Posts

Showing posts from 2019

TTC Part 2: STOP?

Assalamualaikum. Wehh baru perasan lama tak update pasal TTC. Tetiba update dah nak stop kan. Haha. Hari tu nak start TTC sebab husband ada dekat base and aku selalu balik so pergilah check up macam post yang lepas . So kisahnya, selepas dah consume clomid 100mg aku still tak berjaya untuk pregnant. Takpe. Itu kan usaha. So takde rasa kesal ke apa. Tapi aku ada pergi check hormone dekat klinik atas saranan doktor. Result darah untuk check hormone tu menunjukkan progesterone aku rendah. Sangat rendah which is memang susah untuk pregnant. Doktor ada bagitau untuk pregnant, hormon progesterone tu kena 20++ ataupun belas-belas. Aku lupa weh macam mana bacaan dia. Gambar pun dah delete (-_-) Doktor suruh aku kurangkan makanan manis tapi tulah susahnya alahai, HAHAHA. Mula-mula aku stop kejap makanan manis. Cuma sesekali je ambik tapi lama-lama eh lupa diri pulak. Then doktor ada tambah dos clomid kepada 150mg. Tapi lepas consume clomid kali yang kedua, aku rasa nak stop dulu. Husband

Resepi Moist Chocolate Cake Paling Sedap!

Image
Assalamualaikum. Haiii. Amacam? Tak terliur ke tengok gambar kek tu haha. Aku susah sangat nak berkenan dengan moist chocolate cake sebab banyak yang tak betul betul kena dengan nama kek tu. Ada beberapa je yang aku boleh claim betul betul sedap. Sedap kat sini maksudnya tak manis dan rasa dia just nice. Banyak resepi aku try tapi resepi nilah yang paling berkenan di hati dan dah bertahun guna. The Best Ever Moist Chocolate Cake daripada blog Puan Azie Kitchen . 😍 Serius kalau korang try memang takkan menyesal. Haha. Kalau ikut resepi ni, Puan Azie guna mixer untuk mix semua bahan. Tapi aku kan pemalas. Jadi hand whisk jelah. Lol. Tapi sama je. Kot? 🤣 Okay sila hadam resepi yang senang kat bawah ni ye. THE BEST EVER MOIST CHOCOLATE CAKE Credit: Azie Kitchen   Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir (aku guna 1 3/4 cawan) 3/4 cawan serbuk koko Hershey's 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder (optional) 2 biji telur saiz A 1 sudu keci

TTC Part 1: Appointment

Image
Tahun ni tahun kedua dah jadi bini orang tapi belum ada rezeki nak timang zuriat sendiri. Ehehe. Aku tau ada masalah ni masa sekolah lagi dan sebelum kahwin pun memang aku dah explain dekat bakal suami (suami dah la sekarang) pasal masalah aku. Tapi aku taktau la dia ingat ke tak. Kot nye kalau dia baca blog ni pastu dia mai tanya aku "bila sayang cite kat abang?" -____- Tahun pertama kahwin aku tak terlalu beria nak TTC ke apa. Aku kira baru nak kenal sesama sendiri. Lagi satu sebab PJJ dan aku tau susah nak predict waktu subur disebabkan masalah period yang tak teratur. Jadi aku hanya menikmati waktu-waktu berdua saja. Orang tanya, aku sengih je cakap belum ada. Tak ambik pusing sangat dengan soalan dah ada isi ke belum yang aku rasa nak je tepek kat dahi "belum mengandung lagi" hahaha. Yelah, dah ramai sangat tanya. Masuk tahun kedua, aku dah start fikir. Tapi aku tak betul-betul TTC jugak. Cuma join group BBT dekat facebook. Wehhh sumpah aku tak faham hahaha

2 0 1 9

Image
Assalamualaikum! Lama gila dah aku plan nak update tapi selalu tak kesampaian sebab MALAS. Hahaha. Dan sebab laptop kat rumah ni dah lama sangat rosak. Selalu je aku bukak dashboard tapi dekat office la. Nak update dekat office takut ada mata memandang. Lol. Lagipun blog ni bukan medium utama dah macam duluuuuu. Dulu ramai blogger. Sekarang ramai kot instagram dan twitter je. So, makin lah sendu kan. Kecuali kalau memang blog tu dah ramai followers. Dulu, blog aku sendiri dah lebih 1K followers tapi lepas Blogger hanya limitkan kepada yang ada akaun Google je so tinggal lah beberapa kerat je. Life aku? Macam nilah. Masih lagi setia dengan LDM ( Long Distance Marriage) atau PJJ la nama glamor kannnn. Tahun ni aku paling kerap ulang alik. Selang dua minggu sebab laki aku ada dekat base sampai bulan Jun. Gigih dakkkk aku balik selang dua minggu? Aku rasa macam BFF dah dengan bas tu. Dulu tak reti tidur dalam bas. Memang susah lah nak tidur. Sekarang ni, baru on the way nak naik bas