Padang, Indonesia

Dan akhirnya sekali lagi berjaya gigihkan diri sendiri update entri baru. Kalau ikutkan, bulan lepas rasanya dah ada entri untuk Krabi tapi sebab tak daya nak refresh otak ingat balik segala hal, terpaksa convert ke draft dulu. Nanti dah ready, baru sambung. Hahaha.

Sebelum tu, Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua yang baca blog ni. Kah! Hakak tau ler takde orang pun dah duk baca blog ni. Zaman hakak tengah ajet-ajet blogger, ramai la jugak yang baca, yang komen. Rasa semangat nak update tu lain maciammm baq hang! Sekarang ni, sunyi sepi je. Banyak jadi silent reader, silent commenter.

Seminggu sebelum puasa, Alhamdulillah adik aku dah selamat ijab dan kabul dekat Kampung Pandai Sikek. Pandai Banyak nye manee? Aha! Adik ipar aku asal Medan tapi majlis kami buat dekat Padang, Indonesia. Kebetulan ada keluarga angkat adik ipar, dan jugak orang yang banyak tolong selesaikan majlis yakni, Pak Khairul maka, disebabkan itulah majlis akad nikah buat dekat Kampung Pandai Sikek. Dalam area Padang jugak la. Malas nak cerita lebih sebab nantikan jadi sinetron pulak entri aku ni. Hehe.

Aku hadiahkan gambar sepanjang kat sana. Tak banyak. Kang muntah pulak tengok. Hehe

salah satu hentian dekat "Selekoh 44"
Selekoh ni kiteorg pergi sampai 32 selekoh je. Sebab ada makcik yang pening tengok jalan simpang siur. 



sebelah kiri tu rumah Ibu Bass dan Pak Jeff, tempat kenduri lepas majlis akad nikah. Wallahi cantik sangat view sepanjang kat sini. Fresh je mata hakak ni hehe




Tau ni apa? Kuih Neraka engko tau? Tapi rasanya kayak surga! Asik dong. Hehe. Makan panas-panas ni layannnnn



ni sekitar depan pasar Bukit Tinggi. Seminggu sebelum sambut puasa, memang ramai dari daerah lain akan datang sini. Makin petang, makin ramai orang. Sesak oiii. Kat sini aku cadang sesape nak pergi, sila la shopping sakan, dan tawar menawar kaw-kaw. Terlalu banyak yang harga murah berbanding kawasan lain. Sebab kiteorang shopping jugak area Padang Panjang.



*Istano Basa Pagaruyung*
Besar wehhhh istana ni. Istana ni dah diubah suai sebab ada kebakaran dulu. Lupa dah tahun bila. Kat sini lah kiteorang sewa pakai baju tradisi Puteri Minangkabau. Panas pun aku hadapkan jua sebab dah semua orang pakat nak pakai. Boleh la fefeeling pwincessss kateko haha. Naik doploh kilo pakai baju tu T___T



Oh maaf. Hakak menempel dalam ni. Haha. Ni kawasan Tasik Maninjau. Sejukkkk sangat kat sini. Eh takdelah sangat tapi memang sejuk jugak la. Angin tu haaa. Memang rasa tenang je kalau lepak kat sini lama-lama pun. Kat bawah tu tasik memang besaq baq hang! 



Gambar ni pulak dalam perjalanan balik dari Bukit Tinggi. Kiteorang berhenti kedai makan yang ada burung hantu banyak tuuu. Burung hantu putih paling comel! 


Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Selancar duit yang laju mengalir. Muahahaha. Aku malas nak cerita details sebab panjang sangat ceritanya. Tapi ringkasnya, kami pergi 20 orang ke sana. Sewa bas untuk perjalanan sepanjang di sana, 3 malam tidur di hotel Flaminggo, Padang Pajang dan 1 malam terakhir tidur di Hotel Bunda, Padang.

Balik dari Padang, demam lima hari T___T Suara hilang. Kbai ^__^

Comments

.amy. said…
lame x bace blog kak iqa ! asik dong hahhaa
@.amy.

hahaha. biase laaaa.
sibuk urusan duniawi

:P
mimi said…
lama x baca blog awak... hehe

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes