Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

perasaan syok sendiri itu lebih teruja. kan?

balik kelas tengahari tadi, tiba-tiba si awek kutu rayau bagitau something
"kak iqa, sebenarnyakan perasaan syok sendiri tu lebih best daripada kita kapel kan?"
aku terdiam kejap sebab aku pending. haha. bila pikir-pikir, betul jugak kan? baru aku sedar benda tu selama ni. agak-agak korang pikir sama tak macam yang aku pikir?hmmmm.. sebabnya, cuba korang pikir la kan. eh tak payah. biar aku bagitau korang apa yang aku pikir.

kalau kita suka kat orang tuh, bila dia buat apa je mesti jadi perhatian. bila dia tengok kita, dia senyum kat kita, dia bercakap dengan kita or even hantar satu mesej pun kita teruja sangat-sangat. sampaikan kita sanggup bagitau kawan kita yang si dia buat macam tu.

tapi, cuba kalau orang yang kita minat tu pakwe or makwe kita. bila dia mesej kita, senyum kat kita, tengok kita, kita ada ke teruja sangat-sangat sampaikan nak bagitau kawan-kawan? hmmm.. tak kot.. kan?sebab nanti mesti kawan-kawan kita naik menyampah dengan kita.

hehe. sebab tulah bila awek kutu ray…

kejadian yang sering kali dielak, akhirnya terjadi jugak.

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat rumah terchenta setelah hampir dua minggu tak balik errr. dua minggu je. fine. eksaited terlebih kot bila tiba hari khamis sebabnya satu je, NAK BALIK. walaupun tadi dan semalam ada jugak yang risau  (ade ke?), boleh ke aku drive nak balik hari ni? eceh. terasa macam dihargai. terharu rase. rumet pun tanya benda sama. tapi aku rasa boleh je drive even kaki hencot-hencot je nih.

lutut aku sakit even tak sesakit semalam. huih. hari-hari aku mengelak daripada jatuh tersungkur depan orang ramai, tapi sayang, akhirnya benda tu terjadi jugak. siyes kalau boleh putar waktu semalam, aku nak lalu ikut jalan lain dan aku tanak main hujan. kaitannya? ceritanya macam ni.....

petang semalam aku habis kelas pukul dua petang and time tuh memang hujan dan payung aku tertinggal dalam kereta kawan aku. sementara nak tunggu habis kelas, aku dah duk pikir yang memang sah-sah kena mandi hujan. tapi nasib baik lah jugak sebab ada sorang lagi geng aku yang join mandi hujan. s…

LELAKI yang WAJIB dijauhi.

buhsan lah pulak rasanya bila asyik cakap pasal perempuan je bukanlah perempuan ni teruk cuma sesetengah orang yang buat perangai tak senonoh tu yang buat perempuan lain dipandang serong. ye tak?
LELAKI pun tak kurang hebat 'kenakalan' mereka-meraka errr. macam comel je 'kenakalan' tu kan? haha. nak tukar apa ek? takpelah. buat buat comel je untuk dieorang

♥ saranghae teukie teuki oppa ♥

first and foremost lelaki yang aku akan menyampah bila TINGGAL SOLAT JUMAAT. tanpa alasan yang kukuh dan sebab-sebab yang munasabah. sila baca dengan mata yang luas supaya tidak ada kesalahfahaman disini. paham? hehehe
kalau solat jumaat yang seminggu sekali pun tinggal macam mana pulak dengan solat wajib 5 kali sehari?
pelik lah aku sebab kan, kalau aku pergi jalan-jalan hari jumaat mesti aku tengok ramai musafir yang tak sepatutnya jadi musafir. keluar dating dengan awek boleh pulak. dating dengan Allah sejam lebih pun tak boleh ke? dengan awek sampai tidur sekali boleh pulak kan?
Nauzubil…

aku tak berniat pun. TAPI memang dah malas. hehe

baca dalam hati je :)


mood sekarang memang semakin hari semakin ke laut even sekarang ada kat rumah and means aku boleh sesuka hati sesedap rasa nak masuk dan komen entri sebanyak-banyaknya tapi... sayang... sebab aku tak mampu nak lakukan semua tuh ah. bila pikir-pikir balik rasa nak lingkupkan aje blog ni tapi bila pikir penat lelah naikkan blog ni *eceh proses melingkupkan blog ni terbatal


sekarang more to be silent reader and no wonder lah komen kat setiap entri makin kurang. hahaha tak kesah lah kan sebab fair lah dengan aku yang jadi silent reader je ye ye ye. aku paham. orang tak suka kalau kita jadi silent reader aku dulu pun macam tu jugak tapi sekarang aku pulak yang jadi. hehe





Some people read because they are too lazy to think.- Georg Christoph Lichtenberg


aku kadang-kadang tak tau nak komen apa sebab aku pening dengan entri yang panjang
wait a minute. aku rasa macam entri aku panjang jugak. ehek
fine.


sekarang aku cuma nak taip je entri
orang nak komen atau tak terpulang tapi insyaAl…

Perfect Two?

.sayangku.
Oh cinta
Kini dirimu ada dimana
Ku sangat merindukanmu
Ku sangat membutuhkan dirimu.....


bila dah masuk umur doploh satu nih. oh. kenapa cepat sangat masa berlalu. rasa baru semalam jadi budak-budak lagi. heh. *cepat-cepat sedar dirimustahil lah kalau aku tak rasa nak bercinta macam orang lainnak ada yang menyayangi, yang melindungibukanlah aku tak cukup kasih sayang dari family malah lebih dari cukupcuma kadang-kadang nak jugak ada gulahati kan?ehek ;)

tapi itu semua mustahil lah. kenapa? entah lah. biarlah aku sendiri yang tau kenapa tapi, bila orang tanya aku suka lelaki yang macam mana, aku akan jawab :
yang tak tinggal solatyang boleh terima aku seadanyayang hormat aku, family akuyang hensem?haha. mustahil lah kan kalau tadek orang naktapi aku paling suka lelaki yang ada lesung pipit.lelaki yang berlesung pipit lebih menjadi perhatian kan? :P


who's gonna be my perfect two? *sigh*

Amalan ni mudah sangat-sangat kalau nak amalkan :)

dua minggu lepas, ibu balik dari tempat kursus itupun dah hari sabtu and aku ingat nak balik sabtu tu jugak tapi tukar plan balik hari ahad sebab nak jumpa ibu dulu, so lepas ibu sampai je rumah terus borak-borak dengan ibu dan dikesempatan itu jugak ibu ada share satu doa penerang hati yang pendek dan ringkas memang banyak doa penerang hati tapi aku rasa suka dengan ayat ni sebab senang sangat nak hafal


p/s: tadi silap bagitau.

ayat tuh kalau baca banyak kali pun takpe. aku selalu baca selepas solat. kadang-kadang kalau tengah study pun aku baca. dan Alhamdulillah, sejak aku amalkan ayat ni, senang sikit aku nak belajar. takdelah serabut otak bila tak paham :)) so, kalau nak amalkan silalah ye :D


google
oh ye lagi satu, dulu aku pernah baca kat satu artikel pasal kelebihan ayat Kursi. memang lah semua tahukan, sebab memang ayat Kursi banyak sangat kelebihannya. tapi ada satu je yang paling aku ingat. tulisnya di artikel tuh :
baca ayat Kursi setiap kali sesudah sembahyang, insyaAllah diri aka…

no more comments. PLEASE

hari ni dah masuk hari kedua dalam bulan march last entri bulan lepas. huih.. lama gila tak buat entri baru eceh. padahal baru dua minggu lepas tapi rasa macam dah lama sampaikan termimpi-mimpi pasal blog
i am not lazy :)) walaupun pada hakikatnya aku memang sangat sangat pemalas :P
minggu lepas terlalu busy dengan tests. test costing lah. test akaun lah. test theory ais lah, lab test lah. haih. bijaknya tak jugak. hehe tapi, even susah tapi jawab jelah kan. at least ada markah jugak. harapnya tak FAIL lah kan? :D
oh. since dah lama sangat tak blogwalking, blog ni memang sunyi even followers dah 700++. terima kasih kepada yang sudi follow even aku dah tak boleh nak balas jejak korang. susah jugak kalau tadek berukbeng ni. tiba-tiba menyesal pulak sebab dah suruh abah potong line berukbeng tuh even line lembab at least boleh jugak aku tau hal semasa. tapi sekarang rasa macam katak bawah tempurung dah. langsung tak tau apa-apa pasal perkembangan semasa. dan dengan itu jugak aku nak tutup dulu ruang…