Bukan Macam Orang Lain

Life aku sekarang bukan macam orang lain. Walaupun aku bukan ada kerja tetap, ada pendapatan tetap tapi aku ada part time bisnes kat rumah. Kecik-kecik jelah. Persoalan kat sini bukan nak cerita pasal bisnes cuma cerita pasal kehidupan seharian. Gituuuu. Yelah, sebab kekadang aku takde masa pun nak enjoy. Nak keluar jejalan. Bukan sibuk sangat pun cuma aku banyak berehat. Bila sibuk sangat, aku takde masa nak rehat. Waktu tidur toksah cakap la. Memang kelaut wehhh. Kekadang sampaikan aku nak menangis sebab terlampau penat. Hehe. Dan bila ada waktu free, aku banyak tidur, search resepi. Search jelah. Nak buat, makan masa berbulan. Muahahahaha.



Lagi satu, soal duit. Mostly, sejak resign aku banyak bergantung pada duit bisnes sahaja. Nak keluar makan, nak pegi memana memang guna duit hasil bisnes sendiri je. Kalau bulan tu ada rezeki lebih, time tulah kekadang bagi award kat diri sendiri makan dekat mana-mana western restaurant kat area Terengganu. Biasa, time tulah aku ajak kawan aku keluar. Hehe.

Tapi kekadang, ramai je kawan-kawan ajak pegi sana-sini bila weekend. Tapi sungguh, kadang weekend tu bukan bermakna weekend sangat pun bagi aku. Dan kekadang tu, bila diajak aku tengah semput duit. Kekekeke. Yelah, bila keluar aku kena jugak keluar duit minyak, duit makan. Dan memang tak mintak dengan abah pun semua duit tu. Kecuali minyak. Tu pun bila dah terdesak sangat.

Aku bukan nak berkira sangat cuma bila bab duit aku kena banyak menyimpan. Aku tak boleh sangat nak enjoy, nak beli macam-macam. Sekarang bila ada duit lebih, aku akan beli barang-barang untuk buat kek dulu. Semua tu lagi penting bagi aku sebab tu je sumber pendapatan yang tak seberapa sekarang ni. Tapi bila rezeki lebih, aku biasa beli dress untuk diri sendiri. Tu pun cari yang bajetttt je. Muahahaha


Aku tak sampai hati nak tolak kawan-kawan ajak enjoy tapi aku kena jugak fikir untuk diri sendiri. Aku tak boleh nak enjoy sangat pun sekarang. Dulu yelah, nak pegi memana mintak je duit kat abah. Sekarang segan dah lah nak mintak duit kalau nak pegi enjoy.

Aku pun selalu jugak terfikir bila aku nak konsisten sikit hidup ni. Haha. Tapi itulah kan, Tak boleh nak ikut suka hati lagi. Lagipun aku tengah duk gigih cari rejeki guna jalan ni. Jadi memang perlu pengorbanan. Kadang-kadang, aku tak ikut pun family pegi memana sebab ada komitmen lain. Kalau dulu sebelum masuk dalam bisnes ni, boleh je ikut pegi memana. Sekarang, tak. Sedih jugak la sikit.

Okay, got to goooo


Comments

Unknown said…
NANTI DAH BANYAK DUIT BARU LA ENJOY..BARU SERONOK KAN??SEKARANG USAHA UNTUK CARI DUIT DULU..

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes