Diet dan Gemuk



Dari dulu sampai sekarang mulut selalu cakap NAK DIET. Tapi bila nampak nasi, memang ke mana-mana lah NAK DIET aku tuh. Nak pulak sekarang ni baru tau yang pucuk ubi kayu masak lemak cili pada melampau sangat tahap kesedapan. Dua pinggan makan dengan nasi menggunung. Dasar nafsu serakah bab makan. Tu belum lagi bab makan nasi putih panas-panas dengan keropok keping tambah pulak kicap. Mak aihhhhh. Tengah menaip pun rasa meleleh air liur! Haaa.

Minggu lepas pergi KFC lepas tu order untuk feast bucket tapi tetibaaaaaaa nampak tiramisu tu macam sedap sangat je. Macam dah tergoda tahap tak boleh nak kontrol nafsu makan. Tudia. Aku pun mintak tambah lagi tiramisu. Terus ibu aku sound " mung ni doh la gemok pahtu makang bende gining pulok. koho gemok la mung.  kekgi bukan A je takmboh ke mung. ayoh die pon dok kenang ke mung! " Power dok ibu sound aku? Muahahahaha. Aku pun " hahahahahahaha dakpe. ye tahu along makan banyok "

Baru-baru ni jugak aku pergi besarkan sikit cincin. Balik je rumah aku cakap kat ibu " hmmmm rase macam nok gi operate jari je bagi kurus sket " Ibu tengok aku terus cakap " huhh baik mung gi operate mulut biar kecek sket dok makan banyok hahahahaha " Sabor jelah ibu ni -___-

Aku pernah nak start atkins tapi hmm gitulah. Aku siap print lagi apa yang boleh makan dan tak boleh makan time induction. Tapi aku dah selamat buang pon. Kahkahkah. Aku tengah plan nak start balik joging macam dulu tapi setakat ni joging dalam mimpi je mampu. TT____TT Banyak sangat dah baju aku tak muat. Sampaikan aku tahap malas nak keluar rumah sebab malas nak hadap almari nak pilih baju. Kalau terpaksa sangat, aku guna baju sama je. Aku harap impian aku nak jog balik tercapai! Muahahaha

Comments

Unknown said…
hihi..kisah kita terbalikla..kita cincin makin mengecil..eh, kita yang makin kurus..

NadiaMansor menulis tentang.. : Tingkatkan Kesuburan Anda
Tapak Kaki said…
diet dan eksesais tu petua kurus yang mujarab. selamat mencuba.

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes