Posts

Showing posts from December, 2023

What If?

Image
 Assalamualaikum dan Hai! Ingatkan tahun depan baru nak update tapi penghujung tahun ni rasa nak up sikit la. Alang-alang dah buka laptop kan jadi jenguk la sekejap kat sini. Tengok komen untuk diluluskan. Ehhh. Entri yang tahun 2009 atau 2010 macam tu masih lagi ada komen. Hahaha. Maafkanku selaku pemilik blog sendu ini. Aku hanya sesekali muncul di sini. What if? --- Terkadang bila buka blog terfikir pula apa reaksi dan pandangan kawan-kawan satu pejabat kalau-kalau mereka tahu kewujudan blog ni. Hahaha. KALAU LAH ada yang terbaca, abaikan saja lah ye cara penulisan dan penceritaan gaya blog. Jangan ditanya depan-depan. Malu. Yelah kan. Suami, ipar duai, adik-beradik mana tahu semua ni. Ini kalau suami aku baca semua ni mesti dia kata " Eh bini aku ni. Entah apa-apa" Hahaha. Tapi itulah dia bukan tahu pun kalau bini dia ni blogger tegar zaman bujang dulu. Alhamdulillah semua entri putus cinta dah selamat dipadamkan. Fuhhhh. Dah masuk pertengahan Disember 2023. Cuti sekolah