TTC Part 3: Sambung follow up selepas dua tahun

 Assalamualaikum. Last cerita pasal TTC tahun 2019 ye. Tiba tiba tahun 2022 masuk part 3. Hahaha. Lama terhenti sebab tak ada mood nak sambung consultation. Tapi memandangkan tahun ni masuk tahun kelima jadi isteri, tengok pulak kawan-kawan dah beranak pinak, terasa nak sambung balik follow up dekat klinik sebelum ni. 

Minggu akhir puasa 2022, set up appointment dengan Poliklinik Ihsan dekat Gong Badak. So, dapat tarikh 7/5/2022 (Sabtu). Mula-mula masuk doktor dah ada sikit history record yang sebelum ni so just update balik la yang terbaru. So first appointment ni doktor buat Transvaginal Scan (TVS) - jangan risau sebab tak sakit pun. Masa tu doktor nampak ada blood clots dekat dinding rahim dan juga cyst dekat bawah rahim. Oh ya. Aku punya rahim jenis retroverted ye. Terbalik sikit ke belakang. So far, retroverted uterus tak mengganggu proses untuk hamil.

blood clots detected on left side 


cyst

Jadi, doktor bagi dua jenis ubat - Provera dan antibiotik sebab nak bagi semua darah dekat dinding rahim tu turun. Lupa pulak ye nama antibiotik tu. Provera tu sebab period tak teratur. Dan seminggu lebih keluar darah tapi spotting je padahal tarikh period lambat lagi. 

So lepas dah period, darah pun dah nak kering sikit sambung lagi appointment pada 24 Mei 2022. Sekali lagi doktor buat TVS dannn, alhamdulillah cyst tu dah hilang. Doktor cakap cyst tu muncul sebab darah tak period.  So, untuk hari yang sama jugak dan 10 hari ke depan doktor bagi lagi dua jenis ubat. Metformin 1000mg (untuk kawal insulin) dan Letrozole 2.5mg (untuk besarkan telur/perangsangovulasi).

dinding rahim dah clear tapi detect pcos. 
yang ni memang tahu dah hehe

Jadinya, sepanjang 10 hari makan ubat tu terasa cepat kenyang pulak ataupun kalau terlebih makan rasa nak pecah perut ni haha. Kesan makan metformin ni adalah korang akan rasa cepat kenyang. Nak makan banyak pun tak mampu. Rasa nak pecah perut. Dah la makan tu time banyak open house raya tahun ni kan. Sabar jelah.

Next appointment? Hari ni lahhhh. Tapi tunggu update next entri apa doktor cakap lagi hehe. Cukup lah setakat ni dulu sekadar nak lepas rindu update blog. Walaupun memang tak relevan dah blog ni tapi ramai je cari pasal TTC ni kan. Aku doakan untuk kita dan semua pejuang dua garis ni semoga ada rezeki kita nanti. Cepat atau lambat, sekurang-kurangnya kita dah usahakan. Doakan yang terbaik untuk sendiri dan orang lain jugak. 💓

Kos untuk appointment pertama : RM152
Kos untuk appointment kedua : RM199

Comments

aenmatderis said…
Semoga dipermudahkan semuanya Iqa. Insyaallah ada rezeki ada.
Takde anak lagi pun rezeki, rezeki tido lebih, rezeki sihat tubuh badan.
Kita pun tengan TTC, dah nak masuk 2 tahun kawen....

Semoga dapat pregnant tahun ni atau bila yang Allah bagi.
Aminnn. Goodluck untuk semua.
Aen: betulll. Tak ada anak pun kita enjoy jugak. Hehe. InsyaAllah semoga ada rezeki untuk aen jugak ♥️

Popular posts from this blog

life being as an accountancy student .

Resepi Tat Telur yang sedap memang sedap! :)

Resepi: Cornflakes Madu @ Honey Cornflakes