27 May 2012

resepi puding roti kukus yang super ohsem dan senang. :D


.Assalamualaikum.

aku dah bosan nak cerita macam-macam. so, kali ni aku nak share resepi yang ohsem. ohsem la sangat kan? resepi puding roti kukus ni amatlah sesuai untuk orang takde oven or maybe oven rosak macam aku. hiks. dengan pesanan tulus ikhlas, "aboh weh! bile gok nok g baiki oven tu??? :O" so so so, bahan-bahan yang diperlukan adalah. *drum roll* eh. sat na. resepi asal adalah dari Dapur Malaysia.





4 keping roti ( suke hati roti ape. aku gune 5 keping sebab tamak! )
1 tin susu cair ( resepi asal 375ml. tp, 400 ml pon boleh okay )
2 biji telur ( telur ayam. bukan telur itik mahupun telur puyuh )
4 sudu besar gula ( aku guna 3 sudu. tu pun aku guna sudu bubur mekdi je. sebab tak nak manis )
1 sudu kecil esen vanila
Butter / Planta ( ni untuk sapu kat roti okay )
Kismis / Coklat cip ( ni untuk pameran comels atas puding nanti )

dan berikut adalah cara-caranya. skema habis *fliphair*

1. panaskan kukusan dulu ye.

2. sapu butter/planta atas roti. lepas tu potong kicik-kicik aaaa. lepas itu, sila susun dengan secomel mungkin dalam loyang. loyang tu yang sedang-sedang saja.. <--- *dangdut sikit*

3. lepas tu, dalam satu bekas sila satukan dua biji telur, gula dan esen vanila tadi. then, kacau hingga sebati. oh please jangan nak guna mixer sangat okay. kacau bagi sebati je. lepas dah sebati baru masukkan susu cair. lepas tu kacau lagi kasi sebati gituww.

4. lepas dah sebati acuan tu, tuang dalam roti yang dah susun comel-comel dalam loyang ye. lepas tu aku main tekan-tekan sikit lah. tak payah nak ikut sangat. aku main-main sebab comel je. hak hak hak. lepas tu tabur la atas tu coklat cip ke, kismis ke, coklat cip ke, coklat smarties ke. olololo.. sodapnyee.

5. masukkan dalam kukusan dan kukus 20-25 minit. skema habis. hohoho. nanti dah masak, sejukkan dalam peti sejuk dulu. baru lah ohsem bila makan. :')

senang kan? ohsem pun ohsem. lagipun tak manis pun okay. sesuai la kalau mak ayah, nenek ke, atuk ke yang tak suka manis. jadi, selamat mencuba. heee
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

24 May 2012

life being as an accountancy student .


.Assalamualaikum.


Akauntan. cita-cita kedua yang aku tulis dalam biodata time sekolah rendah dulu. cita-cita utama nak jadi doktor. makin lama, makin tinggi belajar dah lupa cita-cita doktor. banyak main-main time sekolah. bukan gengster sekolah okay. nakal sikit je. tudung pendek, that's me. pakai stokin kaler maler, that's me. ponteng kelas pegi lepak kelas senior, that's me. tu time sekolah sultan sulaiman. bila tukar sekolah baru sekolah bukit sawa, life's totally changed. new environment, new friends. time tu jadi baik sebab takde geng nak buat nakal-nakal.

form five ambik pure science. tak suka menghafal okay. kelas yang selalu ponteng, time fizik. kalau hari tu ada fizik, aku tak pegi sekolah. adik-adik jangan tiru okay. result spm takat-takat makan je ah. Alhamdulillah semua credit. boleh la masuk matrik program dua tahun aliran fizik. hai KMPHians! :) tapi masuk tahun kedua aku keluar. dapat diploma perakaunan kat UiTM Dungun. sebab nak lari dari fizik, nak lari dari homesick, aku keluar. sebab dungun dekat. tiap-tiap minggu boleh balik.

kawan aku cakap akaun macam math. aku suka math. aku pun masuk ah uitm. tapi sebab aku memang kosong gila pasal akaun, aku rasa menyesal pulak. first semester, aku dah fail akaun. sedih okay. *lap-lap air mata* aku pesen malas gila nak buat latihan. aku rasa macam nak pecah otak belajar basic akaun. dan sem-sem seterusnya aku banyak buat latihan. serik weh! tapi, ada jugak aku repeat lagi. company account. study last minute. *panggg kat diri sendiri*



tapi, dari setiap sem ke setiap sem, aku baru boleh fikir sekarang yang akaun ni perlu banyak latihan. practice makes perfect :) aku pesen lambat pikap so, aku kena buat latihan lebih banyak dari orang lain. aku start buat banyak latihan lebih dari orang lain start sem 5! kesedaran aku lambat bebenor. tapi, usaha aku tak sia-sia. markah test dengan kuiz selalu tinggi daripada sebelum ni la. kadang rasa macam tak percaya je tu aku buat.

jadi budak akaun ni memang la sakit kepala. aku pun macam tu. berdenyut-denyut kepala nak fikir satu-satu benda. tapi best sebab main kira-kira. tapi, kalau nak buat latihan, aku lagi senang kalau ada skema jawapan. sebab senang nak tahu macam mana nak dapat value sesuatu tu. itu cara aku study. ada orang tak suka macam tu. tapi, aku rasa ramai macam ni kan?

tapi tak semua subjek setiap sem tu best. contoh macam auditing. serius susah. sepatah pun tak faham. *sigh* kalau bagi pilihan antara law dengan auditing, aku akan pilih law! aku rasa auditing ni kena buat cara praktikal kot. senang nak nampak. kalau hadap buku teks dengan manual je mana nak nampak. nak-nak pesen lampi macam aku ni. ish. tapi, akaun memang best. ye ye je aku ni. padahal dah nekad tanak sambung degree accounting. tanak. tanak. tanak.

nak kata jadi student akaun ni busy 24 hours itu sangat tipu okay. melainkan kalau join kelab-kelab. aku siap berjalan sana-sini, mandi air terjun cemerung, lepak mesra mall, lepak buang-buang masa. study je sikit masa. hee. tapi, untuk kebaikan baiklah korang study daripada melepak. boleh je nak lepaking sana sini tapi bahagikan masa la. mana nak layan korea lagi, mana nak online lagi, nak tengok wayang lagi. pandai jaga diri okay :)



eh. panjang eh aku membebel? nak buat acane. dah memang perempuan suka membebel. hiks.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

22 May 2012

tolong belajar hormat orang yang tengah solat


.Assalamualaikum.


لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" (Riwayat Al-Bukhari) - source

aku rasa semua orang pernah rasa apa yang aku rasa. sesetengah orang ada pesen yang sangat tak faham bahasa bila bab hormat orang yang tengah solat. kadang aku otak aku ni terfikir jugak. takkan tak nampak orang tengah solat? orang tu manusia. manusia tu bukan kecik. besar mak orang, besar bapak orang. tapi, still buat tak faham bahasa.



ada orang yang dah nampak kawan dia tengah solat tapi, duk cakap-cakap dengan kawan tu. "senah, aku pinjam buku kau ni ye!" serius kalau aku jadi senah tu, terus terganggu solat aku. err. macam pengalaman aku je >< dah pesen apa pulak tak menyabor ni. tunggulah orang tu lepas solat baru bagitau. takde lah dia nak wrestling kau. tapi kalau takut dia marah, tunggu jelah dia habis solat. tak lama pun solat tu. 

ada yang pesen nampak orang solat, tapi duk bercakap pong pang pong pang tak ingat dunia. macam nak bercerita satu negeri. dah nampak orang solat, perlahankan suara tak boleh? apa ke peti suara kau dah jadi loudspeaker ke? tak pun pegi cerita jauh-jauh sikit.

ada tu jenis yang tak boleh dengar orang sebut nama dia time dia tengah solat. ah. macam aku pulak ni :P lepas tu pulak kau tahu je kawan kau tak boleh keadaan macam tu. tapi, dan dan pulak time dia tengah solat tu kau nak bersembang pasal dia. kuat pulak tu. ish. banyak kali jadi kat aku. nak mengamuk tak boleh sebab nak belajor sabor. hiks.


aku nak pesan kat sape-sape yang baca. tolong la jangan kacau orang tengah solat. nak-nak yang macam situasi si senah tu. korang ni tahu ke tak beradab? jaga adab. orang tengah solat. solat tu kan ke kita berhadapan dengan Allah. so, please la belajar hormat orang yang tengah berhadapan dengan Allah. apa-apa hal, lepas solat boleh buat. ingat. tetiba aku nak emo pulak #_#

btw, entri sebelum ni aku tak berniat nak buat sape-sape terasa atau takut atau mungkin orang kata aku berlagak alim gila. padahal aku kat luar bukan baik sangat. yes. aku mengaku aku bukan baik terlampau. itu cuma untuk peringatan diri aku sendiri.aku mintak maaf. tapi, kalau korang rasa bagus jugak untuk korang Alhamdulillah :)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

20 May 2012

tempek gambar dekat blog dan facebook.


.Assalamualaikum.

hai awok awok yang comel dan katang sokmo. aku dah habis intersesi. yes. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar :') lulus dengan cemerlang atau tak itu kerja Yang Maha Kuasa. aku ni mampu berdoa supaya semua lulus dengan cemerlang. jadi sementara jadi penanam anggur yang bertauliah, memang aku selalu kat sini. so please, jangan nak menyampah sangat dengan aku okay. sebab aku sayang korang.




tempek gambar sendiri kat blog memang ramai yang buat. termasuk aku sendiri. tapi, lately ni aku dah tak letak lagi gambar sendiri. sebab aku takut. aku takut kalau aku mati nanti, orang duk tengok gambar-gambar aku dekat blog ni. nanti sape yang nak tolong delete gambar-gambar blog aku ni? memang aku ada buat preparation di mana aku dah save password skali dengan email dekat tepon. supaya kalau Allah panggil aku nanti, ada orang boleh cek telefon aku dan tutup semua akaun yang aku ada.

aku tak lah nak bajet alim sangat. cuma tak tau lah kenapa sekarang baru rasa takut dengan sume ni. mungkin Allah nak tolong aku dekatkan diri dengan Dia. entri-entri sebelum ni yang banyak gambar aku pun aku dah delete. kalau ada yang terlepas pandang tu nanti aku cek lagi. kat facebook pun ade satu keping je gambar aku. tu pun dari belakang dan bahagian atas je.

aku nak bagitau dekat kawan-kawan facebook aku supaya delete gambar-gambar yang ada aku kat album-album kat facebook. tapi, aku tak tau nak bagitau macam mana. aku tak nak nanti aku dah takde kat dunia ni, orang tengok gambar-gambar tu dan aku lagi terseksa kat alam sana. aku dah banyak buat dosa dan aku tanak terus ada dosa lain yang bertambah-tambah. so, kawan-kawan facebook kalau ada baca ni, please alert. tolong la delete gambar yang ada aku. aku harap ada orang faham dan hormat keputusan ni :)



‎” DEMI ALLAH , SEANDAINYA JENAZAH YANG SEDANG KAMU TANGISI ITU BOLEH BERBICARA , LALU MENCERITAKAN ( pengalaman sakaratul mautnya ) PADA KAMU SEKALIAN , NESCAYA KAMU AKAN MELUPAKAN JENAZAH TERSEBUT DAN MULAI MENANGISI DIRI KAMU SENDIRI . "
~  IMAN AL - GHAZALI .

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 May 2012

berkawan dengan ex boyfriend/girlfriend?


.Assalamualaikum.

hai kepada readers yang sentiasa comel dan hensem. kepada yang couple-couple, single mingle. semoga korang sentiasa gumbira. dah lama jugak tak bergeli-geli pasal cintan cintun ni sebab aku macam dah hilang point nak tulis pasal apa. lagipun dah lama tak join kelab couple. insaf weh. tak larat dah nak tanggung dosa. aku nak menanti love after marriage. hiks.


"Being friends with ur ex shows you two are mature enough to get over the fact that you weren't meant to be together."

so. apa korang rasa? berkawan dengan ex boyfriend/girlfriend okay ke? err. zaman sekolah dulu aku dah start couple masa form two lagi. oh please, aku bukan gatal. cuma, tergedik nak ikut kawan-kawan ada boyfriend. so, kalau nak dikirakan ex boyfriend ni memang banyak, kot. kot la kan. dulu main taram je sape-sape pun. sekarang je macam nak memilih. memilih untuk masa depan dan alam yang kekal abadi. haa, macam aku ni perfect sangat nak pilih-pilih. *abaikan*

tapi, setiap kali lepas clash mesti aku nak kawan balik dengan ex boyfriend tu. sebab sayang lagi kot. biasalah perempuan. hati lembut giteww. kalau nak diikutkan couple-couple ni aku bukanlah pesen baik sangat sebab aku banyak dump boyfriend aku. aku kena dump pun wajib lah ada. masa tu menangis meraung toksah cakap la. ada tu, sampai nak pengsan aku menangis. gila betei.

sekarang kan, aku still lagi contact ex-ex boyfriend tu. awww. macam gedik pulak statement aku ni. ish. tapi tu ah, kalau aku jenis tak kisah langsung berkawan balik dengan ex-boyfriend. matured tak aku? mestilah. jangan nak mengutuk aku sangat okay. aku tau ni. lalala.

ada tu siap aku pergi kenduri ex aku kahwin lagi. haa. bagus pulak aku ni. kawan aku siap tanya "mu dok nangis ke iqa?" haipp. aku kan cool. tak main lah nangis-nangis. lagi sedap makan time kenduri tu aje. >.<

ada tu yang aku tinggalkan dia lepas aku habis paper spm. padahal masa tu, dia tak habis lagi. dan sebab tu dia stress gila dengan aku. kot la kan. aku dengar cerita orang je. lepas tu siap cakap lagi yang dia tak pernah benci perempuan macam dia benci kat aku. fuhh. bergegar jantung aku masa tu. macam jahat sangat aku ni. tapi last-last sekarang kiteorang still berkawan baik je :) tapi kan, ibu aku berkenan betul kat dia. ^_^

ada yang aku contact untuk tujuan penting-penting. biasanya aku tanya dia cara bacaan ayat-ayat al-Quran yang aku tak pandai. dan dia ex boyfriend yang selalu pesan kat aku jangan lupa baca al-Quran setiap hari. dulu aku tak layan ah dia pesan macam tu. sekali-sekali je. tapi, sekarang Alhamdulillah. semoga sentiasa berterusan :)


this is so true!


so, bagi aku berkawan dengan ex couple memang tak salah. hey, it shows that you are mature enough okay. macam aku :') ohhh. jangan nak baling telur kat aku sebab statement berani mati ni.

dan kepada bakal pemilik tulang rusuk :
"There is nothing more beautiful than a man who is crying over Allah Subhanahu wa ta’ala words and not over a woman, movie, lost money, or anything Just Allah Subhanahu wa ta’ala words."

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 May 2012

diet la sangat tapi disiplin non ado!


.Assalamualaikum.

hello may :) just another two weeks before intersession ends. yeayyy. tapi otak makin pening dengan consolidation. pheww. minggu depan memang busy nak gile! serius. kelas direct four hours. test two, quiz two, group project. hectic week. semoga hati tabah hadapi dan semoga hati senang nak terima pelajaran. insyaAllah :) actually takde apa sangat nak update tapi saja jelah gatal sebab rasa macam best. eh? pening pening pening >.<


lately ni selalu nak DIET! okay tipu. sebenarnya dari jamang dulu kala lagi aku cakap nak diet. tapi, selalu tak jadi sebab tak disiplin. hak hak hak. so, sekarang konon-konon joging tapi bila balik rumah makan tak hengat. hikss. kadang-kadang ibu memang sengaja dan sengaja masak sedap supaya aku makan. dan, sah-sah la godaan tu aku tak menahan. muahahaha.

tipulah kalau aku cakap tak nak kurus, tipulah kalau aku cakap tak jeles tengok orang lain boleh pakai baju macam-macam. nak-nak jamang sekarang yang orang duk pakai maxi dress. auwww. tergoda aii tau. cuma keadaan body tak memberangsangkan <---- betul tak eja? kui kui kui.

dan aku rasa nak pergi buat kaedah buang lemak. kena cari sugar daddy nak tanggung kos buang lemak ni. ^_^ aku fikir jugak apehal susah sangat nak DISIPLIN ni. mungkin sebab aku memang pesen suka langgar peraturan kot. dari sekolah lagi. muahahaha. dulu je. sekarang dah tak nakal macam kat sekolah lagi. eceh :')



oh yeaaahhhh. entri lepas ada kit kat pink kan? comel kan?kan?kan? tu gambar aku jumpa kat tumblr.. nak lettewww~ :P
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan