10 October 2015

Jaga Hati


.Assalamualaikum.


Dari semalam aku rasa nak menulis tapi sebab aku pun faham kalau menulis tengah mood swing memang habis segala isi dalam hati keluar. Muahaha, Dah sebulan lebih aku mereput kat rumah ni ha. Menyesal lah sikit resign awal tapi "feeling better" omputih cakap sebab tak kerja kat situ lagi. Mihmihmih.

Hm. Nak jaga hati orang ni susah. Hati sendiri pun tak terjaga. Yedak? Tapi takdelah kita buat bodoh je. At least kita cuba jugak nak jaga hati orang. Tapi kalau kita je cuba berbaloi ke? Akhir-akhir ni aku terfikir pasal ni. Aku tak puas lagi nak rasa tenang hati setelah "makan hati" lama sangat. Hoi sape suruh makan hati? Makan lah benda lain. Heh. Sekarang tetiba nak kena jaga hati orang, nak kena faham perasaan orang. Perasaan aku sekarang ni rasa macam nak hantuk kepala kat dinding pastu tersedar dari mimpi buruk. But too bad, it's a real life! Phew.

Kadang aku cakap sorang-sorang. Bukan gila lah Hahaha. Tapi lebih kepada nak positifkan diri sendiri. Sebab aku penat sangat dengan dugaan nih. Takkan malam-malam nak berendam air mata. Phui. Tapi aku ingatkan diri sendiri ujian dan dugaan adalah tarbiyah dari Allah.

Cuma aku terfikir, kalau aku sedaya upaya nak cuba faham orang kenapa orang tu tak boleh cuba jugak untuk faham aku? Aku ni takde perasaan atau apa? Atau mungkin kau rasa perasaan aku dah lari jauh dari aku?


Sebab aku masih punya hati, aku cuma mampu pujuk diri sendiri. Bersabarlah selagi mana mampu. :)

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

0 Love Note (s):

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan