09 December 2015

Bahagia


.Assalamualaikum.


I had nothing much to write before 2015 ends. People come and go as they please but my life still goes on. Nothing much to worry, nothing much to share any story (well maybe :P) I don't feel like turning to 26 by next year. Rasa macam budak-budak lagi. Perasan. Kadang-kadang la terasa macam dewasa tapi jarang sangat datang perasaan macam tu. Masih lagi blur kalau orang tanya "umur berapa dah?" Otak tak boleh nak cerna lagi bab umur sendiri.

The best thing I have been waiting for----my best-girl-friend is getting married earlier 2016! Yay! Orang cakap jadi pengapit lambat kahwin so please bukan aku jadi pengapit sebab dah dua kali aku jadi pengapit ni oi. Muahahaha. Tapi ada juga lah aku rasa risau dengan diri sendiri bab kahwin. Sikit je. Tak banyak sebab malas nak fikir sangat. Tu pun risau bila orang keliling aku yang tolong risaukan aku takde calon. Terima kasih lah makcik semua sebab tolong risau. Kurang sikit perasaan kerisauan saya ni ha. ^_^


Kahwin ni orang nampak bahagia pada perkataan bukan isi dalaman. Kita nampak orang tu bahagia tapi hakikat yang kena tempuh tak seindah yang kita sangka. Kadang-kadang kita cuma mampu mendengar dan memberi pandangan. Tapi, pandangan dari orang yang belum kahwin kepada orang dah berkahwin apalah sangat. Sebab diri sendiri tak merasai keadaan tu. Menasihati berdasarkan pengalaman orang sekeliling. Easy said than done.

Takde orang nak dugaan macam ni. Tapi sebagai kawan aku cuma mampu pesan, Allah sayang kamu. Sabar. Kuat. Walaupun aku sendiri belum tentu sekuat kau.

Ini mungkin entri terakhir untuk tahun ni. Maaf kalau mungkin ada mana-mana entri yang buat awak semua tersentap ke. Hihi. Maaf ye. Semoga sempat berjumpa tahun depan :)
terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

1 Love Note (s):

Hiro said...

hai awak..

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan