15 August 2018

Random Post #11


.Assalamualaikum.

Assalamualaikummmmmmmmm. Dah lebih setengah tahun baru la ada hati nak update. lol. Lama dah teringin nak update tapi MALAS tu lagi menguasai katanya. Nak pulak sekarang mana ada dah orang gigih sangat nak update blog. Sekadar update ig story, whatsapp status, fb story and sooooo on. Waktu tengah taip entri ni aku tengah tunggu nak jawab exam SPA seksyen B. Exam jelah. Doakanlah dapat step seterusnya. Kot ada rezeki di campak dekat dengan suami (masih lagi bermimpi haha)


Kehidupan lepas kahwin sekarang "so far so good". Walaupun memang banyak gila drama air mata aku. Nasib baik la laki melayan aje. Harapnya terus lah melayan perangai bini mu ini sehingga hujung nyawa. Cewahhhh. Taktau la sampai berapa purnama aku nak kena PJJ ni. Belum lagi setahun kahwin dh merungut. HAHA. Kawan-kawan aku ada yang bertahun sampai anak dua tiga orang dah. Tapi tulah. Sedih bagai nak rak tu bila nak berpisah tu jelah.

Bila dah PJJ ni memang duit yang keluar tu taktau ke mana. Tiket bas ulang alik pun dah RM140++. Naya wehhhh. Aku banyak balik ke sana sebab laki aku susah dapat cuti. Kesian pulak kan. Aku balik pun weekend je kejap. Pastu mula la nangis-nangis sebab sayang nak tinggal laki. Muahahahaha.

Kenapalah takde navy base dekat Terengganu ni. Takdelah merana sangat jiwa aku ni haaaa. Okay lah. Dah settle jawab exam. Maka, mood malas pun datang dahhhh. Tunggu tahun depan pulak baru rajin kot. =P



terima kasih sebab sudi baca. baca ke? eh.

0 Love Note (s):

Copyright© All Rights Reserved Puteri Iqa Izyan