16 November 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 2 & 3)


.Assalamualaikum.


Second Day (10/11/2016)

Hari kedua ni ingatkan bangun pagi nak tunggu pakcik yang jual nasi lemak dengan motor. Tapi tak jumpa pulak. Malas nak tunggu lama so kiteorang try breakfast dekat Halal Amin sebab orang cakap kat sini murah sikit kan. Sedap nasi lemak dia pastu air milo kawwww. Perghhh. Kena betul dengan selera aku. Hehehe. Nasi lemak kat sini 50 ribu dong. Air milo lupa dah hehehe. Sebelah malam kiteorang makan kat sini jugak. Try Pho Mee dengan Vietnam Rolls ke benda tah nama betul dia. Pho Mee sedapppp. Yang roll tu boleh la or maybe kat kedai tu tak sedap sangat kot sebab rice paper dia tebal sikit. Kalau rice paper tu nipissss je konpem lagi sedap.

Tengah makan tu, jumpa akak dengan abang dari Malaysia jugak. Borak-borak pastu dieorang ajak ikut pergi Russian Market. Risau jugak kiteorang ni sebab dah la tak kenal pastu tetiba ajak ikut. Plan kiteorang hari ni nak pusing bandar sebab kiteorang memang tak ambik pakej pergi Mekong Tour @ Chu Chi Tunnel tu. Aku naik hotel, cek balik Russian Market tu kat mana so sebab takdelah jauh sangat, kami pun pergi. Beria akak dengan abang tu ajak. Kiteorang guna Grab Car. bayar 20 ribu dong je untuk satu kete. Maknanya memang dekat sangat la.


Russian Market ni tempat jual barang branded original dari kilang Vietnam tapi harga murah. Dalam macam pasar lambak tapi semua original. Aku tak tau exact location sebab ikut abang dengan akak tu je. Tapi maybe boleh try tunjuk gambar dekat pemandu @ sesape kot dieorang tau. Masuk dalam ni, kiteorang berpecah dengan dieorang. Janji nak jumpa 11:40 tapi time tu dekat pukul 12 still kami duk tunggu akak dengan abang tu. Kiteorang sure la cuak sebab takut kena tinggal ke, kena tipu ke. Aku dah cek purse nak tengok duit ada ke tak sebab konon takut kena pukau kang haaa. Hahaha. Gelabah jugak la siap plan nak panggil Uber je. Bukan nak bersangka buruk dengan abang dengan akak tu cuma agak risau. Dah la kat tempat orang pastu ikut dengan strangers lagi. Hehe. Tapi nasib baik jumpa jugak akhirnya :P


Lepas Russian Market, kiteorang singgah dalam Ben Thanh cari kain cotton. Rambang mataaaaa sebab semua cantikkkk. Huhu. Padahal nak beli untuk orang lain bukan untuk diri sendiri pun. Bawak backpack je so tak boleh la nak beli byk sangat sebab dah penuh dengan tudung lopa dengan telekung beli kat area hotel hehe.



Then sambung cari baju tshirt dekat dengan hotel. First masuk kedai tu dia letak harga RM10. Mintak less, bagi kurang RM1 je. Haihhh. Lot-lot kedai area hotel susah sikit nak bargain kaw-kaw unless night market & dalam Ben Thanh tu. Tengah duk pilih baju tu, perasan yang kain agak nipis. Dah la dah banyak pilih baju last-last tak jadi beli. As expected, kena la maki. Muahaha.

Kiteorang pergi kedai lain, dapat harga RM7 sehelai so, borong kat situ je. Lepas dah settle hal baju, naik hotel kejap untuk solat sebelum keluar round bandar.

Lepas dah solat, kiteorang keluar nak cari monumen-monumen yang dah ada dalam list. Susah jugak rupanya nak cari. Tanya locals pun macam ayam dengan itik. Duk pusing-pusing, tang tu jugak. Tak jumpa-jumpa. Kiteorang jalan kaki entah kemana-mana dah. Sampaikan yang dekat jalan raya tu semua pandang kiteorang. Bukan nak perasan sangat tapi sebab bila kiteorang jalan tepi-tepi lorong mana tah, semua pandang pelik je. Risau sikit tapi still gigih berjalan mencari monumen. Haha. Nak sangatttt kan. Dalam ramai-ramai locals, dua orang je yang betul-betul menolong kiteorang sampai betul-betul jumpa sebab dieorang boleh cakap English. Tak banyak jumpa sebab tak larat dah nak mencari. Nak balik ke Ben Thanh pun stop ambik angin kejap sebab lost tak tau ada kat mana. Hehehe. Belanja gambar dah la yeeeee.

Little Japanese Town

Saigon Opera House

President Ho Chi Minh Statue

Ho Chi Minh City Hall

Saigon Central Post Office

view inside of post office

Saigon Notre-Dame Basilica


Oh, depan Notre-Dame ni ada satu lorong Books & Cafe. Tak sure nama lorong tapi tenang sangat laluannya. Tak hiruk pikuk macam jalan raya HCM. Huhuhu. Lepas tu, kiteorang lepak je kejap sebab tak tau arah tuju. Konon nak cari Pho mee dekat masjid yang group backpackers bagitau tapi lupa nama masjid. Pi cari Saigon Mosque. Padahal Nancy Mosque. Redho jelah tak jumpa sampai ke sudah. Lepas tu, patah balik ke hotel sebab tak larat dah Hehe. 

Balik kat hotel, lama jugak kiteorang rehat sambil kemas barang sikit so pukul 6.30 malam (waktu sana), kiteorang tunggu lagi dekat pasar Ben Thanh sebab nak tengok opening night market. Lepas dah habis opening, jalan-jalan kat night market cari backpack baru. Beg aku memang sentiasa beranak satu kalau pergi memana. Tak tau lah caner nafsu shopping ni haru sangat. 

Beli backpack pun duk main-main dengan penjual sebab aku mintak kurang dia tak nak bagi. Aku nak beg besar RM50 tapi dia nak bagi RM60 beg kecik. Aku bargain siap kena sekat dalam kedai sebab aku tak jadi beli. Tapi aku still cakap tak nak so aku tepi tangan dia nak keluar dari kedai. Aku keluar, dia kejar siap pegang lagi cakap nak bagi harga yang aku nak. Aku cakap okay so aku ikut balik dia. Eh sekali dia nak bagi beg kecik jugak. Banyak la jugak drama keluar masuk, kena pegang dengan penjual tu. Dan akhirnya dia surrender. Bagi jugak beg besar harga RM60. Okay lah tu sebab beg aku tak muat dah nak sumbat barang. 

pulut mende tah. macam cantik je. taktau la boleh makan ke tak hahah



night market


Pho Mee & Vietnam Rolls @ Halal Amin


Roti vietnam. Very recommended! Sedap oihhh. Roti dia tu yang lain dari yang lain hehe



Third Day (11/11/2016)

Last night stay dekat HCM kiteorang berehat awal sebab flight esok tu awal pagi. So, takut lama sangat dekat imigresen, kiteorang keluar dalam 5.45 pagi. Kelam kabut jugak sebab bajet 5.30, tapi terlajak tidur. Muahahaha. Awal pagi trafik tak jammed sangat so, dalam 15-20 minit kiteorang dah sampai dekat Tan Son Naht Airport. Naik teksi Vinasun, 140 ribu dong. 

Luckily kiteorang sampai awal sebab time check dekat imigresen tak sampai setengah jam, penuh dah orang kat belakang beratur. Time tunggu flight, syok duk main boomerang kapal terbang landing, tetiba nama kiteorang kena panggil. Terus angkat beg, berlari naik atas, cari information counter. Takut la jugak kot kiteorang salah gate ke, kena tinggal ke. Rupa-rupanya sebab nak tick nama je. Sabar jelahhhh nak oi. Rasa nak tercabut jantung sebab cuak nama kena panggil. 

Alhamdulillah, akhirnya tengahari tu kiteorang selamat sampai dekat Malaysia. Nikmat tak terkata sebab tak sabar nak makan nasi Malaysia. Hahaha. Tekak Melayu sangattttt.

Tau, dah ramai pergi HCM cuma kiteorang je baru nak pergi. Aku sejenis manusia tak minat sangat pergi time semua orang pergi. Baru nak kenal dunia luar weh kahkah. Kiteorang banyak explore sendiri je sebab rasa pengalaman tu lagi berharga. Walaupun tak sempat cover banyak tempat. 

Untuk tahun depan, tak tau lagi nak kemana sebab ekonomi tak berapa nak stabil jeeee hahaha. Jadi, berkuburlah lagi blog ni. Mungkin tahun depan pulak kot update. Tu pun kalau tak ke mana lagi lah tahun ni. Ada sebulan lebih lagi ni haaa. Dalam Malaysia pun bolehhhh :P

Thanks for reading guys. Till then! ;)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

14 November 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 1)


.Assalamualaikum.


Assalamualaikum. Last trip untuk tahun ni, Ho Chi Minh City. Cehhh macam banyak je trip kan. Kahkah. Plan nak ke HCM ni dah lama sebenarnya. Awal tahun lagi dah beli tiket. Duk cek tiket macam mana tah dekat AirAsia tu pastu jumpa tiket murah ke HCM. Terus mesej member ajak pergi. On the spot pulak tu mintak keputusan. Sebab seat tak banyak dah time tu. Beli awal tahun, nak pergi November. Jadi tak jadi, belakang kira. Janji, beli dulu. Muahahaha.

AirAsia (KUL-SGN-KUL) RM 307.84 untuk dua orang
AirAsia (TGG-KUL-TGG) RM 124 untuk seorang (lagi sorang naik bas dari Kemaman)

Saigon Pink 2 Hotel RM237.65 (termasuk 5% service tax & 10% hotel tax)

Tukar duit (untuk tambang teksi,bas,makan)
RM150 = 750,000 dong (aku)
RM154 = 800,000 dong (anis)

Shopping, ikut suka korang la nak bajet berapa. Faham-faham jelah harga dekat HCM tu macam mana. Murah, rambang mata. Kahkah. 

First Day (09/11/2016)

Aku cerita terus pasal dekat HCM okay. Hari Rabu tu kiteorang sampai petang. Pukul 3.30pm waktu Saigon. Sampai je terus keluar dari airport, ke kanan dekat burger king menunggu bas 152. Ingatkan bas betul-betul depan tapi seberang sikit sebab depan burger king tu bas pelancong. Tiket bas 5000 dong. Sila sedia duit kecil ye. Kalau takde, pandai lah share. Moment paling kelakar sebab keluar dekat arrival hall, ada mamat vietnam kenyit mata kat member aku. Gelak habissss oi! Hahahaha. Rasa nak tergolek-golek gelak. Hehehe. Sorry nis, 

Dalam bas, ada lagi dua family dari Malaysia jugak. Tapi kami ni excited la naik bas sebab feeling pelancong sangat. Hehe. Lagi excited sebab tengok traffic kat sana. Kiteorang sesama duk wowww wowww woowwww. Hahaha. Jakun sangat. Pernah rasa traffic dekat Indonesia tapi time tu tak menikmati sangat. Dan niat utama nak datang HCM sebab nak rasa melintas jalan dalam traffic yang sesak tu. Pastu tengok pulak helmet dieorang semua comel. Patut la ramai datang cari helmet kat sini. 

Turun dari bas, ikut satu family tu untuk lintas jalan nak ke hotel. Kiteorang stay Saigon Pink 2 Hotel. Area Malaysian Street (Nguyen Ah Nihn). Sesuai family nak duk sini sebab dekat sangat dengan Ben Thanh Market. Kalau nak jimat lagi boleh stay backpackers hostel. Banyak tapi jalan kaki jauh sikit la nak ke Ben Thanh. 



Seram jugak nak melintas weh sebab nampak macam dieorang drive laju je semua tapi still pemandu kat sana boleh elak bila kita nak melintas. Aku rasa kalau kat Malaysia mau kena maki lepas tu viral dalam fb. Huhu. Sampai je kat hotel, check in, letak beg kejap, lepak dalam bilik kejap sebab ada wifi hehe lepas tu solat, lepas tu terus keluar☺ 

First day tak tau arah tuju sangat sebab keluar pun dah lepas maghrib. Masuk intai-intai dalam Ben Thanh market lepas tu berjalan keliling kawasan tu. Ikut je kaki berjalan sebab bukan nak membeli sangat pun. Cuma singgah makan dekat Serai. Sedap tapi agak mahal sikit. Hehe. Sepinggan nasi goreng kami dalam 110-150 ribu dong, air dalam 40 ribu dong. 

Malam tu lebih kepada berjalan sambil tengok lalu lintas. Banyak ambik video je. Gambar berapa kerat je ada. Dah balik baru perasan. 

Tapi paling best sebab dalam pukul 6.30-7.00 malam waktu Saigon, boleh tengok huru hara peniaga nak start buka night market. Boleh tunggu depan Ben Thanh Market. Pelancong memang ramai menuggu. Tapi tak pernah pulak baca pasal ni dekat mana-mana blog. First night yang kami tengok tu pun sebab kebetulan keluar dari Ben Thanh nampak peniaga semua get ready nak serbu tengah jalan raya yang sesak tu. It's amazing! Kiteorang dah macam ehhh apehal ni, kenapa macam ni? Hahaha. Ada mat saleh mana tah, pun sama teruja macam kiteorang. Hehe.


tudung lopa aku borong kat sini. Mahal sikitttt je tapi kain die cantik. tak penah aku pakai tudung lopa. beli satu je untuk diri sendiri sebab buat syarat dah la.

Kat Night Market, aku nak beli souvenir la kononnya macam keychain ke, fridge magnet ke. So, jalan-jalan tu berhenti kat satu kedai. Dia letak harga RM20 untuk satu row. Mintak RM10 pun dia tak bagi. Dia cuma tanya nak berapa so maybe baru dia bagi. Kebetulan kat situ ada sorang Malaysian bagitau yang kat depan sikit ada yang jual RM5 je! Fuhhh. Duk fikir macam mana nak pergi dari kedai tu sebab nak pergi kedai lagi satu. Serba salah sebenarnya sebab tak reti sangat nak tawar menawar sampai murah gila. Time orang kedai tu tengah cari stok kat dalam kedai, aku pun bilang 1,2,3 ajak kawan aku lari. Macam lari kena kejar je kiteorang ni. Tapi sebab tak nak punya pasal, malas nak kena maki depan-depan terpaksa laaaaa lari hahaahha. Sumpah takut gila sebab takut pekedai tu cari kami. Tapi nasib baik tak cari. So, beli banyak jugak la souvenir dekat kedai aunty tu. Kedai tu mula-mula nak masuk Malaysian Street, depan money changer. Thanks dekat abang tu sebab selamatkan duit kiteorang. Muahahaha.


baju putih tu Malaysian panggil dia Tomok. Sebab depan-depan muka dia iras Tomok. Tapi aku tengok depan-depan macam Aiman Hakim Redza tu. Dia ni baik, kelakar, peramah, pandai cakap Melayu dannnn handsome! kahkahkah

Orang cakap kalau datang sini WAJIB cuba kopi Vietnam sebab sedap. Aku dengan Anis sama-sama tak suka kopi. Lama jugak kiteorang duk fikir nak try ke tak. Takut kalau try, membazir sebab tak minum. Akhirnya beli jugak sebab nak rasa yang orang cakap sedap sangat tu kannnn. Beli satu je dan kongsi sebab baru nak try minum kopi. Bila dah sekali minum tu, mak aihhhhh memang sedappppp! Kaw, lemak manis semua cukup! Memang tak salah orang suruh try. So sesape yang tak minum kopi macam kiteorang ni, sila la try jugak. You'll never regret. Siap nak beli pulak lagi sekali. Hehehe.

So, ni baru cerita hari pertama. Nanti hari kedua aku gabung terus dengan last day. Malas sebenarnya nak taip entri banyak tapi rasa macam banyak je nak bercerita sekaligus. Aku pun tak tau la sape nak baca panjang macam ni. Muahahahaha. See you next entry! =)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan