TTC Part 1: Appointment

Tahun ni tahun kedua dah jadi bini orang tapi belum ada rezeki nak timang zuriat sendiri. Ehehe. Aku tau ada masalah ni masa sekolah lagi dan sebelum kahwin pun memang aku dah explain dekat bakal suami (suami dah la sekarang) pasal masalah aku. Tapi aku taktau la dia ingat ke tak. Kot nye kalau dia baca blog ni pastu dia mai tanya aku "bila sayang cite kat abang?" -____- Tahun pertama kahwin aku tak terlalu beria nak TTC ke apa. Aku kira baru nak kenal sesama sendiri. Lagi satu sebab PJJ dan aku tau susah nak predict waktu subur disebabkan masalah period yang tak teratur. Jadi aku hanya menikmati waktu-waktu berdua saja. Orang tanya, aku sengih je cakap belum ada. Tak ambik pusing sangat dengan soalan dah ada isi ke belum yang aku rasa nak je tepek kat dahi "belum mengandung lagi" hahaha. Yelah, dah ramai sangat tanya.

Masuk tahun kedua, aku dah start fikir. Tapi aku tak betul-betul TTC jugak. Cuma join group BBT dekat facebook. Wehhh sumpah aku tak faham hahaha. Aku ada beli ovulation test tapi memang tak guna langsung sebab aku takut kalau time waktu subur tu aku atau suami aku tak dapat jumpa. Takut kalau aku jadi putus asa haha. So aku predict dengan apps "My Calendar" jelah. Then aku consult dengan klinik Ummi Azizan. Doktor cek dan scan. Alhamdulillah rahim aku cantik je doktor cakap. Cuma jenis susah nak period. Darah period ada tapi tak keluar. Aku syak degil macam aku jugak. hahahaha.

Oh. Panjang pulak mukadimah ni kannnn. So, awal bulan 3 aku ternampak sponsored page kat facebook daripada Poliklinik Ihsan Gong Badak, Kuala Terengganu pasal untuk ikhtiar hamil. Setiap hari bukak facebook mesti ada. Satu malam tu, aku terdetik nak mesej dan buat appointment pada 15 Mac 2019. Hari ni lah. Hari aku tulis entri ni hehe. Kalau nak pergi klinik ni buat appointment dulu ye untuk yang perempuan sebab kat sini ada doktor lelaki jugak. Doktor Milia sangat la baik dan peramah. Dia bagi penjelasan pun sangat mudah faham dan dia sanggup ulang banyak kali untuk kita faham haha. And she's gorgeous too =P

15 Mac 2019

Appointment aku pukul 9-9.30 pagi tapi aku lambat hahaha. So aku sampai kat klinik tu dapat nombor dua. Dalam 10:15 pagi baru masuk jumpa doktor. Mula-mula doktor tanya dah berapa lama kahwin, husband duduk kat mana sebab PJJ kan.

Lepas tu doktor tanya kitaran period, tanya guna apps ke tak. Aku bagi la yang dah tanda dekat "My Calendar" dan seriusssss cycle aku memang kelaut hahaha. Gap terlalu lama. Dalam masa yang sama, aku cerita yang masalah ni dari zaman sekolah lagi. So before aku datang klinik ni, aku dah pergi dua tempat berlainan. Rahim aku memang takde masalah. Tapi period aku tersangatlah tidak teratur. Masa zaman sekolah dulu, aku rujuk Hospital Pakar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (O&G). Lama jugak aku follow up kalau tak salah lima tahun. Lepas tu aku stop sebab dalam tempoh enam bulan period aku teratur tanpa guna ubat.

Lepas dah doktor bagi explanation semua, dia decide untuk aku stabilkan period dulu dan dalam masa yang sama consume clomid jugak. Doktor bagi aku makan "provera" untuk 10 hari. Provera ni aku dah makan masa zaman sekolah haha. Dulu makan 21 biji. Sekarang doktor cuma bagi untuk 10 hari. So, yang aku kena makan adalah macam ni:-

1) Provera 10mg
Kena makan start hari ni (15/3/2019) selama sepuluh hari.

2) Ovulet 2 biji (100mg)
Makan pada hari lima period selama lima hari.

3) Serum Progesterone
Hari yang ke 25 (kiraan daripada hari pertama period), kena pergi klinik ambik darah untuk cek progesterone.

Agak susah sebenarnya kalau PJJ ni sebab kang kena bertelur time weekdays macam mana? Hahahaha. Tapi usaha tetap kena usaha. Alhamdulillah tahun ni aku kerap balik. Tadi duk fikir sepatutnya aku start consultation macam ni dah lama. Tapi takpelah. Better late than never kan ;)


Doktor jugak ajar balik untuk setting dekat apps "My Calendar" tu. Bersyukur sangat dapat jumpa doktor yang sangat baik dan senang kita nak bincang dengan dia. Perjalanan TTC ni aku harap tak terlalu lama walaupun rasanya banyak lagi nak kena harungi ni.


Ini adalah jumlah consultation untuk hari ni. Apa yang aku tulis hari ni dan kongsikan dengan semua hanya untuk memori perjalanan mempunyai zuriat dari rahim sendiri. Dan jugak sebab aku takut lupa kalau orang tanya pape atas sebab aku adalah sejenis manusia dengan "short-term-memory". Ramai lagi kawan dan sedara mara aku yang tengah TTC. Aku doakan semoga mereka dipermudahkan juga. Ikhtiar selagi mana kita boleh :)

InsyaAllah aku akan cuba untuk update semua perkembangan dari masa ke semasa. Kan dah cakap nak aktif blogging balik walaupun dunia blog sudah agak malap hahahaha. Byeeeeee.

Comments

J.Syazwana said…
Salam,

Good Luck ika :)

Ada sorang kawan ttc jugak. Lepas 3y+ kawen alhamdulillah now dah peknen. Yang kelakarnya selama dia ttc dengan klinik tu xde tanda positif pon. Tup2 lepas dia macam nak give up eh peknen pulak. hehe.

dia sampai berhenti kerja sebab stress + penat.

SO good luck ok! :)
Nur Asyiqin said…
Banyak ummi baca pengalaman org. Bila berusaha xdpt2 bila da sampai tahap redha dapat pulak.. kuasa Allah . Dia lebih tahu bila nak bagi zuriat. Huhhhh..betapa Allah sygkn hambanya.

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes