20 December 2017

Tied the Knot | 28.10.17


.Assalamualaikum.

crown beli dekat Afrah Bridal

Assalamualaikummmmmmm. Tudia, lama tak update entri baru. Dah nama pun blog sendu kan. Hahaha. Alang-alang tunjuk gambar kahwin kat atas nun haa, nak bagitau lah I JUST GOT MARRIED!!! LOL. Dah kahwin aku rupenye haha. Kalau dulu sesape yang follow blog ni mesti ada baca entri-entri aku yang  putus cinta lah, patah hati lah, nak kahwin la. Muahahaha. Nasib baik dah delete semua tu. Malu gila kalau ingat. Harapnye laki aku tak baca lah entri ni walaupun aku share link kat fb hehehe.

Aku berangan nak update entri macam mana dari awal kami kenal, time bertunang, time nikah dan sanding tapiiiii sekadar berangan jelah. Malas pulak aku nak taip semua -_- Tapi secara ringkasnya kami kenal 29/02/2016, bertunang 29/07/2017, nikah dan sanding hari yang sama 28/10/2017. Mula-mula kenal sampai lah hari nikah, baru tiga kali jumpa sebab kami duk jauh. First, dua bulan lepas kenal sebab dia datang sini. Second, jumpa kat KL sebab time tu parents dia nak ke Mekah. Third, jumpa terus nikah. Hahaha. Kalau teringat mesti rasa nak gelak. 

Cuma, kami ni selalu lah berhubung. Selagi mana mampu, selagi mana tak terputus talian. Sebab kalau tak contact, aku merajuk patploh hari. Hahaha. Kesiannnnn. 

Akad nikah 28 Oktober tu pagi dalam pukul 9.30 pagi macam tu. Lupa pulak tengok jam. Lepas laki aku jawab nikah tu, aku takde adegan menangis walaupun aku macam prepare untuk nangis, Ahaaa. Cliche sangat kannnn. Lepas akad nikah, ambik gambar kejap then terus balik rumah salin baju untuk sanding. Takde lah sanding sangat pun sebenarnya. Bersalam dengan sedara-mara kejap then ambik gambar gitu ajelah.  




Aku sebenarnya tak tau nak cerita apa sangat walaupun idea mencurah sebab aku malas nak taip. Kalau nak cerita details, taktau lah tahun bila baru siap entri ni. Yang ni pun fikir dua bulan dah nak taip ke tak. Teruk sangat malas ni haaa. Aku bagitau la sikit details yang boleh share. 

Baju Akad Nikah: Adoria
Baju Sanding: Zakiatul Anith
MUA akad nikah/sanding: Anna CJ(very recommended)
MUA sanding (lepas zohor): Nur Fauzani
MUA outdoor: Dyana Adyana
Photographer: The Casalight(very recommended)
Videographer: Hafiz Junior(very recommended)
Bunga Tangan & Inai: Sendiri je hehe
Catering: Orang kampung gotong royong masak
Doorgift: Sendiri

Kalau tanya bab bajet, berapa aku habis, rasa macam tak sanggup nak bagitau. HAHAHA. Aku simpan semua resit, catat semua belanja dalam satu buku. Tu pun rasa tak nak bukak dah buku tu. Macam seram je. Hahaha. Buat lah ikut kemampuan korang. 

Terima kasih kat Ibu Abah, mak-mak dan pak-pak sedara, orang kampung, adik-adik, kawan-kawan adik, kawan-kawan yang datang dari jauh ke dekat ke. RAMAIIIII tak sempat jumpa. Tengok video, gambar, hadiah tu jelah mampu tau sape datang tu ha. Haha, 

Terima kasih jugak untuk keluarga mertua yang datang dari jauh. Jumpa lagi kenduri belah lelaki nanti yang tak settle lagi. Ahaha (naik pelamin lagi weiiii :P)

Ini jelah kot entri penutup tahun 2017. Alhamdulillah dah selesai. Dah selamat jadi bini orang haha. Selamat ber PJJ jugak lah untuk diri sendiri. Muahahaha. PJJ ni kena cerita bila dah lama sikit kahwin. Baru kahwin ni paham jelah berapa banyak drama yang laki aku kena hadap. Dan untuk laki aku, moga tabah. HA HA HA.

❤ my best girls everrrr. versi tak cukup korum haha. see you guys next job ❤

terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

1 Love Note (s):

amira faqihah said...

tahniah kak iqaa dah kawin! semoga bahagia sampai bila bila :D

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan