31 July 2012

Resepi Browned Butter Cupcakes


.Assalamualaikum.

last day in July, 500th posts. teheee. so so so, nak share resepi lagi. tapi blog ni bukan blog resepi. harap maklong ah. saje nak menggatal nak share. keh keh keh :P banyak kali jugak aku try buat cupcakes. tapi, macam tak jadi. *sighhhh* so, hasil bila godek-godek resepi sana sini tetibe debukkkkk jatuh kat whisk kid. perghhh. resepi kat situ memang ohsem weh. ^_^ rugi kalau tak try. heee. resepi asal ni dari whisk kid okengggg. tapi, ubah sikit sebab manis sangat-sangat :)



Bahan-bahan ( untuk 20++ medium size cup ):

240 gram butter
400 gram tepung gandum
2 1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
200 gram gula ( nak kurangkan sikit lagi pun boleh )
4 biji telur
200ml susu cair *update ( panaskan susu dlm microwave dlm 20 saat. atas dapur pon boleh )
1 sudu teh esen vanila
* susu dengan gula nak kurangkan boleh kot. aku buat aritu mcm manis je -,-

Cara-cara:

1) cairkan dua sudu besar butter sampai warna jadi kaler perang okeh. betul-betul perang tau. macam hangus gitu. lepas tu biarkan sejuk sampai suhu bilik.

2) lepas butter yang cair tadi sejuk pada suhu bilik, panaskan oven pulak ye. suhu 200C, api atas bawah. susun cup dalam dulang oven.

3) dalam satu bekas, campurkan tepung, baking powder, dan garam. then, letak tepi dulu.

4) dalam bekas yang lain, pukul telur, lebihan butter tadi dan gula sampai jadi pekat. dalam seminit gitu la pukul.

5) lepas tu masukkan butter yang dah dicairkan tadi, susu, esen vanila. lepas tu handwhisk je okay hingga sebati. tak payah guna mixer dah.

6) lepas tu boleh la masukkan adunan dalam cup. masukkan 3/4 daripada cup yep :) then, masukkan dalam oven. masak selama 30 minit or hingga nampak perang dah kat permukaan cupcake tu. oh, bila dah masukkan dalam oven tu turunkan suhu kepada 180C. ini adalah tips untuk dapatkan permukaan cupcakes yang cantik :))

7) siap! bila dah masak, sejukkan dulu. :)

ni aku buat takde frosting. malas nak hias-hias sebab nak try je pun. hohoho. kalau nak hias dengan frosting, boleh refer kat whisk kid ni. tak pun seacrh je kat google resepi frosting tu haaa :')

resepi cupcakes ni sedap. bukan sebab aku buat. tapi, memang sebab resepi yang sodap. teheee. good luck!
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

28 July 2012

Resepi puding jagung yang senang, mudah, simple, sedap. :P (UPDATED)


.Assalamualaikum.

gambar ihsan gugel :)

time duk taip entri ni kan, aku baru je lepas buat puding jagung untuk kali ke 150 juta. eh, macam lagu. susah nak cari puding jagung yang berkenan dek tekak. macam pelik je bahasa. -,- so, sejak beberapa dekad dulu, jumpa resepi kat myresepi yang ohsem!! ^_^ ni resepi puding jagung yang senang, mudah, simple, sedap dan yang sewaktu dengannya. buat pemilik asal resepi ni, maap ye sebab lupa siapa tuan punye resepi. mohon ampun. hee :))

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
2 1/2 cawan air kosong
1 tin jagung manis
3 sudu besar tepung jagung


Cara-cara:

campurkan semua bahan, kacau-kacau sampai semua bahan sebati. lepas tu, masak atas dapur guna api sederhana sampai likatttttt. tapi kan, aku guna api agak besar tapi memang non stop kacau sebab takut hangit. tapi kan, kalau guna api besar ni, lenguh mengacau tu kejap aje. heee. so, it's up to you :)) Lepas tu sila sejukkan dulu sebelum masuk peti ais. biar dulu dalam peti ais tu lame sikit takpe. janji tak lembik masa nak makan. hehehe

*resepi ni versi update dah ye sebabnye resepi sebelum ni lembik. kehkehkeh. so, kali ni sure tak. eh eh. ye ye je kannnnn. 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

24 July 2012

bukan jatuh cinta. bukan juga menolak cinta. eh?


.Assalamualaikum.

sekuat mana rasa sayang, seteguh mana rasa cinta, seyakin mana dia mampu menjadi pembimbing, sepasti mana dia itu adalah jodoh, kalau Allah tak izinkan tak jadi jugak. sepasti tu boleh gune dak? :O




sejauh mana cuba kita larikan diri, segagah mana kita menolak, sekuat mana kita melawan, kalau Allah izinkan, bersatulah kita. eh. 

Cinta; terkadang bukan hanya tentang waktu, tapi tentang keberanian mengaku. ♥

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

20 July 2012

Birthday Wishes


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam dah genap 22 tahun hidup sementara di muka bumi Allah ni. syukur :) buat kawan-kawan dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, uitm, blogger, dan semua semua, thankyouuuu so so so so much yang wish kat facebook especially dan jugak twitter. 



*antara yang paling awal wish* 
:)















saje je ah nak mengendeng. hikhikhik.

esok dah 1 Ramadan. Alhamdulillah. yeayyy. Ahlan wasahlan ya Ramadan :) azam tahun ni nak puasa penuh lagi :P 


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

11 July 2012

ketagihan!


.Assalamualaikum.

♥ sebelum oven baiki.


1. puding roti kukus ohsemmm. eceh :P
2. pau goreng resepi dari akak fatin suhana :)
3. puding buih. lil bit keras. hoho. first time buat. dah la lupa step nak pukul lagi sekali telur putih dalam acuan yang dah siap masak. teheeee
4. marble cheese cake kukus ;)


♥ bila oven dah baiki, ketagihan melampau!!

5. butter cupcakes. nak main-main je senanye. hihihi
6. butter cheese cake!!! best! dapat 5 star dari ibu. siap order untuk hari raya lagi. muahahaha. dengan anak sendiri pun main order-order. oh. kek ni buat dengan future sis-in-law, maybe :P
7. vanilla cupcakes with love. manis sikit. lain kali kalau buat nak kena kurangkan gula. then, bahagian atas kena kasi hangus sikit. baru sedappp ;)
8. yang ni sedapppp. ekceli resepi ni sama je macam no 5. cuma ni KERAS! keras okay! sebab silap sukat tepung. muahahaha. keras keras pon habis. hohoho :P


banyak lagi resepi nak try. yela kan, bukan semua resepi tekak boleh terima. nanti nak try dari Martha Stewart pulak. plus aku suka tengok tv show Anna Olsen. senanya aku TERtukar Anna dengan Martha. muahahaha :P

p/s: kenapa saya tiba-tiba saya rasa macam rindu awak ;)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

08 July 2012

dugaan dan masalah.


.Assalamualaikum.


bila kita ditimpa dengan ujian yang kita rasa berat, persoalan kenapa orang lain tak rasa apa yang kita rasa mesti muncul. sebenarnya kita tak tahu apa yang orang lain alami. kalau tahu pun mungkin sikit. mungkin 1/10. hakikat sebenar, yang mengalaminya saja tau apa rasa. cuma, mungkin dia bukan jenis bercerita pada orang sekeliling. mungkin dia bercerita kepada Yang Maha Mengetahui. berdoalah. jangan lupa pada Dia. insyaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaian. :) senyum dan yakin Allah janjikan hikmah yang terindah disebalik dugaan >_<


ada yang harus kita relakan dalam hidup ini, untuk itu Tuhan menciptakan ikhlas
---
(via nisaathejourney)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 July 2012

beri aku ruang dan waktu.


.Assalamualaikum.

rainbow, you don't know the truth in my heart


bila dah banyak jatuh, mungkin jadi biasa, mungkin jadi semakin hilang arah. saat ni, perlukan kekuatan iman di dalam hati. kadang, hati perlukan ruang untuk bersendiri. perlukan waktu untuk pulih menjadi lebih baik. bukan niat nak melarikan diri dari kawan-kawan sekeliling. cuma, keadaan sekarang bukan untuk bersuka ria macam dulu. bukan tak boleh terima hakikat. tapi, payah dek kerana iman cepat goyah. 



semoga Allah berikan hikmah yang tak terhingga di balik kepayahan ini :)

p/s: Ramadan menghampiri >_<

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan