21 January 2013

Family Conversation


.Assalamualaikum.


Sekarang aku rajin sikit bercakap dengan parents. Sebelum ni rajin jugak tapi tak lah nak borak macam-macam. Tapi maybe sebab aku bosan tak tau nak cakap dengan sape kat rumah so, aku cakap jelah. Tapi ada hari aku tak cakap jugak. Heh.

Ibu
Bila dengan Ibu biasanya, Ibu akan cerita pasal budak-budak tadika. Tak pun kalau duk kat dapur aku tanya la pasal masak-masak. Lepas tu aku lupa. Kikiki. Kadang tu kemas-kemas dapur dengan Ibu sambil cerita macam-macam. Seronok jugak. Eceh. Cakap pasal belajar, pasal kerja, pasal kawan aku, pasal kawan Ibu, pasal jiran-jiran. Eh apa banyak pasal lah! Ini semua poyooooo =____= Ibu selalu ajak pergi jalan sana-sini and aku pun memang suka sangat. Tapi yang pasti Ibu akan suruh aku drive. Sebab Ibu suka tidur dalam kete. Hee. Lepas tu paling best Ibu orang yang paling rajin makan kalau aku buat kek ke, biskut ke, creampuff ke, etc bla bla bla.

Abah
Dengan Abah pun kadang-kadang banyak cakap jugak. Bila duduk dekat, biasa Abah akan pegang rambut depan sambil cakap " kerinting rambut time kecik dulu sampailah sekarang " Well, we talked in Terengganu language for sure ;) Tadi, nampak Abah kelam kabut je. Pastu aku tegur " Bakpe gaduh ngak ni aboh? " Abah pun gelak je " Hehehe. Tadok nape. Saje je.. " Sambil keluar pergi masjid. Lepas tu tiap-tiap hari nak air Nescafe. Ayat mesti nak " Long, air se.. " One more thing, taktik Abah nak air kalau time malas nak bagitau, dia akan pergi rebus air senyap-senyap. Bila aku dengar air dah masak, aku tanya " Nok air ke? " Then for sure lah Abah jawab YA! Hiks.

Aiman
Dengan adik bongsu ni aku banyak bertekak. Hihihi. Sebab dia selalu nak smack down aku! Dia cakap best bagi aku marah. Biasa dia akan cakap " Aku suke buat mu maroh long. Rase sedap gile!! " Kadang-kadang dia lalu depan aku lepas tu tonggek bontot ke aku. Hampeh. Lagi satu dia mesti cakap " Aku geram tengok lengan mu long. Isi banyok. Rase nok tumbuk-tumbuk je! Eeeee " Serius dia selalu tumbuk lengan aku. Paling lama 4 hari aku tahan sakit. Walaupun dia macam tu tapi still nak suruh aku korek telinga, potong kuku, tido atas riba aku dalam kete. Kakakakaka. Buruk gila perangai! Dah la lima belas tahun. Phuiii.

Amir
Adik nombor dua ni aku tak banyak cakap. Dalam sehari belum tentu cakap. Aku syak prinsip dia, bercakap bila perlu. Kalau dia cakap pun, dia akan mintak kunci kereta. Itu je. Huahuahuahua


Eh kemain rajin menaip. Kekekekeke. Ini semua poyoooo ^^_
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

17 January 2013

Random Post #4


.Assalamualaikum.



I am now penganggur. Or in other word unemployed. Kihkihkih. So sekarang memang mostly duduk rumah. Selain dari tu, keluar jalan-jalan dengan kawan ke, dengan ibu ke, sorang-sorang pun jadi. Tapi kalau sorang-sorang bila ada hal penting baru rajin kalau tak, malas okeng! Hal penting tu bukan dating ye. Lempang kang. Ecehhhh. Hal penting tu pergi cari barang buat kek ke, hantar order orang. Motif bagitau? Hurm bosan tak tau nak bagitau apa. 

Sekarang hampir setiap hari hadap buat kulit tart, tart telur, cheese tart, kek lah. Kalau tak buat rasa macam something. O_o Macam gian pun ada jugak. Kakakaka. Bila Ibu balik je mesti bau kek =______= Walaupun dah ramai sangat bagi suggestion bukak kedai kek tapi aku akan cakap NO NO NO NO NO NO. Aku still baru nak bertatih belajar semua benda. Even boleh dah buat some decorations, tapi bukak kedai tu jauh lagi. I mean maybe up to 3 years from now :')

Bila dah duk kat dapur tu kan, mulut laju je nak menguyah semua makanan. Sudahnya, berat naik!!!!!!!!!! TT________________TT Padahal hari tu elok dah turun sampai 7 8 KG gitu lah. Now? Hmmmm Menangis berdarah la oi nak turun balik. Time turun berat tu dah okay, dah kawal makan. Tapi sebab Ibu hari-hari duk tegur kurus sangat maka aku tak boleh menahan dengar. Aku pun non-stop la makan. Dasar ikut nafsu.




Aku ada jugak apply keje somewhere in Kuala Terengganu. Tapi tak panggil lagi. Well, gomen lambat sikit. Gitew. InsyaAllah kalau dapat nanti baru nak sambung PJJ. Cewah. Harap iye lah nak sambung. Kang nanti dah dapat duit sendiri kat tangan tak nak pulak. Hishhh. Mintak jauh ler. Terlebih rajin pulok cite macam-macam ni ye. Karang korang bukan baca habis pun. Aku jugak baca banyak kali sebab nak cek kot typo. Banyak sangat chemistry dengan typo ni. Kakakaka.

Okay lah. Sesape yang duk area Kuala Terengganu, Marang, Ajil, Kuala Berang kalau nak rasa Tat Telur Iols, boleh lah order. Hiks. Details boleh tengok sini dan sini :')

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

13 January 2013

Mainan Perasaan


.Assalamualaikum.


“the one you love and the one who loves you are never, ever the same person.”
Chuck Palahniuk, Invisible Monsters

Kadang-kadang aku rasa setan tengah mengacau bilaukan perasaan aku. Setan ni memang setan la. Heh. Orang yang dah lebih 5 tahun aku takde perasaan pape tetibe perasaan tu datang balik sebab tau dia ada girlfriend! Hoiiiiiiiiiiiiii. Aku rasa nak tampor diri sendiri. Kehkehkeh. Perasaan tu datang time aku buat keje stalking je. Muahahaha. Gedik gila pergi stalked ex boipreng!

Aku rasa nak pegi berubat perangai suka stalk ni. Sebab sebab stalking ni buat aku sakit dalam. Eh? Hmmm. Sebenarnya tu mainan perasaan je. Perasaan ni tak boleh dilayan sangat. Lagi dilayan, lagi menjadi-jadi. So, berdoa supaya satu hari nanti dapat jumpa kekasehhhh.. Wah wah wah. Gediknyewwwwww.

Kbai.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

07 January 2013

Tips : Muffins & Cupcakes


.Assalamualaikum.


Hey ya. Sekarang asyik buat tips konon bajet macam good-good je kannn? Hiks. Aku rasa muffins dengan cupcakes ni sama je. Sama bentuk, sama rasa, sama tekstur. Tapi, sebenarnya tak pun. Kalau korang rajin perati lah kannnn? :P Nak buat adunan pun dah lain. Serius kalau korang betul-betul cari perbezaan muffins dengan cupcakes mesti ada. Jangan cakap sama lah. Pang kang. -_________-

Muffins

First time aku buat muffins, aku guna mixer. Lepas dah siap bakar, makan. Sedap. Cepat gila habis. Tapi tapi tapi, aku tengok tekstur muffins tu lain. Tak sama dengan muffins yang betul-betul muffins. Err. I mean the texture inside. It's different. Totally. Even rasa sedap. Aku tak puas hati. Malam tu jugak sebelum tidur, aku google tips untuk buat muffins and yesssss jumpa pun :) Esok tu aku buat balik dan menjadi lah tekstur muffins yang aku nak sangat tu. Ecehhhh. Lupa dah link mana tapi muffins ni tak payah pakai mixer pun okay. Korang hand whisk je. Guna yang nak pukul telur tu. Tapi hand whisk pun tak boleh lama. Bagi sebati je dan takpe kalau adunan tu berketul-ketul pun. Bila dah masukkan tepung tu kan, hand whisk pun dalam 15 saat je. Muffins ni kalau terlebih whisk tekstur dia jadi lain. Tau tak resepi muffins yang sodap? Hiks. Korang tengok fan page Izyan Masterchef. Yang album Resepi kalau tak salah. Ada Kenny Rogers Muffins. Sedapppppp :) Ingat! Hand whisk je semua. InsyaAllah menjadi dan sedap. Cuma, kurang kan sikit gula.


Cupcakes

Cupcakes ni tak macam kek biasa. Kalau korang rajin cari pasal cupcakes, benda yang selalu chef tu ajar mesti DO NOT OVER MIX. Yes, jangan over mix / over beat. Sebab cupcake bukan macam cake. Bukan. Please note that. Kalau korang buat pastu cakap korang buat sama je jadi tu silap la kot. Bagi aku lain. Nampak kelainan tekstur. Ahhh. Macam ambik Kulinari je aku nih. Padahal belajar Akaun :P tapi cupcakes ni memang guna mixer. Once dah masukkan tepung, kena mix bagi sebati je. Yang penting jangan terlebih pukul. One more thing, if dalam resepi tu guna all purpose flour @ tepung gandum pun takde masalah. Tapi lagi cantik kalau separate kan jugak untuk self raising flour @ tepung naik sendiri. No worries. Takkan naik mencanak pun cupcakes tu. Hihihi

Notes: Jangan lupa rajinkan diri korang untuk ayak tepung ye. Untuk dapatkan tekstur yang menggoda jiwa. Lagi satu jangan lupa campurkan sedikit garam bila buat kek @ cupcake.

Order Egg tart / Cheese tart / etc etc.. 
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan