Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 2 & 3)

Second Day (10/11/2016)

Hari kedua ni ingatkan bangun pagi nak tunggu pakcik yang jual nasi lemak dengan motor. Tapi tak jumpa pulak. Malas nak tunggu lama so kiteorang try breakfast dekat Halal Amin sebab orang cakap kat sini murah sikit kan. Sedap nasi lemak dia pastu air milo kawwww. Perghhh. Kena betul dengan selera aku. Hehehe. Nasi lemak kat sini 50 ribu dong. Air milo lupa dah hehehe. Sebelah malam kiteorang makan kat sini jugak. Try Pho Mee dengan Vietnam Rolls ke benda tah nama betul dia. Pho Mee sedapppp. Yang roll tu boleh la or maybe kat kedai tu tak sedap sangat kot sebab rice paper dia tebal sikit. Kalau rice paper tu nipissss je konpem lagi sedap.

Tengah makan tu, jumpa akak dengan abang dari Malaysia jugak. Borak-borak pastu dieorang ajak ikut pergi Russian Market. Risau jugak kiteorang ni sebab dah la tak kenal pastu tetiba ajak ikut. Plan kiteorang hari ni nak pusing bandar sebab kiteorang memang tak ambik pakej pergi Mekong Tour @ Chu Chi Tunnel tu. Aku naik hotel, ce…

Ho Chi Minh City, Vietnam (Day 1)

Assalamualaikum. Last trip untuk tahun ni, Ho Chi Minh City. Cehhh macam banyak je trip kan. Kahkah. Plan nak ke HCM ni dah lama sebenarnya. Awal tahun lagi dah beli tiket. Duk cek tiket macam mana tah dekat AirAsia tu pastu jumpa tiket murah ke HCM. Terus mesej member ajak pergi. On the spot pulak tu mintak keputusan. Sebab seat tak banyak dah time tu. Beli awal tahun, nak pergi November. Jadi tak jadi, belakang kira. Janji, beli dulu. Muahahaha.

AirAsia (KUL-SGN-KUL) RM 307.84 untuk dua orang
AirAsia (TGG-KUL-TGG) RM 124 untuk seorang (lagi sorang naik bas dari Kemaman)

Saigon Pink 2 Hotel RM237.65 (termasuk 5% service tax & 10% hotel tax)

Tukar duit (untuk tambang teksi,bas,makan)
RM150 = 750,000 dong (aku)
RM154 = 800,000 dong (anis)

Shopping, ikut suka korang la nak bajet berapa. Faham-faham jelah harga dekat HCM tu macam mana. Murah, rambang mata. Kahkah. 

First Day (09/11/2016)

Aku cerita terus pasal dekat HCM okay. Hari Rabu tu kiteorang sampai petang. Pukul 3.30pm waktu Saigon. Sa…