24 January 2014

Tak tau nak letak tajuk apaaaaaa. Hehe


.Assalamualaikum.

Holaaaaa everibadeh. Aku tengah bertungkus lumus siapkan assignment kawan-kawan mak aku. Dah lama dapat tapi gitulah.. kerja last minit. Macam biasa. Pening jugak aaa kepala nak fikir semua. Mana aku ingat segala bagai tenses tu. Grammar pun asyik kelaut aje aku ni. Gigih pulak sekarang belek kamus, google pasal tenses. Dan agak-agak berapa upah aku nak kutip dari semua kawan mak aku ni?

cantik kannnnn. aku tengah berangan nak buat ni jadi wedding crown. old skewl sangat lah crown yang biasa tu. kehkehkeh. 

Berbalik pada topik asal, aku nak kena siapkan at least malam esok. Ada lagi dua assignments yang tak siap ni. Sebab Ahad busy pegi sana-sini, Isnin sampai Rabu aku kat KL. Lepas balik KL nak kena siapkan order lagi. Haaa tudia. Time busy. Time tak busy, melantak je kerja aku sampai semua baju tak muat dah. I need new clothessssssss please. 

Lepas tu pulak sejak aku sampaikan niat nak kahwin, dan parents aku dah syak siapa orang tu memang aku asyik kena perli. Mula-mula mak aku macam tak restu atas sebab-sebab tertentu yang mana aku tak boleh terima. Hehe. Tapi bila lama-lama mak aku dah macam okay la jugak. Cuma bersyarat jugak la. Muahahaha. Kesian betul aku. Susah jugak nak slow talk dengan mak aku ni sebab garang sangat. Wuwuuu. 

Tapi sejujurnya aku tak boleh nak pastikan pun aku dengan dia betul-betul ada jodoh. Dan pasal kahwin pun tu cuma niat semata-mata. Tapi tau jelah orang tua ni kan. Diingatnya bebetul. Muehehehe. Kalau ada rezeki lebih, boleh aaa nak kahwin ponggg! Gituuuu. 

aku penah buat. kau penah? 
apa aku dapat? sampai sekarang aku masih lagi kawan baik dengan dia. muahahaha.

Aku rasa entri kali ni macam agak panjang sebab aku tengah fed up sangat nak buat assignment nih. Isi dah ada cuma bila bab menaip fully English tu aku dah lupa aaa nak guna ayat amende. Nak-nak pulak untuk assignments. Skema aje ayat nye haaaa.Maybe jugak sebab aku buat kerja last-last macam ni. Tulahhhhh awal-awal tak nak buat. Asyik makan, tengok tv, tidoooo je keje nya. 

Jadi dengan segala hormat, biarlah aku membebel dekat sini. Next week lepas busy sikit tu plan nak pergi melantak. Cheat day weh. Haaaa iols tengah diet sekarang. Tolonglahhh percaya. Ahaks. Disebabkan ada port western baru kat KT ni maka wajib la geng-geng pergi kan. Geng single vs Bini orang. Cool sangat.

Dan akhirnya aku rasa aku kena siapkan jugak semua assignment malam ni. Tssssk. 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 January 2014

Resepi Eggless Moist Chocolate Cupcakes @ Cake Yang Sedappppp Sangat!


.Assalamualaikum.

kualiti gambar tepon terukkkk ahaha

Dah lamaaaa tak share resepi. Resepi ni time kerja dulu ye. Ekekeke. Ni eggless moist chocolate cupcakes. Simple sangat dan super duper sedap bila dah sejukkan dalam peti. So kali ni nak bagi resepi dan step by step sekali dengan tips la. Cewahhh tips katanya haaa. Let's start!

Bahan-bahan
*1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan serbuk koko
*2 sudu besar tepung susu
*1 sudu kecil serbuk penaik
*1/3 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ( jangan lebih nanti pahit )
3/4 cawan gula halus
secubit garam
1 cawan air sejuk dari peti ais
1/2 cawan minyak ( bukan betul-betul setengah. kiranya macam 3/4 daripada setengah cawan )
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar cuka ( kalau takde cuka time tu boleh ganti dengan perahan lemon )

Cara-cara
1) Ayak bahan bertanda * dan campur gula, garam. Lepas tu gaul sebati dalam satu bekas. Gaul guna garfu boleh, guna tangan pon boleh. Tapi tolong pastikan basuh dulu tangan ye. Gaul betul-betul sebati sampai semua bahan kering tu tak berketul. Sebab biasanya gula dan tepung susu yang berketul.

2) Bila semua bahan kering dah sebati, masukkan air sejuk, minyak dan esen vanila. Gaul perlahan-lahan menggunakan spatula ataupun pemukul telur. Alaaa pemukul telur ni. Kalau guna tu lebih senang dan cepat sebati. Tipsnya tolong laaaaa slow je gaul tu. Sampai semua sebati betul-betul. Lepas tu kalau adunan tu nampak likat sikit, tambah air sejuk sikit lagi. Sikit-sikit je. Lebih kurang dalam 2-3 sudu besar. Lepas tu kacau lagi sampai air tu sebati dengan adunan.

3) Yang lassssstttt, masukkan cuka. Kacau sebati. Yeayyy dah boleh bakar!

4) Bakar suhu 180 darjah selama 20 minit atau hingga masak. Please jangan terlebih bakar sebab nanti kek jadi keras. Jangan sampai permukaan kek nampak kering. Cukup sekadar cantik je masaknya. Sejukkan dulu baru letak dalam peti ais kalau nak makan sejuk-sejuk. Kek ni boleh buat cupcakes @ kek. Dan , kalau cantik je masak, bila letak dalam peti ais kek tak keras. Still lagi lembut :)

Chocolate ganache

Ni yang paling tempting bagi aku. I got this recipe from one of great baker on instagram ;)

3/4 cawan diary cream
1 cawan baking chocolate @ chocolate chip.

Panaskan diary cream sampai naik buih-buih sikit lepas tu masukkan dalam chocolate. Kacau sampai semua sebati. Kalau nak curah atas kek @ cupcakes, biar dulu likat sikit dalam 3-4 jam. Kalau nak pipe atas cupcakes macam kat atas tu, biar dalam peti ais semalaman. Yang aku punya kat atas tu sebab terlebih cream. Muehehehe. 

Okay? Got it? Good luck! 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

13 January 2014

Tak faham


.Assalamualaikum.

Aku tak faham apa orang keliling nak. Aku cuba cari yang terbaik. Yang baik-baik tapi selalu kena halang. Aku tak faham. Nak apa lagi? Penat macam ni.


Tell me how? Nak baik, aku cari baik. Bila ada, ditentang bagai nak rak. Kerana apa? Politik? Stupid. Boleh tak aku nak cakap kuat-kuat jangan pentingkan politik? Politik tu takkan bawak pergi masuk kubur pun. If and only if I can tell you this.

Penat jaga hati orang lain lagi penat nak jaga hati sendiri. Aku tak mampu dah nak keluarkan air mata. Menangis dalam hati mampulah. Kalau aku ada kudrat, lama dah aku lari dari Malaysia ni. Bermacam hal.



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Random #7


.Assalamualaikum.

Baru ni aku belek semua entri lama. Biasa kalau ada masa banyak jelah belek-belek entri lama. Tapi sebenarnya lebih kepada sebab ada adik blogger yang tegur kat facebook chat. Rasanya dia google nama aku kot. Ehe. Aku pun sama naik duk google nama sendiri. Lepas tu macam-macam lah yang keluar. Pernah kena review sana-sini. Tu aku rasa pengalaman paling osem sepanjang blogging. Dulu la. Long time ago. Tapi sekarang aku banyak update bajet-orang-baca gitu aje. Aku pun dah jarang nak baca-baca entri orang lain kecuali aku tengok dekat sidebar sendiri.


Jujurnya, ramai yang tolong aku naik dalam dunia blogging. Sebab dulu memang aku fikir untuk side income jugak. Tapi lama-lama blogging ni makin bosan. Perasan tak? Yang best still lagi best. Tapi aku dah rasa banyak yang suam kuku. Atau aku sebenarnya dah takde mood sangat blogging. Heh.

Kadang dah macam kehabisan idea nak tulis pape. So rasanya lebih kepada cerita pasal diri sendiri. Lagipun kalau free banyak sibuk kat dapur. Ececece. Sibuk tidur pun iye jugak. Tu belum lagi bab makan je manjang. Kekeke. Teruk betul perangai jadi penganggur. 

Aku usaha cari kerja jugak. Interview sana-sini. Tapi belum rezeki lagi. Sabar :) Kalau tanya " kenapa tak terus kerja kat KL je? " Jawapan aku sama " entah ". Hati aku bukan kat sana. Bukan nak memilih. Tapi aku memang tak nak. 


*berjam jugak aku peram entri ni. taip dulu. save. merewang sana-sini. buat karipap. muahahaha


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

08 January 2014

Dua Kosong Satu Empat


.Assalamualaikum.

Akhirnya setelah berkira-kira nak update entri baru untuk tahun baru, makanya rajin jugak hari ni. kekeke. Feeling bajet retis aaa ayat cenggini ha. blergh. So, acane tahun baru? Kalau aku ni penuh dengan azam baru jelah setiap tahun. Tapi yang tengah hangat azam sekarang, bangun awal pagi. Heh. Apakah aku asyik bangun lambat sebelum ni? :O Okay abaikan.

You can’t push anything to happen if you can’t push a blanket off your body at fajr.
*deep*

Permulaan tahun ni semua baik. Alhamdulillah. Cuma still lagi cari kerja dekat area Terengganu ni. Tanak lah duduk jauh macam hari tu lagi. Pheww. Lagi happy bila dapat tahu ramai lagi kawan yang nak kawen tahun ni. Aku? Doakan tahun ni jugak eh. Kakaka. Gatal. Ibu dah warning siap-siap, cari kerja dulu. >_<

Semalam dah kantoi dengan ibu. Macam-macam expectation Ibu bagi sampaikan aku terpaksa cakap " sumpah along tak couple pun dengan dia. Along kawan je.." Muka aku kalau malu memang nampak gila. Bhahahaha. Memang Ibu syak aaa. Dan orang tu pulak memang la ada bagitau aku azam dia tahun ni nak kahwin. Tapi aku tak tau la dia nak kahwin dengan sape. Aku nak kahwin dengan sape pun aku tak tau. Cuma, niat. 


Okay drop the subject.

Hari ni birthday abah. Sebab bajet terer buat kek so nanti nak buat victoria sandwich cake. Nampak macam elegan kot kek tu. Sebab simple yet rich. Suka hati je aku kannnnn. Lately, aku rajin nak buat macam benda sebabnya dari minggu lepas penat sangat duk buat biskut rainbow tu. Renyeh betul keje. Tapi bila makan sedappppp. ^_^

Got to go :)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan