Posts

Showing posts from January, 2014

Tak tau nak letak tajuk apaaaaaa. Hehe

Image
Holaaaaa everibadeh. Aku tengah bertungkus lumus siapkan assignment kawan-kawan mak aku. Dah lama dapat tapi gitulah.. kerja last minit. Macam biasa. Pening jugak aaa kepala nak fikir semua. Mana aku ingat segala bagai tenses tu. Grammar pun asyik kelaut aje aku ni. Gigih pulak sekarang belek kamus, google pasal tenses. Dan agak-agak berapa upah aku nak kutip dari semua kawan mak aku ni? cantik kannnnn. aku tengah berangan nak buat ni jadi wedding crown. old skewl sangat lah crown yang biasa tu. kehkehkeh.  Berbalik pada topik asal, aku nak kena siapkan at least malam esok. Ada lagi dua assignments yang tak siap ni. Sebab Ahad busy pegi sana-sini, Isnin sampai Rabu aku kat KL. Lepas balik KL nak kena siapkan order lagi. Haaa tudia. Time busy. Time tak busy, melantak je kerja aku sampai semua baju tak muat dah. I need new clothessssssss please.  Lepas tu pulak sejak aku sampaikan niat nak kahwin, dan parents aku dah syak siapa orang tu memang aku asyik kena perli. Mula-mula

Resepi Eggless Moist Chocolate Cupcakes @ Cake Yang Sedappppp Sangat!

Image
kualiti gambar tepon terukkkk ahaha Dah lamaaaa tak share resepi. Resepi ni time kerja dulu ye. Ekekeke. Ni eggless moist chocolate cupcakes. Simple sangat dan super duper sedap bila dah sejukkan dalam peti. So kali ni nak bagi resepi dan step by step sekali dengan tips la. Cewahhh tips katanya haaa. Let's start! Bahan-bahan *1 cawan tepung gandum *1/2 cawan serbuk koko *2 sudu besar tepung susu *1 sudu kecil serbuk penaik *1/3 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ( jangan lebih nanti pahit ) 3/4 cawan gula halus secubit garam 1 cawan air sejuk dari peti ais 1/2 cawan minyak ( bukan betul-betul setengah. kiranya macam 3/4 daripada setengah cawan ) 1 sudu kecil esen vanila 1/2 sudu besar cuka ( kalau takde cuka time tu boleh ganti dengan perahan lemon ) Cara-cara 1) Ayak bahan bertanda * dan campur gula, garam. Lepas tu gaul sebati dalam satu bekas. Gaul guna garfu boleh, guna tangan pon boleh. Tapi tolong pastikan basuh dulu tangan ye . Gaul b

Tak faham

Image
Aku tak faham apa orang keliling nak. Aku cuba cari yang terbaik. Yang baik-baik tapi selalu kena halang. Aku tak faham. Nak apa lagi? Penat macam ni. Tell me how? Nak baik, aku cari baik. Bila ada, ditentang bagai nak rak. Kerana apa? Politik? Stupid. Boleh tak aku nak cakap kuat-kuat jangan pentingkan politik? Politik tu takkan bawak pergi masuk kubur pun. If and only if I can tell you this. Penat jaga hati orang lain lagi penat nak jaga hati sendiri. Aku tak mampu dah nak keluarkan air mata. Menangis dalam hati mampulah. Kalau aku ada kudrat, lama dah aku lari dari Malaysia ni. Bermacam hal.

Random #7

Image
Baru ni aku belek semua entri lama. Biasa kalau ada masa banyak jelah belek-belek entri lama. Tapi sebenarnya lebih kepada sebab ada adik blogger yang tegur kat facebook chat. Rasanya dia google nama aku kot. Ehe. Aku pun sama naik duk google nama sendiri. Lepas tu macam-macam lah yang keluar. Pernah kena review sana-sini. Tu aku rasa pengalaman paling osem sepanjang blogging. Dulu la. Long time ago. Tapi sekarang aku banyak update bajet-orang-baca gitu aje. Aku pun dah jarang nak baca-baca entri orang lain kecuali aku tengok dekat sidebar sendiri. Jujurnya, ramai yang tolong aku naik dalam dunia blogging. Sebab dulu memang aku fikir untuk side income jugak. Tapi lama-lama blogging ni makin bosan. Perasan tak? Yang best still lagi best. Tapi aku dah rasa banyak yang suam kuku. Atau aku sebenarnya dah takde mood sangat blogging. Heh. Kadang dah macam kehabisan idea nak tulis pape. So rasanya lebih kepada cerita pasal diri sendiri. Lagipun kalau free banyak sibuk kat dapur. Ec

Dua Kosong Satu Empat

Image
Akhirnya setelah berkira-kira nak update entri baru untuk tahun baru, makanya rajin jugak hari ni. kekeke. Feeling bajet retis aaa ayat cenggini ha. blergh. So, acane tahun baru? Kalau aku ni penuh dengan azam baru jelah setiap tahun. Tapi yang tengah hangat azam sekarang, bangun awal pagi. Heh. Apakah aku asyik bangun lambat sebelum ni? :O Okay abaikan. “ You can’t push anything to happen if you can’t push a blanket off your body at fajr. ” *deep* Permulaan tahun ni semua baik. Alhamdulillah. Cuma still lagi cari kerja dekat area Terengganu ni. Tanak lah duduk jauh macam hari tu lagi. Pheww. Lagi happy bila dapat tahu ramai lagi kawan yang nak kawen tahun ni. Aku? Doakan tahun ni jugak eh. Kakaka. Gatal. Ibu dah warning siap-siap, cari kerja dulu. >_< Semalam dah kantoi dengan ibu. Macam-macam expectation Ibu bagi sampaikan aku terpaksa cakap " sumpah along tak couple pun dengan dia. Along kawan je.." Muka aku kalau malu memang nampak gila. Bhahahaha. Mema