Skip to main content

I'm Back!

 



Assalamualaikum. Lama dah teringin nak update blog yang berkurun ni tapi masa mencemburui. Haha. Last update pun 2019 yeeee. 2020 memang sepi terus sebab tengah cuti tanpa gaji selama setahun. Nanti kita cerita macam mana nak minta cuti tanpa gaji untuk kakitangan awam okay 😊

Lepas dah cuti setahun ni bermula kembali la jadi pasangan jarak jauh. Cuma beruntung sebab start 27 Januari 2021, PJJ boleh rentas negeri. Cuma sekarang je dah masuk fasa "lockdown" , kerajaan dah hentikan kebenaran rentas negeri bagi pasangan PJJ. Takpe. Kita tunggu musim covid ni reda dulu. Sis okay je sebab tahun 2020 dah setahun cuti panjang. 24 jam hadap muka suami HAHAHAHA.

Walaupun perit juga masuk fasa PJJ balik tapi atas dasar tuntutan kerja kena la juga balik ke negeri asal. Alhamdulillah tahun 2021 ni semangat untuk kerja tu rasa segar walaupun kadang-kadang stress tapi, tak seteruk tahun 2019.

2019 tu sebenarnya fasa "depression". Bermula lepas raya, lepas tu masuk wad seminggu sebab denggi dan lepas tu berlarutan sedih tanpa sebab beberapa bulan. Mula-mula ingat sebab berpisah dengan suami je jadi stress. Tapi rasanya ada sebab lain. Sepanjang beberapa bulan tu selalu sakit, hari-hari rasa penat nak pergi kerja, berjalan sikit memang jantung laju sangat, berdebar tanpa sebab, selalu pening sampaikan doktor cakap migrain, selalu rasa bumi berpusing-pusing kalau tengah berjalan atau solat, selalu berkurung, makan terlampau banyak sebab setiap masa lapar. 

Aku ada lah buat online mental health check yang kena jawab soalan tu. Buat selang beberapa hari selama 4 kali. Keputusan makin lama makin teruk. Pergi jumpa doktor cerita pasal kesihatan tapi doktor cuma bagi ubat biasa jelah. Takut nak pergi ke bahagian psikiatri dekat klinik sebab takut orang cakap "gila". Aduh. Satu kesilapan ye. Sesiapa yang jadi macam ni tolong la pergi jumpa pakar bahagian psikiatri.

Lepas bincang dengan suami, aku buat keputusan nak berehat setahun. Keputusan tu bukan macam perbicangan. Lebih pada aku sendiri nekad dan aku nak suami setuju dengan keputusan. Hahaha. Biasalah perempuan kan. Alhamdulillah dia setuju walaupun masa tu tak prepare apa-apa untuk kewangan kami berdua.

Alhamdulillah juga sebab sepanjang 2020 yang aku cuti tanpa gaji tu aku rasa semangat dah kembali pulih. Bebas dari masalah keliling. Rasa tenang. Rasa macam keputusan aku tu paling tepat. Untuk tahun ni pun aku kembali dengan semangat baru. Sekarang ni tak boleh balik jumpa suami pun tak rasa hiba sangat.

Cuma kannnn, kalau berjumpa tu mesti paling sedih masa nak balik. Konon tak nak menangis tapi itu semua pembohongan besar! Hahaha. Tapi kejap jelah. Tak melarat macam sebelum ni pun. Semoga terus macam ni lepas ni. 

Dah banyak pulak aku tulis. Next time aku share pasal cuti tanpa gaji tu okay! Byeeee.💋

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi crust ni aku guna yang time kerja dulu. Hee. Resepi filling pulak aku banyak google. Aku lupa dah mana aku dapat sebab dulu lupa nak tulis kat buku ambik kat mana. Resepi ni memang sure sedap. :) Resepi crust Bahan-bahan: 1 cawan marjerin ( aku guna marjerin Pelangi. Sedap! kalau guna Planta pon boleh tapi crust jadi keras sikit la ) 1/2 cawan gula 1 biji telur gred C ( gred A & B pon hentam jelah ye ) 1 sudu kecil esen vanila 2 cawan tepung gandum ( lebih sebenarnya tapi nanti explain okay ) Cara-cara: 1) Putar marjerin dan gula hingga kembang. Nanti warna jadi macam ala-ala putih gitu. 2) Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang. 3) Masukkan 1 cawan tepung dulu pastu putar nagi sebati kejap. Masuk lagi 1 cawan tepung pastu putar lagi sampai sebati aje. 4) Time ni adunan still lembik. Lepas tu boleh tambahkan tepung sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau still melekat kat tangan, tambah tepung lagi okay. Tapi

life being as an accountancy student .

Akauntan. cita-cita kedua yang aku tulis dalam biodata time sekolah rendah dulu. cita-cita utama nak jadi doktor. makin lama, makin tinggi belajar dah lupa cita-cita doktor. banyak main-main time sekolah. bukan gengster sekolah okay. nakal sikit je. tudung pendek, that's me. pakai stokin kaler maler, that's me. ponteng kelas pegi lepak kelas senior, that's me. tu time sekolah sultan sulaiman. bila tukar sekolah baru sekolah bukit sawa, life's totally changed. new environment, new friends. time tu jadi baik sebab takde geng nak buat nakal-nakal. form five ambik pure science. tak suka menghafal okay. kelas yang selalu ponteng, time fizik. kalau hari tu ada fizik, aku tak pegi sekolah. adik-adik jangan tiru okay. result spm takat-takat makan je ah. Alhamdulillah semua credit. boleh la masuk matrik  program dua tahun aliran fizik. hai KMPHians! :) tapi masuk tahun kedua aku keluar. dapat diploma perakaunan kat UiTM Dungun. sebab nak lari dari fizik, nak lari dari homes

Tips Cantikkan Filling Egg Tart/Tat Telur

yum yum yummmm *tumblr* How to make beautiful egg tart? Kalau ikut bahasa Malaysia, macam mana nak buat tat telur yang cantik? Wahhh skema habis. Aku start makan egg tart masa sem 4 kat UiTM. Time tu lecturer Economics yang belanja kiteorang satu kelas. Seram nak makan mula-mula sebab kat tengah tu macam jelly and aku fikir sure aku termuntah makan. Tapiiiiiiii.. Bila dah makan?? Tak cukup hoi! Baru tau yang egg tart ni sedap rupanya.. No wonder lah ramai yang gilakan egg tart kan? So, kejadian tu tahun 2010 dah rasanya. Tapi, sekarang aku pulak gigih buat egg tart. Banyak kali jugak buat. Dannnnnn banyak pesen aku try nak bakar. Banyak kali jugaaaaakkkk filling telur melimpah keluar dari crust. Kesian. Tapi sebab terlalu banyak kali buat egg tart so dah terer dah nak buat. Hamboi kau. Perasan. Nak buat filling egg tart nampak cantik je macam gambar atas tu senang je. Senang la sangat uols. Pheww. First, JANGAN JANGAN JANGAN bagi filling telur terlalu nak gelembung time b