Bakedbyiqa (Homebaker)

Salam Ramadan :)

Setelah beberapa bulan, minggu, hari duk pikir nak update blog akhirnya malam ni tergerak jugak nak update. Muehehehe. So, puasa amacam? So far aku tak tinggal lagi dan harapnya tahun ni dapat puasa penuh. Berharap jelah. Ehehe. Kalau ikutkan memang banyak sangat benda aku nak update tapi sebab dah banyak sangat tulah jugak menjadi sebab kenapa malas nak update. Boleh cenggitu? >.<

Sejak berhenti kerja kan (hehehe). aku start balik bisnes lama. Ala, bisnes kecik je uols. Sekadar masa lapang sementara menuggu kot ada mana-mana company kat Terengganu ni nak ambik aku kerja. Huahuahua. Walaupun macam dah tak nampak harapan je. Haih.

So, untuk makluman bisnes ni dah start awal tahun 2013 lagi. Kiranya dah lebih setahun setengah. Alhamdulillah it's getting better by day. Aku tak la bersungguh sampaikan tiap-tiap hari nak baking sebab aku kadang datang mood malas tu memang parahlah tahap kemalasan. Dan aku jugak takde lah nak buat account bagai walaupun belajar account. Malas. That's it. Sepatutnya aku start dari awal lagi so boleh jugak tahu cash flow sepanjang bisnes ni. Tapi hmmm.


Aku tak banyak lagi masuk kelas baking so banyak jugak yang aku tak tau lagi. So, mana yang aku tau buat, insyaAllah boleh diusahakan. Gitew haaa. 


Ni antara yang aku buat la. Decoration yang biasa boleh laaaa. tapi kalau nak yang kebabooooom kena la order dengan pakar. Kannn?

Untuk raya kali ni pun sangat-sangat gembira dan puas hati sebab melebihi dari tahun lepas. Tak pulak expect macam tu. So, kalau tahun lepas agak huru-hara sebab tak tau nak manage masa tapi tahun ni rilek cool je siapkan order biskut raya sebab dah faham macam mana nak manage masa supaya sistematik. Pergh. Skema sungguh =.=' Dan nampaknya tahun ni dah kena start sediakan duit raya. Hehehe.

Untuk bisnes aku ada buat instagram. Korang boleh follow kalau nak. Kalau nak la. Tapi mostly services hanyalah untuk warga sekitar daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu sahaja. Postage only available for dry food (cookies and bars). Instagram ni baru lagi buat. Dulu bercampur aduk dengan personal tapi rasa macam takde privacy lah pulakkk. IG : bakedbyiqa

Biasanya aku akan masukkan sekali segala maklumat bila post gambar. Tapi ada jugak tak. Lately ni pun dah malas. Tapi, kalau ada apa-apa nak tanya boleh whatsapp/sms je. Tak payahlah call kan. Tak selesa. Hahaha. Lepas tu pulak kalau boleh jangan lah lewat malam ataupun awal pagi sangat nak whatsapp/sms. Memang lah kadang tu aku online je tapi privacy la. Kita pun ada waktu-waktu privacy. Takkan doplohpat jam nak dengan customer. Kita ada family, ada kawan. Selalu tengok bakers lain dekat ig bagi penjelasan pasal ni. Yela sebab kadang customer ni nak suruh kita reply lajuuuuuu je. Macam bakers tu kena layan dia doplohpat jam. Ada yang faham tu memang sangat bagus. Tapi biasalahkan, ada jugak yang tak faham. Lambat reply pun nak marah-marah. Haih laaa.

Dan sesungguhnya bila jarang update memanglah kena panjang. Ni entah bila pulak nak update. Bulan depan jawabnya. Takpun lagi dua bulan. Heh. Oh ya, terima kasih sebab still ada yang follow. Haha. Ni mesti sebab resepi lama. Dah lama tak masukkan resepi apa-apa pun. Malas kemainnnnn. Lepas ni ingat nak buat auto post untuk resepi lah pulak. Ekekekeke. Harapnyaaaaaaa >_~

Okay dah. Selamat berpuasa! :)

Comments

Lydia Miza said…
Cantik2 hasil tgn iqa. Suka ummi tgk
@ummi aqilah (LM)

:))

Alhamdulillah, terima kasih ummi ;)
Tapak Kaki said…
presentation cake tu dah cantik. tinggal nak rasa je ni sedap ke tidak.. macam mana nak rasa ni? haha..

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes