28 December 2011

Nak ke jodoh pilihan keluarga?


.Assalamualaikum.

hello peeps ;) how's your day ha? well, i'm trying to write in english even i'm too worst with it! errrrrrrrr. tulis bahasa melayu jelah. muehehe. tak boleh nak fikir ayat kalau tulis bahasa. first, please perasan yang kat blog ni dah takde shoutbox lagi!! so, anything you want to ask, to criticize me or even want to say something bad about me, just drop in comment. tapi, lagi baik kalau tulis benda yang elok-elok je ye sayang sayang semua :))


okay! back to the main topic. disebabkan sekarang musim cuti sekolah and ramai yang kawen, bertunang, bahagia bahagia dan bahagia. Alhamdulillah dan tahniah :)) ni pun saje jelah nak cakap pasal kawen. jangan syak aku nak kawen sudaaahhh sebab awal awal lagi dah kena warning dengan parents jangan nak menggatal. muahaha. tak jadi nak bawak balik calon menantu macam ni :P. aku rasa ramai yang dah tengok video dena tu kan? sweet kan? ramai pulak yang berangan nak macam tu. kena propose macam tu, cinta lepas kawen.

"bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah" - DenaBahrin



family choice. kalau tanya aku, i'll say yes with parents choice. kalau kecik kecik dulu aku tak nak parents carikan jodoh. kononnya kuno! yelah. dah hidup zaman alaf baru mestilah nak tentukan sendiri hala tuju kan? tapi sekarang dah lain. aku rasa family choice is better. sebab dieorang tahu kita macam mana dan insyaAllah dieorang akan carikan yang terbaik untuk kita. mungkin ada baik dan buruk dengan pilihan keluarga ni. kalau rasa was was, tanya dulu pasal dia kat parents korang. tak pun suruh parents korang ajak family dieorang datang rumah ke, makan-makan ke. so that kat situ korang sendiri boleh kenal macam mana. tapi insyaAllah, pilihan keluarga ni okay :))





kalau korang still lagi tak tau, buatlah istikharah. insyaAllah, Allah akan tolong. Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang tak baik untuk korang. kalau korang tak tau nak istikharah macam mana, malu nak tanya orang, carilah dalam google. macam aku. muehehe. setakat ni aku tak nampak lagi buruknya pilihan keluarga. tapi, aku takde lah suruh parents aku carikan lagi. sebab aku belum lagi bersedia ke arah tu. :) kadang rasa jugak nak kawen sebab nampak macam best tapi bila abah cakap,

"kalau gatal sangat, malas belajar, abah kawenkan kau!" 

cuak weh kena ugut macam ni. haha. tapi one day kalau aku betul betul dah sedia aku nak parents aku carikan sebab aku nak rasa cinta lepas kahwin. cinta sebelum kahwin dah banyak sangat aku rasa. dan sangat tak bagus. serius. walaupun kadang rasa cemburu sebab orang lain ada pakwe, tapi aku rasa lebih baik takde. kalau ada pakwe, banyak ke arah yang boleh tambahkan dosa. tak kisah la orang cakap aku bajet baik ke ape ke, tapi aku dah nekad nak tinggalkan zaman kapel kapel bagai ni.




waktu mematangkan pemikiran seseorang dan Alhamdulillah Allah masih lagi beri peluang untuk aku berubah kepada yang lebih baik. mungkin belum sempurna tapi insyaAllah satu hari nanti :) so, korang jangan takut dengan pilihan keluarga okay. think positive. Allah itu wujud. percayakan Dia insyaAllah Dia akan tolong. bercinta lepas kahwin sangat best. serius. err. aku tak rasa lagi. cuma aku ada dengar ceramah kat you tube. :P

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

23 December 2011

.Lelaki Pilihan.


.Assalamualaikum.



hari tu, kawan aku ada tanya ciri-ciri lelaki yang aku suka. mak aih. soalan kemain. aku tahu dan faham yang semua orang nak pasangan yang sempurna dalam segala hal. yeke? tapi aku memang nak macam tu. aku sedar aku tak lah cantik tapi kadang aku lil bit choosy. haha. *ketuk kepala sendiri* entah lah. mungkin sebab aku nak masa depan yang baik. masa depan maksud aku masa depan di dunia dan yang paling penting di akhirat yang kekal abadi. =)





Rupa

kalau bab rupa mesti semua orang yang nak sempurna, takde cacat cela. samalah macam aku. tak dinafikanlah. tapi, aku fikir sedap mata memandang dah lebih dari cukup. aku banyak tengok muka-muka lelaki yang pesen aku tak berkenan. maksudnya aku kalau boleh tak nak tengok muka dia lagi. #ohpleasejangannakterasasangat tapi kan, orang yang tak hensem pun boleh jadi hensem tau? macam mana? banyakkan basuh muka dengan wuduk means jangan tinggal solat, hati kena selalu baik dan banyaaaakkk lagi lagi. 


Agama

wajiblah orang yang beragama. well, aku baca novel dan tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih. serius aku kagum gila dengan watak Khairul Azzam. aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa orang yang macam Khairul Azzam. kalau korang tahu pasal cerita ni, korang tahu kenapa aku bagitahu macam tu. =)) aku pun suka tengok lelaki muda-muda yang pergi masjid berbaju melayu berkain pelikat. sejuk mata memandang. hehe. anak sapa la eh? ^_^ tapi, susah nak tengok muda-mudi sekarang macam ni dan termasuk lah aku. errr >.<





Rajin

tak tahulah kenapa aku suka sangat tengok orang yang rajin. rajin solat, rajin buat kerja, rajin tolong orang. dulu aku pergi kenduri arwah sepupu aku. then adik kepada arwah tu bagi aku biasa je orangnya. tapi bila dia rajin tolong sana-sini time kenduri, aku jadi syok tengok dia buat kerja. rasa macam something. hoii. takde ah jatuh cinta. tapi suka tengok orang macam tu. auchhhh. *senyum sorang-sorang*


Hormat Perempuan

yang ni lagi satu. kebanyakan lelaki yang aku kenal suka anggap perempuan sebagai simbol seks. serius. tapi tak semua la macam tu. korang lelaki jangan nak terasa sangat la. kalau korang tak macam nilah. tapi kalau korang macam ni, sila la terasa dengan ayat-ayat tu. ahaks. aku ada beberapa kawan lelaki yang aku boleh bilang dengan lima jari je yang hormat perempuan. maksud aku, tak lah cakap bukan-bukan dengan perempuan. ni tak, nak mesej bukan-bukan je. sebab tu aku cepat hilang kawan lelaki. hoho.


Kerja

ada kerja haruslah kalau kau dah rasa nak tanggung anak dara orang. bagi aku. benda ni pun penting. yelakan, takkan kau nak bagi anak orang makan pasir. yedak? kerja yang halal itu lagilah wajib. sekarang semua benda nak pakai duit. jadi, adalah lebih baik kukuhkan kewangan sebelum nak jaga anak dara orang. eh. ni macam masuk bab kawen je. kui kui kui. tapi yang tak pakai duit adalah saat bertemu dengan Allah =))





kalau ikut hawa nafsu ( ayat encik fadil ), banyak lagi sebenarnya. tapi ini yang basic bagi aku jelah. eh. sepatutnya title tukar Lelaki Pilihan Aku. hahaha. kan? ni pun dah panjang sangat. entah korang baca habis ke tak. keh keh keh. err. #okbai

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

15 December 2011

Busy Mengalahkan Wakil Rakyat!


.Assalamualaikum.

ehem ehem. baru tergedik nak update. hiks. biasalah. busy gilewwww sekarang ni! busy oii. serius tahap millionaire busy ni. ada can nak jadi wakil rakyat je aku lepas ni. kejap pergi sana, kejap pergi situ. lepas tu balik rumah, lepaking! eh. takde lah busy sangat pun. kui kui kui. aku malas nak update sebenarnya. malas nak blogwalking. lagipun sekarang dah masuk final sem. fuyohhh. final sem beb! kau ade? *lempangsebijiksebabberlagak* tapi itulah.. kawan aku semua dah grad, dah sambung degree. aku je tercongok lagi kat uitm dungun yang dicintai. muehehe.


ohhh. ni haa rumah baru aku. rumah baru sempena tergedik-gedik nak main dengan coding. last-last template yang aku bajet colourful hari tu ada prob. puas aku mintak tolong orang sana sini. tapi tadi aku tanya ayeem. then, settle. hehe. thanks again ayeem. *macamayeembacablogaku* ^_^



before ni letak gambar sendiri besar gedabak. tapi dah remove la sebab rasa macam tak senonoh je. muahaha. :))


lepas ni kalau aku betul-betul ada masa free, aku balas balik jejak korang okay. =)) terima kasih sebab sudi lagi baca blog comel ni. auwww.. tapi aku memang busy sem ni sebab semua subjek berat. auditing, taxation, financial accounting, financial management, entrepreneurship.. fuhh. dah la ada project case study untuk FAR360, project business plan untuk ETR300. then semua ni nak kena present sebelum final exam. aku tahu korang faham. terharu ni dalam hati aku. keh keh keh. salam sayang =))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

09 November 2011

Seorang Anak Perempuan dan Ayahnya


.Assalamualaikum.

aku rasa ramai yang cerita pasal ibu daripada abah. atau mungkin aku sendiri yang tak perasan berapa banyak ada orang tulis pasal abah. Alhamdulillah, aku masih ada abah ada ibu. ibu dan abah yang saling melengkapi hidup sehari-hari. semoga mereka dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan segala nikmat yang Allah berikan. ini kisah benar. kisah seorang anak dan ayah.


anak perempuan ni boleh dikatakan sebagai daddy's girl sebab dia satu-satunya anak perempuan. walaupun begitu, ketegasan tetap ada. biasalah kan, anak perempuan satu. haruslah dijaga sebaik mungkin. sama juga seperti anak yang lain. anak perempuan si ayah ni tadi dah pun jadi seorang remaja yang belajar di salah satu institusi pengajian tinggi awam. satu-satunya anak perempuan yang diharap supaya menjadi contoh untuk adik-adik yang sedang meningkat remaja.


darah muda sememangnya panas bukan? ditegur sikit marah, masam muka, menjawab. tapi itu dulu sekarang anak perempuan itu sudah lebih belajar untuk sabar. tapi dia ingat sabarnya itu boleh ditahan. tetapi rupanya tidak. ceritanya apabila mereka bersama-sama bercuti di Kuala Lumpur.




sebelum berangkat pulang ke negeri asal, si ayah ada memberitahu anak perempuannya yang mereka akan check out pukul 11 pagi dan selepas itu singgah di Times Square. tapi, lebih kurang 10:30 am si ayah hantar pesanan ringkas kepada si anak supaya cepat-cepat bersiap. anak perempuan itu terkejut sebab dia belum sempat mengemas apa-apa barang pun. sudahlah dia berhajat nak pakai selendang yang berbelit-belit. nak pakai tudung bawal biasa tak boleh sebab dia dah masukkan semua tudung ke dalam beg yang berisi baju kotor, ayahnya tadi tiba-tiba naik dan bersiap dalam lebih kurang 5 minit. lelaki memang senang nak bersiap cepat. tapi perempuan perlu masa. lebih-lebih si anak yang remaja dan baru pandai bergaya dengan fesyen-fesyen tudung terbaru. selepas ayahnya tadi keluarkan semua barang-barang, anak perempuan itu masih lagi di dalam bilik. bersiap segala yang patut tetapi dengan mood yang sangat marah, dengan mulut yang terkumat kamit membebel, dengan hati yang sakit, dengan tahan air mata daripada keluar. tapi akhirnya si anak siap berkemas dan mereka berangkat ke Times Square dengan keadaan si anak tadi masih lagi sakit hati.


dan sepanjang perjalanan ke Times Square, si anak hanya mendiamkan diri, membuat muka dan menahan air mata. tiba di Times Square untuk kali pertama seumur hidup, dia hanya mengikut si ayah yang ke hulu ke hilir mencari lif untuk naik ke tingkat 14. selepas agak lama, akhirnya sampai di tingkat 14. si ayah sebenarnya ada mesyuarat dan si anak perempuan tadi dilepaskan bersama dengan si adik untuk berjalan disekitar Times Square. berbekalkan RM200 yang dibagi oleh si ayah, akhirnya anak perempuannya dan jugak adik berjalan disekitar Times Square.


lebih kurang hampir ke pukul 4 si ayah tadi selesai mesyuarat dan menyuruh anak perempuan dan si adik naik ke tingkat 14 tadi. si anak perempuan turutkan saja. tetapi bila naik lif ke tingkat 14, mereka tak boleh keluar daripada lif kerana seperti sudah ditutup dengan penghadang. mereka cuba lagi menaiki lif lain dan keadaan masih lagi sama. si ayah terus-terusan menelefon bertanyakan mereka ada di mana. si anak perempuan menceritakan hal tadi tapi si ayah seolah tidak dapat memahami dan telefonnya jugak hampir kehabisan bateri. dalam keadaan tegang begitu si ayah cuba memarahi anak perempuannya dan tanpa anak perempuan itu sedar, dia telah menengking ayahnya sendiri. akhirnya mereka bertembung dalam satu lif yang sama.





di dalam lif tersebut, si ayah tersenyum sambil mengatakan bahawa si anak telah menengkingnya di dalam telefon sebentar tadi. terkejut dengan penyataan si ayah, si anak hanya diam dan hampir menangis. sungguh tidak terlintas sedetik dihatinya untuk melakukan hal yang sedemikian. keadaan agak tegang dan dia tidak dapat mengawal emosinya. apa yang dia lagi sedih, bila si ayah masih lagi mampu tersenyum mesra walaupun mungkin terguris dengan sikap anaknya. di dalam kereta, anak perempuan tadi menahan dan terus menahan air mata daripada keluar. mengelap sedikit air mata yang penuh bertakung di mata. penyesalan yang besar.


saat itu kalau dia punyai kekuatan, ingin sekali dia memeluk erat ayahnya dan memohon ampun kerana silapnya sebentar tadi. sungguh dia tidak mampu melihat senyuman ayahnya setelah apa yang dilakukanya itu. terasa bersalah terus menggangu jiwanya sepanjang dalam perjalan pulang ke rumah. dalam pada itu, dia cuba untuk bercakap baik-baik dengan ayahnya kerana kekesalan sangat tinggi tahapnya. anak perempuan ini tadi mahu meminta maaf tetapi entah kenapa mulutnya tidak mampu mengeluarkan kata-kata tersebut.


sehingga sekarang, anak perempuan tadi masih lagi teringat akan hal itu. sedih. mengenangkan kesalahannya yang begitu. dalam hatinya sering berkata,

 " abah, kakak sayang abah untuk selamanya. maafkan kakak untuk kesalahan yang kakak lakukan. sungguh kakak tidak sengaja. maaf andai perangai kakak selalu buat abah kecewa. "


anak perempuan itu ingin memberitahu kepada dunia, bahawa ayahnya adalah ayah yang terbaik di dalam dunia. tidak mungkin dia dapat mempunyai seorang ayah yang begitu baik jika andai ditakdirkan Allah menjemputnya ayahnya kembali. bukan itu yang dipinta. tapi, dia cuba menyatakan bahawa ayahnya adalah insan yang terbaik pernah dijumpai.


dan sekarang, anak perempuan itu cuba berusaha menjadi yang terbaik supaya dia dapat membalas segala jasa ayahnya. dak juga tidak lupa ibunya yang sangat disayangi. kerana dia tahu ayahnya tidak pernah tidak menyediakan kelengkapan hidupnya. hidupnya tidak semewah kawan-kawan yang lain, cukuplah sekadar mempunyai segalanya dalam kadar sederhana.



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 November 2011

Perempuan Cerewet, Memilih, Mengada, Gedik. What Else?


.Assalamualaikum.

kalau nak bercakap pasal perempuan memang takkan habis. perempuan ni banyak pesen. pesen gedik, pesen baik-baik, pesen nerd, dan berpesen-pesen lagi lah. korang sendiri pun dah penah jumpa dengan perempuan yang banyak sangat ragam kan? in fact, perempuan memang boleh jadi macam-macam pesen. hee. yedak? bukan je ramai lelaki yang merungut pasal perempuan, perempuan pun ada merungut kawan perempuan korang sendiri kan? yela, sebab kadang-kadang kita tak tahan dengan perempuan yang pesen banyak songeh. kadang-kadang aku rasa nak luku je kepala perempuan pesen macam ni.


hari ni macam rajin nak cakap banyak pasal perempuan. dan entri ni mungkin agak panjang. keh keh keh. apa aku kisah. aku cuma nak cerita ni pun sebab adik aku. adik aku lelaki tapi dia selalu komplen pasal aku. sebab aku memilih, cerewet, kuat membebel dan bla bla bla bla bla bla.....



Cerewet

well, aku yakin ramai gila perempuan kat luar sana yang cerewet. dan aku adalah salah seorang. tapi cerewet aku tak lah over sangat. tapi kadang-kadang boleh jadi over. perempuan cerewet ni bersebab dan mungkin jugak sebab mengada! tapi kalau bersebab mungkin sebab dia nak apa yang dia buat tu bagi kepuasan untuk diri dia. kalau aku cerewet bab rumah. eh? err. aku kalau pergi rumah orang ke, rumah sendiri ke aku tak suka kalau pesen orang tak sapu rumah ke, lantai berminyak ke. aku mesti akan jadi orang paling tak selesa dalam dunia time tu. bab lain aku tak cerewet sangat. tengok pada keadaan.



Memilih

yes. ini perempuan. suka sangat memilih. aku memilih tapi ikut tempat la. kalau kat mall yang besar gedabak, aku akan round semua tempat. kalau sepuluh kedai aku singgah, belum tentu aku suka salah satu. kadang-kadang satu mall tu aku tak berkenan. kalau bab makanan aku akan pilih tanpa sayur. aku dah cuba makan sayur tapi tak berhasil. ada orang memilih bab jodoh. same goes to me. orang marah aku memilih tapi memilih bersebab. bukan mudah nak cari orang yang boleh terima kita seadanya. tapi kalau memilih sangat pun tak guna jugak! at last kau jugak yang merana. 



Mengada

adik aku selalu cakap aku mengada sebab aku selalu mintak macam-macam dengan abah aku. mintak laki je belum. perempuan memang akan ada sifat mengada so lelaki jangan nak annoying sangat lah. tapi kan, kadang-kadang aku sendiri pun menyampah dengan perempuan yang mengada. ahaha. sebab mengada tu boleh jadi over kadang-kadang. ada jenis mengada dengan boyfriend depan kawan-kawan <--- ini aku rasa nak bunuh je! , ada yang mengada dengan kawan-kawan perempuan. aku pun mengada jugak dengan housemate aku even aku yang paling tua dalam rumah tu. eh. tua setahun je kot. =D




Gedik

aku rasa semua perempuan ada sifat gedik cuma ada yang menonjol dan ada yang tak. si isteri mestilah gedik dengan si suami. tu lantak la kan sebab halal. kau mesti ada kawan yang gedik kan? based on my experienced aku ramai kawan yang gedik. ada tu yang gedik suka tarik perhatian lelaki. bila lalu depan lelaki je mula la nak cakap kuat, buat suara manja, gelak kuat-kuat. lepas tu kalau lelaki tegur, dia jawab dengan style orang gedik. kadang aku sakit hati jugak. bukan sebab nak kata aku ni tak gedik langsung. aku gedik la weh. ce tanya housemate aku kalau tak caya. cuma depan lelaki behave la kan? tak payah nak buat gedik kau yang kadang macam beruk. tanak hipokrit?gedik semulajadi? well, macam bodoh je kalau kau cakap macam tu. sebab perempuan sendiri pun menyampah gila kalau kau TERLAMPAU gedik! 



kalau nak bagi semua point pasal perempuan aku tak larat nak menaip lagi. cukuplah masing-masing tahu perangai sendiri. semua orang kat dunia ni tak perfect tapi semua orang boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. perempuan dengan perangainya, begitu jugak dengan lelaki. jangan cuba nak salahkan orang lain kalau dia tak perfect sebab kita sendiri pun tak sempurna. kalau kau ada kawan baik perempuan, jaga kawan baik kau tu. kalau kau ada kawan perempuan yang pesen pentingkan diri sendiri, tegur dia. kalau dia tak layan, kau better cari kawan baru! aha. <--- pehal aku tetiba cakap pasal kawan ni (-_-)



p/s: PreLoved Items yang aku nak jual tu hold la dulu. =)) 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

26 October 2011

Wordless Wednesday | Finally.. lalalala~


.Assalamualaikum.







terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

24 October 2011

Boys Over Flower Scenes! | If You Lose Someone Like That, You'll Regret It Forever...


.Assalamualaikum.

tajuk dengan bahasa penjajah bagai nak rak. ehek. BOF! dulu kecoh drama ni syok. setat tengok cite ni la aku jatuh cinta dengan Lee Min Ho. ahaks. 












source : la-romanesca

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

23 October 2011

tension wehh!! sape nak teman aku??


.Assalamualaikum.

aku nak update tapi malas. aku nak blogwalking tapi kejap je. lepas tu semput. lepas tu laptop aku gila dah. serius gila tahap dewa segala raja. bila aku tekan huruf lain, keluar huruf lain. kadang-kadang tiba-tiba jadi gelap gelita. lepas tu ada TERhighlight sendiri!! demn. what the hell is going on here??!!! aku rasa laptop ni serius sewel gila babeng. haa. nak setat sumpah seranah ni. korang agak-agak kenapa?? tension doww!!!!





ni balak aku. lu jangan nak jadi pencuri. kang gua tetak hancur tangan. huahuahua. *tension*



cop! 29hb ni sape pergi tengok bola??? ajak lah aku wehhh. aku ada kat kL time tu. abah aku ajak pergi. tapi aku konpius ah nak pergi ke tak. tadek geng doww!! eh. pehal entri aku ganas semacam je ni. =.='



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

21 October 2011

cerita holiday yang tak best. wuwuuuu =P


.Assalamualaikum.





fuhh. baru ada masa nak update. eh. padahal banyak je masa. ehek. semalam aku baru sampai rumah. yela kan, aku kan pergi holiday dengan boipren aku. hikhikhik. jeles lettew ^_^ mak aku tau tak? mestilah tau. kalau tak, tadek makna nak pergi jalang-jalang gitu. ke guane? =) tapi agak bosan la sebab duduk tidur je kat hotel. eh. aku tak lah tidur dengan boipren aku. aku tidur sorang-sorang atas katil yang besar gedabak. ehem. ekceli boipren aku tu sebenarnya BAPAK aku. kuikuikui. aku ikut abah aku pergi Cameron Highlands sebab abah aku ada kursus. aku menyibok je lebih. tapi, family aku yang lain tak ikut sebab ada hal. tapi bagi aku cameron tu tak lah best sangat pun. hehe. lain orang lain la pendapat. mungkin sebab aku tak suka sangat tempat yang bosan macam tu. =P


sepanjang kat sana, sempat pergi jalan-jalan jugak lah. jalan-jalan sorang, dengan abah and kawan abah.. tapi part jalan sorang-sorang mencabar sikit la. sebab kat tempat orang. aku dah la first time pergi. huhu. tambah lagi dengan jalan tak straight. tapi ok la. pengalaman =)) aku pun tak tau nak cerita apa lagi sebab aku banyak duduk dalam bilik, turun makan.. macam tu jelah kitaran hidup 3 hari 2 malam kat sana. abah aku pun cakap GENTING HIGHLAND lagi syiookkkk.. ehehehe...


btw, thanks la sesape yang sudi komen entri sebelum ni. and thanks sebab share cerita biodata =)) nantilah blogwalking. penat tak habis lagi. eceh. 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

17 October 2011

nanti jangan lupa tulis biodata tau o_O


.Assalamualaikum.

time sekolah rendah dulu setiap kali nak cuti akhir tahun mesti ramai gila yang mintak biodata. macam tahun depan tak jumpa. padahal kalau sekolah kat kampung tu rumah semua dekat je. hehe. tapi biasalah kan...budak-budak. sekarang ada lagi tak macam ni ek? kalau dulu asal nak buat biodata je mesti cantik-cantik. tulisan berangkai kemain lagi. padahal buruk jugak tulisan time tu =.=' siap dengan pen kaler-kaler lagi..



kalau yang kreatif mesti lukis macam-macam. kalau yang kreatif lagi buat biodata dalam bentuk baju, apa entah lagi. asalkan nampak cantik. lelaki tadek kot buat kerja macam ni. ke ada jugak? aku pun lupa sebab aku mintak je satu kelas. hehe. entah mana hilang dah buku biodata. kalau ada, boleh buat kenangan. tapi sah aku dah buang. =P







lately ni mood nak tergedik-gedik kat blog lain tak berapa nak feel sangat. sorry yawww ^_^ btw, esok kite nok gi holiday tigo aghi dengan boipren kite. ingat awok sorang je ke ade boipren? kite ade jugok.=p so, lepas balik holiday ni insyaAllah aku akan blogwalking macam biasa =)) dan sementara tu korang ada cerita pasal biodata korang dulu? nak bagi biodata pun boleh. ahakkkk..

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

15 October 2011

Hadiah Header Daripada Laptop Buruk Budak Lelaki Sebelah Pintu.


.Assalamualaikum.

hamboi..kemain tajuk entri. nak jugak cakap daripada zami. haha. eh. biasalah. aku kan dapat hadiah daripada contest zami hari tu. eh. contest ke? ye kot. aku main ikut sedap hati aku je =.= so, lepas bagi alasan yang kukuh aku dilistkan TOP 10 yang menang. so, aku dapat lah hadiah header baru kan? cop. hadiah daripada laptop buruk tu zami sendiri yang cakap. bukan aku. =P setelah berbanyak songeh dengan zami, siaplah header... tadaaaaaaaaa!!!!!!!!






comelkan? hee. thanks again zami =)) aku memang banyak songeh sebab suruh zami buat doodle perempuan pakai tudung. sebab aku tengok hari tu dia duk gigih sangat buat doodle. haha. nampak tak kekejaman aku kat situ? ^_^ tapi, aku tak pasang lagi header ni. sebab width dia tak sama. tak adjust lagi. aku pulak lupa nak bagitau witdh kat zami hari tu. so, buat masa sekarang aku simpan je dulu. nanti aku adjust =D



oh ya. dulu aku ada satu blog untuk cerpen. cerpen leww sangat. tapi tadek apa dah kat situ. cuma aku buat untuk personal life. kalau nak skodeng boleh =) sini hokeh. ^_^ jangan persoalkan kenapa mata snow white kat situ pink. sebabnya aku dah jenuh nak kaler dekat photoshop kelmarin, tapi susah. =P

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

13 October 2011

PINK memang colour feveret aku sampai bila-bila. tapi, aku bukan jenis lembut-lembut macam gadis. err. paham?


.Assalamualaikum.

tajuk tu aku rase dah boleh sangat nak buat entri. kan? sesaje aku nak bajet tajuk entri macam best so, aku buatlah panjang. tapi still lagi entri aku paling tak best dalam dunia. sadis jadi aku ni haa. eh aku suka kaler pink sebab aku bajet aku boleh jadi very the ladies. tu sebab dulu aku ada kawan perempuan yang minat pink. dia tak ganas dan tak jugak lemah lembut gemalai. dia biasa je. tapi, dia sweet derr. comel ^_^ tapi tak semua perempuan la minat pink. ada yang menyampah. kan? 


PINK tu kawaii kan? lelaki comel kot pakai PINK. ngeh ngeh ngeh



even pink tu nampak kawaii, nampak terserlah kelembutan perempuan TAPI, bagi aku tak! aku tak very the ladies pon. aku ganas ni. gelak macam kuntilanak pun ade. entri aku pun banyak hentam perempuan yang pesen tak sedor diri. ade ke kelembutan aku kat situ? dan aku rase kan, jiran-jiran kat rumah sewa mesti tension dengar aku gelak. dan aku rase dieorang sume tak sabor tunggu aku belah dari kawasan kejiranan tu. ape ke tidoknye, time 12 malam ke atas, aku gelak bagai nak rak. time-time tu jugaklah ketawa aku ni nak aktif. doiii..


entri ni gambar semua nak pink ^_^


btw, aku tak suka sangat pakai baju pink. aku cuma suka benda-benda yang kaler pink. kalau boleh dari A to Z aku nak pink. sampaikan aku kena marah dengan housemate aku sebab nak beli kain lap kaki kaler pink. huaa. siyes air mata aku nak terburai time tu. aku bukan apa, aku memang sesentap orang marah aku beli apa-apa pun pakai duit aku sendiri yang kaler pink walaupun benda tu aku memang niat nak share dengan orang. gila childish aku =.=


ekceli dulu aku obses dengan kaler hitam. tapi sebab abah aku suruh tukar kaler lain, aku pun pilih lah pink. tapi, sekarang kalau suruh tukar lagi, memang tadek makna. aku takkan ikut. eh. macam panjang je aku membebel kan? bukan macam, memang ye pun. #kbai *jangan benci kaler pink iteww aww (penampo suter)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

10 October 2011

semester break!


.Assalamualaikum.

i'm HOME!! 
itu saja yang boleh dibagitau setakat ni
update more soon!

^_^

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 September 2011

cerita raya!


.Assalamualaikum.

hari ni sabtu dan sepatutnya aku sama sibuk dengan orang lain prepare nak balik kampus. aku balik rumah sewa la kan since aku tak layak duduk kolej. GRR. tapi, lagi best jadi non resident. kan? tapi, mood nak balik tu malas nak matik. panjangkan lagi cuti raya boleh? huh. tahun ni paling tak best kot raya sebab tak dapat pergi rumah kawan-kawan. pergi pun sekejap je. balik balik rumah, orang datang non stop. ishh. ghase macam rumah YB dah. haha. ni pun aku baru balik dari rumah kawan aku yang bertunang hari ni. tahniah Qat!! =))



tapi raya tahun ni still dapat duit raya tauuu. iteww malu jugak nak amek duet rayeww tu. tapi, iteww amek jugak sebab owang bagi. ni ayat-ayat nak makan penampo. kuikuikui. ada sesapa lagi nak bagi aku duit raya? boleh contact aku kat facebook, takpun twitter. mintak nombor akaun aku then, nanti korang transfer duit raya. boleh macam tu? #lempangsebijik. kalau nak dapat duit raya, aku ikut family aku sebab senang orang tau aku still lagi belajar. alih-alih dapat duit raya. terkemut-kemut nak ambek. tapi ambek je. muahahaha. kau ado? 



raya tahun ni pun tak balik kampung. balik tu balik. tapi singgah sekejap je sebab ada masalah. huh. tak sempat beraya kat sekitar kampung dengan ibu aku pun. tapi terima kasih kepada mak-mak sedare yang hulur duit raya. tahun depan jangan lupa bagi lagi oke? kepada pak-pak sedara yang tak sempat bagi, anda boleh bank in ke akaun bank islam anak sedare mu yang comel jelita ini. muahahahaha... 


lepas ni dah habis raya. dan lepas ni jugak start la segala macam tests, kuiz.. versi yang kedua. esok dah lah aku ponteng kan? hari senin test. hari selasa pun test. gasak woi, gasak. balik ni aku akan jadi genius sebab doplohpat jam hadap buku. ye leteww kan? lepas tu cuti study week. eh. bukaaannn.. stadoweek. haha. lepas tu FINAL!! huaaaaaa.. ni yang aku seram ni. dah la sem ni macam kelaut je aku belajar. pffttt. kalau ada masa aku hupdate, kalau tak bior bersawang macam ni jelah kan ^_^ dan macam biasa aku memang tak sempat blogwalking #alasan. dah nama pun raya. aku busy la berjalan sana sini. then kat rumah orang datang non stop. lepas tu. aku online pun tengok macam tu je. ish.. alasan ni boleh terima ke tak? =P


ni pun aku kepenatan terlampau. pheww~ by the way, aku siriyes terharu gila dengan rina sebab buat video ucapan raya. yang penting nama gua pun ado. hahaha. thanks rina =)) tengok sini video tu oke? 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

29 August 2011

Happy Eid Mubarak Everyone =)


.Assalamualaikum.

tak payah nak english sangat lah. melayu je. =P english pun fail muehehehe. eh. dah nak raya dah. so, kat sini aku nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir batin. aku ni banyak salah dan aku rasa ada orang terasa dengan entri aku. muahaha. gasak lah. dah aku cerita benda betul. jadi tak payah susah-susah nak defend diri sendiri ke, defend orang tu ke. sebab aku nasihat untuk kebaikan kau jugak. kau perempuan. kau pakai tudung. jadi, tolong jaga maruah kau. aku bukan orang baik sangat, aku bukan alim tapi aku mintak kau jaga maruah kau. tu je. =))



kan dah melalut. GRRR... eh. sambung balik. khas untuk family tercinta, peminat (huaaaa. ingat kau retis?), kawan-kawan, stalker,etc; maaf dipinta dari hujung kaki ke hujung rambut jika ada sebarang silap sepanjang perkenalan kita kat sini. cewahhh.. jiwang bagai~ kalau aku sombong, kalau aku tak sempat nak balas jejak korang, maaf sangat oke? eh. nak duit raya boleh? lalalala~~




photobucket


selamat berhari raya semua. siapa yang layak lagi dapat duit raya macam aku ni. hikhikhik. selamat kumpul duit raya oke ^_^. jemput datang rumah =))

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 August 2011

Tumpang Tanya Jalan Boleh?


.Assalamualaikum.

A bertanya kepada B

A : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?
B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai!
 #PakarCinta
 



kan bagus kalau semua orang boleh jaga batas pergaulan. tadek lah bertepuk tampar, bergesel-gesel dengan bukan muhrim sebelum jadi yang sah. yedak? tapi, bila dah nafsu melebihi segalanya tegur pun tak guna jugak. yang penting, tanamkan dalam hati untuk elakkan. bukan tanamkan dalam hati untuk terai test. kan? =)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

26 August 2011

Siapa pernah kena rotan, angkat tangan!


.Assalamualaikum.

tadi tiba-tiba teringat time kecik-kecik dulu. teringat pasal rotan. dari kecik sampai sekolah menengah dah tak terbilang berapa kali kena rotan. haha. doiii. aku time kecik memang jahat gila kot. menjawab, menipu, me... dan segala me.. memang boleh bagi aku. =P tapi, sekarang tak weh. aku dah baik. hak tuih! 



dulu kecik-kecik kena rotan dengan parents aku sebab nakal gila. then, aku suka menjawab., ringan je kot mulut aku nak menjawab. aku pernah kena rotan dengan rotan buluh, hanger dan jugak paip getah. muahaha. lawak gila kalau ingat balik. tapi nasib lah kan. dah aku memang tak dengar kata. tapi paling kerap kena rotan dengan buluh yang panjang tuh. tu sebab menjawab, tak dengar cakap, tipu solat.. banyak lagi lah. see. nakal gila aku time kecik. bukan takat tu. penampar penah jugak kot. hahaha. =P then, mulut pernah kena saletip sebab menangis kuat sangat. pheww~ parents aku memang garang kalau anak-anak buat hal ^_^



masa sekolah rendah pun kena rotan sebab tak siap homework. 33 kali kot kena rotan. hebakkk! masa sekolah menengah pun sama. time Form 1. kena rotan ramai-ramai kat luar kelas. tapi kelas tu ada koridor lah. tapi boleh lagi gelak-gelak dengan cikgu sebelum kena rotan sebab tak siap homework sejarah! =P



masa sekolah menengah Form 5 kena rotan sebab ponteng kelas tambahan yang GPMS tu. aku ponteng time ada fizik. sebab aku memang bengong gila kepala bila belajar fizik. sekali hari tu, ada cikgu masuk dalam kelas panggil nama yang tak pergi kelas tambahan tu. hambek kauuu.. adalah 2,3 das kena. mau biru + bengkak tapak tangan aku. 





now, aku rasa jarang dah ada parents yang rotan-rotan ni. kan? tapi aku tak pernah menyesal dengan rotan tu. sebab aku selalu fikir. rotan tu buat aku jadi manusia sekarang. kalau tak, mesti aku nakal gila lagi. =)
lain mak ayah, lain cara didikan. tapi, aku tak kisah parents aku rotan aku. tapi time kecik-kecik dulu memang aku sakit hati lah. haha. cuma bila dah makin besar, aku faham =)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 August 2011

malas update tapi update jugak kan?


.Assalamualaikum.

eh. nak update ke tak? update ke tak? err.. bukan dah update ke ni? doiiii!! ingatkan dah malas gila-gila nak update. tapi tangan ni tiba-tiba je gatal nak update =P eh. kejap eh. entri lepas, jangan ada yang salah faham pulak. dia tu kawan aku je. just a friend. eh. mungkin dah jadi bekas kawan. boleh ke macam tu? muehehehe. dah dah. melalut je kalau cakap pasal tu.


sekarang dah balik rumah sebab teringin gila nak balik. rasa macam homesick dah. phewww~ hiperbola gila akhir-akhir ni. cakap sikit je pun nak hiperbola. ^_^ minggu lepas, minggu ni dan boleh katakan sepanjang bulan yang mulia ni banyak jugak lah dugaan. kerja bertimbun, tests, kuiz, esemen, presentation~ huh. *long sigh*



*kejujuran aku*
LOL 


tahun ni first time berpuasa kat rumah sewa. setakat ni not bad lah. ada pergi bazar, ada masak sendiri. dan dalam diam aku pun sedang cuba sedaya upaya, sekuat tenaga untuk belajar makan sayur =P FINE. aku memang anti gila dengan sayur. HAHA. tapi sekarang aku tengah belajar makan sayur. agak seksa bagi orang yang dah lama gila tak makan sayur macam aku =.='



okelah. kalau ikutkan banyak gila aku nak cerita dengan korang dengan bajet korang nak tau. shame on me. bukan korang kesah pun life aku. kesian jadi aku ni. =P 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

20 July 2011

Hizami, Nak Header Satu!


.Assalamualaikum.

thanks to rina sebab tag. eceh. padahal dah berpakat nak tagged. huahuahua. thanks zami sebab jemput walaupun header aku tu dah lawa katanya =P 



klik gambar =))




Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab semalam kan saya punya birthday. so, header tu sebagai hadiah hari jadi saya. okeh? heee =)

tagged : si lesung pipit super duper comel =))


p/s: sorry tak sempat nak blogwalking lagi =)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

19 July 2011

Officially twenty-one years old. =))


.Assalamualaikum.

doplohsatutahun? oemjayyy~ *speechless*. Alhamdulillah, dah doplohsatutahun aku hidup kat dunia ni. dan makin pendek jugak umur aku. err. kita semua ekceli. eceh. nak bersyarah bagai pulak ni. =P selamat hari lahir jugak dekat kawan-kawan aku yang sama-sama sambut hari ni. dearie housemate, FATIN and my lovely twin, ONIE


thanks kepada yang wish awal tuh. haih~ tak aci betul lah korang. wa tuntut hadiah baru tauu. ^^_ dan mesej paling awal dan paling menyentapkan aku dapat seperti yang tertera. maap la ye. memang aku kopi paste je ayat housemate aku ni. jadi, memang bahasa SMS. gasak ah korang tau baca ke tak. haha



disebabkan wa nak p tdo da, so dgn ini wa nk ucapkan selamat hari TUA. haha. mesti wa jd org 1st an. hehe. ble da lanjut usia ni, wa arap lu dimurah an rezeki n dipnjang an umo. wa hepi beb ad mmbe cam lu. da tua ni, jd matang sket k^^


 eh. saya dah matang lah~ hee



so, classmates, housemates, jangan terkejut minggu depan kak iqa jadi matang. huahuaha. dan korang, takkan baca je kot? wish lah jugak. haha. desperate birthday wishes aku ni. hikhikhik. nasiblah korang. sebab korang baca entri ni. =D


thanks to lovely facebookers jugak sebab wish. haih. hadiah nak jugak. boleh? ngaaaaa... one more thing. aku dapat free call untuk celcom for seven days, maxis for one day. err.. dan aku tak tau nak call sape. haha. ^^.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 July 2011

kejam? ooemjayy..


.Assalamualaikum.

berbalik kepada entri semalam, time aku tulis tu mood aku tengah serabut. so, macam kejam jugak lah ayat aku. jadi, bila kejam ayat, nampak aku macam kejam jugak. err. ayat aku ni pehal? gasak ah. tapi korang jangan salah faham pulak. ish ish ish. *gelengkepalalajulaju* aku still lagi baca entri korang walaupun panjang berjela. err. yeke? adalah kot. heee. tapi kalau dah main ayat je satu page dengan tulisan kecik, tulisan macam-macam bentuk, tak larat aku nak baca semua.



*senyum di pagi hari*



bagi aku, entri yang simple paling aku suka baca. ayat yang bersahaja. *skemalahakuni* jadi, kalau tanya aku, memang aku ada blog feberet aku. kalau aku bagitau korang kat sini macam tak adil lah kan? *bajetretis* nantikan ada pulak merayu-rayu kat aku supaya jadi pembaca tegar blog korang. hikhikhik. *malutaww*







kalau blog yang panjang sangat entri, aku lebih suka baca laju-laju. tak pon skip macam time tengok cerita. hobi woo main skip-skip. err. ekceli aku baru pandai main skip cerita. haha. gila jakun aku. tapi jangan risau, aku still lagi blogwalking cuma tak semua yang aku sempat komen. =))





Let's heart to heart *talk*


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

17 July 2011

aku tak tau nak letak tajuk apa.


.Assalamualaikum.

not in good mood right now. tak cukup tidur mungkin. err. ekceli terlebih. bila terlebih, mood pun kelaut jugak. hm. keep update. yeah. i do love writing and i hate reading too much. kadang-kadang give up gila dengan blogging. sebab aku rajin jugak lah update *kononnya* tapi, aku sangat malas nak blogwalking. sebab kena membaca. aku singgah blog korang, tapi sikit je aku baca. aku tak larat nak baca semua. dah dasar pemalas baca macam nilah =.='



kadang-kadang aku rasa tak adil bila orang komen entri aku tapi aku tak balas balik kunjungan korang. haih~ serba salah dibuatnya. tapi, kadang-kadang aku fikir nak je buat entri baru setiap masa tanpa fikirkan kunjungan korang. pheww~ *kejamjugakakurasa*






aku try kuatkan semangat sebab tanpa korang, aku takkan berada sampai tahap ni. err. statement macam retis. haha. *takbolehbelahlangsong* kesimpulannya, aku memang lebih suka menulis daripada membaca. jadi, maaf lah kalau aku dah kurang blogwalking. ala, bukan ada orang kisah pun. ^_^





lagu ni BEST =) 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

15 July 2011

aku rasa aku macam budak kecik dah.


.Assalamualaikum.

huih. cuti mid term dah setat tapi aku still lagi malas nak update blog ni. penat wooo pikir idea nak taip apa. kang kalau aku taip puitis-puitis sikit orang ingat aku jatuh cinta. hik hik hik. ni pun aku gigihkan hati nak update dan blogwalking. banyak gila aku terlepas entri korang yang best-best kan? *sigh* aku kalau online pun kat facebook je. sebab, tu pun aku pinjam berukbeng housemate aku. kalau tak aku online hari ahad, selasa and rabu. ceh. ada jadual bagai ni. haha. ni sebab kelas BEL. err. english lah. kelas ada komputer jadi, kita facebooking ah seround kan? =))


* i'm not beauty queen. i'm just beautiful me*
=))



err.penah tak korang rasa korang macam budak kecik je? err. even umur dah tua bangka. ala, aku doploh satu.. tak tua lagi. hikhikhik. meh aku nak bagitau kat korang kenapa aku rasa aku macam budak kecik.

first. aku kan, kalau tak cukup tidur lepas tu aku kena buat-buat kerja ke, kena pergi kelas ke..mesti akan ada rasa aku nak nangis. err. macam ni. budak kecik kan kalau dieorang tak cukup tidur mesti nangis. yedak aku ni? aku macam tu ah. tapi sebab aku malu dengan kawan aku, aku tahan lah. *kantoi* lepas aku dah dapat tidur then, bangun lagi barulah aku dah tak rasa nak nangis lagi. huahuahua. sadis gila perangai aku. buruk.


second, aku pantang tau orang herdik aku. otomatik air mata aku keluar. dari kecik aku memang macam tu. ekceli semalam adik aku herdik aku *sakithatidapatadikmacamkau* . aku bimbang time aku kerja nanti kalau kena marah dengan bos then aku nangis terus. gila cengeng aku kan? haiyaaa... eh. ke orang perempuan memang macam ni? heee o_O


third, ni KAWAN AKU CAKAP.

"kak iqa ni macam budak kecik lah"
"hah? haha. kenapa?"
"ye r. kak iqa suka benda-benda kecik"
"errr.?? blur.blur.blur"
"ala, kalau pergi kedai kan kak iqa macam eksaited je nampak gula-gula"

*speechless mak*

"hahahaha. ala. nak buat macam mana. dah suka gula-gula comel macam tu" 

ekceli, aku kalau bab gula-gula ni memang pelik kot. tadek lah pelik sangat. cuma ada sesetengah gula-gula yang aku beli tu budak-budak je makan. kalau aku beli then aku nak share dengan dieorang, semua tak nak. haha. nasibla~~

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

01 July 2011

budak-budak kena kencing. heh.


.Assalamualaikum.

hye! it's already JULY!!!! and i'm officially twenty-one soon. and dear JULY, please be nice to me =)) 



yeah. tiba-tiba je starting english bagai nak rak. kalau nak harap aku taip in English semua memang hancus lah. hehe. oh ye. petang tadi buat birthday party untuk adik aku. tadek lah party sangat ponnnn.. setakat buat makan-makan je. demn gedik betul adik aku sebab dah tua pon miang keladi nak buat birthday party. aku tadek pon tawww.. *sobs*



tengah duk buat preparation tadi, ibu bawak lah keluar kek then letak kat ruang tamu depan. err. cara aku cerita ni macam korang tau je rumah aku macam mana. ehek ^_^ lepas tu, adalah sepupu aku dua, tiga orang duk tengok-tengok kek tu. dannnnnnn....


boboy : beli ke kek ni?
aku : eh. I lah buat. haha
boboy : yeke? kak iqa buat eh?
aku : mestilah. letih tau buat kek ni.

daniel : eleh. tipu. ni beli la.
aku : eh. mane ada. buat la.
boboy : haa. yela. kak iqa buat la. kak iqa kan pandai buat kek *ikhlas ke tidok budak ni*
aku : haha. betul. kak iqa buat.
daniel : ala, tipu...
boboy : yela. ingat tak hari tu kak iqa buat kek cokelat? ni kak iqa la buat ni..

*aku time tuh dah bajet dah nak buat entri sebab si boboy ni hidup-hidup kena kencing ngan aku. hahaha.

daniel : eleh. tipu lah. dah tu mane dapat kotak kek ni?
aku : err. print guna printer tu haa... hahaha
daniel & boboy : haha. tipu.

*finally.


*smile*

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

30 June 2011

jangan sakiti aku lagi. #heart


.Assalamualaikum.

kalau sekarang aku rasa nak taip entri sepanjang yang aku mampu boleh? dah lama aku pendam perasaan ni. eceh. *bajetkanaku?* kalau ikut majoriti dalam rumah aku yang bercinta, aku sorang jelah yang memang SAH single. keh keh keh. kadang-kadang single ni best, kadang-kadang tak best. yedak? tapi aku tadek lah gian nak matik nak berkapel tu. heh. 


bila aku cakap aku tadek boipren orang tak caya. grr. ingat senang ke aku nak single lama-lama cenggini. hehe. nampak sangat sebuelum ni single kejap je kan? lecturer aku ada cakap :


kematangan seseorang tu seiring dengan meningkatnya usia


ekceli ayat lecturer aku tadek la macam tu. skema bagai. tu aku je buat sebab nampak macam lebih paham. tapi kalau tak paham jugak, rendam kepala dalam air sejukkk.. heh.  dulu pemikiran aku kalau bab bercinta ni memang tahap kanak-kanak riang gittuww. sekarang aku lebih pikir ke arah yang lebih ke depan. err. dalam erti kata lain :


a serious relationship


tak lama lagi aku officially doplohsatu tahun. bila masuk tang doploh depan tu, sah-sah hormon cinta tu lebih sikit. haha. aku suka tengok orang bercinta. tapi bukanlah sampai yang bergesel-gesel tu. tu aku ghase nak bagi penampor free-free aje. boleh? aku suka kapel yang biasa-biasa je. nampak sweet je. hehe. 



 *selingan*


kadang-kadang bila ada dua pilihan, itu yang sukar. serius. aku pun tak tau apa perasaan aku. yang sana ok, yang sini pon ok. err. sape? aku pun tak tau. haha. andaikata jelah kan. eceh. padahal dalam dilema. ngaaa. *kantoi*



aku tau bukan semua orang boleh terima diri kita seadanya. dan sebab itulah hingga ke saat ni. err. skema betul ayat aku. aku belum jumpa yang terbaik untuk aku. mungkin orang semua cakap aku memilih. ya, aku mengaku. memang aku memilih. tapi, aku memilih untuk kebaikan aku. orang selalu salah gunakan kebaikan, kejujuran yang aku bagi. sebab tu bila aku kenal dengan seseorang, aku mesti cepat benci kalau orang tu buat aku rasa tak senang dengan dia.



anyone?



dan, terima kasih untuk kamu yang berusaha mencari jodoh untuk diri ini. haha. lawak lah korang ni. aku try nak suka seseorang. tapi aku takut. bila aku dah suka, dia pulak tak suka aku. susah kan?


bila kita suka orang tu, orang tu tak suka kita.
bila kita tak suka orang tu, orang tu pulak suka kita..


aku takut, hati aku sakit lagi macam sebelum ni. aku takut, air mata aku mengalir untuk sesuatu yang tak diperlukan. aku takut nak hadapi semua ni lagi. dan, suatu hari nanti aku harap ada orang sanggup hapuskan rasa takut aku ni. aku tau, aku buka perfect. aku bukan cantik macam supermodel. tapi, sekurang-kurangnya aku cuba untuk jadi yang terbaik =))


dan untuk awak,

walaupun awak memang takkan baca dan tak akan pernah tahu *mungkin*, tentang perasaan ni. terima kasih untuk perkenalan ini. walaupun saya tak kenal siapa awak yang sebenarnya. kalau awak betul-betul serius, saya boleh serius. tapi kalau awak rasa hanya untuk main-main, maaf. tempatnya bukan di sini =)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

10 June 2011

mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


.Assalamualaikum.

3, 4 ,5 ,6, 7, 8 ,9 dan hari ni dah 10 june. heh. lame jugak aku tak hupdate. tapi normal la kan. aku bukan blogger tegar nak hupdate doplohpat jam. yedak? aku pun malas nak kejar-kejar trafik. penat je. heh. kalau ikut entri lepas aku bagitau tu last entri sebelum nak pasang stimix kat rumah sewa kan? tapi rasanya macam tak jadi kot. sebab penjimatan sangat diutamakan saat ini. hehe. so, aku TIPU korang lagi. =))



*aku kat rumah ni*



berbalik kepada tajuk entri la. kadang-kadang aku perasan yang kita ni sedap benor duk mengata kat orang lain. tapi kita tak sedor pon apa yang kita mengata kat orang tu sebenarnya sama je macam yang kita buat. dulu aku macam tu ah. suka sangat. haha. tapi, sekarang kalau boleh aku kurangkan lah. dosa beb. kalau macam ni, belajar pun tak berkat. err. yeke?



bila ada sesetengah orang yang cerita keburukan orang lain, aku sinis je dalam hati sebab aku tau dieorang pun sama je sebenarnya. pelik betul aku. nak mengata orang lain buat buruk-buruk, tapi diri sendiri buat jugak. aku dah banyak sabar dalam hati ni. sabar sebab tak aci lah duk mengata kat orang tu sedangkan kau pun buat benda sama. cuma orang tu lebih sikit je buat keji tu. ^^_ tapi, dosa still sama kan? aku ni join jelah tukang dengar sambil mengiyakan. demn. sekali dengan aku dapat dosa free. *sigh*



*iklan*
=))



mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.. aku tak tau lah sampai bila tahap kemenyampahan aku ni boleh tahan. kemenyampahan tadek dalam tatabahasa Malaysia. jangan gatal nak guna pulak. tak pepasal aku kena saman dengan kementerian kan. hehe.



*cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain*


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 June 2011

semester baru =))


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah~
dah start pon sem baru kat uitm dungun tercinta ni. cinta lah sangat. hak tuih. heh. sem baru ni semua pon baru. duit je tak baru lagik sebab ptptn tak masuk lagi. demn. hari rabu ni insyaAllah masuk lah. so, bila dah masuk mula-mula kena asingkan duit untuk rumah, kereta, bil-bil, buku. *sedih tak hengat*


sem baru banyak yang tak best. serius aku cakap. *sobs* dengan selsema, batuk. subjek pon bosan je sem ni. banyak kena hafal. law, tax, costing. ahhhhh... lecturer pulak skema bagai. *sadistauu* hari-hari kena pakai baju kurung. heh. nampak sangat aku jarang pakai baju kurung =P


sekarang aku kat rumah. just quick update sebab balik pon bersebab. kawan aku nak kawen!!! wahhh.. syok kot. temanya purple pink~ wahhh.. dulu aku pernah buat entri yang dia bertunang. boleh leww rajin klik sini =))
semalam pon pergi tolong apa yang patut. padahal mata mengantuk gila. tapi tolong menolongkan amalan mulia. eceh.


weh. jangan ade yang komen tanya bila turn aku. keh keh keh.


blogwalking pon tak dapat jalan macam biasa. tunggulah bila hal rumah dah settle semua, insyaAllah kiteorang pasang stimix kat rumah. dan time tu aku memang aku qada' semua. oke? janji =)) ni pon maybe last entri sementara tunggu nak pasang stimix tuh ^^_


 
aku kawen, aku nak belon banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk =))



*maaf* 
masa aku limit sangat sekarang T__T 


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

29 May 2011

okay. BYE.


.Assalamualaikum.

sobs sobs sobs. sambil ngelap hingus dan air mata. sedih tau. sedih gila. kalau lah korang dapat rasa apa yang aku rasa. huk huk huk. *lari jap*



xD


*datang balik* huk. kena balik weh. balik dungun petang ni. lepas asar. nasib baik drive sendiri. so, suka hati wa lerr nak pergi bila pon. kalau ikut hati malas pergi dah. tapi demi segenggam diploma, aku berkorban. caitt. gedik je rase. dah lah duit ptptn tak masuk lagi. ah. bila letrik, bil air, barang-barang dapur, barang-barang kelengkapan rumah, minyak kereta, nak bayar guna air liur ke? grrr. cepat lah masuk T__T



kan best kalau dapat jadi kanak-kanak balik. tak payah susah-susah pergi jauh. duk rumah jadi blogger kanak-kanak. keh keh keh.




memang tadek orang akan rindu aku pon lepas nk. nasib la kan. hek hek hek. kesian stalker-stalker aku. tak boleh dah nak menyetalk entri aku. *bajetretislettew* . menyetalk? bahasa aku buat sendiri. haha. ni kalu cekgu Bm aku tau, mesti dia cakap aku tak kenang budi dia. sobs. *tolongsedihuntukcekgu* nak buat macam mana, dah kat unibersiti tak belajor BM. keh keh keh. 



lepas ni memang aktiviti blogging, blogwalking cuma ada time-time kat rumah je. disebabkan berukbeng meksis sangat malatops line kat rumah sewa, jadi, blogwalking memang tak boleh. kalau boleh pon sikit je. *ampun* tapi kalau fesbuk tu buleh lagi lah nak meloya buruk kat status sambil menggedik cakap homesick. homesick leww sangat. padahal sejam je kot jarak rumah ngan kampus. haha.



utamanya adalah *skemabagai*


.sori tak dapat blogwalking sangat dah lepas ni
.kepada yang follow, thanks yawww. terharu tau. ahaks~
.yang kat chatbox, maaf ler tak sempat nak blogwalking
.serius aku tak dapat blogwalking sampai muntah berdarah. belakang aku dah sakit gila sebab hari-hari duk hadap natang pc ni. haha. 


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan