TTC Part 2: STOP?

Assalamualaikum. Wehh baru perasan lama tak update pasal TTC. Tetiba update dah nak stop kan. Haha. Hari tu nak start TTC sebab husband ada dekat base and aku selalu balik so pergilah check up macam post yang lepas. So kisahnya, selepas dah consume clomid 100mg aku still tak berjaya untuk pregnant. Takpe. Itu kan usaha. So takde rasa kesal ke apa.

Tapi aku ada pergi check hormone dekat klinik atas saranan doktor. Result darah untuk check hormone tu menunjukkan progesterone aku rendah. Sangat rendah which is memang susah untuk pregnant. Doktor ada bagitau untuk pregnant, hormon progesterone tu kena 20++ ataupun belas-belas. Aku lupa weh macam mana bacaan dia. Gambar pun dah delete (-_-)

Doktor suruh aku kurangkan makanan manis tapi tulah susahnya alahai, HAHAHA. Mula-mula aku stop kejap makanan manis. Cuma sesekali je ambik tapi lama-lama eh lupa diri pulak. Then doktor ada tambah dos clomid kepada 150mg. Tapi lepas consume clomid kali yang kedua, aku rasa nak stop dulu.

Husband aku pun dah habis kursus so dah masuk ke kapal balik. Nak jumpa memang susah sikit. Jadi, keputusannya aku memang hold dulu TTC. Kalau ada rezeki insyaAllah nak mula balik tahun depan. Doakan kami ye ❤️

Comments

Azhafizah MN said…
Hai Iqa. Lama tak jengah sini. Semoga Allah berikan rezeki anak buat Iqa dan husband. Fiza pun masih menunggu rezeki anak. Moga ada rezeki buat kami juga. Aaminn

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes