08 May 2015

Random Post #9


.Assalamualaikum.


Assalamualaikummmmm. Haihhh dah lama teringin nak update kononnya. Tapi gitulah. Sibuk gila kot. Eceh. Acah-acah busy je sebenarnya kannnn. Tapi serius, sejak seminggu sebelum start GST, sampailah sekarang memang kerja betul-betul. Baru nak feeling jadi pekerja lah gitu. Kebetulan pulak order makin banyak.

Kerja balik lewat petang dah, malam buat order. Pastu colleagues duk tanya "balik kerja buat order tak penat keeeee?" Weh ofkos lah penat gila. Tapi bila siap rasa puas hati. Biasala kerja dengan gaji tak seberapa ni so carilah side income kan. At least side income boleh tampung kos shopping. HAHAHA.

Well, dah masuk bulan kelima aku kerja. So far colleagues semua okay, Time buat kerja memang tekun lah duk hadap pc. Tapi time head admin buat lawak, aku gelak tak ingat dunia. Pernah sekali tu bos intai dari bilik sebab dengar aku gelak. Choi! Lupa pulak aku bos ada. Hehe.


Alhamdulillah, my life is getting better. Cuma taktau lah bila nak kurus sikit. Ayik menggemok aje kerjanya kan. Dekat office pulak wajib ada makanan dekat meja aku. Kalau tak nanti bosan! Hahaha. Okay tak tau dah nak tulis apa. Tunggu lah peram dulu dalam kepala baru update.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan