23 July 2015

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes


.Assalamualaikum.

Okay aku faham resepi ni bersepah dekat blog. Kau google je terus bermacam-macam blog yang share resepi, Eh tapi aku nak jugak share resepi yang lapuk yang semua orang dah tau. Hehe. Resepi asal aku dapat dekat blog Kak Ita. Sila la cari sendiri ye. Malas pulak aku nak tolong bagi link. Dan jujurnya aku pun tak ingat dah resepi asalnya macam mana. Muahahahaha.

Resepi ni aku memang guna untuk jual setiap kali musim Raya. Sila lah ikut step by step okay. Mostly aku tengok resepi guna butter sampai satu buku. I was like hehhh -.- Aku memang olah sehabis mungkin resepi ni ikut sedap anak tekak dan jugak bila customer cakap SEDAP! Gitew haaa.

Aku prefer guna NESTLE. Kellogs is fine tapi kena campur dengan NESTLE sebab Kellogs tu nipis sangat emping jagung tu. NESTLE tu tebal sikit so bila lepas bakar rasa kruk kruk tuh sangat osyemmmm. Muahahaha.


ni aku buat sendiri ehhh. mihmih

Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes
(200++ biji)

Bahan-bahan:
500gm cornflakes (prefer NESTLE, kalau guna Kellogs campur juga dengan NESTLE)
*1/4 cawan butter (guna marjerin pun boleh)
*1/3 cawan gula perang
*3/4 cawan madu

Cara-cara:
1) Letak cornflakes dalam satu bekas yang besar.
2) Masukkan bahan yang bertanda * dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana. Teruskan kacau hingga gula larut. Biar sejuk seketika.
3) Tuang adunan yang telak dimasak tadi ke dalam cornflakes. Kacau sampai semua rata (it takes time hehe)
4) Letak dalam cup, bakar suhu 160 darjah selama 10-15minit. *aku prefer 15minit sebab betul-betul kruk krak. 
5)Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Haaaa maaf la ye. Aku memang pesen tak pandai nak berbahasa tulis resepi. Tak faham mohon tanya dekat bahagian komen. Hahaha. Selamat mencuba! ;)




terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

3 Love Note (s):

Fai Nardir said...

dah dua tahun berturut fai buat cornflakes madu ni.. last year adam tak pandai lagi makan kuih raya. tapi tahun ni, dialah yang paling sukaaa dengan cornflakes madu ni. hihihi... suka buat ni sebab senangggg, tak payah nak mencetak bagai. hehe..

Puteri Iqa Izyan said...

@Fai Nardir

kannnnn.. kalua bukan time raya pun memang best makan ;)

anie comel said...

Hakakkk..kite pown suka buat cornflkes madu ni...tp kita ad letk susu skit...mcm bercreamy skit cornflkes madu tu...tp klu saloh bako lame skit azab ler sbb corflkes tu mlkt kat cups mcm nk suh mkn skli ngan cup2....ad tipss dop kak iqa??..hewhew

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan