31 December 2012

Tips Cantikkan Filling Egg Tart/Tat Telur


.Assalamualaikum.


yum yum yummmm *tumblr*

How to make beautiful egg tart? Kalau ikut bahasa Malaysia, macam mana nak buat tat telur yang cantik? Wahhh skema habis. Aku start makan egg tart masa sem 4 kat UiTM. Time tu lecturer Economics yang belanja kiteorang satu kelas. Seram nak makan mula-mula sebab kat tengah tu macam jelly and aku fikir sure aku termuntah makan. Tapiiiiiiii.. Bila dah makan?? Tak cukup hoi! Baru tau yang egg tart ni sedap rupanya.. No wonder lah ramai yang gilakan egg tart kan?

So, kejadian tu tahun 2010 dah rasanya. Tapi, sekarang aku pulak gigih buat egg tart. Banyak kali jugak buat. Dannnnnn banyak pesen aku try nak bakar. Banyak kali jugaaaaakkkk filling telur melimpah keluar dari crust. Kesian. Tapi sebab terlalu banyak kali buat egg tart so dah terer dah nak buat. Hamboi kau. Perasan.

Nak buat filling egg tart nampak cantik je macam gambar atas tu senang je. Senang la sangat uols. Pheww. First, JANGAN JANGAN JANGAN bagi filling telur terlalu nak gelembung time bakar tu. Means that uols kena selalu perhatikan bila dah letak filling telur. Well, tak lah setiap minit pegi tengok. For the first 10 minutes, tak nak tengok pun takpe. Tapi minit lepas tu dalam 5-10 minit lagi tambah masa then, jaga-jaga sikit. Bila nampak macam ada beberapa yang naik gelembung tu, bukak oven the try goyang-goyang kan sikit tray. Kalau semua dah keras, takde yang nampak berkocak sampai semut boleh terjun tu so korang boleh keluarkan lah ye. Kalau ada lagi beberapa yang tak keras, tambah masa sikit je lagi. Pastu check lagi ye.

What if kalau terlalu naik gelembung? Hmm. Filling telur korang akan mengecut macam kulit berkedut. So tak cantik hokeh!

Second, bila dah keluarkan dari oven tu mestilah biar sejuk dulu baru makan kan? Pon boleh. Tapi nak lagi best sejukkan dalam peti sejuk. Lepas tu makan. Ohhhh sedap sedap sedap. ^_^ Resepi? hmm. Nantilah. Ala, google pun banyak. Dasar pemalas nak bagi resepi sekali. Okay lah. Aku nak pegi sambung buat egg tart. Semalam tak sempat siap. >_<

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 December 2012

A planning :)


.Assalamualaikum.

sila la meleleh air liur tengok :P

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Eceh. Guess what? I am no longer work at The Cupcakes Shop :) Semalam berhenti then hari ni lepak je kat rumah. Ramai tanya " Kenapa berhenti?? " So...apa aku nak jawab? Sebab jawapan sebenar aku simpan dalam hati. Keh keh keh. Now, a bit busy with my uncle's wedding preparation. Barang-barang goodies bag pun baru sampai pagi tadi. Baru je siapkan sikit. Lepas tu macam biasa, Encik Malas datang jemput ;)

Only few days left before 2012 ends. So, how was your 2012? Kalau aku, ada yang manis ada yang pahit. Yang pahit tu ajar aku untuk jadi lebih baik, lebih kuat :) Yang manis akan jadi kenangan sampai bila-bila. Hoi apa skema sangat ni >_<

For this coming 2013, InsyaAllah semoga aku jadi lebih baik. Dan maybe aku nak start business dari rumah kot. Even baru dua bulan aku kerja kedai cupcakes, tapi Alhamdulillah terlalu banyak benda aku belajar. Oh, dah dapat first customer untuk Januari 2013 :) Doakan yang terbaik. Hehe



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

09 December 2012

Random Talk.


.Assalamualaikum.

Where's my Prince? lol

Dah masuk tahun kedua aku quit dari dunia couple. Eceh. Siap kira tahun bagai tu. Sebelum ni memang asyik tukar pakwe je. Ehem. Bajet comel je. Tapi, aku pun manusia biasa. Ada perasaan la kata orang. Hm, suka dengan cinta tu lain kan? Foine. Aku cuma nak cakap aku suka dia. Macam lagu je. Hantar-hantar nota  boleh? Tapi aku tak paham kenapa nak suka sangat dia. Kalau tengok dia, biasa aje. Lagi kacak Lee Min Ho. Yeahhhh. Tak buat lawak bodoh pun.

Aku tak tau la dia tahu aku suka dia lagi ke tak sekarang. Sebab dulu aku ada confess ah. Arghhhh. Malu weh. Rasa nak humban muka dalam tanah je. Macam mana la boleh TERconfess. Phuiii. Dia baik. Baik bukan untuk aku kot. Untuk orang lain, InsyaAllah. Banyak kali aku elak tak nak contact dengan dia. Delete number. Ni part paling bengong kot. Dah la aku hafal number dia, lepas tu aku delete. Takde maknanya kan? Aku tahan diri tak text dia. Tapi, dia text aku! Haih. Serius lah. Kalau dia text je, laju aku nak reply. Terhegeh betul. Aku selalu pesan dulu, toksah la cari aku. Aku tak boleh kalau rapat dengan dia. Perasaan aku lain. Tapi kau tau jelah lelaki kan. Eksen! Alasan " ala, kan kawan je.. takpelah.. " Tak ke buat aku rasa nak cepuk je anak orang macam ni. Tak paham perasaan orang betul. Sudahnya aku biarkan je. 


You ;)

Bila biar, parah jugak. Perasaan tu lagi kuat. Pheww. Entahlah. Kenapa dia? Kenapa tak orang lain? Sebab dia baik dengan aku kot. Aku pun banyak cerita macam-macam. So so so.. hm. Tapi dia buat dek je kat aku. Kesian kesian kesian. Btw, maap la duk cerita benda geli-geli ni. Saja nak bagi blog ni bernyawa. Heh.

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 December 2012

Rutin harian sekarang.


.Assalamualaikum.



Sejak kerja ni rasa macam takde life sangat. Bangun pagi, nak tolong kemas rumah, siap-siap pergi kerja, balik kerja fikir nak rehat je manjang lepas tu fikir nak tidur tidur tidur. Itu sebelum ni lah. Sekarang dah malas gila nak pergi kerja. Bangun lambat, lepas tu menggelupur nak kemas rumah, sidai baju, bagi arnab makan, bagi kucing makan. Sampai tempat kerja, dah malas nak mampus lagi. Penat. Mungkin. Balik kerja, tidur pun dah lambat. Tu yang bangun pun lambat. Alahai.


Kalau orang cakap " bestnyeeeee kerja kat kedai cupcakes! " Jawapan aku mesti " hehe.. memang best pun " But indeed, sangat penat. Sangat. Perlu ke aku nak ulang perkataan sangat tu? Penat bila terlalu banyak order nak dikejar. Berdiri berjam-jam. Kadang rasa nak menangis je. Eh? Tapi bila time takde kerja nak buat, rasa nak tidur aje kat kedai tu. Serius mengantuk kalau takde kerja sangat. Ah manusia, bukan pernah bersyukur dengan apa yang ada =.='


Tapi, Alhamdulillah. Banyak ilmu yang dapat. Belajar frosting paling aku nak sangat. And now, I already got it! :D Tak lah penuh ilmu kat dada kat kepala otak ni ha. Tapi boleh lah daripada takde langsung kan? Dan aku rasa aku takde chemistry sangat dengan chocolate cake or cupcakes. Sebab kadang menjadi aku buat, kadang tak. Kesian.




Starting next week, my boss will be going to Japan. Only me and another colleague will handle all those upcoming orders! Oh yeah. Hoping that everything will be fine. And same goes to chocolate cupcakes >.< Tapi aku tak ambik banyak order. Just cupcakes butter-cream design fondant dengan fully fondant. Hasilnya, kita tunggu dan lihat ajelah ye. Kadang aku pening nak explain dekat customer beza fondant dengan butter-cream. Aku explain pun dieorang ternganga lagi. Haih. 


Oh, semalam ada customer datang cakap :

Customer: Err, ada pekerja nama Iqa?
Aku: Err.. ya, saya.
Customer:  Err.. bukan.. hmm.. blogger yang nama Iqa
Aku: *sengehkambing* Saya la tu. hehehe

lepas tu bla, bla, bla tu borak :P

Thanks Kak Yaya for coming :)

So, sempat lagi menaip sebelum pergi kerja. Dah, nak siap-siap pergi kerja pulak.
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 November 2012

Hot Luv Chats by Hotlink


.Assalamualaikum.



dulu time join hot luv chats dekat hotlink dalam tahun 2006 or 2007 macam tulah, kenal ramai orang la jugak. time free la. bila dah start kena charge untuk chat, lepas tu bercampur pulak dengan yang post benda-benda lucah ramai chatters yang asal keluar bawak hal sendiri. tapi, sekarang pun still ada yang aku contact dekat facebook. tapi, yang ramai hilang pun ye jugak. :) aku kan... time tu kan.... aku guna hmmmm guna nickname 'LuvPink'. dieorang panggil aku pink. jangan gelak pelissss >_<

tapi, aku nak cari BABY!! baby tu older than me la. time tu aku sekolah menengah. baby tu umur around 23-26 gitulah kot. aku pun tak ingat. dulu ade jugak contact dekat myspace tapi last-last that sis hilang entah mane. sebelum tutup akaun myspace, ade jugak aku stalked profile die, tapi memang tak aktif langsung dah. :/ another name yang aku tau ade yang panggil kak leen. sekarang pun rasenye baby dah kawen laaaa. tak jadi baby dah kan? jadi mak baby pulak. heee. she's from KL if I'm not mistaken. Bangsar...Cheras.. I don't know. last year aku try tanya ex pakwe die, miyul. tapi miyul pun tak tau mana dah pergi baby tu. rasenye time dalam chat tu je orang panggil baby. so, melekat kat aku sampai sekarang la. :)

baby, where are you? miss you lahhhhhh T_T

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 November 2012

Random Post #3


.Assalamualaikum.

Rindunyeeee. Nak luangkan masa macam dulu. Sekarang busy sangat. Even kerja part time. Tapi itu lah kan.. kerjanya hari-hari hadap tepung gandum, gula, cream, bla bla bla.. Mula-mula masuk kerja rasa nak menangis. Boooo. Sebab penat sangat-sangat. Aku mana penah kerja-kerja ni. Kat rumah pun pemalas nak mampuih. Sekarang dah boleh adapt dah dengan cara kerja. Tapi kadang-kadang bila tahap penat gila memang rasa nak berhenti. :P Best tang time buat cupcakes. Time buat keje mengemas rasa nak guna yang pakai buang je. Eh pemalas betul.


Aku suka dengan kerja part time. Seriously, sangatttttt ohsem :D so, bagi yang suka sangat cupcakes jemputlah datang kat The Cupcakes Shop! Kedai ni kalau korang nak tahu meh aku bagi direction. Ecehh. Nah hambik lah peta ni. Pandai-pandailah baca peta ye! Hihihi




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

12 October 2012

Working!


.Assalamualaikum.


Setiap hari dah busy! Takde masa dah nak online lama-lama, blogging... and yes, sekarang aku kerja part time kat The Cupcake Shop! Weeee. Where is it? It's located at Losong, Kuala Terengganu. Kedai kecik je tapi cute. ahaks. Aku sorang je assistant akak tu so, agak busy la. Sebab nak tolong buat kek, nak mengemas, nak membasuh. pheeeewww~ *lap peluh* 

Refer to page Baker's Tales Cupcake. Ada macam-macam kek setiap hari and hari-hari jugak ada cupcakes. Yummyyyyy. Tapi aku duk kat situ takde pun makan kek-kek semua. Tak teringin pulak sebab dah keje kat situ. Kalau dulu, mesti mengidam gila dengan cupcakes! Heee. Yang order untuk macam-macam event pun ada :) Operation hour 9:30 am until 6:30 pm. So, kalau balik rumah sekarang pukul 10 malam mata dah mintak tido. Penat sangat keje time siang hari agaknya :P

Penat tapi enjoy sebab benda yang kita suka. Ada la jugak akak tu ajar-ajar. Heee. Lagi satu, boleh online jugak kalau time takde keje nak buat. Ekekekeke.. Tapi tulah, mood online dah kelaut dah. Padahal baru seminggu keje. Hoho. Nanti kalau ada cuti panjang sikit, story later okay ;) 


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

05 October 2012

Random Post #2


.Assalamualaikum.


note: baru je lepas exam. lupa kejap ada blog rupenye =.='

dua minggu sebelum raya memang sakan aku duk buat kuih la, biskut la, kek la.. minggu raya pun macam tu. tapi masuk minggu kedua dah malas. lama jugak malas walaupun minat baking baking bagai ni kan. tapi malas tu menguasai segalanya weh. blergh. sampai la ibu dengan abah duk pakat tanya kenapa dah tak buat kek. problemo is kalau aku buat bukan sume orang makan sangat pun. makan sikit gitu jelah. sudahnya aku jugak menghabiskan. saje nak menggemukkan anak perempuan yang satu ni. :P

so sekarang kan.. sekarang tu maksudnya time aku siapkan draft ni doploh dua september, mood baking kemain kau! ada je idea. nak nak lepas shikin bagi laman web laura vitale. perghhh. ce korang pergi tengok video resepi laura vitale dekat you tube. ralit gila tengok dia cakap. comel kot. rasa nak gigit je pipi dia. sampai macam tu sekali. ke aku je macam ni? hmm. straight lagi ni yeee -____-


currently missing beautiful colors during childhood :)


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

24 September 2012

Memaafkan Itu Menyenangkan.


.Assalamualaikum.



few weeks ago, something bad happened. all I can say is, toooooo bad. seriously. act like nothing happen, eat, enjoy, laugh.. but deep inside I'm totally down. semuanya bila kebenaran tu aku sendiri yang jumpa. tweetdeck for android tu yang boleh buat aku tau cerita satu persatu. ahh. tak perlu nak bagitau which part dalam tweetdeck yang boleh buat kebenaran tu terbongkar gitu je. 

time tu aku memang sakit hati yang amat sangat lah kononnye. ceit. aku tak boleh nak maafkan pun. sampaikan aku nak buat semua kerja, aku rasa tak tenang. studying, performing solah, reciting Quran, eating, watching.. hmm everything. malam sebelum tidur aku fikir mungkin sebab aku tak maafkan orang. lepas aku dah tau banyak sangat-sangat-sangat-sangat benda yang dirahsiakan well means that almost the whole thing, I tried to keep calm myself. aku rasa aku kena maafkan. benda dah jadi pun kan ;) tapi, kadang datang jugak sakit hati tu. cuma, setiap kali ada perasaan tu aku cepat-cepat berdoa dalam hati, 'Allah, lembutkan hati aku untuk maafkan dia, ikhlaskan hati aku...'

dan sekarangggggg, tenang setenang air di kali. gittew~ bagi aku, takpelah dah orang nak buat macam tu. manusia tak sempurna, tak lari dari buat salah. sekarang, letak kepala atas bantal pun senang nak tidur. siap overdose lagi tu weh. ahaks. terlajak. TER okay. :P


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

20 September 2012

Kawan Orang Johor - Don


.Assalamualaikum.



zaman sekolah menengah dulu hmmm maybe four or five years back, aku kenal dengan someone ni. lelaki. well, kawan jelah. kalau ada feeling tu entah lah. kot la. lagipun time tu sekolah lagi. masa tu menggatal sikit. ahaks. aku tak penah tau la apa nama betul dia. or maybe aku sendiri pun dah lupa. yang aku tau, aku panggil dia DON. dia orang Johor. which part of Johor, I don't remember at all. Umur? lagi lah aku tak ingat langsung. >_< yang aku tau DON dan dia pandai main gitar! like like like. gittew~ bila tengah on call, mesti aku suruh dia mainkan gitar sambil nyanyi. He's awesome! pandai main gitar. suara dia best :)

I don't have any ideas where he is right now. dulu aku selalu sangat tukar nombor. lepas tu aku tak ingat nombor orang. memang dah ramai sangat kawan-kawan yang aku lost contact. tapi si don ni yang aku duk ingat sebab last aku text dengan dia, dia janji nak mainkan lagu. seingat aku la. lepas tu, aku lesap. hakhak. kalau jumpa balik don tu pun sekarang aku rasa dia dah kawen la kot. dah anak dah pun kot. main gitar lagi ke? ^_^ dan aku tulis ni pun sebab #OrangJohor trending kat twitter then terus teringat pasal dia.

Anyone know who and where he is? O_o Or maybe if one day Don read this, please leave your comment. kot la kannnnnnn...
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 September 2012

Delete Undelete Version


.Assalamualaikum.


dua kali delete, dua kali undelete. lepas tu private. kononnye. mohon menyampah -.-' niat tu memang nak delete blog. bila orang tanya, cakap nak retired. buwekkk. mohon tambah lagi menyampah tu. >_< tapi, hari-hari aku bukak dashboard ni. duk scrolllllllll reading lists. time undelete, aku tengok entri lama, komen-komen lama. rindu. serius o_O. lepas tu decide tak nak private dah. cuma, berpuluh-puluh entri lama aku delete. sebab tu entri yang ada gambar-gambar, entri time bercinta. gittew~ tergelak sorang-sorang duk baca entri lep lep tu. tak menahan yang time emo bila clash. puiiii.

kadang-kadang ni ada pesen suka ikut perasaan. aku lettew. k. fine. sebab tu aku emo kejap dengan blog ni. err :O tapi, tak kisah la orang nak tipu ke, nak main-main ke..... cuma satu, biar orang buat kita jangan kita buat orang. :)


But better to be hurt by the truth than comforted with a lie.

— Khaled Hosseini (via kari-shma)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

30 August 2012

cerita macam macam. eh?


.Assalamualaikum.

takde apa sangat nak update cuma saja nak buang masa yang ade :P sekarang cuaca tak menentu. kejap hujan, kejap panas. bila hujan banyak je bocor. macam boleh masuk bersamamu gitu. ni dah raya ke berapa eh? tak perasan pulak. tapi semua dah masuk keje, start kelas, nak masuk degree. so, taklah beraya sangat dah kan? biskut raya kat rumah pun dah nak habis. tinggal cornflakes je. tak laku =.=' duit raya still ada ni haaaa. hehe. nak buat macam mana, over dose sikit tahun ni. ahaks. tapi ada yang dah guna lah buat beli apa apa yang patot :)

well, barang buat biskut raya pon banyaaaaaaakkkkk je lagi. tak tau nak buat apa. kalau simpan sampai tahun depan boleh ke? ni pon dah lama tak buat kek. nak buat tapi, orang kat rumah tak makan sangat. banyak diri sendiri je makan. so, fed up okay T___T dah la nak pasang nozel kat piping beg tak pandai. tapi tadi tetiba otak jadi genius. lol. teringat kat you tube pon ada tutorial macam macam. so, jumpa la. senang je rupanya. heee 



ohhh. dah tak pink sangat kan masuk ni? :P bosan jugak bertahun tahun kaler pink. so, beralih arah sikit la. ala putih suci gitu. tapi unsur pink tu ada lagi la... tak boleh nak lari dari pink. >_< sekarang tengah tunggu ruby nak datang. esok kiteorang nak pergi raub! weee. first time okayyy. even ada orang cakap kat aku 'takde ape pon raub tu...' tapi, aku eksaited gila nak pegi. hahaha. ekceli kenduri kakak nisah tapi alang-alang nak pegi jalan rumah kawan ibu jugak. and luckily, kawan ibu belanja homestay tiga hari dua malam kat sana. yeayyyy. thank you cik nora ;) then, sabtu malam we're gonna have barbecue!

soon, dah nak masuk keje. apa rasa keje eh? seram jugak ni. semalam lepas abah bagitau terus rasa macam nak pitam. over giteww. tapi, takpelah. semoga Allah permudahkan segala urusan :) nanti dah keje, balik keje konpem tido awal malam. hakhak. biasalah. office hour. lagipon nak pegi keje kena gerak awal pagi. terengganu sekarang pon jammed kotttt o_O tu tak masuk lagi kena bangun awal pagi! macam payah sikit lahhhh. 


dah lama tak menaip panjang gini. teheeee. so kali ni panjang sebab takde point nak bagitau. hmmm. bila nada cinta ni nak tamat hahh? bosan okay. errrrrr. *lariiiii*

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

27 August 2012

Berebut!


.Assalamualaikum.


To be a princess, you have to believe that you are a princess.

dalam rumah ni aku berdua je dengan ibu yang jantinanyewww perempuan. so, kerja rumah ada yang ibu buat ada yang aku buat. tapi yang paling banyak memang ibu lah yang buat. aku? hmmm. tido kot. :P

tapi kalau part basuh pinggan mangkuk kotor memang dua dua rajin ya amat sangat!! kalau dua dua busy duk kat dapur mesti berebut nak basuh pinggan. kadang, kalau aku tengah syok syok basuh pinggan mesti ibu suruh ketepi sebab nak basuh pinggan! tu sume sebab dua dua malas nak pegi susun pinggan mangkuk dekat rak. sebab kena ulang alik dari singki ke rak. macam jauh sangat kannnnnn? padahal dua tiga langkah je. :P tapi serius malas nak pegi susun pinggan mangkuk.

tapi kan, banyak benda la aku malas sebenarnya. hahaha. mohon mak mertua jangan rejek! >_<
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

25 August 2012

Rayaaaaaaa :))


.Assalamualaikum.

aku tengah duk tunggu myrah nak datang ni then nak pegi beraya. yeahhh. ni dah hari raya ke 7 dan aku baru je nak keluar rumah nak pegi beraya rumah kawan-kawan. sebelum ni memang susah lah sebab setiap hari ramai je datang. nak tinggal kat ibu sorang-sorang pon tak berapa sanggup. heee. sape lagi nak tolong kalau bukan aku kan? ececece~

gambar raya pon takde ni. sobss. tengah tunggu mak sedara email. tapi, bila nak nak email tu? ^_^ How was your eid celebration? banyak dapat duit raya? well, ada yang dapat ada yang tak dapat kan? biasalah nak nak yang dah doploh lebih lebih tu. hee. tapi, aku still je dapat. untung pegi beraya dengan family kannn? ;) bila dah makin besar, haruslah makin banyak duit raya tu. lagi banyak dari aiman aku dapat. wkwkwkwkwk. padahal aiman tu baru form 2. akak die ni dah doploh dua pon. 


so plan beraya kat mana tu memang blur lagi. sudahnya merewang kat bandar KT tu je kot. ishhh. tapi, kalau boleh nak pegi semua rumah kawan-kawan :) btw, thanks kepada yang sudi datang kat rumah kiteww :P setelah 5 hari raya baru dapat merasa duit baru yang doploh hengget tu! fuhh. payah betei nak dapat. so, sebab macam limited gitew, aku decide tanak guna. macam budak-budak je sayang nak guna sebab comelssss. 

okayyy. selamat beraya sakan semua! selamat masuk keje balik, selamat start kelas, bla bla bla~

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

21 August 2012

Friends


.Assalamualaikum.

kawan ni ramai. banyak jenis. banyak perangai. 1001 macam. tapi kawan yang PALING rapat tak ramai. kan? mungkin la. mungkin untuk orang yang tak ramai kawan macam aku. susah jugak. sebab kalau tak hang out dengan kawan yang paling rapat, jadi malas sikit nak keluar dengan keluar kawan yang tak rapat ni. jadi hati tak ikhlas gitew.


bila keluar dengan kawan, borak pasal masing-masing. borak pasal kawan tu, kawan ni, hobi tu, hobi ni. bukan nak dengar cerita pasal boipren masing-masing doplohpat jam! ye ye ye, saya tahu awak ada boipren. saya takde. takde boipren, takde orang nak. jangan la nak cerita sangatttt. bosan tau! telinga saya bukan untuk dengar cerita yang sama pasal boipren awak je manjanggggggggggg. pantang nampak muka saya je, awak nak cerita pasal boipren awak. *sigh*

p/s: duit raya bessssssttt! :)) nak doploh dua sampai bila bila :P
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

18 August 2012

Lebaran


.Assalamualaikum.

*google*

dah nak rayooooooo! selamat hari raya aidilfitri kepada semuaaaaa orang. semua yang kenal diri ni, semua yang baca blog ni, peminat-peminat. ecececece. di kesempatan ni, maaf dipinta jika ada salah dan silap. lagipun aku tau plus sedor diri sangat yang dah lama sangatttttt tak komen-komen kat blog orang lain. harap orang je datang. datang bace jelah. tak komen. hee eh. amende mengarut ni.

Ramadhan kali ni cepat je berlalu kan? banyak lagi benda yang aku tak sempat nak lengkapkan. biaselah. lagho dengan duniawi. sobs. busy buat biskut raya pon ye jugak. yelah, dah aku sorang je pompuan. ibu pulak keje. semua aku buat. kadang-kadang sampai bengong kepala sebab mengantuk sangat, eyebag pon memang teruk gile! mata panda raya tahun ni. hohoho.

again, Happy Eid Mubarak 1433H to all Muslims in this world. jemputlah datang rumah raya ke berapa pun. sebab hari-hari open house. ekekekeke. lepas tu jangan lupa bawak duit raya sekali okeh! :P
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

13 August 2012

I am my mommy's HERO!


.Assalamualaikum.


berbajukan baju tidur pooh, berkainkan batik ibu terchenta, aku baru je lepas cat ruang tamu kedua kat rumah. phewww *perah peluh kat baju*

dari semalam jadi hero untuk ibu. sibuk duk cat rumah. ibu cakap, kalau tak siap lagi cat tak payah buat lagi la biskut raya. ayoooo. dah berapa hari tangan gatal nak menguli doh ni :P

adik-adik laki pakat duk tengok je aku berpeluh-peluh cat rumah, keluar masuk rumah pastu kerling kerling je. hampehhh >< abah pun sama. tengok pastu kompelin. tapi, abah try jugak cat sikit. sikit je. satu dua line. hua hua hua.

ibu cat minggu lepas tapi sebab ada darah tinggi pastu tak boleh tengok atas lama-lama, tak pasal-pasal demam tiga hari! tadi tengah duk cat, ibu dengan abah duduk belakang aku sambil makan-makan. huwaaaa. kesian aku :P so, sebab tulah aku ambik alih. ibu cakap, aku ni serba boleh. ececece~


sebab tulah sekarang aku jadi HERO ibu! :))
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

10 August 2012

Jealousy


.Assalamualaikum.


sungguh aku tak faham dengan mainan perasaan. kenapa nak jealous sangat ni ha? tolong hati, jangan pernah ada rasa macam ni. bukan ke semua orang ada hak untuk rasa bahagia?


Lindungi hati saya, Tuhan. Dengan sebaik-baik perlindungan.
Agar tak ada gundah yang mendekat, serta rasa sakit yang melekat. Khoiriya Latifa (via khoiriyalatifa)

cemburu tu buat hati rasa sakit, tak tenang, gundah gulana. Ya Tuhan, jauhkanlah rasa ini agar mudah aku jatuh cinta hanya untuk Mu. :)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

31 July 2012

Resepi Browned Butter Cupcakes


.Assalamualaikum.

last day in July, 500th posts. teheee. so so so, nak share resepi lagi. tapi blog ni bukan blog resepi. harap maklong ah. saje nak menggatal nak share. keh keh keh :P banyak kali jugak aku try buat cupcakes. tapi, macam tak jadi. *sighhhh* so, hasil bila godek-godek resepi sana sini tetibe debukkkkk jatuh kat whisk kid. perghhh. resepi kat situ memang ohsem weh. ^_^ rugi kalau tak try. heee. resepi asal ni dari whisk kid okengggg. tapi, ubah sikit sebab manis sangat-sangat :)



Bahan-bahan ( untuk 20++ medium size cup ):

240 gram butter
400 gram tepung gandum
2 1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
200 gram gula ( nak kurangkan sikit lagi pun boleh )
4 biji telur
200ml susu cair *update ( panaskan susu dlm microwave dlm 20 saat. atas dapur pon boleh )
1 sudu teh esen vanila
* susu dengan gula nak kurangkan boleh kot. aku buat aritu mcm manis je -,-

Cara-cara:

1) cairkan dua sudu besar butter sampai warna jadi kaler perang okeh. betul-betul perang tau. macam hangus gitu. lepas tu biarkan sejuk sampai suhu bilik.

2) lepas butter yang cair tadi sejuk pada suhu bilik, panaskan oven pulak ye. suhu 200C, api atas bawah. susun cup dalam dulang oven.

3) dalam satu bekas, campurkan tepung, baking powder, dan garam. then, letak tepi dulu.

4) dalam bekas yang lain, pukul telur, lebihan butter tadi dan gula sampai jadi pekat. dalam seminit gitu la pukul.

5) lepas tu masukkan butter yang dah dicairkan tadi, susu, esen vanila. lepas tu handwhisk je okay hingga sebati. tak payah guna mixer dah.

6) lepas tu boleh la masukkan adunan dalam cup. masukkan 3/4 daripada cup yep :) then, masukkan dalam oven. masak selama 30 minit or hingga nampak perang dah kat permukaan cupcake tu. oh, bila dah masukkan dalam oven tu turunkan suhu kepada 180C. ini adalah tips untuk dapatkan permukaan cupcakes yang cantik :))

7) siap! bila dah masak, sejukkan dulu. :)

ni aku buat takde frosting. malas nak hias-hias sebab nak try je pun. hohoho. kalau nak hias dengan frosting, boleh refer kat whisk kid ni. tak pun seacrh je kat google resepi frosting tu haaa :')

resepi cupcakes ni sedap. bukan sebab aku buat. tapi, memang sebab resepi yang sodap. teheee. good luck!
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

28 July 2012

Resepi puding jagung yang senang, mudah, simple, sedap. :P (UPDATED)


.Assalamualaikum.

gambar ihsan gugel :)

time duk taip entri ni kan, aku baru je lepas buat puding jagung untuk kali ke 150 juta. eh, macam lagu. susah nak cari puding jagung yang berkenan dek tekak. macam pelik je bahasa. -,- so, sejak beberapa dekad dulu, jumpa resepi kat myresepi yang ohsem!! ^_^ ni resepi puding jagung yang senang, mudah, simple, sedap dan yang sewaktu dengannya. buat pemilik asal resepi ni, maap ye sebab lupa siapa tuan punye resepi. mohon ampun. hee :))

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
2 1/2 cawan air kosong
1 tin jagung manis
3 sudu besar tepung jagung


Cara-cara:

campurkan semua bahan, kacau-kacau sampai semua bahan sebati. lepas tu, masak atas dapur guna api sederhana sampai likatttttt. tapi kan, aku guna api agak besar tapi memang non stop kacau sebab takut hangit. tapi kan, kalau guna api besar ni, lenguh mengacau tu kejap aje. heee. so, it's up to you :)) Lepas tu sila sejukkan dulu sebelum masuk peti ais. biar dulu dalam peti ais tu lame sikit takpe. janji tak lembik masa nak makan. hehehe

*resepi ni versi update dah ye sebabnye resepi sebelum ni lembik. kehkehkeh. so, kali ni sure tak. eh eh. ye ye je kannnnn. 

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

24 July 2012

bukan jatuh cinta. bukan juga menolak cinta. eh?


.Assalamualaikum.

sekuat mana rasa sayang, seteguh mana rasa cinta, seyakin mana dia mampu menjadi pembimbing, sepasti mana dia itu adalah jodoh, kalau Allah tak izinkan tak jadi jugak. sepasti tu boleh gune dak? :O




sejauh mana cuba kita larikan diri, segagah mana kita menolak, sekuat mana kita melawan, kalau Allah izinkan, bersatulah kita. eh. 

Cinta; terkadang bukan hanya tentang waktu, tapi tentang keberanian mengaku. ♥

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

20 July 2012

Birthday Wishes


.Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam dah genap 22 tahun hidup sementara di muka bumi Allah ni. syukur :) buat kawan-kawan dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, uitm, blogger, dan semua semua, thankyouuuu so so so so much yang wish kat facebook especially dan jugak twitter. 



*antara yang paling awal wish* 
:)















saje je ah nak mengendeng. hikhikhik.

esok dah 1 Ramadan. Alhamdulillah. yeayyy. Ahlan wasahlan ya Ramadan :) azam tahun ni nak puasa penuh lagi :P 


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

11 July 2012

ketagihan!


.Assalamualaikum.

♥ sebelum oven baiki.


1. puding roti kukus ohsemmm. eceh :P
2. pau goreng resepi dari akak fatin suhana :)
3. puding buih. lil bit keras. hoho. first time buat. dah la lupa step nak pukul lagi sekali telur putih dalam acuan yang dah siap masak. teheeee
4. marble cheese cake kukus ;)


♥ bila oven dah baiki, ketagihan melampau!!

5. butter cupcakes. nak main-main je senanye. hihihi
6. butter cheese cake!!! best! dapat 5 star dari ibu. siap order untuk hari raya lagi. muahahaha. dengan anak sendiri pun main order-order. oh. kek ni buat dengan future sis-in-law, maybe :P
7. vanilla cupcakes with love. manis sikit. lain kali kalau buat nak kena kurangkan gula. then, bahagian atas kena kasi hangus sikit. baru sedappp ;)
8. yang ni sedapppp. ekceli resepi ni sama je macam no 5. cuma ni KERAS! keras okay! sebab silap sukat tepung. muahahaha. keras keras pon habis. hohoho :P


banyak lagi resepi nak try. yela kan, bukan semua resepi tekak boleh terima. nanti nak try dari Martha Stewart pulak. plus aku suka tengok tv show Anna Olsen. senanya aku TERtukar Anna dengan Martha. muahahaha :P

p/s: kenapa saya tiba-tiba saya rasa macam rindu awak ;)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

08 July 2012

dugaan dan masalah.


.Assalamualaikum.


bila kita ditimpa dengan ujian yang kita rasa berat, persoalan kenapa orang lain tak rasa apa yang kita rasa mesti muncul. sebenarnya kita tak tahu apa yang orang lain alami. kalau tahu pun mungkin sikit. mungkin 1/10. hakikat sebenar, yang mengalaminya saja tau apa rasa. cuma, mungkin dia bukan jenis bercerita pada orang sekeliling. mungkin dia bercerita kepada Yang Maha Mengetahui. berdoalah. jangan lupa pada Dia. insyaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaian. :) senyum dan yakin Allah janjikan hikmah yang terindah disebalik dugaan >_<


ada yang harus kita relakan dalam hidup ini, untuk itu Tuhan menciptakan ikhlas
---
(via nisaathejourney)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

03 July 2012

beri aku ruang dan waktu.


.Assalamualaikum.

rainbow, you don't know the truth in my heart


bila dah banyak jatuh, mungkin jadi biasa, mungkin jadi semakin hilang arah. saat ni, perlukan kekuatan iman di dalam hati. kadang, hati perlukan ruang untuk bersendiri. perlukan waktu untuk pulih menjadi lebih baik. bukan niat nak melarikan diri dari kawan-kawan sekeliling. cuma, keadaan sekarang bukan untuk bersuka ria macam dulu. bukan tak boleh terima hakikat. tapi, payah dek kerana iman cepat goyah. 



semoga Allah berikan hikmah yang tak terhingga di balik kepayahan ini :)

p/s: Ramadan menghampiri >_<

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

30 June 2012

awak bukan macam........


.Assalamualaikum.


TIRED of all those things. 

awak bukan macam cool blog chocolate smoothies with extra pearls yang saya sanggup cari. awak bukan macam cadbury yang kalau boleh hari-hari nak ada depan mata. awak bukan macam internet yang saya nak connect hari-hari. awak bukan makanan yang saya boleh jadikan favorite. awak bukan macam cheese yang saya gilakan. hmm. dan saya pun tak tahu awak tu siapa. main tulis je. muahahahaha. :P


YES, i'm hiding from you :)                                                             
NO, i'm not fall in love ;)


terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

28 June 2012

buat Adam dan Hawa.


.Assalamualaikum.

right now, I'm on my way to Kuala Lumpur :) Hello Kuala Lumpur. Hello Genting! ^_^


Alhamdulillah, dah ramai yang menutup aurat. yang tak sempurna, cuba sempurnakan. pesan untuk diri sendiri jugak. sebab aku pun manusia yang lalai, yang selalu kalah dengan hasutan syetonnnnnnn. cuma kadang, terasa malu bila ada yang bertudung tapi duk upload gambor-gambor berkepit dengan pakwe, pegang2 tangan, pegang2 pipi.

aku tak lari dari buat dosa, cuma untuk kaum Hawa, jagalah perilaku okay. :) same goes to kaum Adam :)



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan