Doorgift

Hello June! Dah June dah eh. Bulan lepas takde update pape pon sebab busy sangattttt. Macam retis pulak. Tapi memang busy la jugak. Schedule pack. Wah. Macam retis lagi. Kakakaka. Sebenarnya order banyak so, sempat jeling-jeling jelah dashboard. Lagipun sekarang musim kenduri kahwin melimpah ruah. Lagi lahhhh takde mase.

Okay, bila cakap bab kenduri je mesti aku terus terfikir pasal "doorgift". Aku dengan ibu banyak jugak aaa komplen pasal doorgift. Sebab aku rasa kebanyakan doorgift sekarang ni ramai yang bagi barang-barang yang konon boleh buat kenangan. Tapi ce pikir la kan. Bagi pendapat aku la ni yang jenis tak suka membazir dengan barang cenggitu.  Kalau semua nak bagi barang macam kaca kecik-kecik, for sure dalam rumah bersepah. Aku pun dah banyak buang. Benda tu pun bukan boleh dapat harga murah sangat walaupun kita beli banyak. Tapi, ada jugak baiknya. Ada yang jenis suka menyimpan benda-benda cenggitu. Tapi kalau aku, memang tak. Hehehe.

Semalam aku pegi kenduri so doorgift yang dapat semua makanan. Kiranya memang tak membazir pon weh doorgift tu. Biasanya kalau dapat kipas ke dan yang seangkatan sure buang sebab dah banyak sangat simpan. Muahahahaha. Tapi ada jugak yang simpan contohnya surah Yassin, tasbih. Tapi aku suka gila kalau dapat tasbih. Biasa aku simpan tasbih yang cantik-cantik. Errrr simpan je ke? *tersedak*


Tapi, main point kat sini aku nak cite pasal doorgift lain sebenarnya. Hehehe. Macam ni. Semalam kat kenduri ada satu sudut khas tulis "DOORGIFT" Cantikkkkk memang cantik. So, bila nampak sighboard macam tu apa korang rasa? Dengan doorgift simple tapi ala vintage style, sure meleleh air liur nakkkk!! Kannn. Memula aku sampai, aku tengok jelah. Tak tau boleh ambik ke tak. Lagi pulak ade penjaga yang cantik manis kat situ. So, aku pegi dessert table dulu, photo booth dulu lepas tu makan sebab lapor sangat.

Bila semua dah siap makan, pegi lagi kat tempat tadi. Sebab ada satu tempat khas untuk doorgift, dessert table dan jugak photo booth. Tetiba semua orang pegi kat tempat doorgift. Mak pengantin suruh lah penjaga cantik manis tu bagi kat semua orang. Tapi, aku perasan tetiba air muka penjaga tu berubah. Macam serba salah nak bagi ke tak. Tapi muka terpaksa je bagi. Aku pun apa lagi, pegi la jugak nak ambik. Muahahahaha. Tapi yang sedihnya doorgift aku tu hilanggggggggg!

Bila dah hilang aku pun tergedik pegi mintak. "nak satu lagi boleh?" Kemahennnn ayu cakap. Lepas tu penjaga tu cakap " Errr sebenarnya doorgift ni untuk kawan pengantin lelaki SAHAJA!" Okay mak sentap. Mak pun blah lelaju. Malu. Kahkahkah. Aku pun bagitau kat ibu. Sebab pelik okay. Nak bagi dekat kawan pengantin lelaki je tapi kau pegi letak dekat public yang ramai tetamu datang. Pastu kalau tetamu nak, kau nak cakap lagi "NI UNTUK KAWAN PENGANTIN LELAKI JEEEE" 

Lepas tu pulak ada budak kecik nak. Nasib baik kiteorang ada dua lagi doorgift tu so bagilah kat budak tu satu. Tak faham aku. Aku takdelah nak sentap sangat sebab tak dapat lepas dah hilangkan cuma aku rasa benda macam tu tak payah lah nak letak public tapi hanya untuk KAWAN PENGANTIN LELAKI SAHAJA. Nilah satu-satunya kenduri yang aku pernah pegi ada servis pilih kasih cenggitu. Pilih kasih eh? Kekeke.


Tapi macam-macam hal jugak lah kenduri semalam. Entah aku tak faham yang pesen nak kahwin tapi tak pandai nak jaga hati family sendiri. Nak menjaga hati mertua lebih sangat sampai buat tak kisah dengan family sendiri. Aku memang ah tak kahwin lagi. Muda lagi kot. Hahaha. Tapi benda yang kena ambik tahu, kena jugak. Hah amende dah aku cakap.

Sekian sahaja luahan hati untuk awal Jun. Phewwww

Comments

Tapak Kaki said…
doorgift yang aku paling suka aku penah dapat fridge magnet.

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes