TTC Part 2: STOP?
Assalamualaikum. Wehh baru perasan lama tak update pasal TTC. Tetiba update dah nak stop kan. Haha. Hari tu nak start TTC sebab husband ada dekat base and aku selalu balik so pergilah check up macam post yang lepas . So kisahnya, selepas dah consume clomid 100mg aku still tak berjaya untuk pregnant. Takpe. Itu kan usaha. So takde rasa kesal ke apa. Tapi aku ada pergi check hormone dekat klinik atas saranan doktor. Result darah untuk check hormone tu menunjukkan progesterone aku rendah. Sangat rendah which is memang susah untuk pregnant. Doktor ada bagitau untuk pregnant, hormon progesterone tu kena 20++ ataupun belas-belas. Aku lupa weh macam mana bacaan dia. Gambar pun dah delete (-_-) Doktor suruh aku kurangkan makanan manis tapi tulah susahnya alahai, HAHAHA. Mula-mula aku stop kejap makanan manis. Cuma sesekali je ambik tapi lama-lama eh lupa diri pulak. Then doktor ada tambah dos clomid kepada 150mg. Tapi lepas consume clomid kali yang kedua, aku rasa nak stop dulu. Husband ...