23 July 2015

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes


.Assalamualaikum.

Okay aku faham resepi ni bersepah dekat blog. Kau google je terus bermacam-macam blog yang share resepi, Eh tapi aku nak jugak share resepi yang lapuk yang semua orang dah tau. Hehe. Resepi asal aku dapat dekat blog Kak Ita. Sila la cari sendiri ye. Malas pulak aku nak tolong bagi link. Dan jujurnya aku pun tak ingat dah resepi asalnya macam mana. Muahahahaha.

Resepi ni aku memang guna untuk jual setiap kali musim Raya. Sila lah ikut step by step okay. Mostly aku tengok resepi guna butter sampai satu buku. I was like hehhh -.- Aku memang olah sehabis mungkin resepi ni ikut sedap anak tekak dan jugak bila customer cakap SEDAP! Gitew haaa.

Aku prefer guna NESTLE. Kellogs is fine tapi kena campur dengan NESTLE sebab Kellogs tu nipis sangat emping jagung tu. NESTLE tu tebal sikit so bila lepas bakar rasa kruk kruk tuh sangat osyemmmm. Muahahaha.


ni aku buat sendiri ehhh. mihmih

Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes
(200++ biji)

Bahan-bahan:
500gm cornflakes (prefer NESTLE, kalau guna Kellogs campur juga dengan NESTLE)
*1/4 cawan butter (guna marjerin pun boleh)
*1/3 cawan gula perang
*3/4 cawan madu

Cara-cara:
1) Letak cornflakes dalam satu bekas yang besar.
2) Masukkan bahan yang bertanda * dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana. Teruskan kacau hingga gula larut. Biar sejuk seketika.
3) Tuang adunan yang telak dimasak tadi ke dalam cornflakes. Kacau sampai semua rata (it takes time hehe)
4) Letak dalam cup, bakar suhu 160 darjah selama 10-15minit. *aku prefer 15minit sebab betul-betul kruk krak. 
5)Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Haaaa maaf la ye. Aku memang pesen tak pandai nak berbahasa tulis resepi. Tak faham mohon tanya dekat bahagian komen. Hahaha. Selamat mencuba! ;)




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

22 July 2015

Getting Married


.Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya semuaaaaa. Macam ada orang baca lagi blog ni ha. Muahahaha. Takpe takpe, Aku pun memang suka baca entri sendiri so macam; i-like-to-read-my-own-blog. LOL. Well, bila dah musim raya sure lah sedara ramai yang balik kan. Kalau tak balik pun memang sah-sah la pergi beraya sana-sini. Sebab masih lagi anak dara mak ayah, aku memang ikut jelah dieorang pergi jalan. Tahun ni memang kategori bernasib baik sebab tak banyak soalan "kak long bila lagi ni?"sambil kekening gitulah kan.

Cumanya, raya pertama adalah makcik-makcik cakap "nanti dapatlah menantu ni..." I take it as a dua ;) Tapi adalah jenis makcik-makcik yang risau sebab tengok aku tak berpunya lagi. Siap tanya dengan muka serius lagi. Aku memang gelak sakan laaa. Mana tahan tengok makcik-makcik yang serius tanya bab jodoh nih.

Bukan tak cari tapi tak jumpa yang ngam orang cakap. A bit choosy lah sebenarnya. Orang pesan jangan memilih tapi bila fikir balik, mana boleh macam tu. Nak hidup dengan suami bukan sebulan dua kan. Tak kan nak main rembat je mana yang berkenan. Nak la jugak tengok perangai, adab dengan mak ayah macam mana, solatnya macam mana. Dengan keadaan sekeliling aku yang macam-macam hal aku dengar lagilah buat aku rasa was-was. Hiks.


If and only if getting married is like a piece of cake, I will definitely asked my parents to get married earlier or maybe tomorrow. Hehe. Few months ago, I told my parents about this one guy. At first, they were just fine and I thought "fuhhhh finally, insyaAllah maybe he is the one" So I just let everything go with the flow until now.  

Lately, Ibu macam banyak pujuk mintak cari yang dekat-dekat je. Tak payah la jauh-jauh. Well, I'm the only girl dan Ibu cakap kalau aku kahwin dengan orang jauh memang habis banjir lah ibu abah menangis, Muahahaha. Okay tu ugutan manja gitu haaa. Mulanya aku macam tak ambik kisah sangat pun tapi bila sedara keliling pun macam tak setuju, abah pun memang tak bersuara langsung, aku jadi serba salah. Tsssk.

Aku selalu cakap. "Ibu, orang dekat-dekat tak dok nok ke along. Sume orang jauh" Haha. Ramai pulak yang nak kenenkan bila aku cakap macam tu. Sampaikan budak yang sekolah rendah tu pun nak suruh aku nikah dengan pakcik dia. Amboi. Kecik-kecik dah pandai kenenkan orang.

This topic is getting serious when I'm officially 25 years few days ago. Muahahaha. Gasak la hoiiii dengan soalan macam ni. Tambah pulak kawan baik yang selalu aku pegi mana-mana dengan dia dah nak kahwin. Dua hari lepas aku cakap "Ni tahun last kite jalan-jalan raya. Tahun depan aku duduk rumoh jelah sebab mu dokleh doh teman akuuuuu.." Walaupun aku cakap sambil gelak-gelak tapi memang maksudkannya. Sebak la jugak cakap macam tu. Keh keh keh.

Tahun depan doplohnam. Errr. Kbai.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan