18 June 2017

Random Post #10


.Assalamualaikum.

Walawehhhhhhhh. Berkurun tak update. Hahaha. Malas dah nak bukak blog, taip entri. Eh tapi ni kira rajin la sebab bosan taktau nak buat apa. Memang lama sangat tak log in blogger dashboard. Bila log in je tadi, tengok ada yang drop comment dekat entri lama. Entri 2012 okehhh =.='

Maaf la dik. Hakak tak terjawab dah soalan. Soalan berkenaan berapa anggaran kos sara hidup ke, belajar akaun guna English @ Malay ke. Berhuhu jelah tengok komen semua tadi.

Puasa tinggal lagi seminggu. Dan aku still gigih nak siapkan order biskut raya. Macam kebiasaan tahun-tahun sebelum ni. Cumanya tahun depan aku nak rest. Tak ambik order dah. KOT LA KANNNN. Sebab ayat ni aku guna jugak tahun lepas dan tahun sebelum. Sudahnya lek lek je aku ambik order hahaha. Harapnya tahun depan menjadi la impian aku ni. Tapi tulah, kalau tak baking rasa macam tak sempurna hidup.

Tahun ni slow sikit production sebab malas dan sebab duk melayan cerita Hero Seorang Cinderella. Well, totally not a fan nor big fan kat Fattah. Cuma suka gila kat Fazura and yessss tengok cerita tu sebab Fazura je. Hahaha. Eh tapi Fikry tu hensenggg gok. Hitam manis giteww. Hak hak.

Okay lah. Let's count the days! ❤



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

09 February 2017

RESEPI DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES YANG PALING SEDAP!


.Assalamualaikum.


Assalamualaikummm. Tetiba je kan masuk 2017 nak bagi resepi. Muahahaha. Sepi betul blog sekarang ni. Sebab taktau nak update apa so, nak share resepi yang aku guna untuk jual dan untuk makan sendiri. Hehe. Resepi ni guna mixer bukan handwhisk. Resepi ni yang paling sedap bagi aku sebab aku bukan suka sangat brownies sebelum ni. Tapi bila try yang ni lepas Kakak Sepupu aku bagi, terus suka brownies. Hehehe.

RESEPI DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES (BROWNIES KEDUT/CHEWY/FUDGY)

Original: Martha Stewart

Bahan-bahan:-

90 gram butter (aku guna salted butter @ kalau guna unsalted boleh tambah secubit garam)
170 gram chocolate (aku guna chocolate coin beryls)
1/4 cawan serbuk koko (aku guna brand Selborne @ Van Houten)
Secubit Nescafe @ Coffee @ Cinnamon powder (taknak letak pun boleh)

2 biji telur gred A
3/4 cawan gula halus @ castor (resepi asal 1 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla

3/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder

*Loyang size 8", letak baking @ parchment paper

Cara-cara:

1) Panaskan oven suhu 170, api atas bawah. Bergantung la oven korang macam mana. Oven lama aku, suhu 160 dah ok. Oven sekarang 170. Lain oven lain la citaaa dia hehe.

2) Butter, chocolate, serbuk koko & Nescafe - cairkan guna teknik double boil. Lepas semua cair sekata, sejukkan hingga agak suam @ buh je bawah kipas biar cepat. Hahaha.

3) Telur, gula dan esen vanilla, korang putar gune mixer dengan kelajuan maksimum sehingga adunan tukar warna putih, agak pekat dan kembang semangkuk. ehehe.

4) Masukkan adunan coklat yang suam tadi, putar lagi hingga sekata. Lepas putar ni nanti dapat ler tengok adunan tu ada buih-buih yang letup. Hehe.

5) Masukkan tepung gandum dan baking powder, putar lagi hingga sebati. Kejap je. Jangan overmix!

6) Tuang adunan dalam loyang. Dannnnnnn boleh lah masukkan dalam oven. Bakar Selama 30-35 minit bergantung pada oven korang.

7) Dah keluarkan dari oven, sejukkan. Nanti kedut tu akan muncul sendiri. Kalau tak jadi, sila buat lagi sampai menjadiiiii. Muahahaha.



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan