kenapa orang gemuk jugak harus diketepikan?

Assalamualaikum.. tok tok tok. pagi nih aku bangun awal. hoyeah. adik aku pun terkejut macam mana aku boleh bangun awal. hoho. seminggu dua nih memang aku asyik bangun lambat je. rumah pun tak berapa nak terurus. tapi time aku taip entri nih aku dah siap kemas sume. err. belum. ada sikit lagi kain tak berjemur. haha.

ekceli aku malas nak buat entri apa-apa sehari dua nih tapi terdetik hati dari semalam lagi nak buat entri ni lepas aku baca mastika terbaru. ada beberapa helaian dalam mastika tu surat yang dihantar oleh pembaca. aku rasa siapa yang dah baca tau kot apa isi kandungan surat tuh. oh ye. aku dah jadi pembaca mastika since aku darjah 1 or darjah 2 macam tulah. lama kan? hee

okeh. berbalik kepada surat tersebut. surat tu dihantar oleh seorang gadis yang gemok. ye dia seorang yang gemok dengan berat badannya 140KG. uhhh.. ni pun dapat tau time part nak habis dah. persoalannya kenapa orang gemok selalu jadi mangsa macam tuh? salahkah diri dia nak rasa dicintai dan mencintai? 





tak dinafikanlah kan lelaki sekarang memang mementingkan kecantikan dari hati. ye dak? hish. mampus aku kena hentam lepas nih. hoho. ni berdasarkan pengalaman la ye. memang bukan semua lelaki macam tuh tetapi sangat susah ye nak cari lelaki yang sanggup bercinta dengan orang gemok.kan?kawan aku pun ada yang gemok, tapi dieorang happy je dengan orang yang tersayang.

hey. bagi perempuan-perempuan yang rasa diri mereka gemok, termasuk lah aku yang besar gerabak nih, jangan lah sedih-sedih oke? sebab, jodoh dah Allah tentukan. banyakkan berdoa dan bersabar dalam mencari kebahagiaan. ya, kenapa Allah temukan kita dengan yang salah?

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan… 
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. 
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. credit to faizalfredley

HEY! cantik itu subjektif. cantik bukan pada luaran. cantik itu datang dari dalam. kalau hati di dalam cantik, maka cantik lah luaran kita. gemok itu tak cantik? siapa kata?






SYANIE, ADIBAH NOOR, OPRAH WINFREY. mereka artis-artis yang gemuk tapi cantik. kan? aku suke owh. tiga-iga nih. walaupun mereka berbadan besar tapi itu bukan penghalang buat mereka untuk berjaya dalam hidup. so, please la. WAKE UP!! belum terlambat =))

p/s: maaf kalau yang terasa. ini bukan untuk sesiapa :))

Comments

adrinaqamarina said…
iqa, rina suke sangat baca mastika dari kecik ag jugak~

betol la, ape la salah orang gumuks tapi kt egip, laennya pulak cerita dengan orang gumuks ne. ngeee~!
amira faqihah said…
betul2,org2 berisi ni senanya mampu buat hidup mereke menjadi lebih bermakna buat mereka,,jgn rasa telalu renda dri
"Single sebab gemuk?
Gemuk tak apa,asal bahagia.
Kalau couple,belum tentu bahagia kan?"

sayapun rase saya gemop dan saya xkesah sy gemop sbb orgtgk sy bahagia...

http://nuyaras.blogspot.com/2010/12/single-sebab-gemuk.html
mizayusof said…
miza pun gemok jugak. gemok jangan dianggap kelemahan untuk diri kita. kita juga ada kelebihan masing-masing :)
nazirulhazwan~ said…
den langsung tak terase.hehe
FH said…
terbaek lah ;)
cik diba said…
biasanya org gemuk ni ceria tau... dorng la biasanya ader time kiter susah senang.. np perlu rase rendh dirikn.. jodoh dan ketentuan semuanya ditangan tuhan.. rmai jer org badan comel ni dpt kawin dgn pilihan masing2...lebih bahagia dr wanita yg kurus..lawa seksi... hihi fikir2kn...
cik diba said…
biasanya org gemuk ni ceria tau... dorng la biasanya ader time kiter susah senang.. np perlu rase rendh dirikn.. jodoh dan ketentuan semuanya ditangan tuhan.. rmai jer org badan comel ni dpt kawin dgn pilihan masing2...lebih bahagia dr wanita yg kurus..lawa seksi... hihi fikir2kn...
Unknown said…
be confident of yourself..hanya orang yang hati buta saja yg memandang kecantikan yg x kekal lama tuh..hati budi patut dipandang kerana yang itu kekal abadi..bukan kecantikan palsu dek make up yg tebal
aizasyazwen said…
saya nak curi. article dalam box tu.
noa said…
self confidence tu penting

jgn malu tuk bersosial @ berkawan

ambil cth org2 yg gambar dia kat atas tu, mereka semua full of confidence (kagum gile kot)

tarak hal la, kurus ke gemuk ke, yg penting dlm hati ada taman hihihi
CikSpek said…
"cantik itu subjektif" <--- setuju sangat!

kecantikan tu sebenarnya menguji kekuatan iman. pandai jaga, selamat. salahguna, jawap la kat akhirat. hehe. byk plak bebel. :)
Anonymous said…
GEMUK ITU BUKAN SATU SUMPAHAN. YANG GEMUK BOLEH KURUS. YANG KURUS JUGA XMUSTAHIL AKAN GEMUK.
Ain Zulaikha said…
ye setuju sangat, mmg tak dinafikan org berbadan besar selalu di ketepikan, kesian dan tak patut kita buat gitu, semua orang sama je.. tak semestinya kan org badan besar tak leh berjaya, cthnye cam opera winfriey tu wah i like her much.
Fariq Jalil said…
susah nak komen pasal ni,, next topik plz. ngeh3x..

Big Gathering 2010 @ Time Square
cik helena said…
macam nak nangis pulak bace,huhuuu cikhel pun tak kurus jugak*tanak jugaktu tulis gemuk.hahahaa
CIK TOM said…
betul...cntk tue subjektif...cik tom pun xkurus...ingt nak diet..hihi
Ziro said…
materialistik x???

kui3....
Sakina Kushairi said…
penah chubby dulu tapi besh je :D
@adrinaqamarina

wah.sme2.best je bace :P

haaa...kat sane rmai yg besar2..
hehe
@twinkle twinkle

thanks.betul tuh. yg penting kne ade keyakinan diri ;))
@INCHIK PIPI PAU PANAS

hoho..thank :))

one day die pasti akan jumpe org yg lebih baik utk die :D
@Miza Yusof

hehe.eyh.yeke
? tgk kecik je. huhu
@cik dibadeebut

a'ah.selalu kan tgk org gemuk ni hepy je. huhu..
@Rozuan Ismail

yeah. confident is important :))
@nora

yap.betul tuh nora.

mereka semua tuh punye self confidence yg tggi ;))
@::Miss Pikon::

yap.that's right.

itu semua kelebihan yang Allah bg dan kite kne pdai gune kan ;))
@Cheq Tun

yap. betul tuh. rmai je yg mcm tuh :P
@Ain Zulaikha

haa.betul ain gtau nih.

iqa pun suke die :D
@cik helena

hahaha.cik hel dah kurus lah :P
@Cik Tom

aik.bukan dah kurus ke?
huhu
@Zul UnicBoyz

heh.budak kecik takleh tau. hahaha
@~sakina~

hehe.mmg best pun.. hoho :P
Hizami Li said…
hurm.
biasa ah.
semua benda nak cantik2.
nafsu semata-mata.
niena witwit said…
xde bezanyer gmok atau kurus..
yg pnting ktulusan aty..:)
@tulips etu chinta..

haa.kan bagus kalau semua mcm nih :))
Cikbelog said…
gemuk itu menarik.saya juga gemowkk..hehe
SyahmiFikri said…
yea.. pandai bergaya camner pon..
org len ok jer...
hehehe
@Cikbelog

menarik tertarik kan? hehe
@SyahmiFikri

hoho..tak bpe nk phm.. huk3
Si GadisSemasa said…
dulu memang takde self confidence , tapi sejak masuk form 1 sampai sekarang dah tak kesah dah ape org nak kata . diri kita sendiri kita yang tahu :)



pasal bahagia tak bahagia tu , datang dari hati bukan dari fizikal . kan kan ? :)
@Si Gadis Semasa

bagus dear. keep it up oke ;))

yap! tol tuh.semuanya dr hati ;)
atiqa aris said…
tapi sy da 4 kali jpe org yg salaa.teroknyee..rasenye sy yg sala kot bkn dorang.fobia seh.huhu
Cik Bambam said…
setiap orang memang dah ada jodohnya...so mari lar mencari jodoh masing2!!ahaksss~
entry yg baik pnye.. lelaki selalu ejek org2 gemuk nie.. ape salah dia.. tuhan yg jadi kan dia macam tu.. sape je nak gemuk kn ? cantik tu hanye luaran je.. fikir2 kan la !
mie said…
xsalah...
tapi jgn terlampau gemuk..
boleh mengundang pelbagai penyakit
amalkan hidup yg sihat
Amir Syahir said…
say yes to jusmate5..haha
Unknown said…
dulu..yong slalu ingat takkan ada orang suka dengan yong.sbb yong gemuk.yong slalu bayangkan baju pengantin x muat dengan yong sebab takda saiz..yong fkir..lelaki xkan suka kepada perempuan gemuk..

tapi skg ni..byk da lelaki couple dengan perempuan besar...oke je yong tgk.kagum plus terkedu bila tengok aww~ hehe
@mie

haa.betul tuh. mmg la kne jge jugak tp skang nk cite soal ht je..
hehe
@alinac lover

haha.ades.kalau kak yong yang kecik dr iqa pk cmtuh, iqa ni caner lah nk pkai bj kawen nnt.haha

tau xpe.kdg2 jeles pulak tgk dieorg.. hehe
ahmad endo said…
aku tengok ok je....hehehe
Lina said…
peranan masyarakat dan jg media sbenarnya...tgk iklan kat tv sume yg putih2 n kurus langsing jer...tgk pusat pelansingan badan berlumba2 buat iklan psl kuruskan badan...spatutnya gaya hidup sihat yg penting
izuddinrahim said…
aku dah bagi tips tuk kurus. hehehe.

gemuk bukan masalah kan? aku tak suka orang perlekeh orang gemuk. haish~
saye nak chubyyyyyyyyyyy. c00mel
tenang jek..kalau dah jodoh tak kemana..dan mereka 3 org yang jd contoh tu bagus..sebab mereka dah buktikan yg saiz badan bukan jadi ukuran utk kejayaan hidup..yeah!.. =D
@kembatolo™

tau2.t rerajin aku folo.hahaha

tol2..sian dieorg..
@miss lolly a.k.a luvfareda

huhu.sis lolly takpe da cumel.. hoho
@Lina

a'ah kan. ye jgk tuh. thanks bg info jugak :))
@iqbalhakimi

hoho.betul2..
aku ske dieorg tuh.
pemberi smgt.. hehe
Miss b said…
gemuk itu comel

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes