan