14 October 2013

Balik Kampung


.Assalamualaikum.

Dah lama tak balik kampung oi. Sebulan lebih tu kira lama aaa. Muehehehehe. Jumaat lepas, memang super duper eksaited sebab malam tu nak balik kampung. Cuti raya katanya. Ehe. Haritu kat office mood lain macam je pegi keje. Semangat pulok. Dah la lepas habis keje tu, nekad jalan kaki reramai dari office ke Ampang Park. Setengah jam ++ kotttt jalan kaki. Lepas tu, bila sampai Kg Baru, jalan kaki lagi dalam 15 minit. Lepas tu, siap-siap keluar lepas maghrib pegi naik teksi, monorel, lrt, naik ktm. Haru betul. Tapi sebab nak balik kampung kan, layan ajelah. 


Keluar lepas maghrib, tapi gerak balik pukul 11 malam gitulah kot. Jammed! First time jadi perantau balik kampung time raya. Seronok sangat tengok orang ramai! Tapi takde aaa tunjuk sangat seronok tu sebab balik dengan kawan. Nanti kawan aku ingat aku jakun sangat. Tapi memang agak jakun lah. Hakhak. 

Bila sampai kat rumah pulak, memang FULLY BOOKED. Kena buat tu, kena buat ni. Jiran nak makan tu, kawan Ibu nak makan ni, Ibu abah nak makan itu ini, adik pulak request. Haaaa kau. Bangun awal je aku sejak duk rumah ni. 

Dan lagi tak tahan, bila most of family tanya pasal calon. Ahah. Isu ni sejak dari awal tahun lagi. Tapi sekarang makin rancak pulok. Muahahaha. Sesuka hati je nak kenen aku dengan kawan-kawan aku yang dieorang kenal. Tak boleh tak boleh. Yang aku berkenan takde pulak dieorang sebut-sebut. Heh. 

Risau aku bab-bab bercinta ni. Seram bila ingat pengalaman lepas. Tapi nak tak nak tu kan salah satu kehidupan yang kena lalui. Ewah-ewah. 

most of them



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan