Red Velvet Marble Butter Cake
Beberapa hari lepas, on the way nak pergi kerja pagi-pagi hari tu duk teringat butter banyak lagi kat rumah. Dah la minggu sebelum tu asyik teringat marble cake je. Marble cake ke, butter cake ke, memang jadi favorite kalau kat rumah. Ala, macam kek Planta jugak. Tapi versi omputih guna butter. Pure butter yang macam SCS, Anchor, La Belle, Lurpak, Emborg, etc.
Aku memang suka guna butter sebab rasa dia tu perghhhh merecik! Lemak-lemak giteww. Elok sangat untuk menambah lemak. Oh pasal kek tu. Yang terjadi nak buat versi red velvet pun sebab memang tekak nak makan Red Velvet. Allahu. Memang tekak aku ni asyik terliur dengan kek je manjang. Resepi ni aku gabung. Dari page Azie Kitchen + resepi Red Velvet. Red velvet ni dia rasa coklat pahit, lemak-lemak sikit. So, disebabkan aku buat semalam tak refer resepi sangat, aku pun decide nak letak kat blog. Kot nanti aku lupa kan.
Red Velvet Marble Butter Cake (Resepi asal Marble Cake dari blog Azie Kitchen)
Bahan-Bahan:
250 gm salted butter
200 gm gula halus @ kastor (3/4 cawan)
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu kecil vanilla extract @ 1 sudu besar esen vanilla
4 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar susu segar
*1 sudu besar serbuk koko
*pewarna merah
*1/2 sudu kecil cuka
*1/4 sudu kecil baking soda
Cara-cara:
1) Pukul butter dan gula hingga kembang. Lepas tu, masukkan ovalette dan vanilla extract. Pukul lagi hingga ovalette hilang dari radar. Hehe.
2) Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati.
3) Masukkan tepung selang seli dengan susu segar. Putar hingga sebati sahaja.
4) Bahagikan kepada dua adunan. Satu adunan yang original.
5) Satu lagi adunan
- Masukkan serbuk koko dan kacau. Masukkan pewarna merah (ikut sukatan sendiri nak merah macam mana) dan kacau.
- dalam bekas kecil. 1/2 sudu kecil cuka campur dengan 1/4 sudu kecil baking soda, kemudian kacau dan tuang dalam adunan. Kacau adunan (guna spatula @ senduk) hingga sebati.
6) Selang selikan adunan dalam loyang bersaiz 9 hingga adunan habis. Hentak-hentak sikit loyang bila selang seli adunan tu. Sebab nak bagi sekata.
7) Bakar suhu 160 darjah selama 40 minit. Dah siap bakar, keluarkan. Sejukkan kejap baru potong.
NOTA:

ni versi aku. versi tak saborrrr. panas lagi so tak cantik sangat bila potong. tapi sedappp. sebab warna merah tu rasa macam red velvet. habis dah craving! yayyy ☺
NOTA:
- aku suka panaskan oven masa kat step no 5.
- Suhu oven bergantung pada oven masing-masing ye. Tolong faham yang lain oven, lain gaya dia.
Selamat mencuba! =)
Comments