What If?

 Assalamualaikum dan Hai! Ingatkan tahun depan baru nak update tapi penghujung tahun ni rasa nak up sikit la. Alang-alang dah buka laptop kan jadi jenguk la sekejap kat sini. Tengok komen untuk diluluskan. Ehhh. Entri yang tahun 2009 atau 2010 macam tu masih lagi ada komen. Hahaha. Maafkanku selaku pemilik blog sendu ini. Aku hanya sesekali muncul di sini.

What if? --- Terkadang bila buka blog terfikir pula apa reaksi dan pandangan kawan-kawan satu pejabat kalau-kalau mereka tahu kewujudan blog ni. Hahaha. KALAU LAH ada yang terbaca, abaikan saja lah ye cara penulisan dan penceritaan gaya blog. Jangan ditanya depan-depan. Malu.

Yelah kan. Suami, ipar duai, adik-beradik mana tahu semua ni. Ini kalau suami aku baca semua ni mesti dia kata " Eh bini aku ni. Entah apa-apa" Hahaha. Tapi itulah dia bukan tahu pun kalau bini dia ni blogger tegar zaman bujang dulu. Alhamdulillah semua entri putus cinta dah selamat dipadamkan. Fuhhhh.



Dah masuk pertengahan Disember 2023. Cuti sekolah dah mula. Musim hujan pun saban hari semakin menjadi di Pantai Timur ni. Azam kurus apa cerita? Sambung tahun depan la ye. Hehe. Pencapaian yang belum berjaya, kita bawa pergi tahun 2024 pun boleh kannnn. Untuk diri aku sendiri, Alhamdulillah dah banyak yang tercapai sepanjang tahun ni. Sikit atau banyak kita kena bersyukur okay? 


Akhir kata, titipkan doa setiap hari untuk saudara kita di Palestine. Teruskan boikot apa-apa sahaja yang berkaitan Israel. Sekurang-kurangnya ada jihad kecil yang kita perjuangkan. #FreePalestine #StopGenocide

Comments

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes