31 December 2012

Tips Cantikkan Filling Egg Tart/Tat Telur


.Assalamualaikum.


yum yum yummmm *tumblr*

How to make beautiful egg tart? Kalau ikut bahasa Malaysia, macam mana nak buat tat telur yang cantik? Wahhh skema habis. Aku start makan egg tart masa sem 4 kat UiTM. Time tu lecturer Economics yang belanja kiteorang satu kelas. Seram nak makan mula-mula sebab kat tengah tu macam jelly and aku fikir sure aku termuntah makan. Tapiiiiiiii.. Bila dah makan?? Tak cukup hoi! Baru tau yang egg tart ni sedap rupanya.. No wonder lah ramai yang gilakan egg tart kan?

So, kejadian tu tahun 2010 dah rasanya. Tapi, sekarang aku pulak gigih buat egg tart. Banyak kali jugak buat. Dannnnnn banyak pesen aku try nak bakar. Banyak kali jugaaaaakkkk filling telur melimpah keluar dari crust. Kesian. Tapi sebab terlalu banyak kali buat egg tart so dah terer dah nak buat. Hamboi kau. Perasan.

Nak buat filling egg tart nampak cantik je macam gambar atas tu senang je. Senang la sangat uols. Pheww. First, JANGAN JANGAN JANGAN bagi filling telur terlalu nak gelembung time bakar tu. Means that uols kena selalu perhatikan bila dah letak filling telur. Well, tak lah setiap minit pegi tengok. For the first 10 minutes, tak nak tengok pun takpe. Tapi minit lepas tu dalam 5-10 minit lagi tambah masa then, jaga-jaga sikit. Bila nampak macam ada beberapa yang naik gelembung tu, bukak oven the try goyang-goyang kan sikit tray. Kalau semua dah keras, takde yang nampak berkocak sampai semut boleh terjun tu so korang boleh keluarkan lah ye. Kalau ada lagi beberapa yang tak keras, tambah masa sikit je lagi. Pastu check lagi ye.

What if kalau terlalu naik gelembung? Hmm. Filling telur korang akan mengecut macam kulit berkedut. So tak cantik hokeh!

Second, bila dah keluarkan dari oven tu mestilah biar sejuk dulu baru makan kan? Pon boleh. Tapi nak lagi best sejukkan dalam peti sejuk. Lepas tu makan. Ohhhh sedap sedap sedap. ^_^ Resepi? hmm. Nantilah. Ala, google pun banyak. Dasar pemalas nak bagi resepi sekali. Okay lah. Aku nak pegi sambung buat egg tart. Semalam tak sempat siap. >_<

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 December 2012

A planning :)


.Assalamualaikum.

sila la meleleh air liur tengok :P

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Eceh. Guess what? I am no longer work at The Cupcakes Shop :) Semalam berhenti then hari ni lepak je kat rumah. Ramai tanya " Kenapa berhenti?? " So...apa aku nak jawab? Sebab jawapan sebenar aku simpan dalam hati. Keh keh keh. Now, a bit busy with my uncle's wedding preparation. Barang-barang goodies bag pun baru sampai pagi tadi. Baru je siapkan sikit. Lepas tu macam biasa, Encik Malas datang jemput ;)

Only few days left before 2012 ends. So, how was your 2012? Kalau aku, ada yang manis ada yang pahit. Yang pahit tu ajar aku untuk jadi lebih baik, lebih kuat :) Yang manis akan jadi kenangan sampai bila-bila. Hoi apa skema sangat ni >_<

For this coming 2013, InsyaAllah semoga aku jadi lebih baik. Dan maybe aku nak start business dari rumah kot. Even baru dua bulan aku kerja kedai cupcakes, tapi Alhamdulillah terlalu banyak benda aku belajar. Oh, dah dapat first customer untuk Januari 2013 :) Doakan yang terbaik. Hehe



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

09 December 2012

Random Talk.


.Assalamualaikum.

Where's my Prince? lol

Dah masuk tahun kedua aku quit dari dunia couple. Eceh. Siap kira tahun bagai tu. Sebelum ni memang asyik tukar pakwe je. Ehem. Bajet comel je. Tapi, aku pun manusia biasa. Ada perasaan la kata orang. Hm, suka dengan cinta tu lain kan? Foine. Aku cuma nak cakap aku suka dia. Macam lagu je. Hantar-hantar nota  boleh? Tapi aku tak paham kenapa nak suka sangat dia. Kalau tengok dia, biasa aje. Lagi kacak Lee Min Ho. Yeahhhh. Tak buat lawak bodoh pun.

Aku tak tau la dia tahu aku suka dia lagi ke tak sekarang. Sebab dulu aku ada confess ah. Arghhhh. Malu weh. Rasa nak humban muka dalam tanah je. Macam mana la boleh TERconfess. Phuiii. Dia baik. Baik bukan untuk aku kot. Untuk orang lain, InsyaAllah. Banyak kali aku elak tak nak contact dengan dia. Delete number. Ni part paling bengong kot. Dah la aku hafal number dia, lepas tu aku delete. Takde maknanya kan? Aku tahan diri tak text dia. Tapi, dia text aku! Haih. Serius lah. Kalau dia text je, laju aku nak reply. Terhegeh betul. Aku selalu pesan dulu, toksah la cari aku. Aku tak boleh kalau rapat dengan dia. Perasaan aku lain. Tapi kau tau jelah lelaki kan. Eksen! Alasan " ala, kan kawan je.. takpelah.. " Tak ke buat aku rasa nak cepuk je anak orang macam ni. Tak paham perasaan orang betul. Sudahnya aku biarkan je. 


You ;)

Bila biar, parah jugak. Perasaan tu lagi kuat. Pheww. Entahlah. Kenapa dia? Kenapa tak orang lain? Sebab dia baik dengan aku kot. Aku pun banyak cerita macam-macam. So so so.. hm. Tapi dia buat dek je kat aku. Kesian kesian kesian. Btw, maap la duk cerita benda geli-geli ni. Saja nak bagi blog ni bernyawa. Heh.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 December 2012

Rutin harian sekarang.


.Assalamualaikum.



Sejak kerja ni rasa macam takde life sangat. Bangun pagi, nak tolong kemas rumah, siap-siap pergi kerja, balik kerja fikir nak rehat je manjang lepas tu fikir nak tidur tidur tidur. Itu sebelum ni lah. Sekarang dah malas gila nak pergi kerja. Bangun lambat, lepas tu menggelupur nak kemas rumah, sidai baju, bagi arnab makan, bagi kucing makan. Sampai tempat kerja, dah malas nak mampus lagi. Penat. Mungkin. Balik kerja, tidur pun dah lambat. Tu yang bangun pun lambat. Alahai.


Kalau orang cakap " bestnyeeeee kerja kat kedai cupcakes! " Jawapan aku mesti " hehe.. memang best pun " But indeed, sangat penat. Sangat. Perlu ke aku nak ulang perkataan sangat tu? Penat bila terlalu banyak order nak dikejar. Berdiri berjam-jam. Kadang rasa nak menangis je. Eh? Tapi bila time takde kerja nak buat, rasa nak tidur aje kat kedai tu. Serius mengantuk kalau takde kerja sangat. Ah manusia, bukan pernah bersyukur dengan apa yang ada =.='


Tapi, Alhamdulillah. Banyak ilmu yang dapat. Belajar frosting paling aku nak sangat. And now, I already got it! :D Tak lah penuh ilmu kat dada kat kepala otak ni ha. Tapi boleh lah daripada takde langsung kan? Dan aku rasa aku takde chemistry sangat dengan chocolate cake or cupcakes. Sebab kadang menjadi aku buat, kadang tak. Kesian.




Starting next week, my boss will be going to Japan. Only me and another colleague will handle all those upcoming orders! Oh yeah. Hoping that everything will be fine. And same goes to chocolate cupcakes >.< Tapi aku tak ambik banyak order. Just cupcakes butter-cream design fondant dengan fully fondant. Hasilnya, kita tunggu dan lihat ajelah ye. Kadang aku pening nak explain dekat customer beza fondant dengan butter-cream. Aku explain pun dieorang ternganga lagi. Haih. 


Oh, semalam ada customer datang cakap :

Customer: Err, ada pekerja nama Iqa?
Aku: Err.. ya, saya.
Customer:  Err.. bukan.. hmm.. blogger yang nama Iqa
Aku: *sengehkambing* Saya la tu. hehehe

lepas tu bla, bla, bla tu borak :P

Thanks Kak Yaya for coming :)

So, sempat lagi menaip sebelum pergi kerja. Dah, nak siap-siap pergi kerja pulak.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan