Random Post #12
Assalamualaikum dunia blog yang lama dah tak bersua. Zaman-zaman tiktok ni apalah sangat kewujudan blog ni kan. Entahlah. Rasa lama tak menulis panjang. Petang semalam lepas balik kerja teringat pula dekat blog yang berkurun tahun wujud ni. Dah tak relevan untuk budak-budak sekarang tapi masih menjadi tempat untuk sesekali kita mengimbau kenangan lama.
Setahun sekali je update rasanya. Terkadang kalau rindu, baca balik post lama. Sinilah dulu tempat selalu bercerita, tempat meluah perasaan.
Aku masih lagi seperti biasa. Masih lagi ber-TTC. Cuma buat masa sekarang tak bersambung proses. Give up mungkin. Atau dah redha. Masih lagi setia dengan PJJ. Masih lagi menangis tatkala berpisah dengan suami. Hehe. Cuma dah makin dewasa. Makin berdikari. Dah mula hidup sendiri. Supaya lebih mengenal erti kehidupan. Terkadang sunyi. Sangat. Duduk berseorangan di rumah. Menanti dan menghitung hari bila suami dapat pulang ke rumah. Tetapi lebih banyak aku yang pulang ke sana. Tak apa. Dah kerja dia susah cuti. Eh tapi lepas dia pencen lagi 7 tahun (insyaAllah), aku dan tuntut masa-masa yang dia selalu tak ada. Haha.
Sekian sahaja dulu setakat tahun ini. Bersua lagi kita di tahun 2024 mungkin? =')
Comments