29 May 2013

Risau Pasal Jodoh.


.Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Ramai sangat kot kawan sekolah, matrik, uni dah kahwin. Best tak? Hiksss. Tak kurang ramai jugak kawan sekeliling aku yang bertunang dan nak kahwin dalam tahun ni jugaklah katanya. Wahhh. Mohon tumpang sekaki. Kakakaka.

Tapi, yang pasti aku dengan beberapa orang lagi kawan aku memang cuak dengan diri sendiri. Masing-masing duk risau kenapa tak jumpa jodoh lagi. Haha. And to be truth aku ade lah duk waksap dengan kawan aku. Cakap pasal nilah kan. Dedua debor sebab bila turn kiteorg ni. Yela, tahun ni pon dah ramai sangat kawan yang nikah. Tu coming soon dalam hujung tahun ni ada lagi. Siap plan nak cari doa cepat dapat jodoh kot. Hehe.


Ramai yang cakap kat aku "sabar. nanti adelah tu.." "memilih sangat kot..." Wahaaaa. Taklah macam tu. Tapi, maybe aku rasa risau sebab sekarang dah macam trend kahwin muda. Tapi baguslah. Sebab tu pun yang aku nak. Kalau la boleh. But seems like my parents won't allow me. Haha. Umur baru doploh tiga tapi bila mostly ramai kawan sebaya kahwin terasa diri macam tua pulak. Wuwuuu.

Tapi bila pikir balik perangai aku, malas aku, tak pandai masak aku, suka tidur aku, rasa macam tak layak lagi nak ada keluarga sendiri. Macam mana nak uruskan keluarga sendiri kalau sekarang ni pun aku macam huru-hara. Eceh. Pastu kadang-kadang aku terbayang kalau aku ada suami pastu nak kena share semua benda. Katil? Aku pesen suka guling sorang-sorang atas katil. Selimut? Aku kurang sikit share dengan orang. Bantal? Aku nak semua bantal letak tepi aku time tidur. Almari? Semua baju aku penuh kot. Lepas tu aku berdebar gila bila fikir pasal ni. Muahahahaha. Gila jauh tak imaginasi aku? :P


Semalam adik aku cakap, ada orang nak match aku dengan anak sedara dia. Muehehehe. Itu pun sebab adik aku baca mesej dari mak aku dalam phone abah aku. Haaa kau. Aku tergelak aje dengar. Dah lah makcik tu siap call dah family laki tu. And I was like DOUBLE HAH??? Tapi for sure mak aku tak bagilah. Sebab aku tak keje lagi. Tapi entahlah. Kadang rasa macam tak adil. Bagilah kenal-kenal dulu kan. Wahhhh.  Boleh tahan miang aku. Kikikiki.

Tapi takpe. Tunggu mem besar balik dari maktab nanti. Dengar dulu macam mana cite pastu baru kita respond. Kakakakaka. Tolong la jangan geli sangat dengan ke-miang-an aku. :P
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

22 May 2013

Konvokesyen UiTM ke 78


.Assalamualaikum.

muka puas hati - kata kawan aku
muka penat melampau - kata aku
;)

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya pakai jubah konvo, naik pentas ambik scroll. Perasaan waktu tu macam "SERIUS?? AKU KONVO WEH!!" Muahahahaha. Gebang sangat kannnnnn. Sebab yang sebenarnya aku tak ready sangat nak pegi konvo ni. Busy sikit sebelum tu. So, aku lupa pasal konvo. Baju last minute tempah. Kasut pun aku pakai yang raya tahun lepas. :P Walaupun segulung Diploma tapi rasa sangat bertuah. Sebab aku yang pertama dalam family. Kikikiki. Tahun depan giliran Ibu pulak! :)



Abah, Ibu. Segalanya bagi aku. Saat aku jatuh Ibu dengan Abah yang bagi semangat dalam diam :') Walaupun kadang aku ada perangai yang tak boleh nak kontrol, but still I know they love me soooooo much! Hehe.




NOW WE ARE DIPLOMA IN ACCOUNTANCY HOLDER!!


Kawan-kawan seperjuangan,
Semoga kita terus maju selepas ni. Semoga kita terus kekalkan ukhuwah kita :') Terima kasih kawan-kawan yang sanggup tunggu kiteorang keluar dari dewan. Yang bagi hadiah. Heee. Kak iqa saaaayaaanggggg korang sume! Muehehehe. Yang tak datang pun terima kasih duk wish ikut phone, mesej, etc. Lebiu uolssss ;)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

14 May 2013

Random Post #6


.Assalamualaikum.

I wish I am still a kid. And you too right? :)


Kebelakangan ni sibuk memang agak sibuk. Minggu ni baru reda. Itupun ada jugak keje nak kena buat. Cat rumah! Haaaa dah lama bertangguh sebab sibuk siapkan order, sibuk dengan PRU. So, minggu ni memang dah tanam niat tak nak dah ambik order. Sebab nak siapkan mengecat rumah. Gitew. Time mengecat tu rasa macam turun doploh kilo. Sebabnya duk mandi dengan peluh. Semalam je empat kali duk mandi. Pheww.

Even sekarang buat bisnes kecik-kecik sendiri, tapi still rasa penat tu ada. Tak cukup tidur tu wajib. Bawah mata makin lebam. Mata pun sembap je. Kadang rasa nak give up. Kadang, sampai tahap nak menangis sebab penat sangat. Tapi, bila dah siap sume dapat rasa satu kepuasan yang sangat hebat. Wahhhh kemain kau ayat. Kikiki.

Oh yeah. End of this month, InsyaAllah I will have my new oven. I had requested from Abah I want a bigger one. Nanti senang sikit nak buat keje. Cewahhh. Lagipun Ibu dengan Abah dah bagi support aku buat bakery ni sekarang. Heeee. Nanti lagi senang nak siapkan order. Lebih cepat. Gitew. Yelakan sebab sekarang ni guna oven yang kecik je. :P Tapi kecik-kecik cili padi. Banyak sangat berjasa ni haa.

Okay. Ni haaa tengok mug cake. Tetiba jumpa pulak ni kan. Nanti esok boleh try sebab tadi mengidam sangat nak makan kek. Tapi malas nak buat sebab malas nak kemas ;)


from tumblr



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

01 May 2013

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)


.Assalamualaikum.



Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :)

Resepi crust

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin ( aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la )
1/2 cawan gula
1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye )
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay )

Cara-cara:

1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu.
2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje.
4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi jangan terlebih tepung sebab nanti adunan jadi keras susah pulak nak tekan-tekan dalam acuan ye. Cukup sekadar adunan tu tak melekat kat jari jemari ye.
5) Lepas tu boleh ambik sikit adunan dan tekan-tekan dalam acuan. Kalau untuk tat telur ni buat tebal sikit takpe crust tu. Kalau nipis sangat cepat lembut tat telur nanti.
6) Bakar suhu 170 darjah selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Kalau suka yang rangup boleh tunggu sampai keperangan. Kalau tak suka rangup, dalam 10 minit pon dah boleh kot.
7) Sejukkan dulu crust yang dah masak baru simpan dalam bekas kedap udara. Tupperware bagus. Hee.


So, sekarang cara-cara nak buat filling pulak. Nak bakar tat telur ni ada dua cara. Satu, bakar asing-asing. Bakar crust dulu, kemudian baru letak filling dan bakar balik. Dua, lepas dah tekan-tekan adunan dalam acuan tat pon boleh tuangkan filling dan terus bakar sekali.

Tapi setakat aku jual tat telur ni, orang lagi suka yang pertama sebab rangup :)



Filing Telur

4 biji telur ( size A @ B )
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan air kosong
1 sudu esen vanila
Sedikit pewarna kuning ( tak nak pun takpe )

Cara-cara:

1) Campur semua bahan, kacau sebati dan tapis dulu. Wajib tapis okay.
2) Masukkan dalam crust yang tadi. Hati-hati. Jangan terlebih dari crust. Nanti time bakar takut melimpah susah nak tanggal dari loyang. Kalau melekat, guna spatula untuk tolak-tolak tat supaya tak pecah. Jangan paksa tarik sendiri dengan tangan. Nanti sure hancur tat.
3) Bakar suhu 170 darjah selama 18-20 minit. Bergantung pada oven. Rujuk sini cara bakar lebih details.


Kalau orang Terengganu yang nak order tat telur, cheese tart, kek, cupcake boleh la nak order dengan iols pon. Kikikiki. Certain area jelah. Kuala Terengganu, Marang, Ajil, Kuala Berang. Delivery ada jugak. Tapi kena ada tempat jumpa la. Kalau jauh memang tak delivery okay :) Kalau nak order boleh pm kat facebook.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan