Posts

Showing posts from December, 2013

Last but not least.

Image
Just a few days we will enter to a new year, 2014. For those who ever has been read this blog from the beginning until now I thank you a lot! Ada ke? Ahaha. Walaupun hampir setiap entri adalah sangat membosankan. I knew it  =_= Tapi kalau ada yang suka, I appreciate it. Lebiu ah korang. Ehehe. Sekarang takde apa sangat nak update. Banyak entri pun pasal life sendiri. Macam retis aaa pulak nak cerita kat semua orang kannnnnn Sepanjang tahun 2013 ni aku rasa azam aku awal tahun tu memang tak menjadi langsung. Like usual yeahhh. Azam tahun 2014 aku tak nak azam banyak sangat. Tapi yang wajib setiap tahun adalah nak kurus. Kah kah kah. Hampeh. Makan tak ingat dunia je sokmo-sokmo. Dah macam mana nak kurusnya oiiiii. Memang tak aaaaa. Dalam mimpi pun jauh sekali. K fine. Dan aku rasa tahun ni paling banyak soalan " BILA NAK KAHWIN? " " DAH ADA CALON KE? " " TAKKANLAH TAKDE KOT? " " NAK CALON TAK SORANG? " Dan soalan-soalan ni buat aku risau aje

Match-Maker-Thing

Image
ada sorang ni cuba nak match-maker aku dengan kawan dia. yaaaaa. sounds like errrr. masa mula-mula budak ni bagitau aku, aku macam HAHHHHH? aku tak nak la macam tu kalau boleh. aku nak orang tu jumpa aku depan-depan. kalau match maker macam ni aku macam tak boleh nak terima sangat. pulak tu, match dengan orang yang kerja kat kampung aku ni haaa. memang la dia tu asal dari tempat lain tapi tak rasa ke benda tu awkward gila? dah la dia tahu aku anak sapa. sebenarnya dah lama budak ni bagitau nak kenalkan aku dengan kawan dia. nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas budak ni bagitau aku. dia tunjuk gambar tapi aku tak kenal sapa. so, budak ni tolong add dekat facebook. as a start, just like usual. a-hi-hi-thing. LOL. dan bila dia tanya " awak anak _________ ke? " aku terus macam " alaaaaa part ni yang tak best ni " tapi aku iye kan aje. sebab dah sah-sah lah budak yang tolong kenalkan tu dah bagitau dia. and yeah. he already knows about this.  dannnnn, mes

Rasa ini

Image
“ You’re the reason I draw hearts all over my paper. ” aku rasa aku dah jatuh cinta. tak pastilah betul ke tak. tak pasti sama ada dia pun rasa benda yang sama. mungkin tak. mungkin ya. tapi kebarangkalian TIDAK adalah tinggi. mungkin tu cuma mainan perasaan aku. tapi kenapa setiap hari perasaan ni masih sama. untuk tiga tahun lebih. sama. tak pernah ada yang berubah. walaupun aku cuba menafikan. *gila skema ayat* dan aku tak pasti sampai bila aku harus menunggu. menanti yang mungkin tak kunjung tiba. eh skema sangat ayat nih. takkan lah aku nak pegi cakap terus dengan dia " awak, saya dah jatuh cinta dengan awak! " Memang taklah. >.<

Budak Baru Nak "UP"

Image
aku rasa budak baru nak up sekarang berbeza dengan budak baru nak up zaman dulu. takde ah zaman dulu sangat. zaman aku lah lebih kurang. heh. zaman sekarang banyak sangat gadget yang advance. aku sendiri pun tak tekejor. tapi, bila tengok budak baru nak up sekarang, teringat zaman sendiri dulu. kehkehkeh. dulu aku sekolah kawasan bandar. kiranya, dulu sekolah tu kerlasss lah gitu sebab dulu sekolah english. nenek aku sempat sekolah kat situ sampai form three, siap tulis poem lagi uols. tapi tak lama sebab kawen dengan anak raja katanyaaaaa. ala, zaman dulu kalau form three apa adehal kahwin time tu kan? kalau sekarang, mau muka depan semua paper. walaupun mula-mula masuk sekolah tu awkward gila, loser gila perasaan dia tapi akhirnya macam best gilaaaaa sekolah tu. tambah pulak part mengorat budak bola kat sekolah. muahahaha. aku pulak berkawan dengan girls pesen nak UP je manjang, pesen nak up to date. dan sah-sah lah aku terikut kannn. zaman tu, famous dengan magazine Utopia

kalau pinjam barang orang

Image
setiap dari kita semua memang akan ada aktiviti pinjam meminjam. ataupun boleh cakap memang wajib lah kan. ni dalam konteks meminjam barang sesama kita la kan. tak lagi dikira pinjam dengan Allah SWT. yedak? tapi ada pesen beberapa manusia yang sukaaaaa pinjam sangat. maksudnya, awal-awal nak pinjam sebab memang dia tak ada benda tu. maka disebabkan kawan baik dia ada, dia pinjam lah dengan kawan dia. *biasa* tapi jadi luar biasa kalau dah tahu benda tu kau nak guna-hari-hari, why not kau beli sendiri je kan? simpan la duit. ala, setakat barang tak sampai sepuloh hengget, apalah sangat nak menyimpan. jadi, aku macam nak bagi nasihat sikit kat sesapa yang suka duk meminjam tu. termasuk lah aku :P pertama, kalau dah pinjam barang orang, pandai-pandailah pulang balik. jangan la duk buat macam harta sendiri. paham? bila dah buat macam harta sendiri pegi cakap pulak kat tuan punya barang " weh! kalau ko nak barang ko ni, mintak eh " gitu pulakkkkk >_< kedua, k